You are on page 1of 10

1.

0 Penyediaan Tapak Bina

Penyediaan tapak dilakukan dengan membersihkan kawasan pembinaan daripada


tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan jentolak atau jentera-jentera lain yang sesuai.
Tujuannya adalah untuk mengeluarkan lapisan tanah atas yang kebiasaanya lembut dan
tidak diperlukan didalam pembinaan. Tebal lapisan yang dipotong terletak diantara
150mm hingga 300mm danianya bergantung kepada keadaan tapak dan jenis tumbuh-
tumbuhan yang terdapat di kawasantapak pembinaan.Pembersihan Tapak Pembersihan
tapak dilakukan sebaik saja kerja ukur lokasi selesai dijalankan. Peringkat permulaan
pembersihan tapak melibatkan kerja-kerja membuang tumbuh-tumbuhan dari bumiasal
dan bahan tambahan. Ini bertujuan untuk mengelakkan tumbuhan yang reput
meninggalkan rongga-rongga yang boleh mengakibatkan mendapan.
Di samping itu, ia juga dapat mengelakkan gangguan ke atas proses pemadatan
subgred yang akan dijalankan. Pembersihan tapak bergantung pada lokasi pembinaan
jalan. Kerja-kerja pembersihan tapak biasanya akan melibatkan beberapa perkara seperti
membuang rumput rampai, belukar kecil dan pokok tanaman yang terdapat pada tapak
projek. Selain itu ia juga melibatkan proses menebang pokok dan menugal tunggul kayu.
Dan akhir sekali membuang akar kayu sehingga 1m di bawah subgred. Manakala bagi
kawasan bandar, pembersihan tapak lebih rumit kerana melibatkan pemindahan dan
penempatan sementara orangramai, tempat perniagaan, kemudahan awam dan
kemudahan infrastuktur dalam tanah.
Faktor dijalankan Operasi Pembersihan Tapak Kos untuk melakukan pembersihan
tapak adalah bergantung pada kawasan yang hendak dibersihkan. Biasanya pemaju akan
mengupah pihak tertentu untuk membersihkan kawasan tapak pembinaan. Bagi pemaju
yang melakukan pembersihan sendiri ianya dapat mengurangkan kos mengupah orang
lain. Untuk kawasan hutan memerlukan jentera untuk menumbangkan pokok-pokok
besar. Bagi kawasan berbukit pulak beberapa langkah pemotongan, penambakan perlu
dilakukan dan ini memerlukan kos yang lagi besar.Selain itu juga ia disebabkan oleh
kesan daripada pokok dan stuktur lain. Sekiranya suatu tapak pembinaan tidak melakukan
pembersihan tapak ia amat menyukarkan ketika kerja pembinaan dilakukan. Struktur
pokok dan bangunan sedia ada menganggu projek pembinaan. Keselamatan juga kurang
terjamin kerana kebarangkalian pokok akan tumbang adalah tinggi yang membawa risiko
kepada para pekerja.
Disamping itu, pemaju dapat menggunakan semula bahan yang sedia ada pada
tapak projek dengan menjalankan Operasi Pembesihan Tapak Penggunaan. Kerja
pembersihan tanah initidak semestinya membersihkan keseluruhan kawasan tapak.
Pokok-pokok yang tidak mengangguboleh dibiarkan untuk dibuat hiasan di kawasan
pembinaan setelah siap nanti.Faktor yang terakhir sekali ialah bagi menjamin
keselamatan orang ramai danpersekitaran. Sebelum suatu pembinaan itu dilakukan
perlulah membuat kerja pembersihan tapak kerana dikhuatiri terdapat tumbuhan yang
berbahaya kepada orang awam terutama pekerja. Unsur ini sangat penting untuk menjaga
keselamatan orang ramai, pekerja dan persekitaran.

1.1 Mengenalpasti Kedudukan Tapak Bina

Penyiasatan tapak adalah merupakan proses yang sangat penting di dalam


sesuatu pembangunan projek.Ini adalah kerana ia membolehkan pihak yang
terlibat dalam rekabentuk dan pembinaan dapat mengenalpasti perkara sebenar di
tapak dan segala masalah yang mungkin dihadapi agar struktur yang
baik,ekonomi dan selamat dapat dibina.Penyiasatan tapak yang tidak dijalankan
dengan sewajarnya kebiasaannya akan mengakibatkan kerosakkan kepada
struktur seperti keretakkan pada bahagian dinding,lantai,struktur terbenam dan
sebagainya.Ini menyebabkan struktur yang telah siap dibina atau hampir siap
terpaksa dirobohkan dan dibina semula.Ini mengakibatkan kerugian dari segi
kewangan,masa dan tenaga di samping membahayakan keselamatan bangunan
dan orang ramai yang menggunakannya. Di samping itu juga kesesuaian sesuatu
jenis bangunan /projek pembangunan dengan kedudukan tapak mestilah difikirkan
dengan teliti.Ini akan melibatkan kemudahan awam yang terdapat, penduduk
sekitar,faktor sejarah, keadaan sekeliling dan sebagainya.Ini adalah untuk
mengelakkan daripada sesuatu projek mengalami masalah seperti kesukaran
perhubungan,masalah sosial dan sebagainya. Sebagai contoh, penyiasatan penting
bagi membuktikan kebenaran dan mengembangkan maklumat yang ada.Dalam
kerja pembinaan,bagi kerja pengorekkan,perlulah diketahui tentang lapisan bawah
tanah dan keadaan air di dalam tanah bagi tujuan kesukaran untuk mengeluarkan
bahan korekan,tebing korekan perlu sokongan atau tidak,aras air dalamt anah
perlu direndahkan serta keadaan semulajadi bahan yang dikorek akan berubah
atau tidak.

