You are on page 1of 3

Untuk memenuhi peruntukan mata pelajaran Hubungan Etnik di Malaysia, saya telah

memilih buku yang berjudul “Jalan Ke Puncak” yang diterbitkan oleh Pelanduk
Publications(M) Sdn. Bhd sebagai bahan bacaan ilmiah. Buku ini merupakan hasil
terjemahan “The Way Forward” yang dikarang oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, terbitan
Weidenfeld & Nicolson, London. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Setar,
Kedah dan dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari Universiti Malaya.
Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan
beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku “Dilema Melayu” yang
diterbitkan pada tahun 1970. Beliau turut merupakan pemimpin yang paling lama memegang
jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu selama 22 tahun.
Di dalam buku ini, Dr. Mahathir Mohamad telah mengimbas kembali kejayaan dan
kegagalan Dasar Ekonomi Baru(1971 – 1990) yang merupakan inti pati polisi kerajaan sejak
rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kepincangan tersebut telah menonjolkan kewujudan jurang
perbezaan ekonomi antara tiga kumpulan etnik utama di Malaysia, iaitu orang Melayu, Cina
dan India. Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang menerapkan program-program tindakan
afirmatif bermatlamat untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menghapuskan
identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi dengan melaksanakan pengagihan semula
kekayaan secara asas dengan melibatkan orang Melayu serta bumiputera yang lain ke dalam
arus utama kehidupan ekonomi. Perlancaran dasar ini menghadapi kegagalan akibat
pemikiran golongan bumiputera sendiri yang mengharapkan durian runtuh dan
menyalahgunakan peluang yang diberikan. Namun begitu, matlamat DEB terbukti tercapai
bukan sahaja melalui ikthiar ekonomi – ia juga melibatkan usaha mengubah kebudayaan dan
pandangan bumiputera secara radikal untuk membina keyakinan diri mereka.
Buku ini bermula dengan menceritakan kesan-kesan dasar Pecah dan Perintah, orang
Melayu mulai berasa tidak puas hati melihat orang Cina berterusan menguasai ekonomi dan
lahirlah rasa perkauman terhadap orang Cina. Klimaks konflik ini adalah ketika tercetusnya
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, dan pengenalan Dasar Ekonomi Baru merupakan resolusi
untuk kekangan ini. Pada tahun 1983, penswastaan diimplimentasi sebagai perdekatan
strategik untuk memberi peluang mewujudkan perniagaan-perniagaan milik-bumiputera yang
besar dan seterusnya mencapai matlamat penghapusan identifikasi kaum dengan fungsi
ekonomi. Penyusunan semula ekonomi lazimnya, akan menjejaskan ekonomi negara. Akan
tetapi di Malaysia, kadar pertumbuhan sepanjang tahun-tahun DEB tetap tinggi, dengan
purata kadar sebanyak 7%. Nyata sekali bahawa DEB telah berjaya cemerlang sekali. Secara
keseluruhan, tahap keintelektualan buku adalah pada tahap yang tinggi kerana dikarang oleh
individu yang mempunyai pengetahuan yang dalam atas kandungan yang dituliskan. Hal ini
kerana penulis merupakan pemimpin negara pada masa pelaksanaan DEB dan beliau
memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan segala perdekatan yang diambil oleh
DEB. Nilai kekuatan buku adalah pada perdekatan penulis yang menerangkan kebaikan
pelaksanaan DEB dengan menerapkan ideologi barat seperti Marx dan Engels yang
mengutarakan pembahagian kekayaan secara samarata. Perdekatan berdasarkan ideologi
sebegini hanya akan memusnahkan daya usaha individu dan melambatkan pertumbuhan
ekonomi. Sebaliknya, penyusunan semula dalam DEB bertujuan untuk merapatkan jurang
antara yang kaya dan yang miskin. Secara perbandingan, DEB merupakan perdekatan yang
strategik kerana mengelakkan ketidakpuasan hati antara kaum berikutan jurang ekonomi yang
