You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GALI, RAUB PAHANG

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN

KALI KEDUA 2017

Tarikh : 8 Februari 2017


Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Kantin Guru Sekolah SMK GALI

Kehadiran :

1. Puan Siti Fatimah (GPK Hal Ehwal Murid)


2. Puan Siti Zuliana Bt Mahmood (Setiausaha)
3. Puan Zuraina (Ahli Jawatankuasa)
4. Puan Haziqah (Pengusaha Kantin)

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa
yang hadir ke Mesyuarat Kali kedua bagi tahun 2017.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Cadangan Pengesahan :Pn Siti Zuliana Bt Mahmood
Sokongan :Pn Zuraina

3.0 Tugasan AJK kantin

3.1 PK HEM telah memaklumkan kepada setiausaha kantin supaya


mencadangkan pengusaha kantin dapat menyediakan makanan yang
lebih berkhasiat kepada murid. Tidak dibenarkan sama sekali menjual
makanan yang tidak sihat seperti nugget, air botol dan makanan ringan.
3.2 Semua pekerja diwajibkan memakai apron dan penutup kepala dengan
kemas.
3.3 Peruntukan keceriaan kantin ditanggung sendiri oleh pengusaha kantin
tersebut.
3.4 Puan Siti Zuliana telah mencadangkan supaya disediakan menu yg khusus
setiap hari
3.5 Harga makanan juga perlu dipamerkan dan haruslah mengikut harga di
dalam kontrak.

4.0 Hal-hal lain


4.1 Pn Zuraina mencadangkan mengadakan pertandingan m eja tercantik
mengikut kelas.

5.0 Penutup
5.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen dan persediaan semua.
Sepanjang mesyuarat dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan dengan Surah Al-Asr dan tamat pada pukul 2:45 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh:

(SITI ZULIANA BT MAHMOOD) (HAZIQAH BT RAMLI) (SITI FATIMAH )


Setiausaha Jawatankuasa Kantin Penyelaras Kantin GPK Hal Ehwal Murid
SMK GALI

You might also like