You are on page 1of 8

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PELANCARAN JOM NAIK BAS


SMK TAMAN SCIENTEX

AGENDA TEKS PENGACARA CATATAN

Acara 1 Bila bunyi kompang** Usher


mempersila
Ketibaan YAB Hadirin dipersilakan untuk berdiri. kan YAB
Menteri Besar Menteri
Negeri Johor Ketibaan Besar
Dan Nyanyian dari Yang Amat Berhormat duduk
Pasukan koir Menteri Besar Negeri Johor Darul Takzim

Nyanyian Lagu YAB Dato’ Seri, tuan puan dan hadirin sekalian IMA
Bangsa Johor dipersilakan untuk berdiri bagi menyanyikan lagu bangsa
Johor.
*********

Hadirin Dipersilakan duduk....

Acara 2 Bismillah...
Assalamualaikum wbt, salam malaysia sehati sejiwa.
Alu-aluan
Pengacara Majlis Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu RIA
Pemanis bicara aluan didahulu ANDIKA
PUTRA
Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Mohamad Khalid bin Nordin
Menteri Besar Negeri Johor darul Takzim

1
Yang Berbahagia
Pn. Salina binti Hussin
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Wakil rasmi
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Yang Berbahagia
Tuan Haji Abd Rahman Bin Salleh RIA
Chief Operating Officer of Perbadanan Pengangkutan ANDIKA
Awam Johor PUTRA

Yang Berbahagia
Mr. Lim Han Weng
CEO and Chairman of Handal Indah

Yang Berbahagia
Tuan Haji Rozlan bin Abu Bakar
Executive Director of Handal Indah

Yang Berusaha
Puan Shamiah binti Ismail
Pengetua SMK Taman Scientex

Pengarah-Pengarah Bahagian IMA

Para Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Para Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Yang dihormati,

Ketua-ketua Jabatan

Ahli-ahli jawatankuasa pengelola Majlis Pelancaran


Program Jom Naik Bas

Pengetua-pengetua, guru-guru besar

Guru-guru,ibu-bapa, murid-murid serta

2
Hadirin yang dimuliakan.

Salam sejahtera , salam Muafakat Johor, dan salam


malaysia ”sehati sejiwa”.

Alu-aluan Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri


Pengacara Majlis Johor, RIA
Terima kasih pemimpin-pemimpin terbilang ANDIKA
Terima kasih hadirin yang budiman PUTRA
Terima kasih kepada semua kerana sudi hadir dan
memenuhi Dewan Raudhatul Firdaus, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Scientex untuk sama-sama mewarnai
Majlis Pelancaran Program Jom Naik Bas bagi Negeri
Johor tahun 2017.

Acara 3 YAB Dato’ Seri, tuan puan dan hadirin sekalian.

Bacaan Doa Bunga kemboja menghias beca,


Beca dibawa lampu terpancar,
Tangan ditadah doa dibaca,
Agar majlis berjalan lancar.. RIA
ANDIKA
Majlis mempersilakan Al-Fadhil Muhammad Iqbal Nor bin PUTRA
Mohd Hairodin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

***********(Bacaan Doa)**********

*Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Kredit Untuk Makluman YAB Dato Seri, dan seluruh warga dewan
Persembahan sekalian, IMA
Pada permulaan majlis sebentar tadi, kita telah pun diiringi
dengan paluan kompang, persembahan silat, dan
citrawarna daripada permata SMK Taman Scientex
dibawah bimbingan En. Yusuf bin Muhamad, En. Mohamad

3
Iqbal Nor bin Mohd Hairodin, Pn. Nur Sajidah binti Osman,
En. Norain bin Zainudin, Puan Nurul Farhanim dan Cik
Noramizah binti Omar. Sekalung penghargaan kami
ucapkan.

Acara 4 YAB Dato’ Seri, dan hadirin sekalian.

Ucapan Adat berbahasa menyampaikan pesan


Pembukaan Adat majlis menyampaikan ucapan
IMA
Daripada
Pengarah Sebagai pembuka tirai ucapan majlis Pelancaran Program
Eksekutif Handal Jom Naik Bas Negeri Johor 2017, majlis dengan
Indah sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji
Rozlan bin Abu Bakar
Executive Director of Handal Indah untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********( Ucapan Yang Berbahagia Pengerusi


)**********

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.

