You are on page 1of 18

Pengenalan:

Asal-usul Kambing

Sejak zaman purbakala lagi, kambing telah memainkan peranan


yang penting dalam sejarah manusia, kerana ia adalah salah satu
daripada haiwan yang mula-mula sekali dijinakkan oleh manusia dan
dijadikan haiwan ternakan. Selain daripada menghasilkan daging dan
sus untuk kegunaan manusia, kambing juga membekalkan bulu yang
boleh dijadikan pakaian dan barangan-barangan yang lain. Kambing
yang ada pada masa ini dipercayai berasal daripada kambing liar
(Genus Capra aegragrus) yang menduduki kawasan-kawasan
pergunungan di Eropah, Asia dan Parsi sejak beribu tahun dahulu.
Kambing ini hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan liar di
kawasan gunung-gunung dan bukit-bukau. Setelah dijinakkan,
ternakan ini dibawa oleh manusia ke merata pelosok dunia sehingga
sekarang ini terdapat di hamper semua Negara di dunia.
Berasal dari pergunungan, kambing telah mewarisi sifat-sifat
tahan lasak, boleh hidup dan membiak dalam berbagai-bagai iklim
dan mudah diternak walaupun tidak kedapatan jumlah makanan yang
sesuai dan tinggi mutunya. Berlainan daripada ternakan lain.
Kambing lebih suka meragut dan memilih daun-daun pokok daripada
memakan rumput pasture. Malah, kambing yang terdapat di negara-
negara padang pasir boleh hidup dalam keadaan yang melampau
dengan memakan daun-daun kayu dan pohon-pohon kecil. Sifat ini
membenarkan kambing menyesuaikan diri dalam berbagai-bagai
keadaan iklim dan tempat di dunia, termasuklah negara-negara
tropika seperti India, Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tenggara, dan
juga Negara-negara beriklim sederhana seperti Eropah, New
Zealand, Australia, China, Amerika Syarikat dan Kanada. Di
Malaysia, Kambing merupakan salah satu jenis ternakan yang biasa
diternak oleh penduduk luar bandar dan petani sebagai satu aktiviti
sampingan selain daripada bertani.

Pengelasan Kambing
Rajah 1 menunjukkan bagaimana kambing dikelaskan. Sistem
pengelasan Linnaeus menunjukkan kambing diletakkan dalam Kelas
Mammalia, Subkelas Euthria, Order Artiodactyla (Cloven Hoof) dan
Suborder Ruminantia. Dalam Suborder Ruminantia, iaitu haiwan
berperut kompleks, kambing ditempatkan dalam Famili Bovidae, iaitu
sama dengan lembu, kerbau, biri-biri, yak, eland dan gazelle.
Berbagai-bagai haiwan dalam Famili Bovidae telah lama diternak
oleh manusia. Dalam Famili Bovidae, kambing ditempatkan dalam
Subfamili Eaporinae. Kambing yang telah dijinakkan oleh manusia
yang ada sekarang ini ditempatkan dalam Genus Capra hircus.

ARTIODACTYLA

Suina Ruminantia

Suidae Hippopotamidae
(Babi) (Badak air)

