You are on page 1of 11

Isi Kandungan

KAJIAN KES .......................................................................................... Error! Bookmark not defined.


Pengenalan ............................................................................................ Error! Bookmark not defined.
Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak ...................... Error! Bookmark not defined.
Sejarah Penubuhan .............................................................................. Error! Bookmark not defined.
Kaedah dan proses penubuhan persatuan ...................................................................................... 3
Aktiviti atau perkhidmatan yang diamalkan ...................................................................................... 5
Perbandingan perkhidmatan .............................................................................................................. 8
Strategi menjana sumber kewangan.................................................. Error! Bookmark not defined.
Isu-Isu Berbangkit ................................................................................................................................ 7
Analisis SWOT (STRENGTHNESS, WEAKNESS, OPPORTUNITY, THREAT) ............... Error!
Bookmark not defined.
Cadangan penambahbaikan .............................................................................................................. 9
Rujukan ................................................................................................................................................ 10

1
Laporan kajian kes

Persatuan didefinisikan sebagai “sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur,


berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Di peringkat sekolah persatuan biasanya
dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan
kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu-membantu dan
berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang
telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran,
hasrat dan kecenderungan masing-masing (Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Karim, & Soaib
Asmiran, 2013).

2
1.0 Sejarah Penubuhan

Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Negara merupakan sebuah agensi di bawah


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang bertanggungjawab melaksanakan
aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

 Tahun 1953 Bahagian Kebudayaan ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan


Masyarakat

 Tahun 1964 Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan

 Tahun 1972 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

 Tahun 1987 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

 Tahun 1992 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan


Pelancongan

 Tahun 2004 Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan


Warisan (KEKKWA)

 22 Mac 2005 Di naik taraf kepada JKKN ( Waran bil. S20 Tahun 2005)

 1 Feb 2007 Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan , penyelidikan


dan pembangunan ( waran bil.S40 tahun 2007)

 18 Mac 2008 JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan
Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW)

 April 2009 JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan


Kebudayaan (KPKK).

 Mulai 16 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan.

3
2.0 Kaedah Dan Proses Penubuhan

(Rujuk lampiran dalam lembaran Buku Aktiviti Kokurikulum 2016 m/s 2-4)

Mengadakan perbincangan dan mesyuarat serta


membentuk jawatankuasa penaja.

Menyediakan kertas kerja cadangan

Mengemukakan kertas kerja kepada Pengerusi Persatuan

Menerima maklum balas dan pembetulan kertas kerja

Memohon kelulusan Jabatan Pendaftaran Petubuhan


Malaysia

Tidak lulus
Lulus

Tindakan:

1. Pengedalian Mesyuarat Agung

2. Pelantikan Jawatankuasa baru

3. Catatan minit mesyuarat

Pelaksanaan aktiviti kelab

Jamuan tahunan kelab

4
3.0 Aktiviti atau perkhidmatan yang diamalkan

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) merupakan program di bawah seliaan


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan dilaksanakan sebaik sahaja
Jemaah Menteri memutuskannya pada 26 Januari 2005. PMS diadakan atas tujuan
untuk mendekatkan masyarakat umum, khususnya masyarakat luar bandar dengan
kegiatan seni budaya. Di samping untuk meningkatkan semarak seni, PMS juga begitu
signifikan dalam memupuk nilai - nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan
masyarakat. Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk
memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping memupuk
semangat kerjasama kearah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan
selaras dengan pengukuhkan jatidiri bangsa Malaysia. Penganjuran PMS juga
merupakan strategi jangka panjang Kementerian untuk memupuk pembangunan
industri kreatif dalam pelbagai bidang seni budaya negara melalui ransangan
penglibatan maysarakat luar bandar. Kejayaan beberapa penganjuran PMS
menyebabkan Kementerian bercadang menyebarluaskan program ini di seluruh
Malaysia .

3.1 Matlamat

Memupuk nilai - nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat,


khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memulihara dan mengekalkan
warisan seni budaya negara.

3.2 Kaedah Pelaksanaan Mengikut Kawasan & Fokus

i. Kawasan Komuniti Bandar

ii. Kawasan Luar Bandar

iii. Penempatan FELDA / FELCRA

iv. IPTA / IPTS

v. Komuniti Beruniform

vi. Kawasan Putrajaya

5
Pengisian Aktiviti

i. Pameran dan Demonstrasi

ii. Gotong Royong & Kenduri Rakyat

iii. Persembahan Kesenian

iv. Permainan Tradisi dan Sukan Rakyat

v. Hasil Kerja Tangan

vi. Mewarna dan Melukis

vii. Pencungkilan Bakat Kesenian Muda (Moden & Tradisi)

viii. Sistem Nilai dan Adat Istiadat

ix. Senam Seni Malaysia

x. Pembudayaan Bahasa

xi. Penyemarakan Tradisi Islam

6
4.0 Isu-Isu Berbangkit

Isu-isu berbangkit ialah cadangan-cadangan program yang tidak sempat untuk


dilaksanakan pada tahun 2016. Cadangan pertama ialah perancangan untuk
mengadakan “Malam Irama Malaysia” iaitu melibatkan sekolah-sekolah serta institusi-
institusi pengajian tinggi di Negeri Perak atau irama Melayu ditemani dengan makan
malam yang agak berprestij ala-ala tradisional. Cadangan ini tidak dapat direalisasikan
disebabkan oleh masa yang tidak mencukupi bagi para guru dan pelajar untuk
menguruskan malam tersebut kerana program-program yang dilaksanakan di sekolah
sudah terlalu banyak.

