You are on page 1of 2

PRINSIP PRINSIP UTAMA PERCEPTION

Persepsi bermakna cara seseorang memahami sesuatu atau bagaimana dia melihat objek. Persepsi
juga bermaksud proses pemahaman atau memberi makna kepada maklumat kepada rangsangan.
Rangsangan diperoleh daripada proses mengesan objek, peristiwa, atau hubungan antara gejala
yang kemudiannya diproses oleh otak.
Prinsip Teori Gestalt.
Sebagian besar dari prinsip persepsi merupakan prinsip pengorganisasian berdasarkan teori
Gestalt. Teori Gestalt percaya bahawa persepsi bukanlah jumlah bahagian dari deria seseorang,
tetapi lebih daripada keseluruhannya. Prinsip persepsi yang utama adalah prinsip figure and
ground. Prinsip persepsi yang utama adalah prinsip figure and ground. Prinsip ini menggambarkan
bahawa manusia, secara sengaja mahupun tidak, memilih dari satu siri rangsangan, mana yang
menjadi fokus atau bentuk utama [=figure] dan mana yang menjadi latar [=ground].
Pinsip persepsi imej terpilih
Menurut apa yang dipelajari dalam kuliah, saya dapat memahami tentang persepsi manusia dalam
melihat sesuatu objek atau gambar. Sebahagian manusia akan melihat sesuatu objek yang
mempunyai sifat istimewa dan dapat mengingati sifat istimewa imej/objek yang terpilih sahaja.
Seterusnya mata manusia akan memfokuskan benda yang betul berada didepannya dan tidak akan
melihat secara keseluruhannya. Ia boleh dikatakan perspeksi manusia berbeza apabila melihat
sesuatu imej atau objek dan diterjermahkan oleh otak masing-masing. Seperti yang di perlajari
dalam kelas tiga jalan untuk kita menerima sesuatu imej sampai ke mata dan terus ke ingatan iaitu
dari early vision, selective pathway (feature guidance), nonselective pathway. Maknanya apa yang
dilihat dan akan memilih sesuatu yang istimewa sahaja yang membuatkan sesesorang mengingati
apa yang dilihatnya.
Prinsip persepsi latar belakang
Prinsip ini menerangkan tentang persepsi manusia terhadap latar belakang sesebuah kawasan.
Mengikut apa yang dilalui, dapat mengetahui bahawa kawasan bahaya ialah kawasan yang latar
belakangnya gelap dan suram manakala kawasan yang selamat ialah kawasan yang cerah dan
harmoni. Seperti latar belakang kawasan yang gelap persepsi manusia akan jelas mengatakan
bahawa kawasan sebegini semestinya bahaya dan banyak jenayah yang berlaku. Persepsi
sebaliknya bagi kawasan yang cerah dan harmoni serta bersih manusia akan mengaggap bahawa
kawasan sebegini tidak ada jenayah dan kurang jenayah. Namun bergantung pada peluang yang
dicipta oleh manusia itu sendiri. Sebagai contoh kawasan tersebut kawasan putih tetapi rumah
dibiarkan tidak berkunci maka berlaku juga jenayah kerana peluang itu dicipta sendiri oleh
manusia merupakan faktor manusia ingin melakukan jenayah kerana peluang yang terbuka di
depan mata. Prinsip ini juga membuatkan seseorang membuat andaian tentang sesuatu latar
belakang sebagai contoh, jika sebuah gambar memaparkan sebuah kereta dan latar belakangnya
gelap kita tidak dapat mentafsir apa sebenarnya ingin diterjermahkan, tetapi jika latar belakang
terdapat gambar jalan raya dan rimba serta manusia di dalamnya persepsi manusia akan
menyatakan bahawa manusia dalam kereta tersebut bersiar dengan kereta tersebut di dalam rimba
untuk menghirup udara segar. Setiap manusia mempunyai persepsi berbeza mengikut sejarahnya.
Prinsip melihat dua imej yang berbeza dalam satu gambar
Apabila kita melihat objek dalam tabir, kita menggunakan kuasa kita untuk memilih perhatian. Ini
boleh bermakna sesuatu yang agak jelas, seperti orientasi terang mata dan mungkin kepala dan
seluruh tubuh. Jadi, contoh dalam imej Yarbus, kami menyimpulkan bahawa corak pergerakan
mata mencerminkan cara seseorang membuat persepsi.

You might also like