Camelida Tragulidae Cervidae Artilocapridae Bovidae


e

Lembu Biri-biri Kambing Yak Kerbau Bison Eland Gazell Antelope


Rajah 1 Pengelasan kambing

Morfologi Kambing

Rajah 2 menunjukkan bentuk rupa dan sifat-sifat kambing. Kambing


adalah sejenis haiwan ruminan yang mempunyai morfologi dan sifat-
sifat yang hampir sama dengan lembu, kerbau dan biri-biri, tetapi
kembing mempunyai bentuk badan yang lebih kecil. Kambing baka
tenusu biasanya mempunyai kalenjar susu (tetek) yang besar dan
mempunyai dua putting susu. Kambing pedaging pula mempunyai
kelenjar susu yang sederhana besarnya tetapi mempunyai kelenjar
susu yang agak tinggi dan berisi. Kambing tempatan mempunyai
telinga yang sederhana besarnya dan tegak, tetapi besar dan
terjuntai ke bawah, seperti yang terdapat pada kambing Jamnapari
dan anglo-Nubian. Kabanyakan baka kambing di dunia mempunyai
tanduk walaupun ada juga satu atau dua baka yang tidak bertanduk.
Biasanya tanduk kambing berbentuk sabit. Kambing jantan biasanya
mempunyai bulu tengkuk yang lebih panjang daripada kambing
betina. Sifat-sifat lain seperti janggut dan .anting-anting terdapat apda
setengah-setengah kambing tetapi fungsinya tidak begitu diketahui.
Hasil Daripada kambing
Pada umumnya, kambing diternak untuk beberapa tujuan. Antara
tujuannya ialah untuk menghasilkan daging, susu, kulit, bulu dan
tanduk. Kebanyakan petani di kampong menternak kambing sebagai
satu simpanan atau insurans, iaitu ternakan ini akan dijual dalam
keadaan tertentu. Kambing juga disimpan untuk disembelih apabila
menyambut hari-hari perayaan, perkahwinan, kenduri-kendara dan
juga aktiviti-aktiviti keagamaan seperti korban, aqikah dan lain-lain
lagi. Ada juga orang yang memelihara kambing sebagai haiwan
kesayangan. Di Negara-negara Eropah, Asia Barat dan Afrika, tujuan
utama kambing diternak adalah untuk menghasilkan susu. Seperti
susu lembu, susu kambing juga merupakan bahan makanan yang
berkhasiat dan bermutu tinggi. Ia boleh diminum sebagai susu segar
atau diproses untuk dijadikan keju, minyak sapid and mentega.
Walaupun sus kambing tidak begitu diminati oleh orang ramai di
Malaysia, namun susu ini mempunyai kesistimewaannya yang
tersendiri. Misalnya, susu kambing dipercayai boleh mengubati
penyakit kuning dan berbagai-bagai penyakit lain. Bayi-bayi yang
alergi pada susu lembu biasanya boleh meminum susu kambing.
Malah terdapat susu formula khas untuk bayi yang diperbuat
daripada susu kambing.
Jadual 1 menunjukkan kandungan beberbapa nutrian penting
yang terdapat dalam susu kambing. Satu perbezaan penting di
antara susu kambing dengan susu lembu ialah saiz globul protein
susu kambing dengan lebih kecil daripada globul protein susu lembu.
Ini bermakna susu kambing lebih mudah dicernakan oleh sistem
pencernaan manusia. Susu kambing kerap disyorkan untuk mereka
yang mempunyai penyakit dalam sistem pencernaan atau yang
mempunyai masalah berhubung dengan pemakanan.

Jadual 1 Peratus kandungan lemak, protein, laktosa dan mineral dalam susu kambing dan susu
lambu.

Susu Kambing Susu Lembu


Air 87.0 – 88.5 87.0 – 88.5
Lemak 3.0 – 3.8 3.5 – 4.0
Protein 2.8 - 3.5 3.0 – 3.5
Laktosa 4.0 – 5.0 4.50 – 5.0
Mineral 0.7 – 0.9 0.7 – 0.9
Memandangkan haiwan ini sederhana besarnya, kambing
kerap juga digunakan dalam penyelidikan sebagai haiwan makmal.
Kajian-kajian permulaan kerap dijalankan ke atas kambing sebelum
dijalankan ke atas haiwan ruminan yang lebih besar seperti lembu
dan kerbau. Daripada aspek fisiologi dan annatomi, kambing
mempunyai sifat-sifat yang hampir sama dengan haiwan ruminan
yang besar.
Sistem Penternakan Kambing

