You are on page 1of 1

Definisi Bimbingan

- Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang
memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan
menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara
bertindak dan mengubah tingkahlaku ke arah yang positif.

1. Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu


kerja atau tugas.(DBP)
2. Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia
mereka. (Suradi Salim,1996)
3. Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia
disekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat
yang ada dengan sepenuhnya.(Suradi Salim,1996)
4. Bantuan / pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid (Crow & Crow,
1983)
5. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.

Definisi Kaunseling

-Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan
seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama –sama
memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut
seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih

1. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk


mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia.
2. Satu profesion mempunyai asas yang saintitik dan objektif daripada bidang
psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah.
3. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu
orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk.
4. Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri
dan situasinya
5. Proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien
yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien
6. Kaunseling merupakan proses pertolongan. melalui proses ini, klien dibimbing
membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara
kaunselor dengan klien atas dasar bahasa kesan perhubungan itu akan
menyebabkan klien berubah.

You might also like