You are on page 1of 4

GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH

PENGLIHATAN
1. 1. GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
LATAR BELAKANG Pendidikan khas dibentuk bagi memenuhi murid keperluan
pendidikan murid dengan keperluan khas supaya murid khas dapat mencapai tahap
berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Program pendidikan khas bagi
murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran bermula sebelum merdeka
di mana Sekolah Rendah Princess Elizabeth dibuka di Johor pada tahun 1948 khusus
untk murid bermasalah penglihatan dan bagi masalah pendengaran ,Sekolah Kanak-
kanak Pekak Persekutuan Pulau Pinang dibuka tahun 1054. Seterusnya perkembangan
dan akses bagi pendidikan khas semakin meluas sehingga ke hari ini. Dengan bantuan
yang disediakan oleh pihak kerajaan, tertubuhnya Unit Pelajaran Khas di Bahagian
Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 atau lebih dikenali sebagai
Jabatan Pendidikan Khas pada masa kini. Sekolah khas ditubuhkan khas untuk murid-
murid kelainan upaya dengan kepelbagaian keperluan khas yang disediakan seperti
peruntukan dan bantuan. Penyediaan segala kemudahan untuk murid berkeperluan khas
dalam program pendidikan khas adalah dalam persekitaran tidak terhad dan setaraf
dengan murid normal supaya murid khas tidak terasing daripada murid normal. Program
Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi membantu murid-murid yang bermasalah dalam penglihatan dengan
keperluan khas yang disediakan. Menerusi program ini murid yang mengalami masalah
penglihatan akan menerima pendidikan yang selesa dan bersesuaian dengan
kemampuan mereka. Program integrasi bermasalah penglihatan ini ditempatkan di
sekolah-sekolah pendidikan khas dan di sekolah-sekolah harian biasa menerusi Program
Pendidikan Khas Integrasi. Murid-murid boleh mengikuti program pendidikan khas
integrasi di sekolah harian biasa di mana mereka akan belajar sepenuh atau separuh
masa bersama-sama murid normal lain yang sebaya dengan mereka di dalam kelas
dengan mengikuti kurikulum yang sama. Seperti murid normal yang lain, murid program
pendidikan khas integrasi ini juga diajar oleh guru-guru aliran pendana bagi setiap mata
pelajaran yang diambil kerana menggunakan pendekatan inklusif. Ini betujuan untuk
memberi peluang kepada murid bermasalah penglihatan untuk berinteraksi dalam aspek
sosial dan akademik dengan aliran perdana. Perbezaannya pembelajaran murid
bermasalah penglihatan dan murid normal adalah dari segi kaedah pembelajaran di
mana murid bermasalah penglihatan akan didedahkan dengan
2. 2. penggunaan alat-alat bantu mengajar yang bersesuaian supaya memperoleh
pencapaian yang optimum. Jadi, guru-guru perlu sedar bahawa perkembangan murid
khas dan murid normal adalah berbeza kerana kelainan keupayaan mereka. “Pendidikan
Khas di Malaysia adalah suatu usaha yang bertersuan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu
dan ahli masyarakat yang seimbang dan proaktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan”-Falsafah Pendidikan Khas Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas,
setiap kanak-kanak mempunyai hak dan ekuiti yang sama untuk mendapatkan
pendidikan tanpa mengira ketidakupayaan mereka. Hal ini kerana kanak-kanak perlu
diberi peluang untuk mengembangkan potensi mereka melalui pendidikan vokasional
bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup. Jadi,
semua kanak-kanak berkeperluan khas berpeluang untuk menerima akses pendidikan
yang relevan dan sesuai dengan keupayaan mereka. Adalah menjadi tanggung jawab ibu
bapa untuk menghantar kanak-kanak yang kurang upaya untuk mendapat pendidikan di
sekolah yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Di sekolah, ibu bapa tidak
perlu bimbang kerana murid khas diajar berdasarkan kebolehan dan keperluan mereka
bukan kepada kategori dan jenis kecacatan mereka. Namun bagi murid yang berpotensi
sebolehnya perlu ditempatkan secara inklusif di sekolah aliran perdana supaya dapat
mengembangkan potensi diri ke tahap optimum dan lebih berdaya berdaya saing.