Sistem penternakan kambing yang wujud di Malaysia boleh


dibahagikan kepada empat jenis : sistem lepas bebas, sistem separa
bebas, sistem intensif dan sistem sepadu. Tidak semua sistem
penternakan ini sesuai untuk keadaan iklim dan persekitaran yang
berbeza di Malaysia, dan pilihan teliti oleh penternak. Cara-cara
penternakan juga berlainan dari tempat ke tempat, dan sudah pasti
sesuatu sistem penternakan itu walaupun sesuai untuk satu tempat
mungkin tidak sesuai untuk tempat yang lain. Dalam bahagian ini
saya akan menjelaskan sedikit sebanyak tentang sistem-sistem
penternakan tersebut supaya penternakan-perternakan yang ingin
memulakan usaha pernternakan kambing dapat membezakan
sistem-sistem tersebut dan memilih sistem yang sesuai untuk
keadaan dan kewangan yang ada.

Sistem Lepas Bebas

Dalam sistem penternakan kambing secara lepas bebas, kambing


dibiarkan bebas meragut rumput di kawasan pasture, di kawasan-
kawasan tanah sekitar perkambungan atau lading buah-buahan yang
sudah matang, lading-ladang getah dan kelapa sawit atau di tepi=tepi
jalan dan tali air. Adakalanya kawasan-kawasan trsebut dipagar dan
kambing dibiarkan bebas meragut rumput di dalam nya.
Kambing dilepaskan di dalam kawasan-kawasan tersebut untuk
merugut rumput dan tumbuhan liar yang hidup di bawah pokok-pokok
dan di tepi-tepi jalan. Sistem lepas bebas ini sesuai untuk kawasan
tanah yang terbiar dan tidak diusahakan serta juga ladang-ladang
kelapa sawit dan getah yang sudah tua kerana kambing tidak
mungkin mencedera pokok-pokok tersebut. Rumput-rumpai yang
tumbuh melata di antara barisan pokok-pokok boleh menjadi bahan
makanan yang sederhana mutunya untuk kambing.

Walaupun bagaimanapun, jumlah dan kualiti bahan makanan


tersebut berubah mengikut musim. Pada musim kemarau jumlah
rumput dan tumbuh-tumbuhan lain akan berkurangan dan mungkin
dapat menampung di antara 5-10 ekor kambing seeker, manakala
jika musim tidak kemarau jumlah bahan makanan yang ada mungkin
boleh menampung di antara 10-15 ekor kambing seeker. Biasanya
iklim di Malaysia menggalakkan pertumbuhan rumput dan tumbuh-
tumbuhan lain sepanjang tahun dan kambing yang diternak secara
sistem lepas bebas tidak mungkin terputus makanan. Jika kambing
diternak dalam kawasan buah-buahan, pastikan pokok-pokok sudah
besar dan cukup tinggi supaya daun-daunnya tidak dapat diragut
oleh kambing.
Kambing-kambing dalam sistem ini memerlukan perlindungan
daripada hujan dan juga pada waktu malam. Pondok-pondok kecil
bolehlah dibina untuk tujuan ini. Pemeriksaan am ke atas kambing
dijalankan sesekali sahaja mengikut kesanggupan penternak. Air
yang bersih hendaklah sentiasa disediakan sekiranya kawasan itu
tidak mempunyai sumber air yang mengalir seperti tali air atau anak
sungai untuk kambing mendapat air minum. Ada biaknya kawasan
tersebut dipagar dengan pagar dawai yang kuat untuk mengelakkan
kambing keluar dari kawasan ini.

Gambarfoto 11 Kambing sedang meragut dalam sistem lepas bebas.


Sistem lepas bebas ini tidak dapat menghasilkan pengeluaran
yang banyak memandangkan kadar pertumbuhan kambing yang
tidak begitu tinggi. Iklim memainkan peranan penting dalam
menentukan kadar pertumbuhan kambing kerana jika keadaan
kamarau berpanjangan bekalan makanan akan terhad, juga mutu
makanan akan berkurangan dan ini akan mengakibatkan
pertumbuhan yang terjejas. Kambing yang diternak secara bebas
mudah dihinggapi penyakit seperti penyakit kulit, cacing dan penyakit
lain yang mudah berjangkit. Penternak yang jarang-jarang memerhati
dan memeriksa kambing akan mendapati pertumbuhan kambingnya
terjejas dan akan mengalami kerugian.

