You are on page 1of 3

Ujian Pengesanan Tahun 6 2016 1 Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan (SK)

BM PEMAHAMAN (011)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
C D B A C C A D C D
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
B A A B A B B D C D

21 dari setelah lalu untuk

22(a) Mengapakah kepulangan kami disambut oleh datuk dengan gembira?

22(b) Terima kasih cikgu kerana mengajar dan mendidik saya selama ini.

22(c) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

23(a) tepung beras.

23(b) Tiga bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih tepung pelita ialah tepung
beras, santan kelapa, dan gula pasir.

23(c) sedap keras lembut

24(a) kereta api.

24(b) Laluan yang diperkenalkan oleh KTMB melalui perkhidmatan ETS yang bermula pada
11 Julai ialah dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis dan Ipoh, Perak ke Padang
Besar.
24(c) Sepuluh stesen baharu yang diperkenalkan ialah Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah,
Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek
Gelugor.
24(d) Harga tiket yang dikenakan bagi perjalanan sehala menggunakan perkhidmatan ETS
dari KL Sentral ke Padang Besar ialah RM80.00. Dua cara untuk membeli dan
menempah tiket ETS demgan cara melayari laman sesawang KTMB di
www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862.

25(a) Rangkap terakhir puisi di atas, penulis mengajak kita semua agar menjaga dan
menghargai alam. Peliharalah khazanah alam yang tinggi nilainya ini daripada
sebarang kerosakan dan pencemaran. Jika alam ini binasa, manusia juga sama-sama
binasa.
Ujian Pengesanan Tahun 6 2016 2 Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan (SK)

25(b) Khazanah dunia yang dikaitkan dengan kepupusan oleh penulis ialah binatang atau
haiwan.

25(c) √ √

25(d) Baris-baris sajak di atas memberi gambaran atau bermaksud kerosakan alam mula
berlaku apabila tumbuhan-tumbuhan dimusnahkan atau diserang penyakit yang
membawa kepada kematian. Pada waktu yang sama, binatang diburu, dibunuh untuk
kepentingan peribadi sehingga membawa kepada kepupusan, hilang tidak berganti.

BM PENULISAN (012)
Ujian Pengesanan Tahun 6 2016 3 Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan (SK)

BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)


1 memberi tumpuan / memberi perhatian / tekun belajar
2 ulangkaji pelajaran / membaca buku / belajar
3 berbincang / belajar secara berkumpulan
4 membuat rujukan / membaca / belajar
5 bersukan / bermain bola sepak / bermain bola keranjang
(Jawapan lain yang berkaitan juga boleh diterima)

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN) – Contoh Jawapan:

Pokok pisang merupakan pokok serba guna yang memberi banyak manfaat kepada manusia. Misalnya,
daun pisang dapat dijadikan pembungkus kuih dan ikan bakar. Selain itu, batang pisang pula boleh
dijadikan tali dan rakit. Seterusnya, jantung pisang sangat enak dimakan sebagai ulam, dimasak gulai
dan kerabu. Dalam pada itu, buah pisang yang sudah matang boleh dibuat kerepek. Manakala buah
pisang yang masak sangat sedap dimasak pengat dan kuih. Kesimpulannya, hampir keseluruhan
daripada pokok pisang bermanfaat untuk pelbagai kegunaan.

BAHAGIAN C ( Soalan 1 ) – Surat Kiriman Tidak Rasmi


Alamat pengirim, tarikh menulis surat, kehadapan/menemui, Kata ganti diri
 Format
(saudara/saudari) dan Tandatangan
 Idea 1 Bertanya khabar
 Idea 2 Pergi melancong
 Idea 3 Balik kampung
 Idea 4 Menolong ibu bapa di rumah
 Penutup Berjumpa lagi di lain lembaran. Yang benar

(Idea lain yang berkaitan boleh diterima)

BAHAGIAN C ( Soalan 2 ) – CERITA


 Pendahuluan Setiap tahun sambut ulang tahun hari kemerdekaan
:
 Idea 1 Perhimpunan – ucapan, perutusan, nyanyi lagu patriotik, diklamasi sajak dan lain-
lain persembahan.
 Idea 2 Mendengar cerita sejarah kemerdekaan
 Idea 3 Pertandingan melukis poster, mewarna, koir lagu patriotik dan lain-lain.
 Idea 4 Penyampaian hadiah dan cendera mata
 Penutup: jamuan ringan, semua murid – ditaja oleh guru-guru – perasaan
(Idea yang berkaitan boleh diterima)

You might also like