You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BIOLOGI) AT11

DAN

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS) AT16

Projek penyelidikan pendidikan yang dicadangkan adalah merangkumi produk pendidikan,


kajian tinjauan dan eksperimental. Kluster bidang penyelidikan pendidikan masa kini yang
dicadangkan adalah :

 Pdpc abad ke 21
 STEM
 Education 4.0
 Inovasi BBM
 Kit eksperimen
 Blog pembelajaran/ MOOC
 Game Based Learning
 Gamifikasi
 Flipped Classroom
 Apps in Education
 Lain-lain kluster yang berkaitan

1. PRODUK PENDIDIKAN
i. Pelajar tidak digalakkan untuk membangunkan modul, sebaliknya menggunakan
modul sedia ada untuk diuji keberkesanannya. Seperti modul yang telah
dibangunkan oleh penyelidik terdahulu atau yang telah dipasarkan. Pelajar boleh
menjalankan kajian berbentuk eksperimental menggunakan produk dipilih.
Minimum responden ialah 30 orang setiap kumpulan.
ii. Sekiranya pelajar ingin membangunkan modul, pelajar perlu melaksanakannya
mengikut proses penyelidikan yang betul. Contoh proses yang betul seperti
mengikut Model Sidek dan lain-lain yang bersesuaian.
iii. Walaubagaimanapun, pelajar digalakkan membangunkan bahan bantu mengajar
(BBM), menguji kebolehgunaan dan mendapatkan kesahan pakar.
iv. Instrumen yang digunakan untuk kebolehgunaan dan kesahan adalah berdasarkan
kepada soal selidik sediaada dengan pengubahsuaian.

2. KAJIAN TINJAUAN
i. Kajian tinjauan perlu melibatkan sekurang-kurangnya 2 pembolehubah.
ii. Analisis statistik perlu melibatkan analisis deskriptif, t-test atau korelasi.
iii. Bilangan sampel populasi yang terlibat perlu merujuk kepada kajian terdahulu
(sitasi).
iv. Pelajar digalakkan menggunakan instrumen (contohnya, soalselidik, ujian
kefahaman, ujian KBAT dan senarai semak) sediaada dengan pengubahsuaian.
3. EKSPERIMENTAL
i. Pelajar perlu menggunakan kaedah (pengajaran, BBM, modul) yang sedia ada.
ii. Menggunakan kaedah Quasi eksperimental dengan1 kumpulan kawalan dan 1
kumpulan rawatan.
iii. Analisis statistik menggunakan independent t-test, paired t-test untuk melihat
perbezaan.
iv. Pra-eksperimental adalah tidak digalakkan kerana rekabentuk ini bersifat primatif
dan sesuai untuk kajian tindakan.

*Rekabentuk kajian selain daripada di atas dibenarkan mengikut kepakaran penyelia


dalam bidang pendidikan. Walaubagaimanapun, tahap kesukaran dan had kedalaman
perlu lebih rendah daripada Sarjana Mod C.

** Hanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dibenarkan.

*** Bilangan patah perkataan10,000 – 15,000 patah perkataan tidak termasuk rujukan
dan lampiran.

You might also like