You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KHAY BENG

02000 KUALA PERLIS,

PERLIS.

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

SJK(C) KHAY BENG


Matlamat:

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena bulan kemerdekaan ini adalah bagi memupuk
semangat cinta akan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat di samping dapat mengeratkan
silaturahim dalam kalangan murid. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga
sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara. Selain itu, pertandingan yang
dianjurkan pada peringkat sekolah adalah untuk mencungkil bakat yang terpendam murid-murid
SJK(C) Khay Beng (SJKCKB).

Objektif:

Objektif mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah adalah:

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, bekerjasama, semangat
patriotik.
iii. Melahirkan murid kreatif dan inovatif.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria sepanjang Bulan Kemerdekaan.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan,
vi. Murid-murid didedahkan kepada tarikh kemerdekaan Malaysia.
vii. Mencungkil bakat murid.

Kumpulan Sasaran:

Semua murid SJK(C) Khay Beng


Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan SJK(C) Khay Beng

Penaung : Encik Ong Hock Leng

Penasihat : Puan Low Ai Lie

Cik Khoh Phei Zhen

Cik Yep ShIr Ley

Pengerusi : Cik Chia Yun Qian

Setiausaha : Cik Kiang Xin Tian

Ahli Jawatankuasa : Puan Beh Chooi Ken

: Puan Tan Suat Sia

: Puan Tee Yin Yin

: Puan Zainab binti Mat Zain

: Cik Chong Chia Chean

: Encik Chong Ching Chuen

: Puan Jacqueline Sapok Mato

: Cik Lim Chia Shin

: Cik Prani a/p Echa


Laporan Bergambar

Siaran Lagu-lagu Patriotik pada waktu rehat.

Penghasilan Logo Sambutan Hari Kemerdekaan bersama semua warga sekolah.


REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti:
Semua warga sekolah SJKC Khay Beng melibatkan diri sepanjang program ini
dijalankan. Penghasilan logo sambutan kemerdekaan 2017 dapat mendedahkan semua
warga sekolah kepada budaya tradisional kaum-kaum di Malaysia. Setiap aktiviti yang
dirancang adalah berdasarkan tema sambutan Kemerdekaan pada Tahun 2017 iaitu,
Negaraku, Sehati Sejiwa. Walaupun masa amat singkat, namun semua kerja dapat kami
siapkan pada masa yang ditetapkan.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti:
Kerja-kerja dimulakan agak lewat dan menyebabkan keadaan kelam-kabut dalam
kerja kami. Hal ini kerana banyak kerja yang perlu disiapkan dalam satu tempoh masa
yang pendek, kami perlu membuat pelbagai kerja dalam satu masa.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Demi mengelakkan keadaan dalam kerja menjayakan sebuah projek, adalah penting
untuk merancang dan memulakan kerja lebih awal iaitu sekurang-kurangnya dua minggu
sebelum hari kejadian. Dengan masa yang lebih mencukupi, setiap kerja boleh diselesaikan satu
demi satu. Ini dapat meringankan beban kami.

KESIMPULAN:

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khay Beng ini
telah mendapat pelbagai komitmen daripada semua pihak untuk menjayakan program ini dan
berjaya membentuk imej sekolah yang positif. Program ini juga telah menyemai semangat
patriotism dan cinta akan Malaysia dalam kalangan murid. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

____________________

You might also like