You are on page 1of 5

10/30/2017 BBM untuk Guru Pelatih PAKK

BBM untuk Guru Pelatih PAKK


21
Sep Oleh : Noorfarahin Bt Muhamad Fadzil

Proses pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal usia perlu mempunyai alat rangsangan
bagi membolehkan mereka melalui proses pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran
memerlukan rangsangan sama ada dalam bentuk material atau bukan material. Rangsangan yang
diterima daripada persekitaran akan membentuk suatu pengetahuan dan pengalaman. Menjadi
peranan guru dalam menentukan sumber pengajaran kepada kanak-kanak. Salah satu
sumbernya adalah daripada bahan bantu mengajar (BBM) yang mampu merangsang kanak-kanak
kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Guru memainkan peranan penting dalam
membuat perancangan, pemilihan, penggunaan dan penyesuaian bahan bantu mengajar yang
membantu proses pengajaran kerana hal ini mempengaruhi kanak-kanak dalam memberi
tindakbalas hasil proses PdP yang dilaksanakan.

Guru pelatih perlu kreatif dalam menyediakan BBM bagi menarik minat kanak-kanak. Proses
perancangan BBM perlu bersesuaian dengan tujuan pengajaran supaya dapat menyokong
pembelajaran kanak-kanak. Perancangan ini dapat menentukan bahawa kanak-kanak akan diberi
peluang untuk menggunakan BBM tersebut mengikut keperluan PdP. Guru pelatih perlu
mengambil kira aspek perkembangan kanak-kanak seperti umur, kebolehan dan kesediaan
semasa merancang BBM yang bermakna kepada kanak-kanak.

Pemilihan BBM adalah bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak supaya selaras dengan
kebolehan dan keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan BBM yang dipilih. Di samping itu,
pemilihan BBM perlu diutamakan daripada aspek kebersihan dan keselamatan kanak-kanak.
Contohnya BBM adalah tidak tajam, patah dan kotor. BBM yang dalam keadaan tidak selamat

http://www.kpakk.edu.my/artikel/bbm­untuk­guru­pelatih­pakk/ 1/5
10/30/2017 BBM untuk Guru Pelatih PAKK

akan membahayakan kanak-kanak sama ada daripada aspek kesihatan atau keselamatan.
Pemilihan BBM yang baik bukan sahaja dapat menggembirakan kanak-kanak tetapi dapat
merangsang dan meningkatkan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Penggunaan BBM merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru pelatih bagi
menyediakan BBM sebelum memulakan proses PdP dengan kanak-kanak. Penggunaan BBM perlu
mempunyai ciri-ciri seperti boleh digunakan secara berulang-kali. Ciri ini supaya BBM yang
digunakan oleh kanak-kanak mempunyai banyak tujuan dan faedah kepada proses pembelajaran
kanak-kanak. Semasa kanak-kanak menggunakan BBM tersebut kemahiran berfikir kanak-kanak
dapat dirangsang bagi menjana idea dan menggalakan kanak-kanak membuat penerokaan 
berfikir secara kritis dan kreatif. Contohnya penyediakan BBM seperti lego boleh dipelbagaikan
tujuan penggunaan seperti membantu kanak-kanak merekabentuk objek mengikut imaginasi,
mengira, mengelaskan warna dan sebagainya.

Penyesuaian BBM juga perlu diambil kira oleh guru pelatih, hal ini supaya BBM yang dirancang,
dipilih dan digunakan menepati tema dan objektif pengajaran. BBM tersebut perlu mempunyai
perkaitan dengan topik pengajaran dan membantu pencapaian objektif pengajaran. Proses ini
secara tidak langsung akan membantu kanak-kanak membuat hubungkait, mengalami dan
mengaplikasi BBM tersebut semasa proses PdP dilaksanakan.

BBM merupakan sumber pengajaran yang amat penting dalam merangsang perkembangan
kanak-kanak disamping menarik minat kanak-kanak untuk fokus kepada proses PdP. BBM yang
kreatif membantu kanak-kanak untuk meneroka supaya lebih memahami isi pelajaran. Peluang
untuk meneroka hendaklah disediakan oleh guru pelatih supaya kanak-kanak bebas untuk
memilih aktiviti yang ingin dilakukan. Penyediaan BBM yang mencabar minda kanak-kanak sangat
digalakkan untuk membantu kanak-kanak menjadi lebih inovatif.

Penyediaan BBM oleh guru pelatih pendidikan awal kanak-kanak juga perlu mengutamakan
bahawa BBM tersebut boleh membantu kanak-kanak mencapai objektif dan hasil pembelajaran
yang disasarkan melalui aktiviti yang dilaksanakan berbantukan BBM yang digunakan. Tahap
kefahaman dan kemahiran yang diperolehi kanak-kanak  semasa menggunakana BBM yang
disediakan oleh guru pelatih proses dalam PdP perlu diperhatikan supaya kanak-kanak dapat
mengaitkan BBM dengan isi pelajaran.

Menggunakan bahan kitar semula sebagai BBM. Penyediaan BBM oleh guru pelatih boleh
diggalakan menggunakan bahan kitar semula seperti surat khabar, botol plastik, tin, kotak dan
sebagainya. Bahan-bahan ini merupakan bahan mesra alam yang boleh diadaptasikan dalam

http://www.kpakk.edu.my/artikel/bbm­untuk­guru­pelatih­pakk/ 2/5
10/30/2017 BBM untuk Guru Pelatih PAKK

bentuk BBM yang sangat kreatif dan menarik minat kanak-kanak. Penggunaan bahan kitar semula
dapat mencungkil kemahiran kreativiti guru pelatih dalam menghasilkan BBM yang kreatif dan
berinovasi.

(http://www.kpakk.edu.my/wp-content/uploads/ara-11.png)

Bahan bantu mengajar untuk aktiviti main

(http://www.kpakk.edu.my/wp-content/uploads/ara-2.png)

Penghasilan BBM yang kreatif menggunakan bahan kitar semula

http://www.kpakk.edu.my/artikel/bbm­untuk­guru­pelatih­pakk/ 3/5
10/30/2017 BBM untuk Guru Pelatih PAKK

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


Tingkat 9 & 10,
Tower 1 Mercu Mustapha Kamal,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Talian Bebas Tol: 1-300-22-(KPAKK)-57255


Telefon Pejabat: 03 77335600
Faks: 03 77332600

http://www.kpakk.edu.my/artikel/bbm­untuk­guru­pelatih­pakk/ 4/5
10/30/2017 BBM untuk Guru Pelatih PAKK

Kolej Perkembangan …
8,557 likes

Like Page Sign Up

1 friend likes this

Kolej Perkembangan Awal Kanak- Kanak © 2014. Hak Cipta Terpelihara.


 (https://www.facebook.com/pages/Kolej-Perkembangan-Awal-Kanak-Kanak/348456808508627?
id=348456808508627&sk=info)
 (https://twitter.com/kpakk)  (https://plus.google.com/114457788255418123222)
 (http://www.youtube.com/playlist?list=PL2uK5AkLAkqcHv2CelBezZy-Adi2RDx2r)
 (http://instagram.com/meetkpakk)

http://www.kpakk.edu.my/artikel/bbm­untuk­guru­pelatih­pakk/ 5/5

You might also like