You are on page 1of 3

Agama Islam

Islam Sebagai Agama Warisan Negara


1. Para pedagang dan pendakwah asing yang memulakan
penyebaran agama Islam di negara kita berasal dari,
• Arab • India
• Parsi • China

2. Agama Islam disebarkan ke India dan Sumatera


menggunakan jalan laut.
3. Jalan Sutera merupakan jalan perdagangan darat yang
menghubungkan rantau Timur dan Barat.
4. Teks pertama yang menjadi panduan undang-undang Islam
di Tanah Melayu ialah Hukum Kanun Melaka.
5. Batu Bersurat Terengganu dijumpai di Kuala Berang bertarikh
1303M.

Islam Sebagai Agama Persekutuan

1. Menurut perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan:


 Agama Islam telah termaktub sebagai agama rasmi
negara Malaysia.
 Namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan
secara aman damai di mana-mana bahagian
Persekutuan.
2. Empat agama utama lain yang boleh diamalkan oleh
masyarakat di Malaysia:
a) Hindu c) Kristian
b) Buddha d) Sikh

Cara Hidup Bermasyarakat Dalam Islam


1. Mempraktikkan amalan yang baik seperti,
a) Bersalaman ketika bertemu
b) Menghulurkan bantuan - meringankan beban jiran yang
berpindah
c) Memelihara alam sekitar
d) Menyayangi haiwan
e) Melayan tetamu yang datang ke rumah dengan baik
f) Mengekalkan kestabilan negara - askar

g) Bersedekah
- Islam menggalakkan umatnya bersedekah kerana
dapat menolong orang yang susah

Kesenian Islam di Malaysia


Aspek kesenian Islam:
1. Seni Bina (masjid)
2. Seni Khat
3. Seni Muzik (alat muzik)

Cara yang boleh dilakukan oleh generasi muda untuk


mengekalkan kegemilangan kesenian Islam
I. Mengadakan pameran kesenian Islam.
II. Mendedahkan tentang kesenian Islam kepada murid sejak di
peringkat sekolah rendah.
III. Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah, negeri dan
kebangsaan.
IV. Menyediakan khidmat nasihat kepada murid yang berminat.
V. Menyelidik, mengumpul dan mengekalkan kesenian Islam.
VI. Membangunkan industri berasaskan kesenian Islam.
Nilai-nilai Keagamaan
Nilai-nilai keagamaan yang perlu diamalkan bagi membentuk
masyarakat yang harmoni:

Nilai keagamaan
Mematuhi suruhan ibu bapa Adab terhadap ibu bapa
Bertegur sapa dengan jiran Adab berjiran
tetangga
Melibatkan diri dengan Adab bermasyarakat
aktiviti kemasyarakatan
seperti bergotong-royong
Memberi bantuan kepada Bersedekah
orang miskin
Tidak bercakap kasar atau Berakhlak
meninggikan suara
Menolong orang cacat Baik hati
penglihatan melintas jalan
Memulangkan barang yang Jujur
dijumpai kepada pemiliknya

You might also like