1.2 Objektif utama penyiasatan tapak adalah seperti berikut:

a) Kesesuaian (suitability)-menentukan kesesuaian tapak dan keadaan


sekililing dengan kerja yang dicadangkan.

b) Rekabentuk (design)-membolehkan rekabentuk yang sesuai dan


ekonomi disediakan termasuk rekabentuk kerja sementara (temporary
work) dan teknik baikpulih tanah (soil improvement).

c) Pembinaan (Construction)-merancang kaedah pembinaan yang terbaik


sekali dan mengenalpasti segala kesulitan dan kelewatan yang mungkin
tejadi disebabkan keadaan tanah dan keadaan sekeliling.Dalam keadaan-
keadaan tertentu,untuk mencari punca bahan-bahan yang boleh digunakan
untuk pembinaan dan memilih tapak untuk bahan-bahan buangan.

d) Kesan perubahan (effect of changes)-menentukan perubahan yang


mungkin terjadi pada tanah dan kawasan setempat samada terjadi dengan
sendirinya atau disebabkan kerja–kerja baru yang dijalankan disamping
menentukan kesan perubahan ini pada kerja-kerja yang sedang dijalankan
dan kerja-kerja berhampiran.

e) Pemilihan tapak(choice of side)-jika terdapat tapak yang


lain,perbandingan kesesuainya di antara satu sama lain hendaklah
dipertimbangkan.
f) Mengumpul maklumat berkenaan tanah dan persekitaran untuk
menentukan kesesuain projek. g) Kedudukan tapak mengikut orientasi
matahari mempengaruhi pengcahayaan.

h) Pemandangan sekeliling mempengaruhi harga pasaran

i) Meninjau kemudahan awam yang terdapat di persekitaran atau kawasan


berdekatan.

1.2 Kerja-Kerja Menentukan Aras Formasi

Kerja menentukan aras formasi merupakan salah satu proses dalam kerja tanah
yang akan dilakukan dalam kerja-kerja awal penyediaan sesuatu tapak bina. Kerja
tanah bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level) seperti yang
dikehendaki dalam lukisan tapak. Aras pembentukan pula ialah aras yang
dibentuk sama ada dengan memotong atau menambun tapak bagi mendapatkan
bangunan yang dicadangkan. Kerja-kerja tanah ini bergantung sepenuhnya pada
keadaan tapak jika dibandingkan dengan aras pembentukan. Sekiranya tapak
tersebut telah mempunyai aras yang sama seperti aras pembentukan, maka kerja
tanah tidak diperlukan dan sekiranya tapak tersebut mempunyai aras yang lebih
tinggi daripada aras pembentukan, kerja-kerja memotong tanah diperlukan. Jika
aras tapak tersebut lebih rendah daripada aras pembentukan, kerja penambunan
pula perlu dilakukan. Berkemungkinan kaduadua kerja pemotongan dan
penambakkan ini diperlukan bagi sesuatu tapak. Bagi kawasan tapak yang
dipotong kebiasaannya sudah padat dan untuk tapak yang ditambun perlu
dipadatkan terlebih dahulu. Kerja-kerja tanah ini melibatkan penggunaan logi atau
jentera secara intensif.
2.0 Proses Pembinaan Binaan Sementara
2.1 Membina Jambatan Kayu Sebagai Laluan Sementara Di Tapak Bina

Laluan Keluar Masuk dan Jalan Sementara Laluan keluar masuk perlu
diutamakan di peringkat awal pembinaan bagi mengelakkan berlakunya
kelewatan projek disebabkan tiada laluan. Laluan keluar masuk perlu mencukupi
dari segi kelebaran dan keupayaan galas tanah supaya dapat menanggung beban
jentera berat. Fungsi jalan sementara adalah untuk membawa masuk dan keluar
bahan-bahan dan komponen. Jalan sementara mestilah saling berhubung antara
laluan masuk, kawasan simpanan dan kerja-kerja pembinaan. Seperti mana laluan
keluar masuk, ia juga perlu mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk
menampung beban agar tidak rosak.

