You are on page 1of 5

10/30/2017 Kesan Media Sosial Kepada Kanak­Kanak

http://www.kpakk.edu.my/artikel/kesan­media­sosial­kepada­kanak­kanak/ 1/5
10/30/2017 Kesan Media Sosial Kepada Kanak­Kanak

29
Jun

Kesan Media Sosial Kepada Kanak-Kanak


Oleh : Farahdilla binti Fadhil

Media sosial adalah laman web atau aplikasi yang membolehkan pengguna untuk membuat dan berkongsi kandungan
serta berkongsi idea serta pendapat mereka dalam rangkaian sosial. Berdasarkan kajian terbaru oleh We Are Social Ltd.,
antara media sosial yang paling kerap digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia ialah Facebook, Instagram dan Twitter.

(http://www.kpakk.edu.my/wp-content/uploads/Active-mas.png)

Graf 1: Data pengguna media sosial seluruh dunia.

Sumber: http://wearesocial.net/

Media sosial merupakan platform yang paling mudah untuk pencarian dan perkongsian maklumat kerana semua
maklumat hanya di hujung jari, atau dalam erti kata lain maklumat dapat diperolehi dengan cepat. Walau bagaimanapun,
setiap individu perlu bijak dalam penggunaan media sosial supaya tidak memberi kesan negatif terutamanya apabila
melibatkan kanak-kanak.

Berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan oleh Nominet menerusi kempen KnowTheNet, purata 973 gambar dimuatnaik
secara dalam talian oleh ibu bapa sebelum anak mereka mencecah umur 5 tahun. Angka tersebut berkadar terus dengan
umur kanak-kanak, dimana ibu bapa bagi remaja yang berusia 16 tahun secara puratanya berkongsi 208 gambar anak
mereka setahun. Majoriti ibu bapa (46 peratus) yang berkongsi gambar dalam talian tidak memeriksa tetapan privasi
rangkaian sosial mereka yang menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada penyalahgunaan gambar atau
maklumat sensitif. Pelawak tempatan Harith Iskander baru-baru ini berkongsi bahawa gambar anaknya telah diambil
daripada media sosial dan dimuatnaik ke laman web pornografi kanak-kanak.

http://www.kpakk.edu.my/artikel/kesan­media­sosial­kepada­kanak­kanak/ 2/5
10/30/2017 Kesan Media Sosial Kepada Kanak­Kanak

Gambar rajah 1: Ibu bapa perlu bijak dalam perkongsian gambar anak-anak dalam talian.

Sumber: http://www.dailymail.co.uk/

Dengan 17.5 juta pengguna media sosial di Malaysia, ibu bapa dan penjaga perlulah diberi pendidikan pengetahuan
dalam keselamatan siber bagi menjamin penggunaan yang positif. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga
berusaha untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan internet yang selamat serta
mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan jenayah siber menerusi program Klik Dengan Bijak. Laman web
makchic.com berkongsi empat (4) langkah pencegahan yang boleh diaplikasi sebelum memuatnaik gambar menerusi
media sosial, iaitu jangan memuat naik :

1. Gambar anak anda tidak memakai pakaian


2. Gambar anak anda beserta dengan hashtag
3. Gambar anak orang lain
4. Gambar TASKA atau TADIKA anak anda beserta dengan lokasi GPS

Pengetahuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kepada ibu bapa dan penjaga supaya mereka
boleh mengurangkan impak negatif media sosial kepada anak-anak jagaan mereka. Selain ibu bapa dan penjaga, pihak
institusi pendidikan awal kanak-kanak juga memainkan peranan yang penting dalam melindungi privasi kanak-kanak di
TASKA dan TADIKA. Pengasuh dan guru perlulah meminta kebenaran dari ibu bapa atau penjaga kanak-kanak sebelum
berkongsi gambar secara dalam talian terutama sekali apabila maklumat penuh mengenai TASKA atau TADIKA tersebut
dipaparkan secara jelas di dalam media sosial.

Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak merupakan institusi pendidikan yang komited dalam menghasilkan
pengasuh/guru yang cekap dan beretika dalam pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat tiga jenis program yang
ditawarkan di Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak iaitu: Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma Pendidikan Awal
Kanak-Kanak dan Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

http://www.kpakk.edu.my/artikel/kesan­media­sosial­kepada­kanak­kanak/ 3/5
10/30/2017 Kesan Media Sosial Kepada Kanak­Kanak

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


Tingkat 9 & 10,
Tower 1 Mercu Mustapha Kamal,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Talian Bebas Tol: 1-300-22-(KPAKK)-57255


Telefon Pejabat: 03 77335600
Faks: 03 77332600

Kolej Perkembangan …
8,557 likes

Like Page Sign Up

1 friend likes this

Kolej Perkembangan Awal Kanak- Kanak © 2014. Hak Cipta Terpelihara.


 (https://www.facebook.com/pages/Kolej-Perkembangan-Awal-Kanak-Kanak/348456808508627?
id=348456808508627&sk=info)

http://www.kpakk.edu.my/artikel/kesan­media­sosial­kepada­kanak­kanak/ 4/5
10/30/2017 Kesan Media Sosial Kepada Kanak­Kanak

 (https://twitter.com/kpakk)  (https://plus.google.com/114457788255418123222)
 (http://www.youtube.com/playlist?list=PL2uK5AkLAkqcHv2CelBezZy-Adi2RDx2r)  (http://instagram.com/meetkpakk)

http://www.kpakk.edu.my/artikel/kesan­media­sosial­kepada­kanak­kanak/ 5/5

You might also like