You are on page 1of 27

1.

0 PENDAHULUAN

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah
seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh
dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Tanpa
disedari, kita sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam kehidupan
seharian. Misalnya pengambilan ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” yang
mengandungi dadah. Bahkan teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah
rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Namun demikian dadah jenis ini tidak
mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh
itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Data
statistik menunjukkan peningkatan kes penagihan dadah dari setahun ke setahun di
Malaysia dan Negara Asean yang lain.

2.0 DEFINISI

2.1 DEFINISI DADAH

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-
ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”,
perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan
“drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud
penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan
emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang
yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup
kepadanya.

Dadah dan Ciri-cirinya


Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :

 Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
 Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
 Diperoleh secara haram
 Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
 Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial
seseorang

2.2 MAKSUD PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah ialah penggunaan dadah tanpa preskripsi doktor, iaitu untuk tujuan
selain perubatan.Terdapat beberapa jenis dadah yang dilarang pengambilannya kerana
dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan
sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta
Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran,
import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

3.0 PENYALAHGUNAAN DADAH

3.1 JENIS-JENIS DADAH

Kumpulan Contoh Kesan terhadap sistem saraf dan koordinasi


dadah badan

a. Stimulan kafeina, nikotina,  Mengaktifkan sistem saraf


(Perangsang) kokaina,amfetamina,  Meningkatkan kadar denyutan jantung,
metaphitamine kadar pernafasan, tekanan darah dan aras
(Syabu / Ice) glukosa darah

b. Depresan Morfina, heroin,  Memperlahankan pengaliran impuls saraf


(Penenang) barbiturate, alcohol,  Menyebabkan rasa mengantuk dan kurang
Erimin 5 cemas
 Memperlahankan gerak balas terhadap
rangsangan

c.Halusinogen Dietilamida asid  Menyebabkan khayal


lisergik (LSD),  Menjejaskan koordinasi otot
marijuana, ekstasi,  Menyebabkan tingkah laku yang tidak
ketamin menentu dan bersifat ganas

d. Opiat Candu, morfin,  Memperlahankan pengaliran impuls saraf


heroin  Memperlahankan gerak balas terhadap
rangsangan

e. Ganja Kanabis, hashish  Memperlahankan pengaliran impuls saraf


 Memperlahankan gerak balas terhadap
rangsangan
Kokaina Amfetamina

Contoh dadah jenis Stimulan ( Perangsang )

Morfin Heroin

Contoh dadah jenis Depresan ( Penenang )

Ekstasi Erimin 5

Contoh dadah jenis Halusinogen


Getah buah popi yang menghasilkan candu

Pelbagai contoh dadah jenis Opiat yang berasal dari candu

Pokok Ganja / Kanabis Hashish –resin getah kanabis


3.2 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

3.2.1 Kesan Ke Atas Kesihatan

 Memperlahankan gerak balas sistem saraf


 Meningkatkan tekanan darah
 Meningkatkan risiko masalah jantung
 Kerosakan hati
 Melemahkan sistem keimunan
 Meningkatkan risiko kanser
 Kerosakan otak
 Masalah mental ( skizofrenia psikosis )
 Meningkatkan perebakan penyakit AIDS dan Hepatitis B melalui perkongsian jarum
suntikan
 Dos yang berlebihan boleh membawa maut

3.2.2 Kesan Ke Atas Koordinasi Badan

Dadah jenis Stimulant


Dadah jenis Stimulant

Mengaktifkan sistem saraf

Meningkatkan kadar denyutan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan aras
glukosa darah

Dadah jenis Depresen


Alat untuk “chasing the dragon”

Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut (“chasing the dragon”)


Nama Jalanan : “Ice”

3. Kokain

Serbuk Kokain

Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan
Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan.
Pokok Koka
Daun Koka

Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-
negara Eropah.

Cocaine Snorting

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap


Nama Jalanan : “Coke”, “Crack”, “Snow”, “Flake”

Kokain “Freebase” adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam
bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan
serbuk penaik dan berbentuk “granusles”. “Crack” mempunyai ketulenan sehingga 90% dan
sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
4. MDMA

Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)

“Methylenedioxy-methamphetamine”
(MDMA) merupakan analo meskalin dan
amfetamin.
Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh
meningkatkan daya tahan pengguna. Pil
MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau
logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “Ecstasy”, “XTC”

Ganja/Kanabis
Pokok Ganja

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada
pokok “cannabis sativa”.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia
merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan
kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Daun Ganja

Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok “genus kanabis” yang
dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.