Sistem Separa Bebas


Dalam sistem perternakan ini kambing ditempatkan dalam kandang
pada waktu malam dan dibebaskan untuk meragut pada siang hari.
Kambing yang diternak dalam sistem ini dapat dikawal lebih sedikit
daripada yang diternak dalam sistem lepas bebas dan hasil yang
diperolehi adalah lebih mengutungkan. Sistem ini diamalkan oleh
sebahagian besar daripada petani-petani kecil di kampong. Kandang
kambing biasanya dibina berhampiran dengan rumah kediaman
penternak. Sistem ini yang unggul memerlukan kawasan pastura
untuk kambing meragut; sebaik-baiknya kawasan pastura ditanam
dengan rumput terpilih yang bermutu tinggi. Kawasan pastura boleh
dibahagikan kepada beberapa kawasan kecil (petak) dengan
menggunakan pagar yang sesuai. Kambing dibebaskan dalam petak
yang berlainan setiap minggu (atau sesuatu jangka masa tertentu)
untuk member masa kepada rumput dalam petak pertama tumbuh
semula sebelum diragut lagi.
Kebanyakan penternak kecil tidak memiliki tanah yang luas
untuk ditanam dengan rumput pastura. Juga pada pandangan
mereka menanam tanaman kontan adalah lebih menguntungkan
daripada menanam rumput. Oleh itu telah menjadi kebiasaan
penternak membebaskan kambing meragut di kawasan sekeliling
rumah, di tepi-tepi jalan dan tali air serta di tepi-tepi ladang getah dan
kelapa sawit yang biasanya terdapat rumput dan tumbuhan liar yang
boleh menjadi bahan makanan. Membebaskan kambing begini tanpa
jagaan bukanlah satu amalan yang baik kerana antara lain, kambing
boleh termasuk dalam kawasan tanaman kepunyaan orang lain, atau
termakan racun rumpai yang disemburkan untuk membunuh lalang.
Dalam sistem separa bebas kadar kematian anak kambing adalah
tinngi, kebanyakannya disebabkan oleh pengurusan yang tidak rapi.

Sebelum sistem separa bebas ini dimalkan penternak harus


meneliti sama ada keadaan mengizinkan, dan juga menimbangkan
risiko yang akan dihadapi. Namun begitu sistem separa bebas ini
lebih baik daripada sistem lepas bebas, kerana dalam sistem separa
bebas kambing dapat siberi penjagaan dan pengawalan apabila
ditempatkan di dalam kurungan, kambing boleh diperiksa sama ada
dijangkiti penyakit, diberi rawatan dan juga makanan tambahan jika
perlu. Pada musim hujan pula kambing-kambing boleh dikurungkan
sepenuhnya dan diberi pengurusan yang berasingan supaya dapat
menjaminkan pertumbuhan yang baik. Pada keseluruhannya sistem
separa bebas ini hanylah sesuai untuk menternak kambing secra
kecil-kecilansahaja atau secara sambilan memandangkan
kekurangan kawasan ragutan.
Rajah 3 Cara mengikut kambing dengan menggunakan dawai yang
direntangkan di antara dua pancang A dan B. Kaedah begini dapat
mengelakkan kambing daripada terbelit dan juga dapat member
kawasan ragutan yang lebih luas. Pancang A dan B berjarak di antara
5 -8 meter.

