You are on page 1of 2

SEJARAH PERMAINAN HOKI

Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. Ia mula dikenali di peringkat
antarabangsa pada tahun 1890-an dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan
Olimpik pada tahun 1900 di Paris. Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara
terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam. Selepas 100 tahun permainan
hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang
berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau
ciri-ciri permainan.

Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitu bukti
pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun
yang lalu. Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000
tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan
buli seperti dalam permainan hoki.Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai
bahawa hoki telah wujud di Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang
telah ditemui.

Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock
manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula berpendapat
bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di
Perancis, iaitu hoquet.Pada pertengahan tahun1800-an, hoki menjadi popular di
sekolah-sekolah England dan pada waktuitu juga penubuhan beberapa kelab hoki
seperti Kelab Hoki Wimbledon(1883) dan Blacheath (1861).

Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus
dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang
diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hokipula diperbuat daripada kayu ash
atau oak yang mempunyai lengkung semulajadi di hujungnya.

Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150 meter panjang dan 180
meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak
sembilan meter.Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey
Association (BHA)pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti
Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894,perlawanan hoki
antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan
seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain.Permainan hoki mula
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908dan dihentikan seketika
disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula
dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.

Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu dibawah pentadbiran
Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan
sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan
semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja
sebagai ahli persekutuan.Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat
antarabangsaantaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala
Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik
dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak
sembilan kali sejak tahun 1956.
PERATURAN PERMAINAN HOKI

1. Pemain hendaklah sentiasa memegang kayu di tangan.


2. Dilarang memegang, memukul, menyangkuk atau menyepak kayu pihak lawan.
3. Dilarang menaikkan bola dengan cara bahaya.
4. Dilarang bermain bola menggunakan tangan atau kaki
5. Bola mestilah tidak terkena kaki.
6. Antara faul yang biasa dilakukan adalah seperti berikut :

 Menggunakan belakang kayu untuk memainkan bola.


 Memainkan bola melebihi paras bahu.
 Menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan bola.
 Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang pakaian
dengan tujuan mengganggu atau mencederakannya.

7. Hukuman terhadap faul

Faul dilakukan di luar kawasan D


 Pasukan penyerang mendapat pukulan percuma.
 Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika pasukan bertahan dengan
sengaja membuat sebarang jenis faul dalam kawasan 25ela(22.9cm)

Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D

 Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika pasukan bertahan melakukan


faul.
 Pasukan penyerang mendapat sudut penalti jika pasukan bertahan melakukan faul.
 Pasukan penyerang mendapat stork penalti jika pihak bertahan melakukan faul
dengan sengaja.

You might also like