You are on page 1of 5

PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PISMP SAINS IPG KAMPUS KOTA BHARU


………………………………………………………………………………………………

1. TAJUK :

KURSUS PENGURUSAN CARA BELAJAR MURID

2. LATARBELAKANG :

Kursus Pengurusan Cara Belajar Murid adalah satu program kerjasama


antara guru pelatih PISMP sains semester 7 yang berpraktikum di SK Pasir
Pekan bersama Guru Bimbingan Kaunseling SK Pasir Pekan melalui seliaan
pensyarah subjek Bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah
pengurusan cara belajar murid di dalam sebuah kelas. Program ini melibatkan
kerjasama di antara pihak Guru pelatih IPG Kampus Kota Bharu dan Guru
Kaunseling untuk mengenalpasti murid bermasalah dalam menguruskan cara
belajar secara efektif dengan menggunakan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling secara berfokus kepada kelas tertentu.

3. RASIONAL :

 Ramai murid bermasalah dalam menguruskan diri untuk belajar dan


memerlukan bimbingan asas dalam membentuk disiplin belajar yang lebih
sistematik
 Sekolah boleh membantu murid bermasalah dalam pembelajaran
diperingkat awal dengan pendekatan program guru pelatih
 Permasalahan murid mengurus cara belajar dapat membantu menangani
dan mengatasi sebahagian masalah kurikulum di sekolah.

4. OBJEKTIF :

 Melatih murid kelas tersebut supaya bersikap lebih optimis dan asertif
untuk belajar
 Melatih jiwa guru pelatih agar bersikap lebih cakna terhadap keperluan
murid.
 Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang kemahiran
membimbing murid.
5. SASARAN :

Murid tahun 5 Delima Sk Pasir Pekan

35 orang (16 Lelaki 19 Perempuan)

6. TARIKH DAN TEMPAT :

7 April 2013 ( 1Jam )


Makmal Komputer Sk Pasir Pekan

7. Organisasi :

Penasihat : Puan Kasnimi Mat Seman


Pengerusi : Puan Azimah bt Mohd Yusoff
N. Pengerusi : Pn Puan Rohaida Binti Abdullah
Setiausaha : 1. Ahmad Faiz B Shahidin
2. Mohamad Noor Asyraf B Che Basir

8. PERBELANJAAN :

 Tiada peruntukan disediakan untuk program ini.

9. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN :

 Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling IPG KB


(Pn Kasnimi bt Mat Seman)
 Guru Kelas 5 D
(Pn Rohaida binti Abdullah)
 Guru Kaunseling Sk Pasir Pekan
(Pn Azimah bt Mohd Yusoff)
 Guru Pelatih IPG KKB
10. JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM

Masa 9.10-10.10 pagi (30 Minit)


Sesi ceramah Keseimbangan emosi

Slot Moderator : Ahmad Faiz B Shahidin


Moderator 2: Mohamad Noor Asyraf B
Che Basir

11. PENUTUP

Semoga melalui aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kefahaman


guru pelatih tentang usaha-usaha membantu meningkatkan kesedaran dalam
kalangan murid mengenai emosi. Melalui penglibatan daripada semua pihak
diharap aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat menanam sikap positif
dalam diri setiap individu.

Disediakan oleh,

-----------------------------
(AHMAD FAIZ SHAHIDIN)

Disemak oleh,

--------------------------
(PN AZIMAH BINTI MOHD YUSOFF)

Disahkan,

-----------------------------
(PN ROHAIDA BINTI ABDULLAH)

PROSES KERJA PERLAKSANAAN KURSUS


Bil Proses Kerja Individu Yang Catatan
Meluluskan / Dirujuk
1. Mengesan murid berdasarkan
maklumat. 1. Pensyarah
Bimbingan
2. Senarai murid mengikut dan
permasalahan belajar. kaunseling
2. Guru
3. Dapatkan maklumat peribadi murid bimbingan Dapatkan borang soal
yang terlibat. dan selidik daripada guru kelas
kaunseling atau guru kaunseling
4. Hantar maklumat awal pelajar kepada Sk Pasir Dapatkan program cadangan
pensyarah penasihat Bimbingan dan Pekan atau penambahbaikan
kaunseling. 3. Guru pelatih program dan penyediaan
IPG KB kertas kerja
5. Murid mengikuti kursus kemahiran Selama 1 Jam
belajar.

6. Menyediakan laporan kursus dan


langkah mengatasi

7. Mengemaskini kerja kursus dan Penyediaan Kerja kursus


menghantar kerja kursus Bimbingan dan Kaunseling

CARTA ALIRAN KERJA


KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR

MUL
A Berbincang antara Guru Bimbingan dan Kaunseling yang ada
di sekolah.

Berbincang dengan Pensyarah penasihat subjek Bimbingan dan


Kaunseling (mesti dilakukan)

Mengesan pelajar berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber.

Kategorikan pelajar mengikut bidang dan kumpulan sasaran.

Hantar maklumat awal ke Pensyarah penasihat subjek bimbingan dan


kaunseling berkenaan dengan kursus tersebut.

Pelajar menjalani Kursus Kemahiran Belajar

Sediakan laporan dan kemaskini kerja kursus.

TAMAT
Mengemaskini dan menghantar kerja kursus berkumpulan kepada
pensyarah subjek Bimbingan dan Kaunseling

You might also like