Selain itu, perancangan kedua yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2016 ialah
penubuhan pasukan dikir barat Negeri Perak. Hal ini disebabkan masa tenaga-tenaga
yang terlalu padat sehingga tidak dapat mengenal pasti bakat-bakat atau individu yang
boleh menjadi wakil bagi menyertai pasukan ini. Tambahan pula, tenaga pengajar yang
dipanggil ialah orang-orang kampung yang sememangnya berkecimpung dalam bidang
dikir barat ini. Oleh itu, amat sesuai sekiranya penubuhan pasukan dikir barat ini dapat
direalisasikan kerana akan mewujudkan suasana sekolah yang mesra komuniti.

4.1 Strategi Merancang Kewangan

1. Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan jabatan di


peringkat pusat dan negeri.

2. Merancang dan melaksanakan agihan peruntukan kewangan kepada


bahagian / cawangan di JKKN dan JKK Negeri.

3. Merancang, melaksana dan menyelaras urusan perolehan jabatan

4. Merancang, melaksana dan menyelaras urusan perakaunan jabatan di


peringkat pusat dan juga negeri.

5. Menguruskan perolehan, penyelenggaraan, penyimpanan serta pelupusan


asset ( harta modal dan inventori) jabatan di peringkat pusat dan negeri.

6. Menyedia dan mengeluarkan baucer-baucer bagi aktiviti perolehan yang


dilaksanakan oleh jabatan.

7. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mesyuarat kewangan yang


diadakan oleh PKKN, Kementerian dan lain-lain agensi kerajaan.

7
8. Menyediakan laporan dan menjawab teguran oleh jabatan audit.

9. Bertindak sebagai urusetia bagi pihak Jabatan bagi Mesyuarat


Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Kementerian.

10. Menyediakan, menyimpan dan menyelaras penyimpanan dokumen-


dokumen kewangan jabatan.

11. Menyediakan dan menyelaras laporan bulanan dan tahunan kewangan


jabatan di peringkat pusat dan negeri.

4.2 Perbandingan perkhidmatan

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti di atas adalah amat bertepatan dengan


objektif penubuhan kelab ini. Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk membina
keyakinan diri dalam melakukan persembahan serta memupuk kerjasama dalam
kalangan murid. Sebagai contoh, penubuhan pasukan koir mampu membina
keyakinan diri murid dengan mempersembahkan nyanyian secara beramai-
ramai. Semangat berpasukan juga dapat dipupuk dalam diri setiap murid yang
mana merupakan salah satu elemen penting untuk mencapai pembelajaran abad
21. Dengan kata lain, perkhidmatan yang dijalankan di sekolah tersebut mampu
mencapai objektif penubuhan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Negeri
Perak.

8
5.0 Analisis SWOT dan Penambahbaikan

5.1 Analisis SWOT

STRENGTH WEAKNESS
(KEKUATAN) (KELEMAHAN)
 Mendapat sumbangan melalui kutipan  Kekangan dari segi alatan.
yuran keahlian sebanyak RM20  Sumber kewangan yang tidak
setahun. mencukupi.
 Sumbangan daripada agensi-agensi  Kekurangan ahli aktif yang membayar
luar. yuran setiap tahun
 Mendapat dana dari Jabatan Kesenian  Pengurusan kewangan yang kurang
dan Kebudayaan Negeri. cekap

OPPORTUNITIES THREATS
(PELUANG) (ANCAMAN)
 JKKN mengadakan khusus kewangan setiap  Sikap pengurus kewangan kurang
tiga bulan. amanah
 JKKN kerap mengadakan khusus  Pengurus kewangan tidak menguruskan
pengurusan kewangan untuk Pengurus kewangan dengan terancang
Kewangan.  Pengurus kewangan kurang mahir
 Pengurus kewangan menguruskan dalam mengurus wang latihan.
kewangan berpandukan khidmat nasihat
daripada ahli majlis tertinggi.

5.2 Cadangan penambahbaikan

Penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan lagi Persatuan


Kebudayaan dan Kesenian negeri Perak ialah tenaga pengajar perlu bersifat
serba boleh terutama sekali dalam bidang teknikal kerana persembahan-
persembahan yang dilakukan oleh ahli-ahli persatuan perlu banyak melibatkan
peralatan teknikal. Selain itu, pihak persatuan perlu meramaikan lagi tenaga
pengajar dan pegawai pentadbiran yang terlatih dan hebat dengan menghantar
pegawai dan tenaga pengajar ke mana-mana kursus pemantapan khususnya
dalam bidang muzik. Akhir sekali, para tenaga pengajar perlulah mempergiatkan
aktiviti kempen menyertai Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak
kepada IPTA/IPTS dan sekolah-sekolah sekitar Perak agar lebih ramai anak-
anak Perak yang menyertai Persatuan ini. Melalui tenaga-tenaga yang mahir ini
akan meningkatkan lagi kualiti Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Negeri
Perak ini mampu meningkatkan lagi sumbangan yang boleh diterima setanding
dengan kualiti yang ada, malah boleh menetapkan bayaran setanding dengan
kepakaran masing-masing.

9
Rujukan

Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Karim, & Soaib Asmiran. (2013). Hubungan Persekitaran
Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti. Jurnal Pendidikan Malaysia, 1-9.

Tan Sooi Beng. (2011). Huayue Tuan di Malaysia: Adaptasi untuk Kelangsungan. Jurnal
Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 130 - 150.

10
LAMPIRAN

Logo Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak

Maksud logo : Huruf K besar di dalam logo meliputi huruf K bagi perkataan Kelab Kebudayaan
Kesenian yang bermaksud kelab ini tidak akan lengkap dengan tidak adanya kerjasama dari semua
pihak dan hendaklah sentiasa bersama untuk mencapai kejayaan.

Motto kelab ini adalah “Kita Anak Seni”

11

You might also like