You are on page 1of 7

BISKUT SEMPERIT

Resepi Semperit Susu yang gebu dan cair di mulut :) Bagi Che Nom biskut ini adalah biskut yang
wajib dihidangkan pada hari perayaan, sebab disamping biskut moden lain, biskut klasik ni ada
auranya yang tersendiri. Kanak-kanak pun pasti suka sebab rasa yang manis, berlemak dan
rangup. Adunan doh kuih ni agak lembik dan melekat, tetapi jangan tambah tepung terlalu
banyak sebab bagi Che Nom biskut ni dah elok sangat rangup dan gebunya. Simpan sekejap di
dalam peti ais supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan terap.
Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 45 minit
Jumlah Hidangan : 70 biji anggaran

Bahan-Bahan:

 250 gram mentega


 1 cawan susu pekat
 500 gram tepung jagung, kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson
 1 sudu teh esen vanilla
 coklat chip, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan


menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati
dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga
menjadi doh yang lembut.
3. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan
doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
4. Terap dan hias bersama coklat chip.
5. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C. Angkat dan sejukkan di atas cooling
rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Tips

 Hati-hati pada minit ke 10 ke atas kerana kuih mudah hangus. Oven Che Nom cuma
mengambil masa 12 minit.
Assalamualaikum.
Samperit Susu...berbeza tau ngan samperit biasa tu sebab samperit ni hanya
menggunakan tepung jagung, susu pekat manis dan butter....
Sangat sedappp...melting dalam mulut ....tak yah kunyah2...asyikkk... TQ
pada Anna Qawina yang berjaya buat Mas terbayang2 keenakkan Samperit Susu
ni..bila dah rasa...memang puas hati...bertambah2 lagi koleksi biskut raya ....

Resepi Biskut Semperit Susu

Sumber : Farah Salleh (FB) & Zack


Semperit Susu by Anna Qawina

Bahan:

125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi
asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. Ku guna
230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau
putih gebu (ku guna whisk telur je).
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek,
kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu
pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam
adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan
ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience,
230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya
terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti
tambah tepung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di
atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau
hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
RESEPI SEMPERIT DAHLIA SUSU
BAHAN BAHAN:-
250GM BUTTERCUP
1/2 TIN SUSU PEKAT
100GM TEPUNG UBI
450 GM TEPUNG JAGUNG
1 SUDU TEH ESEN VANILA
PEWARNA YANG DISUKAI

UNTUK HIASAN
MANIK GULA

CARA CARANYA:-

1.BUTTER DAN SUSU PEKAT DIPUKUL SEHINGGA SEBATI TETAPI TIDAK PERLU PUKUL LAMA SANGAT..JIKA
PUKUL LAMA BILA DI BAKAR KUIH AGAK KEMBANG

2.MASUKKAN TEPUNG UBI DAN TEPUNG JAGUNG DAN TELAH DI AYAK SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
BAHAGIKAN 2 WARNA. IKUT TUTORIAL DIBAWAH.

3.GUNA ACUAN SEMPERIT PECAH 15.JIKA TIADA BOLEH TERAP BENTUK YANG DISUKAI

4.BAKAR PADA SUHU 150C 15MINIT-20 MINIT REEN GUNA API BAWAH SAHAJA.
SUHU KENALAH FOLLOW OVEN MASING2 YE ..
Bahan-bahan:
 250g susu pekat manis
 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
 500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)

Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
 125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
 2sdb susu pekat
 1/4 cwn susu cair
 1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

Cara-cara :
1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai
kembang atau putih gebu. Pukul guna senduk je.
2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
3. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung
jagung.
4. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan
540g tepung jagung.
5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan
ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia
mengembang 2x ketika dibakar).
6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit
atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
7. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
Biskut Semperit Susu Cheese

Bahan-bahan:
250g susu pekat manis
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)

Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu) 125g
cream cheese di biar lembut suhu bilik 2sdb susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

Cara-cara :
Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju.
Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.
Pukul guna senduk je.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung
jagung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega.
Tekankan ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia
mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga
bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.

Tip:
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia
dinyatakan dalam resepi.
Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita
masukkan udara ke dalam adunan.
Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan
menyebabkan biskut turut mengembang.

Note :
Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g tepung jagung) sesuai untuk
mereka yang menempah biskut ni bawa jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu
lembut, rasanya agak rangup & cair di mulut.
Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela rasa muak sebab manis susu sebati dengan
lemak masin keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk medapatkan
tekstur doh yg kita mahu.
BISKUT SEMPERIT SUSU BERKEJU
Bahan-bahan:
 250g susu pekat manis
 250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
 500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
 3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)

Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2
minggu)
 125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
 2sdb susu pekat
 1/4 cwn susu cair
 1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

Cara-cara :
1. Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak
perlu pukul sampai kembang atau putih gebu. Pukul guna senduk
je.
2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul
sebati.
3. Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya,
guna hanya 500g tepung jagung.
4. Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair
dimulut, masukkan 540g tepung jagung.
5. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan
mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya
(kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C
untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula
keperangan.
7. Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat
kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan
gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan
udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam
adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut
mengembang.

Note : Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g
tepung jagung) sesuai untuk mereka yang menempah biskut ni bawa
jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu lembut, rasanya agak
rangup & cair di mulut. Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela
rasa muak sebab manis susu sebati dengan lemak masin
keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk
medapatkan tekstur doh yg kita mahu.

You might also like