Dalam keadaan tertentu yang tidak membenarkan kambing


meragut dengan bebas, kambing boleh diikat dengan menggunakan
tali sederhana panjang yang hujungnya ditambat pada pokok kecil
atau kayu yang ditanamkan dalam tanah. Kambing yang diikat begini
perlu dipindahkan dua tiga kali sehari supaya mendapat ragutan yang
mencukupi. Cara begini memerlukan pengawalan yang rapi kerana
tali pengikat tadi boleh menjerut kambing itu sendiri. Begitu juga pada
hari-hari yang panas , pehatian harus diberi supaya kambing tidak
terdedah kepada panas matahari terlalu lama sehingga menunujkkan
gegasan panas. Air minum hendaklah sentiasa disediakan kerana
kambing yang kehausan tidak akan makan dengan banyak.
Sata cara mengikat kambing supaya tidak mudah terjerut oleh
tali sendiri ialah dengan menggunakan dawai besi yang direntangkan
di antara dua pancang kayu yang jaraknya lebih kurang 10 meter
(Rajah3). Tali yang diikat pada gelang leher tidak diikat terus pada
kayu pancang tetapi sebaliknya pada gelang besi kecil yang boleh
menggelunsur sepanjang dawai yang direntangkan. Dengan car ini
kambing boleh meragut kawasan pastura yang lebih luas lagi.

Sistem intensif

Sistem intensif atau berkurang sepenuhnya merupakan satu


system perternakan yang kian meningkat pentingnya di Malaysia.
Sistem ini sesuai untuk menternak kambing secara sederhana atau
besar-besaran di kawasan yang terdapat kekurangan tanah untuk
dijadikan lading pastura. Kambing dikurung dalam kandang dan tidak
dibenarkan keluar untuk mencari ragutan. Makanan dalam bentuk
rumput yang dipotong dari kawasan pasturan atau dari sumber-
sumber tertentu,atau bahan makanan dalam bentuk konsentrat
(campuran bahan makanan seperti dedak padi, hampas kelapa sawit,
ubi kayu dan lain-lain) diberi kepada kambing. Biasanya makanan
tersebut dibekalkan kepada kambing sepanjang hari. Air minum juga
sentiasa disediakan. Ternakan dalam sistem begini mudah dikawal
daripada segi pemakanan, pembiakan, penyakit dan pengurusan
am. (seperti anak, ibu bunting, bapa) mudah dijalankan kerana
kambing-kambing tersebut boleh diasingkan.

Makanan yang diberi kepada kambing tidak semestinya bahan


pastura sahaja. Bahan bahan hasil sampingan pertanian boleh juga
dicampur dan dijadikan makanan. Kambing adalah sejenis haiwan
yang boleh menyesuaikan diri dalam berbagai-bagai keadaan. Con-
tohnya, di negara-negara beriklim sederhana pada musim sejuk dan
pastura tidak hidup, kambing diberi makan rumput kering dan jerami
barli atau gandum. Di Malaysia, kambing boleh diberi makan bahan-
bahan seperti hampas kelapa, hampas kelapa sawit, hampas nanas
serta daun-daun kekacang dan rumput. Jerami padi juga boleh
dirawat dengan berbagai-bagai bahan kimia seperti urea, ammonia
dan natrium hidroksida supaya menjadi lebih bermutu untuk kambing.
Jika penternak mempunyai pastura,biasanya pastura dipotong setiap
hari dan diberi kepada kambing. Sistem pemberian makanan ini
disebut sistem potong dan angkut.

Walaupun sistem intensif ini banyak faedahnya, ia memerlukan


modal yang banyak untuk membina kandang, membeli kambing yang
baik bakanya, dan juga memberi makanan konsentrat yang
diperlukan setiap hari. Sistem ini juga memerlukan kawasan pastura
yang sederhana luasnya untuk membekalkan rumput supaya
penggunaan konsentrat dapat dikurangkan . Sistem ini juga
memerlukan tenaga buruh yang agak tinggi. Namun begitu hasil yang
diperolehi adalah tinggi jika dibandingkan dengan sistem –sistem
yang lain.

You might also like