Acara 5
Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar ucapan
Ucapan Yang yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji
Berbahagia Tuan Abd Rahman Bin Salleh Chief Operating Officer of
Haji Abd Rahman Perbadanan Pengangkutan Awam Johor
RIA
Bin Salleh
ANDIKA
Chief Operating Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
PUTRA
Officer of
Perbadanan ******( Ucapan Yang Berbahagia Chief Operating Officer
Pengangkutan of Perbadanan Pengangkutan Awam Johor
Awam Johor )******

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih

4
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Acara 6 Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan IMA


Yang Berbahagia Pn. Salina binti Hussin
Ucapan Pengarah Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik
JPNJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor
untuk menyampaikan ucapan.

Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

***( Ucapan Yang Berbahagia Pn. Salina binti Hussin


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor)***

*Demikianlah kata, demikianlah ucapan,


Sekalung penghargaan kami hadiahkan,
Kata nasihat puan tidak dilupakan.

Acara 7 Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Johor,

Ucapan YAB Tuan ibarat pohon yang rendang


Menteri Besar dan Tempat kami tumpang berteduh
Merasmikan
Pelancaran Jom Ibarat sekaki payung Budi
Naik Bas Tempat kami berlindung

Ibarat bahtera di tengah samudera


Tempat kami berpadu tenaga
Mendokong wawasan 1 Malaysia
Mengangkat martabat negara tercinta

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini,


Majlis dengan takzimnya mempersilakan
Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Mohamad Khalid bin Nordin
Menteri Besar Johor

5
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
Merasmikan Pelancaran Program Jom Naik Bas bagi
tahun 2017.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Dato’.

***********( Ucapan Yang Amat Berhormat Menteri


Besar Negeri Johor )*******

Acara 8 Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan Mock


Kad daripada YAB Dato’ Seri Mohamed Khalid bin Nordin
Penyerahan Mock Menteri Besar Johor kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Kad
Johor. Dengan itu, Majlis menjemput Yang berbahagia Pn.
Salina binti Hussin
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik Jabatan
Que : Pendidikan Negeri Johor.
IMA
Masa Drone Majlis dengan Penuh Takzimnya mempersilakan.
masuk kedalam
dewan pengacara
Akan maklumkan.
Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan
Bila YB pegang terima kasih kepada YAB Dato’ Seri atas kesudian
kunci daripada menyampaikan Mock Kad Sebentar tadi.
drone....ima terus
cakap...

En Rashid usher
tetamu kehormat
naik ke pentas

Acara 9 YAB Dato’ Seri, dan warga dewan sekalian.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


Cenderahati oleh yang berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin
RIA
Salleh, Chief Operating Officer of Perbadanan ANDIKA
Pengangkutan Awam Johor kepada tetamu-tetamu PUTRA
kehormat..

6
Dijemput dan dipersilakan :

1) Puan Kamisah binti Mohd Ghazali RIA


Iskandar Regional Developement Authority (IRDA) ANDIKA
2) Puan Amshida binti Ahmad Rani PUTRA
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
JB
3) Pn. Salina binti Hussin
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
4) Tuan Hj. Rozlan bin Abu Bakar
Executive Director of Handal Indah
5) YAB Dato’ Seri Mohamed Khalid bin Nordin
Menteri Besar Negeri Johor Darul Takzim

*********************************************************

Majlis Merakamkan jutaan terima kasih atas penyampaian


cenderahati sebentar tadi.

Acara 10
Hadirin yang dimuliakan,
Kata-kata
Penutup Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat RIA
Berhormat Dato’ Seri Muhamad Khalid bin Nordin atas ANDIKA
Cue: kesudian berkunjung ke Sekolah Menengah Kebangsaan PUTRA
Lagu negaraku Taman Scientex untuk bersua pandang, beramah mesra
dan mengungkap bicara bagi melancarkan Majlis
Pelancaran Program Jom Naik Bas Negeri Johor bagi
Tahun 2017

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga


kerja Majlis Pelancaran Program Jom Naik Bas

Tinggi Sungguh Pohon Cemara IMA


Tegak Merimbun di tengah kota,

7
Tersalah, terkasar butir bicara
Sepuluh jari maaf di pinta.

Bunga Sakura si bunga jepun


Ditanam nyonya berpohon pohon
Tersilap tersalah harap diampun
Terkasar bahasa maaf dipohon.

Akhir kata
Sekian,
Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh

Untuk itu, Majlis memohon YAB Dato’ dan semua tetamu


Usher standby.. kehormat berdiri sebentar diatas pentas untuk nyanyian
Lagu Negaraku.

You might also like