You are on page 1of 2

1.

0 GARIS PANDUAN PENUBUHAN BADAN PELAJAR

1.1 Semua badan pelajar mestilah berdaftar dengan JHEPA dan tertakluk
kepada AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (PINDAAN) 2009.

1.2 Kriteria penubuhan badan pelajar hendaklah melambangkan cita-cita & imej
Universiti Malaysia Pahang. Keanggotaan dan sifat-sifatnya mestilah
memenuhi ciri-ciri berikut :

1.2.1 Keanggotaan adalah terdiri daripada berbilang kaum.


1.2.2 Keanggotaan adalah melambangkan integrasi nasional.
1.2.3 Tidak ada pertindihan atau duplikasi dalam kegiatan.
1.2.4 Keutamaan atau galakan akan diberikan bagi penubuhan badan
pelajar yang berasaskan akademik atau sesuatu disiplin ilmu.

1.3 Jumlah minimum bagi keahlian sesebuah badan pelajar ialah seramai 10
orang dalam satu sesi akademik.

1.4 Keahlian :-

1.4.1 Bagi persatuan berasaskan akademik keahlian adalah secara


automatik bagi pelajar berdaftar yang mengikut kursus/fakulti
berkenaan sahaja.

1.4.2 Bagi kelab yang bukan berasaskan akademik keahlian adalah


secara berdaftar, tidak secara automatik.

1.4.3 Setiap pelajar diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu


kelab yang bukan berasaskan akademik sepanjang pengajian di
Universiti Malaysia Pahang.

1.5 Penubuhan tidak akan diizinkan atau dimansuhkan bagi badan pelajar yang
membawa sifat bertentangan dengan nilai-nilai teras (core value) Universiti
Malaysia Pahang.

2.0 TATACARA PENUBUHAN BADAN PELAJAR

2.1 Kertas kerja permohonan untuk menubuhkan sesebuah badan pelajar perlulah
dikemukakan kepada pihak JHEPA untuk pertimbangan. Kertas kerja permohonan
penubuhan badan pelajar mestilah mengandungi :

2.1.1 Borang Permohonan


2.1.2 Senarai nama ahli
2.1.3 Carta Organisasi

2.2 Kelulusan penubuhan sesebuah badan pelajar adalah tertakluk kepada budi
bicara Naib Canselor.
GELARAN PEMEGANG-PEMEGANG JAWATANKUASA PENGURUSAN
BADAN-BADAN PELAJAR UMP

Telah ditentukan bagi Badan-badan pelajar Universiti Malaysia Pahang,


gelaran pemegang-pemegang jawatankuasa pengurusan ialah;

1) Pengerusi : Gelaran bagi penyandang ketua bagi


badan-badan pelajar berbentuk Persatuan

2) Presiden : Gelaran bagi penyandang ketua bagi


badan-badan pelajar berbentuk kelab

3) Naib Pengerusi : Gelaran bagi penyandang pembantu


ketua bagi badan-badan pelajar berbentuk persatuan

4) Naib Presiden : Gelaran bagi penyandang pembantu


ketua bagi badan-badan berbentuk kelab

5) Setiausaha : Gelaran bagi setiausaha bagi persatuan atau kelab.

6) Bendahari : Gelaran bagi bendahari bagi persatuan atau kelab.

You might also like