You are on page 1of 4

ASHABUL KAHFI ( ‫)أصحاب الكهف‬

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Terima kasih peneraju acara,


Barisan hakim yang adil lagi saksama,
ASHABUL KAHFI tajuk cerita,
Ambillah iktibar panduan bersama.

Kawan-kawan,

Kisah Ashabul Kahfi ialah kisah sekumpulan pemuda seramai 7 orang dan seekor anjing yang
bernama Qitmir. Mereka ini dikatakan melarikan diri daripada seorang Raja yang amat zalim
yang bernama Daqyanus. Daqyanus ini menganggap dirinya sebagai Tuhan. Kezaliman,
kemungkaran, penindasan dan kebatilan mewarnai pemerintahan Raja Daqyanus. Walaupun
begitu, 7 pemuda ini tetap beriman kepada Allah.

Firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 13 :

       


    
Sesungguhnya mereka adala pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka. Dan kami “
.tambah pula untuk mereka petunjuk

Kawan-kawan,
Contohilah pemuda yang bertakwa ini. Mereka menjauhi amalan mungkar dan mmemelihara
maruah diri. Jauh sekali daripada merempit seperti kebanyakan pemuda kini yang merugikan
diri sendiri.

Ya kawan-kawan,

Keimanan pemuda diketahui raja,


Lantas diperintah menghadap baginda,
Kata dua diberi mereka terkesima,
Tinggalkan agama atau dipenggal kepala?

Demi menyelamatkan diri, tujuh pemuda ini bersama Qitmir melarikan diri dari kota dan
bersembunyi di sebuah gua. Dalam keadaan termengah-mengah kepenatan, mereka bertawakal
memohon perlindungan Alllah.

        


       
Wahai Tuhan Kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami “
petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” (surah alkahfi ayat 10)
Kawan-kawan,

Doa, Usaha dan Tawakal menjanjikan kejayaan.


Masih ingatkah kawan-kawan, kecermelangan Nik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam SPM
Tahun 2008, hasil usaha bersungguh-sungguh, rajin bertahajjud dan mengamalkan puasa sunat,
beliau mendapat keputusan yang cemerlang.

Hadirin sekalian,

Oleh kerana kepenatan, mereka tertidur di dalam gua.

Siang dan malam silih berganti,


Hujan dan panas tidak disedari,
Indahnya beradu dibuai mimpi,
Bersama Qitmir anjing sejati.

Aneh sekali, selama 309 tahun mereka tertidur. Allah membalik-balikkan mereka ke sebelah
kanan dan kiri agar tubuh mereka tidak dimakan tanah. Manakala si Qitmir menlunjurkan
kedua kakinya di hadapan pintu gua.

Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 11 :

       


“Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu, bertahun-tahun”

Kawan-kawan,

Seekor anjing boleh menempa nama.

Bagaimana pula dengan kita yang mempunyai fikiran sempurna?. Justeru sumbangkanlah
sesuatu demi memartabatkan Islam. Contonya seperti Dr. Sheikh Muzaffar Syukur, angkasawan
Islam yang pertama. Mudah-mudahan Islam yang menjadi agama rasmi negara kita terus
dikenali dan dihayati.

Hadirin sekalian,
Teriknya pancaran sang suria,
Menyinar ke dalam gua
Terjaga pemuda daripada tidurnya,
Terasa lapar dan dahaga.

“Berapa lama kita tertidur ya?” Mereka berasa musykil sekali. Oleh kerana kelaparan, salah
seorang daripada mereka memberanikan diri untuk keluar ke kota. Alangkah terkejutnya
pemuda itu kerana segalanya telah bertukar rupa.
Wang dibawa merungkai rahsia
Terjawab kini kemusykilan pemuda.

Firman Allah dalam surah al-Kahfi: ayat 19:


    …. 
Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka
.sendiri

Kawan-kawan,

Hikmah yang tersurat adalah gambaran kebangkitan selepas Qiamat.

Justeru, jadilah insan yang taatkan Ilahi dan jauhilah perbuatan keji seperti kes pembuangan
bayi yang amat mengaibkan kini.

Hadirin Sekalian,

Legalah kini Ashabul Kahfi,


Raja Saleh pula memerintah negeri.

Pemuda beriman mendapat layanan istimewa dan diberikan tempat tinggal di istana sebagai
penghormatan. Tetapi pelawaan raja ditolak dengan baik. Mereka sudah berpuas hati dapat
menyaksikan raja dan rakyatnya sama-sama beriman.

Firman Allah dalam surah al-Kahfi : ayat 21


       
.…
Maksudnya : Dan demikian (pula) kami dipertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia
.itu mengetahui, bahawa janji Allah itu benar

Sujud memohon perkenan Allah


Agar kembali ke rahmatullah
Doa diperkenan berakhirlah kisah
.Dirakam Al-Quran menjadi sejarah
,Kawan-kawan

Ambillah ikhtibar daripada kisah yang dipaparkan. Ashabul Kahfi meninggal dunia dalam
.keredhaan bukan membunuh diri seperti kebanyakan kes pada hari ini

Sekian sudah cerita saya


pemuda yang jujur saksama 7
Ambil pengajaran panduan bersama
.Dirahmati Allah hingga ke syurga

.Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

You might also like