You are on page 1of 12

Cikgu Munirah

BALEH
BELANJA
-Kos perkhidmatan atau barang yg dibayar
-HANYA belanja yg bertujuan untuk mendapatkan hasil bg sesuatu perniagaan.
-2 jenis belanja.
1) Belanja kendalian perniagaan
- belanja yg terlibat dalam dalam aktiviti harian perniagaan.
- cth: alat tulis, belanja am, gaji, sewa dibayar
2) Belanja bukna kendalian perniagaan
- belanja yang tiada kaitan dengan aktiviti harian perniagaan.
- cth: faedah atas pinjaman, rugi atas pelupusan aset, kerugian kebakaran.

ASET
-Harta bende yang dimiliki oleh perniagaan, yang dibeli bertujuan utk membantu
melancarkan urusan perniagaan
- Harta bende yang dimiliki boleh dari bentuk fizikal dan juga tidak mempunyai fizikal.
- 2 jenis aset
1) Aset Bukan Semasa
- aset yang boleh bertahan lama yang digunakan utk menjalankan
perniagaan dalam masa yang panjang
-bukan sesuatu belanja yang bertujuan utk dijual semula dengan harapan
mendapatkan keuntungan
- cth: mesin, kenderaan.
2) Aset Semasa
- Aset yang boleh bertukar kepada tunai dalam tempoh masa yang
singkat. < dari setahun.
- 4 aset semasa penting dalam perniagaan. Wajib ada
1. Stok
2. Penghutang
3. Bank
4. Tunai

LIABILITI
- Hutang perniagaan yang perlu dijelaskan. Biasanya dijelaskan dengan wang.
- 2 jenis liabiliti
1) Liabilit bukan semasa
- hutang perniagaan yang dibayar balik dalam tempoh lebih dari setahun.
- cth : pinjaman, gadai janji, debenture.
2) Libiliti semasa
- hutang perniagaan yg dibayar dalam tempoh yang singkat. < dari setahun.
- cth: Overdraf bank, Pemiutang

EKUITI PEMILIK
- Modal yang dilaburkan oleh pemilik
- Untung yang diperolehi dari untung perniagaan.

HASIL
- Wang yang diterima atas hasil dari perniagaan.
- 2 jenis hasil
1) Hasil kendalian perniagaan
- hasil daripada kegiatan utama perniagaan.
- cth: jualan barang perniagaan, sewa harta benda
2) Hasil bukan kendalian perniagaan
- hasil daripada perkara yang tidak ada kaitan dengan aktiviti perniagaan
- cth: faedah simpanan bank, sewa diterima, dividen diterima.
Bab 2 : Klasifikasi akaun

Persamaan Perakaunan

Persamaan perakaunan akan diuji dalam bentuk Penyata kedudukan kewangan atau kunci kira kira.

Tanpa Hasil dan belanja

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Mengambil kira hasil dan belanja

ASET = LIABILITI + (MODAL + HASIL - BELANJA)

Sistem Catatan Beregu


- Setiap urus niaga mesti melibatkan sekurang-kurangnya dua akaun yang berasingan.
- Satu akaun akan didebitkan dan satu akaun akan dikreditkan.
Soalan 1
Nurul Ain Enterprise ialah sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan di Papar, Sabah.

Berikut ialah baki aset dan liabiliti perniagaan tersebut pada 31 Julai 2016 :

RM
Alatan pejabat 3 000
Inventori 16 500
Akaun belum terima 4 400
Bank 6 700
Modal 25 000
Akaun belum bayar 5 600

Urusniaga dalam bulan Ogos 2016 adalah seperti berikut :


(i) Membeli sebuah mesin pencetak secara tunai RM150
(ii) Menerima dua keping cek berjumlah RM1 200 daripada akaun belum terima
(iii) Membeli barang niaga secara kredit RM1 800
(iv) Sekeping cek bernilai RM250 yang diterima daripada akaun belum terima tidak dilayan oleh bank
(v) Inventori pada harga kos RM4 575 dijual secara kredit RM7 675

Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki menyediakan Kunci Kira-kira pada 31 Ogos 2016. (Jalan
kerja hendaklah ditunjukkan diluar Kunci Kira-kira)
BUKU TUNAI RUNCIT

Kegunaan Buku Tunai Runcit


1 Membayar belanja yang nilainya kecil spt alatulis, belanja pos, tambang,
belanja am dan pelbagai belanja lain yang kecil nilainya.
2 pembelanjaan yang tidak sesuai menggunakan cek untuk pembayaran.
3 Membolehkan pembahagian tugas dilakukan
(juruwang ditugaskan utk menjaga Buku Tunai Runcit)
4 Mengelakkan daripada terlalu banyak catatan dalam buku tunai 3 lajur.

Langkah meyediakan Buku Tunai Runcit


1 Sediakan Format Buku Tunai Runcit.
2 Ruangan Analisis Bayaran seperti Alat Tulis,Pos,Belanja Am akan diberikan pada soalan.
3 Rekodkan dana tunai runcit awal dalam ruangan penerimaan.
4 Rekodkan ke semua urusniaga ke dalam ruangan pembayaran dan yang bersesuaian.
5 Imbangkan Analisis Bayaran
6 Tambah bahagian pembayaran kemudian cari perbezaan dengan bahagian penerimaan.
7 Perbezaan perlu dihantar ke baki b/b
1 TUJUAN AKAUN KAWALAN
a. Memudahkan jabatan kredit memperoleh jumlah baki keseluruhan penghutang dan
pemiutang.
b. Kesilapan dan kesalahan Imbangan Duga mudah dan cepat dikesan.
c. Dapat menentukan ketepatan dan kesahihan catatan di dalam lejar.
d. Penipuan atau pemalsuan dapat dikesan dan dicegah.

