You are on page 1of 9

SK CONVENT BUTTERWORTH

FOLIO
SEJARAH

TAJUK :
TOKOH SEJARAHWAN

Nama : Sadhanaa Sangetvarshini

Tingkatan : 4 UPM / 2018

Nama Guru :
BIODATA

Nama : Sadhanaa Sangetvarshini

Tingkatan : 4 UPM

Umur : 10 Tahun

Tarikh Lahir : 12 Jun 2008

Alamat Rumah : Blok A-10-2


Pangsapuri Perai Utama
Jalan Perai Utama 4
13600 Perai
Pulau Pinang.
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai

Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang

penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang

pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga

merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di

Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok

Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV di mana

bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok

Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau adalah anak muridTok Ku

Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih

pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai

perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan

telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:

 cukai tanah

 cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun

 cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun

 kelapa sebanyak 3 sen setandan

 sireh sebanyak 5 sen sejunjung.


Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah

diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu

kepada Tengku Sri Maharaja Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang

memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur Kelantan secara turun temurun.

Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British

yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas,

khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan

pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan

mempunyai 3000 ekar tanah dan para pembesarnya mempunyai sekurang-

kurangnya beratus-ratus ekar tanah. Keadaan ini juga tidak menyenangkan

Sultan.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che

Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk

tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan

sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29

April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan

Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok

Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir

Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan


daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh

pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915di Kampung

Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa

terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam

pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut

dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat

beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang

Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak perisikan Inggeris

mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan dalam

membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik

Penambang (Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja’far Ibni Sultan

Muhammad II (Tengku Petra Dalam Kebun) Tengku Abdul Ja’far sebelumnya

memakai gelaran Tengku Temenggong Kelantan dan melarikan diri

ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta Kelantan.

Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari

semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk

Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini

bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British

telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak


mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada

Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya

Siam.

MAKAM TOK JANGGUT


Penutup

Folio ini memberikan saya maklumat tentang tokoh


sejarahwan yng berjuang dalam mencapai kemerdekaan.
Tanpa tokoh-tokoh sejarahwan ini, pasti kini kita tidak dapat
hidup dengan aman dan damai. Saya amat bersyukur
kepada tuhan atas apa yang tuhan berikan kepada saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada cikgu


sejarah yang memberikan saya peluang untuk mengetahui
tokoh sejarahwan melalui penghasilan folio ini.

You might also like