DEFINISI GURU RESOS DAN BILIK RESOS Menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6
yang dikeluarkan pada tahun 2007 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, guru resos
ialah Guru Pendidikan Khas yang ditempatkan di sekolah harian biasa yang mempunyai
Program Pendidikan Khas Integrasi. Manakala bilik resos merupakan bilik yang
disediakan untuk menjayakan Program Pendidikan Khas Integrasi. Bilik resos digunakan
sebagai tempat pengajaran dan pengukuhan pembelajaran murid, menyimpan peralatan
dan bahan pendidikan khas serta tempat di mana guru-guru resos menjalankan tugasan
mereka.
3. 3. PERANAN GURU RESOS TERHADAP MURID BERMASALAH PENGLIHATAN 1.
Pengajaran dan Pembelajaran a. Guru Resos perlu mengajar murid bermasalah
penglihatan secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sama ada sebelum atau
serentak atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa bagi topik-topik
tertentu yang sukar diikuti oleh murid bermasalah penglihatan selaras dengan keperluan
individu murid b. Guru Resos perlu mendapatkan maklumat dari guru mata pelajaran
aliran perdana untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan pada murid semasa pengajaran
dan pemebelajaran di Bilik Resos c. Guru Resos perlu mengenal pasti, menyelaras dan
mengambil tindakan sewajarnya berkaitan setiap perkembangan semasa dalam aspek
keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah
penglihatan d. Guru Resos perlu menjalankan tugas seebagai guru pendamping di kelas
biasa bagi aktiviti amali dan fizikal untuk mata pelajaran dan topik-topik tertentu e. Guru
Resos perlu mengajar kemahiran membraille kepada murid yang memerlukannya f. Guru
Resos perlu menjalankan latihan penglihatan terhad (low vision) bagi murid yang masih
ada sisa penglihatan g. Guru Resos perlu menjalankan latihan orientasi dan mobiliti h.
Guru Resos perlu menjalankan latihan kemahiran hidup hariaan i. Guru Resos perlu
menjalankan latihan penggunaan deria sentuhan, pendengaran, bau dan rasa j. Guru
Resos perlu memperuntukkan waktu pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya
12 waktu seminggu bagi sekolah menengah dan 15 waktu seminggu bagi sekolah rendah
k. Guru Resos boleh menganjalkan waktu pengajaran dan pembelajaran mengikut
keperluan murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukkan 2. Pengurusan
4. 4. a. Guru Resos perlu membraille bahan-bahan cetakan biasa seperti buku-buku teks,
soalan-soalan ujian dan bahan tambahan mengikut keperluan dan kesesuaian b. Guru
Resos perlu menulis pindah bahan-bahan braille yang dihasilkan oleh murid untuk
diperiksa oleh guru mata pelajaran c. Guru Resos perlu menyediakan gambar rajah
timbul secara manual atau dengan bantuan komputer d. Guru Resos perlu menyediakan
bahan-bahan cetakan besar dan gambar rajah khas untuk muird penglihatan terhad (low
vision) e. Guru Resos perlu merakamkan pelbagai bahan audio bagi membantu
pengajaran dan pembelajaran murid di luar masa belajar atau di rumah f. Guru Resos
perlu menyelenggara peralatan pendidikan khas g. Guru Resos perlu bekerjasama
dengan guru lain di sekolah untuk membantu murid bermasalah penglihatan dari segi hal
ehwal kebajikan dan kesihatan 3. Kelas Bimbingan dan Aktiviti- aktiviti Tambahan a. Guru
Resos perlu mengadakan bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki
peperiksaan umum b. Guru Resos perlu membimbing murid dalam penggunaan perisian
teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT c. Guru Resos perlu membaca bahan-
bahan bercetak yang sesuai kepada murid d. Guru Resos perlu mewujudkan dan
menyelia perjalanan aktiviti kelab pembaca di sekolah e. Guru Resos perlu melibatkan
diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan
dengan murid bermasalah penglihatan OBJEKTIF GURU RESOS TERHADAP MURID
BERMASALAH PENGLIHATAN 1. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan terhadap murid-murid khas 2. Membimbing murid-murid khas
dalam aspek kurikulum, ko-kurikulum dan hal ehwal pelajar
5. 5. 3. Menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berseuaian dengan murid-murid khas
khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran 4. Membantu dalam proses
perkembangan dan potensi diri KAJIAN LITERATUR Bardin (2006) menyatakan,
pencapaian akademik murid bermasalah penglihatan adalah lebih rendah berbanding
dengan murid normal walaupun berada dalam bilik darjah yang sama. Hal ini kerana
mereka memerlukan masa yang lama untuk memahami sesuatu topik pembelajaran
berbanding murid normal disebabkan oleh kekangan visual. Namun, murid bermasalah
penglihatan ini masih menghadirkan diri ke sekolah dan memberi perhatian dalam
pembelajaran di dalam kelas, mengambil bahagian dalam kurikulum, menjalankan aktiviti
yang diberikan oleh guru dan menunjukkan usaha yang gigih semasa berada di sekolah
(Fredricks et al, 2004). Ini menunjukkan bahawa walaupun murid ini menghadapi
masalah penglihatan namun mereka sentiasa memperlihatkan sikap dan tingkah laku
yang positif semasa di sekolah. Bardin dan Lewis (2011) mendapati sokongan dan
dorongan guru resos adalah penting dalam menyumbangkan keterlibatan murid dalam
akademik di sekolah. Jadi, guru resos berperanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid supaya mereka sentiasa aktif kerana guru resos merupakan guru
khas bagi murid bermasalah penglihatan yang ditempatkan di sekolah aliran perdana.