2 AKAUN KAWALAN PENGHUTANG


· Akaun Belum Terima / Akaun Kawalan Lejar Jualan / Akaun Pelbagai Penghutang
- Penghutang itu Aset syarikat
-Menunjukkan jumlah penghutang yang terdapat di dalam Lejar Jualan bagi satu
tempoh tertentu.
- sebab Penghutang byk sgt, jadi letak kan dalam satu akaun, senang
-Format Akaun Kawalan Penghutang

Akaun Kawalan Penghutang


Baki b/b XX Baki b/b (kredit) XX
Jualan (kredit) XX Bank (Penerimaan) XX
Bank (cek tak layan) XX Diskaun diberi XX
Diskaun diberi (dibatalkan) XX Pulangan Jualan XX
Faedah XX Hutang Lapuk XX
Angkutan keluar XX Kontra (Pindahan ke Lejar Belian) (a)
Baki h/b XX Kontra (Pindahan dari Lejar Belian) (b)
Baki h/b XX
XXX XXX
Baki b/b XX Baki b/b (kredit) XX

(Tambah Hutang) aset tambah (Kurang Hutang) aset kurang

-Hutang lapuk pulih dan peruntukan hutang ragu tidak direkod dalam Akaun Kawalan
Penghutang
-Sumber untuk mencari nilai untuk diletakkan dalam akaun kawalan penghutang
a. Jurnal Am - Baki b/b, diskaun diberi (dibatalkan), faedah, hutang lapuk,
angkutan keluar dan kontra/pindahan.
b. Jurnal Jualan - Jualan (kredit).
c. Jurnal Pulangan Jualan - pulangan jualan.
d. Buku Tunai - bank (cek tak laku), bank (penerimaan), dan diskaun diberi.

3 AKAUN KAWALAN PEMIUTANG


-Akaun Belum Bayar / Akaun Kawalan Lejar Belian / Akaun Pelbagai Pemiutang
-Pemiutang itu liabliti syarikat, syarikat beli brg hutang dulu
-Menunjukkan jumlah pemiutang yang terdapat di dalam Lejar Belian bagi satu
tempoh tertentu.
-Format Akaun Kawalan Pemiutang

Akaun Kawalan Pemiutang


Baki b/b (debit) XX Baki b/b XX
Bank (Pembayaran) XX Belian (kredit) XX
Diskaun di Terima XX Faedah XX
Pulangan Belian XX Angkutan masuk XX
Kontra (Pindahan dari Lejar Jual(a) Baki h/b XX
Kontra (Pindahan ke Lejar Juala (b)
Baki h/b XX
XXX XXX
Baki b/b (debit) XX Baki b/b XX

(Kurang Hutang) liabiliti kurang (Tambah Hutang) liabiliti tambah

-Sumber untuk mencari nilai untuk diletakkan dalam akaun kawalan penghutang
a. Jurnal Am - baki b/b, kontra, faedah, kontra/pindahan dan angkutan masuk.
b. Jurnal Belian - belian (kredit).
c. Jurnal Pulangan Belian - pulangan belian.
d. Buku Tunai - bank (pembayaran), dan diskaun diterima.

Nota penting
Hanya jualan kredit barang niaga dan belian kredit sahaja direkodkan. Jualan
tunai dan belian tunai hendaklah diabaikan.

4 CATATAN KONTRA

-Berlaku apabila sesebuah perniagaan menjual secara kredit dan juga membeli secara
kredit daripada pihak yang sama.
-Peniaga adalah penghutang dan pemiutang kepada perniagaan pada masa yang sama.
-Hutang di antara penghutang dengan pemiutang diselaraskan pembayarannya
melalui catatan kontra.
-Dengan cara memindahkan baki akaun yang mempunyai baki yang lebih kecil ke
akaun yang mempunyai baki yang lebih besar.
-Hanya satu amaun sahaja yang wujud dan perlu dibayar atau diterima oleh perniagaan.
-Terdapat 2 jenis Catatan Kontra :
i) Dari Lejar Jualan ke Lejar Belian.
- debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang
ii) Dari Lejar Belian ke Lejar Jualan.
- debit Akaun Pemiutang dan kredit Akaun Penghutang

5 BAKI KREDIT (AKAUN KAWALAN PENGHUTANG)


-Penghutang terlebih bayar kepada perniagaan.
-Penghutang memulangkan barang (pulangan jualan) selepas akaunnya dijelaskan.
-Pemberian elaun kepada penghutang atau potongan harga selepas akaunnya dijelaskan.

6 BAKI DEBIT (AKAUN KAWALAN PEMIUTANG)


-Perniagaan terlebih bayar kepada pemiutang.
-Peniaga memulangkan barang (pulangan belian) selepas akaunnya dijelaskan.
-Pemiutang memberi elaun atau potongan harga ke atas barang yang dibeli dan telah
dibayar.
latihan 1 Latihan 2

Step :
1 Buka akaun kawalan
1 Detect baki b/b
dari jurnal am
2 Detect baki keseluruhan jumlah jualan,belian dan pulangan untuk bulan itu
3 Detect dr buku tunai, nilai yg berkaitan dgn akaun kawalan
diskaun
wang terima dr penghutang
wang bayar kepada pemiutang
4 Lebih jadi baki h/b
Peruntukan susut nilai

soalan & jawapan

Peruntukan hutang ragu


Latihan penuh 1

takde jawapan
Document

trakru terdahulu

Latihan penuh 2
Nota Penggajian

Bayaran yang tertakluk kepada caruman KWSP


1 Gaji (sebarang jenis gaji)
2 Bonus
3 Elaun
4 Komisen

Bayaran yang tidak dikenakan caruman KWSP


1 Bayaran kepada kerja lebih masa
2 Caj perkhidmatan

You might also like