You are on page 1of 3

TUTORIAL 2

VIDEO 1

1. Ciri-ciri efektif Cikgu Shaari semasa berada dalam kelas.

 Mengingati nama muridnya iaitu dengan menyebut nama penuh semasa


memberikan tugasan membaca ayat di papan hitam.
 Cikgu Shaari memberi arahan tugasannya dengan jelas kepada murid di dalam
kelas.
 Murid pula memberikan salam kepada mana-mana guru yang masuk ke dalam kelas
mereka kerana rasa hormat pada guru.
 Murid mendengar arahan yang diberikan oleh cikgu dan meneruskan pembacaan
walaupun guru mereka tidur namun hanya sebahagian sahaja yang membacanya.

2. Cara menjadikan kelas Cikgu Shaari efektif.

 Semasa aktiviti pdp dilakukan, Cikgu Shaari perlu memantau murid-muridnya bagi
memastikan cara pembacaan murid betul dan semua melibatkan diri dalam
pembacaan.
 Cikgu Shaari perlu menunjukkan kesungguhan untuk mengajar murid-muridnya.
Walaupun Cikgu Shaari mengantuk, beliau perlu tahan bagi menunjukkan kepada
anak muridnya kesungguhan dan semangat untuk mengajar.
 Cikgu Shaari perlu mengelakkan daripada menunjukkan sikap yang buruk kepada
anak muridnya seperti tidur di dalam kelas kerana guru merupakan role model
kepada pelajar.
 Mengadakan pembelajaran berpusatkan murid seperti membuat perbincangan
berkumpulan, membuat projek dan sumbang saran.
 Mengadakan aktiviti secara berkumpulan seperti main peranan dan pemainan
berasaskan pembelajaran. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu murid dalam
berkomunikasi antara mereka dan merasainya pengalaman yang sebenar dalam
main peranan.

VIDEO 2

1. Pendapat mengenai pensyarah di dalam video.

 Pensyarah di dalam video agak membosankan kerana di dalam video yang


ditayangkan, kelihatan semua pelajarnya membuat muka bosan dengan mulut
ternganga dan ada juga yang tertidur.
 Pensyarah ini juga menggunakan teknik pengajaran satu hala iaitu dia hanya
memberikan kuliah tanpa melibatkan pandangan dan pendapat muridnya yang
dapat menyebabkan muridnya cepat bosan dan mengantuk.
 Bagi mengelakkan masalah ini daripada berulang, pensyarah tersebut perlulah
menggunakan teknik pengajaran dua hala iaitu sambil memberikan kuliah, pelajar-
pelajar diberikan peluang untuk melontarkan pendapat dan idea mereka supaya
mereka dapat menumpukan perhatian di dalam kelas dan tidak bosan.

CIRI-CIRI GURU EFEKTIF


PERBINCANGAN CIRI CIRI DALAM BUKU TEKS

Menjaga kebajikan pelajar Simpati

Prihatin dengan pelajar Empati

Berusaha mengajar sehingga pelajar Tabah dan tidak mudah putus asa
faham

Mengambil berat
Penyayang

Bersifat keibuan

Suka buat lawak Kejenakaan

Beri ganjaran pada pelajar

Menggunakan teknik yang menarik Kreatif


perhatian pelajar

Pandai mengambil perhatian pelajar

Membantu pelajar Tabah

Memberi motivasi
Bermotivasi

Memberi kata-kata semangat

Memberi panduan bagi memudahkan Inspirasi


pelajar belajar

Memahami pelajar Mesra

Memantau pemahaman pelajar Sensitif dan peka

Menegur pelajar secara berhemah Tenang


Tidak berat sebelah Adil

You might also like