Murid akan lebih aktif apabila mereka berasa diri mereka diberi perhatian dan dorongan
sewajarnya oleh guru ibarat ibu bapa kedua kepada murid apabila berada di sekolah.
Jadi, guru resos dan guru biasa di aliran perdana perlu menggunakan kaedah kolaboratif
dan koperatif supaya murid bermasalah penglihatan yang ditempatkan di sekolah aliran
perdana dapat menyesuaikan diri dan turut sama melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum di sekolah (Ahmad Zailani, 2011). Gabungan kepakaran dan resos oleh
guru resos dan guru biasa aliran perdana dapat memenuhi keperluan murid bermasalah
penglihatan. CABARAN GURU DAN MURID BERMASALAH PENGLIHATAN 1. Guru
kurang berkemahiran
6. 6. Menurut kajian yang dilakukan oleh Nor Jannah et al (2015), pengetahuan pedagogi
guru lebih kepada keperluan ketidakupayaan Murid Bermasalah Penglihatan dan
bukannya dari segi subjek. Tahap pengetahuan dan kemahiran guru terhadap isi
kandungan subjek Matematik sangat lemah di mana guru sukar menyampaikan sesuatu
topik dengan berkesan kepada murid bermasalah penglihatan. Menurutnya lagi, guru
yang mengajar subjek matematik tidak mempunyai opsyen dalam mata pelajaran
tersebut. Ini menyebabkan mereka tidak berupaya mengajar dengan baik dan tidak cekap
menggunakan alat bantu mengajar yang disediakan bagi mata pelajaran matematik untuk
murid bermasalah penglihatan. 2. Ketidaksesuaian modul Modul yang disediakan oleh
pihak kementerian mempunyai aras kemahiran yang terlalu tinggi dan kurang mengambil
kira ketidakupayaan murid bermasalah penglihatan. Murid bermasalah penglihatan yang
belajar di sekolah aliran perdana menghadapi kesukaran dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana mereka turut menggunakan modul yang sama seperti murid normal
yang lain. Kekangan penglihatan yang dihadapi menyebabkan murid bermasalah
penglihatan ini tidak mampu belajar dnegan pantas seperti murid normal terutamanya
dalam subjek sains dan matematik. Malah buku teks dan buku aktiviti yang disediakan
tidak bersesuaian dengan murid bermasalah penglihatan menyebabkan pencapaian
murid khas ini adalah rendah kerana mereka masih belum berada di tahap KBAT. 3.