besar dan pada masa yang sama, meninggalkan ruang sebagai insentif untuk seseorang itu
berusaha meningkatkan status ekonominya. Dari persepsi saya, cara pengarang menjelaskan
sesuatu yang konspirasi dengan disokongkan penyataan normatif yang berasaskan pemikiran
logikal menjadikan ia mudah diterima amat mengkagumkan
Kontradiksinya, buku ini turut mempunyai kelemahannya, iaitu kekurangan fokus
pada aspek tentangan yang dihadapi oleh DEB dalam proses pelaksanaan. Lazimnya, dasar
Negara yang diperkenal akan menghadapi tentangan daripada pihak yang berasa kepentingan
mereka terancam. Lebih-lebih lagi, mempunyai spekulasi yang mengatakan bahawa DEB
bermatlamat untuk merampas kekayaan kaum lain. Pada pendapat saya, pertambahan fokus
atas bantahan rakayat terhadap DEB, tidak kira bumiputera atau bukan-bumiputera dan
langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikannya penting agar justifikasi bahawa DEB
membawa impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara lebih kukuh.
Selepas membaca karya terkemuka ini, saya telah memahami DEB secara menyeluruh
dan mempunyai pemahaman yang berbeza tentang perhubungan hubungan etnik di sesebuah
negara dengan ekonomi negrara tersebut. Sebelum membaca buku ini, pengetahuan saya
cuma terhad kepada apa-apa yang terdapat dalam konteks buku teks Hubungan Etnik di
Malaysia. Sekarang, saya memahami secara terperinci perdekatan DEB yang membawa
kepada peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 7% secara purata sepanjang
pelaksanaan dasar berikut. Berikutan dengan itu, saya bangga sebagai bangsa Malaysia
kerana penyusunan semula ekonomi tidak menjejaskan ekonomi negara sepertimana yang
berlaku pada negara komunis dan sosialis yang lain. Sebelum pembacaan, saya mempunyai
tanggapan yang salah terhadap DEB kerana merasakan bahawa ia memberi keistimewaan
kepada bumiputera tanpa mengendah kaum lain. Selepas pembacaan, saya mengetahui
bahawa DEB tidak berhasrat merampas kekayaan mana-mana pihak, matlamat mereka hanya
untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Jurang ekonomi yang besar bahkan barah
kepada negara yang berpotensi merebak dan melumpuhkan negara. Hal ini demikian kerana
jurang ekonomi besar mampu menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum sehingga
menimbulkan rusuhan sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969 dan menjejaskan
ekonomi negara. Fahaman yang dalam tentang hubungan etnik dan kepentingannya terhadap
pembangunan negara dicapai. Kesan negatif ialah peningkatan perasaan prasangka terhadap
kuasa asing yang menjajah negara kita. Walaupun menurut George Bernard Shaw, tidak salah
pun apa-apa yang dilakukan oleh mereka. Mereka menjajah kita atas prinsip patriotisme;
merompak kita atas prinsip perniagaan dan memperhambakan kita atas prinsip imperialisme,
namun sukar untuk melapangkan hati mengetahui mereka penyebab berlakunya tumpahan
darah orang Cina dan orang Melayu dalam insiden 13 Mei 1969.
Kesimpulannya, buku yang berjudul “Jalan Ke Puncak” ini banyak membuka mata
saya terhadap pembangunan ekonomi negara selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan
kepentingan hubungan etnik yang erat dalam pertubuhan ekonomi negara. Pembacaan buku-
buku ilmiah seperti ini harus dijadikan tabiat kerana penting bagi meluaskan pengetahuan,
mematangkan fikiran dan cara pertuturan seseorang itu. Saya berpendapat bahawa buku ini
harus dibaca oleh semua rakyat Malalysia kerana adalah sesuatu kemestian untuk memahami
sejarah perkembangan negara, menjadikan is sebagai iktibar dan panduan untuk terus mara ke
hadapan.
 MPU3113 - Hubungan Etnik

Ulasan Buku: Jalan Ke Puncak

NAMA: JESSICA CHONG JIA PEI

ID: 25300

PROGRAM: KEJURUTERAAN KIMIA

NAMA PENSYARAH: MOHD MISBAHUL MUNIR BIN HAJI MASDUKI

You might also like