Kandunan THC : 0.25% – 8%


Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja

2. Hashish

Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan
menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin.
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% – 12%


Cara Menggunakan : Menghisap

3. Minyak Hashish
Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah
kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%


Cara Menggunakan : Menghisap

“Bong” – Alat untuk menghisap ganja


Menghisap ganja menggunakan “Bong”

“Bong” buatan sendiri menggunakan botol

Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah
pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak
benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan “hippies” pada tahun 1960-1970.
Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.
Depresen

1. Ubat “Depresen”

Barbiturates

Ubat “depresen” termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-
fungsi tubuh.

Tranquilizer

Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5″,
“rohypnol” dan “valium”.
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko

“Erimin-5″ sejenis “sedative” yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang


menyalahguna “club drugs”untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. Penagih
heroin juga menganggap “erimin-5″ sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin
tinggi. “Rohypnol” sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna
di kelab malam bukan sahaja sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs” oleh
perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.

2. Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-
kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan
fungsi dan reaksinya.

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti
hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh
membawa maut.

3. GHB
GHB

“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih,
pil dan kapsul. GHB atau “gamma-hydroxybutyric acid” tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan
dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian.

GHB juga kerap disalahgunakan sebagai “rape drugs” kerana boleh memitamkan mangsa
dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Cara Menggunakan : Menelan


Nama Jalanan : “G”, “Grieviuos bodily Harm”, “Liquid Ecstasy”

4. Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan
dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan
cepat.

Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)

Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan


cara “smoked” atau “snorted” untuk mendatangkan khayalan seperti bius.

Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid
Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan

Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor
untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain.
Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang
menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal.
Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan

Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh
menyebabkan kanser hati.

2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain


Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan
seseorang itu ketagihan.

Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius : SUMBER

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.

3. Daun Ketum
Daun Ketum

Daun ketum atau “species mytragynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan
psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara
dan Timur Semenanjung Malaysia. Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga
Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di
selatan Thailand.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga
bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih
tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas
kepada pengguna biasa.

Air Ketum

Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat
nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya
menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah
disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison
Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai
Januari 2003.

4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan “depresen”, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah
berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (“pain killer”) dan
sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan
kepada ubat-ubatan berkenaan.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah


Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-
duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu
tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan
berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal


Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah
dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan. Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda
tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak
menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit
perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal


Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih
mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal
serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)


Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya
diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan.
Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila
pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya
dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.

Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah


Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada
penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun.
Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta
ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :


 Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya
sendiri
 Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
 Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan
yang sebaya dengannya.
 Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
 Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
 Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
 Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi
manfaat dan berfaedah.
 Masalah dan tekanan rumah tangga
 Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
 Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu
olehnya dengan cara menjadi pengedar.
 Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi
pengguna baru.
 Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.

Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :


 kesan kepada penagih
 kesan kepada keluarga
 kesan kepada masyarakat
 kesan kepada Negara

1. Kesan Kepada Penagih


 Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan
kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
 Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
 Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti
dalam khayalan.
 Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
 Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis,
Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga


 Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
 Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak
untuk merawatnya.
 Rumah tangga menjadi porak peranda.
 Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
 Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.

3. Kesan Kepada Masyarakat


 Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
 Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja
dan belia dengan dadah.
 Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota
masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara


Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah
penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :


 Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
 Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
 Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
 Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis,
kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
 Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah
terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah


Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu
seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan
dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

 Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
 Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
 Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
 Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
 Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
 Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup
dan kuyu.
 Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
 Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
 Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
 Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari
rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
 Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
 Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat
bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih
berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang
kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952


Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport,
menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan,
mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-
mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya.

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya
1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan
boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8
Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah
yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau
pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahundan
sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4,
mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.
Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan,
penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang
didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952

Akta Rawatan/Pemulihan 1983 – Pindaan 1988


Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983
sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih
dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :

 Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya
menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
 Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun

You might also like