Buku teks braille terhad Seperti sedia maklum bahawa penyediaan buku untuk murid
bermasalah penglihatan sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah adalah
dibawah kelolaan Bahagian Pendidikan Khas. Namun pembekalan buku teks dan rujukan
yang menggunakan medium braille adalah terhad menyebabkan akses murid bermasalah
penglihatan hanya kepada buku teks yang dibekalkan sahaja.. Isu ketidakcukupan
bekalan alat bantu mengajar guru menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
tidak berjalan dengan lancar kerana guru tidak dapat menyediakan alatan untuk
kegunaan murid secara keseluruhan. 4. Kecacatan sampingan murid
7. 7. Selain buta dan rabun, berlaku peningkatan bilanagan murid bermasalah penglihatan
yang mempunyai kecacatan sampingan yang boleh mengganggu pembelajaran murid
seperti lembab, hyperactive, autism dan pekak. Kecacatan sampingan ini menyebabkan
cabaran guru dalam menghadapi murid bermasalah penglihatan semakin hebat. Murid
juga didapati sukar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. ALATAN DI
BILIK RESOS UNTUK KEGUNAAN GURU DAN MURID 1. Brailler Mesin taip untuk
menaip huruf-huruf braille 2. Mesin Thermofom Menyalin rajah timbul dari kertas asal
menggunakan kertas brailon 3. Mesin Embosser Mencetak titik timbul dalam
penterjemahan seperti buku untuk dijadikan buku braille 4. CCTV Mesin membantu
pelajar rabun membaca kerana boleh membesarkan huruf
8. 8. 5. Gambar Rajah Timbul Kemudahan pelajar untuk menyentuh dan merasai sesuatu
bentuk 6. Buku Teks Braille Khusus untuk murid bermasalah dalam penglihatan kerana
sukatan pelajaran adalah dalam bentuk Braille 7. Al-Quran Braille Kemudahan murid
bermasalah penglihatan untu membaca al-quran 8. Tongkat Digunakan dalam
pembelajaran orientasi mobiliti dan pergerakan murid 9. Goalball Bola berbunyi khas
untuk murid bersukan dan bermain di gelanggang 10. Blind Fold Alat penutup mata
semasa bersukan
9. 9. 11. Jam Digital Jam bersuara memudahkan murid bermasalah penglihatan 12. Braille
Ruller dan Geometry Set Pembaris timbul dan alat geometri khas untuk murid
bermasalah penglihatan 13. Globe 14. Peta Dunia 15. Kalkulator bersuara 16. Al-quran
digital
10. 10. Kesimpulan Guru resos mempunyai peranan sangat penting dalam mengembangkan
potensi murid bermasalah penglihatan. Guru resos perlu sentiasa mempersiapkan diri
dengan kemahiran dan pengetahuan supaya dapat menjalankan pengajaran dengan
berkesan dan sistematik agar murid bermasalah penglihatan dapat mengikuti proses
pembelajaran dengan baik. Guru berperanan dalam meningkatkan keterlibatan murid
bermasalah penglihatan dalam akademik. Sebagai guru resos bagi murid khas, guru
perlu bijak menukarkan halangan yang wujud dengan membentuk strategi supaya murid
bermasalah penglihatan tidak berasa tercicir semasa berada di sekolah Alatan di bilik
resos bagi kegunaan guru dan murid bermasalah penglihatan tidak tertumpu dalam
jadual di atas sahaja.. Malah banyak lagi kelengkapan dan alatan yang disediakan oleh
pihak kerajaan untuk keperluan yang berseuaian untuk kegunaan guru dan murid dalam
sesi pengajaran dan pembelaharan. Alat pengurusan diri, alat kemahiran hidup, alat
permainan dan kepelbahaian jenis kertas turut disediakan di bilik resos. Ini menunjukkan
bahawa kerajaan sangat prihatin terhadap perkembangan murid khas dan sanggup
mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk memenuhi keperluan murid khas.
11. 11. Rujukan Ahmad Zailani. (2011). J-Qaf Pendidikan Khas. Pendidikan Inklusif. Bardin,
J.A. & Lewis, S. 2011. General education teachers’ rating of the academic engagement
level of students who read Braille: A comparison with sighted peers. Journal of Visual
Impairment & Blindness: 479-492. Bardin, J.A. 2006. Academic Engagement of Students
with Visual Impairments in General Education Language Arts Classroom. Dissertation.
Florida State University Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak
istimewa. Bentong. PTS Professional Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Surat
pekeliling ikhtisas bil 6/2007: Garis panduan bidang tugas dan tanggungjawab guru resos
program pendidikan khas intergrasi bermasalah penglihatan. Putrajaya: Jabatan
Pendidikan Khas Manisah Mohd Ali & Noorfaziha Hassan. 2014. Perspektif guru terhadap
keterlibatan akademik dalam kalangan murid dengan ketidakupayaan penglihatan. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 39 (2): 109-114 Nor Jannah, Safani, Norshidah & Muhammad
Ismail. 2015. Cabaran pengajaran matematik murid bermasalah penglihatan di Malaysia.
Persidangan Serantau Siswazah Pendidikan, Melestarikan pendidikan: Membangun
Sumber Daya Manusia.

You might also like