You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI

KALI PERTAMA 2014

Tarikh : 8 Januari 2014


Hari : Rabu
Masa : 1.30 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat Dewan Exora
Kehadiran : Semua Pengerusi dan Setiausaha Unit Beruniform

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Majlis dimulai dengan bacaan Al-Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima kasih
kepada semua AJK yang hadir .
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Unit Beruniform dan guru penasihat
kerana memberi komitmen dalam melaksanakan program telah berjalan lancar.

Tindakan : Makluman

2.0 AKTIVITI KOKURIKULUM

2.1 Pengerusi memaklumkan kokurikulum akan diadakan pada hari selasa sahaja iaitu
sebagaimana berikut:

i) Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan -2.00-4.00 petang


ii) Sukan Dan Permainan 1M1S -4.00-5.00 petang.

2.2 Pengerusi memaklumkan kokurikulum akan dimulakan mengikut keadaan dan


beliau menyatakan mesyuarat agung kokurikulum akan diadakan seperti berikut;

a) Rumah sukan- 20.01.2014


b) Sukan & permainan – 21.01.2014
c) Kelab/Persatuan-23.01.2014
d) Unit Beruniform-27.01.2014

2.3 Segala maklumat tentang tempat perjumpaan akan dipaparkan dipapan kenyataan
Kokurikulum.
2.4 Pengerusi menyarankan agar perlantikan AJK induk, agar mengutamakan murid
kelas 6 Ehsan dan Naim. Ajk terdiri daripada murid kelas lain.
2.5 Pengerusi memberitahu borang pemilihan unit kokurikulum untuk murid-murid
tahun 4 akan dibuat oleh penyelaras tahun 4 untuk diserahkan kepada semua guru
kelas.
2.6 Pengerusi menyatakan pemilihan rumah sukan untuk murid-murid tahun 1 pula
diserahkan kepada setiap guru kelas tahun 1.

Tindakan : Makluman

3.0 AGIHAN KOKURIKULUM MURID TAHUN 4

3.1 Borang pemilihan Unit Koko bagi Tahun 4 akan diedarkan.


3.2 Penyelaras tahun dikehendaki mengedar kepada guru kelas.
3.3 Guru kelas perlu menerangkan pada murid untuk memilih persatuan/kelab dan
badan beruniform yang disukai tetapi bergantung kepada had ahli yang
diperlukan. Murid yang telah ada baju uniform kakak atau abang yang telah
memasuki sekolah menengah perlu membuat catatan.

Tindakan : Makluman

4.0 PERANCANGAN KOKO 2014

4.1 Perancangan aktiviti Koko 2014.


4.1.1 Sukan & permainan – program merentas desa,sukan tahunan dan Karnival
Permainan tahun 1-6 (sukaneka)
4.1.2 Unit Beruniform-Perkhemahan,Pertandingan ‘Chef SKB’,Pertandingan
Kawad Kaki, Pertandingan “Jungle Trekking”,dan minggu kokurikulum.
4.1.3 Kelab dan Persatuan-Pertandingan Kisah-kisah nabi,Pertandingan
bercerita BM&BI,Pertandingan Smart English,Kem kepimpinan,Word
Chain&Spelling Competition,Pertandingan Wau sempena Kempen Anti
Dadah,Projek membuat jalur gemilang,pertandingan deklamasi sajak dan
pertandingan lagu patriotik.

4.2 Buku Laporan Kokurikulum


- Setiap unit akan dibekalkan bahan-bahan yang diperlukan.
- Ketua dan Setiausaha perlu ikut format supaya selaras.Format akan
disediakan di dalam komputer di pejabat.
- Jawatankuasa murid: ejaan nama betul,surat beranak dan kelas bagi
mengelakkan masalah menulis sijil murid. Selepas mesyuarat agung, guru
perlu menyemak nama pada SMM di dalam komputer di pejabat.

4.3 Jawatankuasa Ko-kurikulum


4.3.1 Tahun 2013 ialah tahun kejayaan iaitu menunjukkan kecemerlangan
akademik, perjalanan Hal Ehwal murid dan Kokurikulum.
- Kejayaan ini disokong oleh kesungguhan guru-guru bertugas secara
efektif.
- Bebanan tidak terasa disebabkan jiwa murni guru-guru untuk melihat
kejayaan anak didik .
4.3.2 Semua murid mesti terlibat dengan ketiga-tiga unit
- Merupakan syarat kemasukkan ke Sekolah Berasrama Penuh,
memerlukan penglibatan ko-kurikulum.
- Jadikan tahun 2014 ialah tahun kita semua terlibat dalam ko-kurikulum.
- Mempercayai kebijaksanaan tatakelolaan jawatan juasa, Ketua dan
setiausaha untuk mengetuai perjalanan kokurikulum supaya berjalan
lancar.
- Mungkin ini dirasakan bertambah bebanan tetapi kerjasama semua ahli
yang berat akan menjadi ringan.

Tindakan : Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Aktiviti /program di bawah Kokurikulum


- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti 1 Murid1 sukan,merentas desa dan
karnival permainan yang akan berjalan disesi pagi diharap mendapat kerjasama
penglibatan semua guru.
Tindakan : Makluman

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap dapat
bersama-sama menjayakan semua aktiviti kokurikulum seperti yang telah
dirancang. Komitmen dan kerjasama semua guru adalah penting untuk
memajukan kokurikulum SK Binjai.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguh pada pukul 2.30 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ………………………………
(NORSUZIANA BT MAT ARIF) (ZAINAB BINTI EMBONG)
Penyelaras Unit Beruniform, GPK Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Binjai Sekolah Kebangsaan Binjai
24000 Kemaman, Terengganu. 24000 Kemaman,
Terengganu.

You might also like