2.2 Membina Ruang Penyimpanan Bahan Dan Pejabat Tapak

2.3 Membina Penahan Tebing Bagi Kerja-Kerja Penggalian Peparit


3.0 Proses Pembinaan Sementara 2
3.1 Kerja-Kerja Pemasangan Perancah

3.2 Kerja-Kerja Pembinaan Pagar


Kerja-kerja pembinaan amat memerlukan pagar dan dinding adang yang
sementara. Mengikut garis panduan dalam kerja pembinaan, ia amat diperlukan
dalam satu-satu tapak bina atas tujuan yang pelbagai. Antara sebab utama
diperlukan pagar tersebut adalah kerana faktor keselamatan dalaman dan luaran
pada tapak binaan. Ia meliputi tujuan keselamatan awam dan keselamatan tapak
binaan di mana ia dapat diasingkan daripada orang ramai yang berada di sekitar.
Dari perspektif keselamatan, secara amnya ia dapat menghalang orang yang tidak
berkenaan daripa memasuki tapak binaan. Hal yang demikian kerana kawasan
pembinaan adalah tempat berisiko tinggi akibat daripada kerja-kerja berat dalam
pembinaan, termasuklah segala peralatan dan suasananya yang tidak memberi
keselesaan. Justeru, ia adalah berbahaya yang memberi risiko kecederaan fizikal
mahupun kematian kepada manusia jika terjadi perkara-perkara yang tidak
diduga. Selain itu, ia juga memberi keselamatan kepada kontraktor yang terlibat
daripada kes kecurian dan kehilangan. Apabila pihak yang tidak berkenaan dapat
memasuki tapak binaan dengan mudah, risiko untuk terjadinya kecurian,
rompakan dan sebagainya adalah tinggi. Ini kerana segala jentera, peralatan,
bahan binaan dan para pekerja yang merupakan aset mudah menerima ancaman
tersebut. Justeru, dengan adanya pagar ini maka keselamatan tapak binaan akan
lebih terjaga kerana dapat menyukarkan kemasukan orang yang tidak berkenaan.
Secara amnya, pagar yang terdapat di kawasan pembinaan mestilah cukup tinggi
sekurang-kurangnya 2 meter tinggi yang menyukarkan orang untuk masuk,
melompat dan memanjat pagar tersebut. Ia perlulah cukup jelas memberi
gambaran serta penegasan bahawa tempat itu adalah berisiko tinggi dan sedang
dijalankan kerja pembinaan. Pagar perlu diletakkan pada sempadan projek
pembinaan. Akan tetapi, rupa bentuk pagar, struktur dan ciri-ciri pagar adalah
berbeza-beza mengikut keperluan tapak binaan. Pagar yang menutupi lingkungan
kawasan pembinaan perlulah mempunyai pintu keluar masuk utama yang sesuai
serta perlu dijaga oleh pengawal yang berfungsi untuk mengawasi dan memantau
kawasan itu. Sebagai nilai tambah pada fungsi pagar tersebut, pihak pemaju atau
kontraktor disarankan menggunakan idea mereka untuk menghasilkan mesej yang
mempunyai pelbagai kreativiti untuk masyarakat umum. Ini termasuklah
membuat iklan promosi berkenaan projek yang sedang dijalankan, memberi
maklumat projek, peta interaktif, iklan kesedaran dan bermacam-macam lagi
bergantung kepada kesesuaian yang mampu menarik perhatian umum. Malah,
terdapat juga pemaju projek yang membuat keuntungan dengan menyewakan
ruangan pagar untuk iklan kepada syarikat luar, sekaligus dapat memberi variasi
dalam bentuk pengiklanan.

Berikut adalah contoh garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Rekabentuk
Bandar & Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan pagar
perlindungan sementara di tapak pembinaan. Antara syarat-syarat amnya ialah:
i. Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga pagar
perlindungan sementara didirikan untuk mengasingkan kawasan tapak
bina
ii. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina sepenuhnya di sekeliling
dan menutupi kawasan tapak bina
iii. Bagi pagar perlindungan yang berhadapan dengan jalan utama, pemaju
diwajibkan untuk menghiasi pagar dan pintu masuk dengan illustrasi yang
menarik yang berkenaan dengan pembangunan tersebut.
iv. Warna pagar perlindungan sementara yang dibenarkan adalah biru atau
kelabu
v. Pagar perlindungan sementara hendaklah tidak menghalang pili bomba
dan alat perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada.
vi. Kain kanvas atau plastik hendaklah direntang sekiranya pagar
perlindungan sementara dibuka sementara waktu.
vii. Kerja-kerja seperti membina “sheetpile”, longkang tepi dan sebagainya
yang perlu dijalankan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah
dililitkan dengan pita amaran dengan jarak 1 meter dari kawasan kerja.
Kawasan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah diawasi oleh
pengawal untuk menghalang orang-orang awam daripada mencerobohi ke
dalam tapak pembinaan. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina
semula sebaik sahaja kerja-kerja tersebut siap dijalankan.

You might also like