You are on page 1of 4

KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Bagi maksud pendaftaran, kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan orang kurang upaya kepada tujuh (7)
kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:

1. Kurang Upaya Pendengaran


 Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telingga
tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar
langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4
tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran iaitu:
 Minima (Mild)-(20-<30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate)-(30-<60 dB)
Teruk (Severe)-(60-<90 dB)
Sangat Teruk (Profound)-(>90 dB)

2. Kurang Upaya Penglihatan


 Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di
sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu
penglihatan seperti mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan
boleh dibahagi kepada.
 Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan
menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10
darjah daripada fixation.
 Penglihatan Terhad (Low Vision / Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada
3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan
penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.

3. Kurang Upaya Fizikal


 Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan
fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan
termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan
menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil,
kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina
bifida, muscular dystrophy dan celebral palsy. Bagi kekurangan (impairment)
yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau
lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telingga tidak dikategorikan
sebagai kurang upaya fizikal.
4. Masalah Pembelajaran
 Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan
usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lebam, down
syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive
Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia,
dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).

5. Kurang Upaya Pertuturan


 Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.

6. Kurang Upaya Mental


 Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani
rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh
Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak
berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal
berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah
menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah
Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.

7. Kurang Upaya Pelbagai


 Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara
umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori
lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis
ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam
kategori kurang upaya pelbagai.
JAWATANKUASA PENYELARASAN PDK DAERAH

Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan PDK Daerah sekurang-


kurangnya dua kali setahun mesyuarat hendaklah membincangkan perkara
berikut:
a. Pengurusan dan Pentadbiran PDK.
b. Perancangan dan pelaksanaan latihan, program dan aktiviti.
c. Pembentangan Laporan Kewangan
d. Hal Ehwal Pelatih PDK.
e. Hal Ehwal Penyelia dan Petugas.
f. Isu-isu berbangkit.
 Merancang dan melaksanakan aktiviti, kursus dan latihan di
peringkat Daerah.
 Memantau pelaksanaan semua aktiviti agar mematuhi Garis
Panduan Pengurusan PDK.
 Membantu Jawatankuasa PDK meningkatkan keberkesanan
Pengurusan Kewangan dan Aset.
 Memantau pengurusan Kewangan Jawatankuasa supaya
mematuhi peraturan kewangan.
 Mengambil alih sementara pengurusan mana-mana PDK apabila
Jawatankuasa PDK dibubarkan atas arahan daripada Pengarah
Negeri.
 Menyedia dan menghantar Laporan Kemajuan PDK Peringkat
Daerah setiap tiga bulan sekali kepada Jawatankuasa
Penyelarasan PDK Negeri (Rujuk Borang JKM PDK-2)
 Melantik Ex-Officio yang terdiri daripada:
a. Pegawai Kesihatan Daerah
b. Pegawai Pelajaran Daerah (Unit Pendidikan Khas)
c. Pegawai Tenaga Kerja Daerah
d. Mana-mana pihak / agemsi yang berkaitan PDK.
URUSAN PEMBAYARAN SAGUHATI DAN SUMBANGAN KEPADA PENYELIA /
PETUGAS PDK

Jawatankuasa PDK bertanggungjawab terhadap semua bayaran saguhati dan


sumbangan kepada penyelia dan Petugas (Rujuk Carta JKM PDK-4) dan (Borang
JKM-PDK 7 mengikut ketetapan berikut:
a. Saguhati dan sumbangan hendaklah dibayar sebelum 28 hari bulan setiap
bulan. (Rujuk Borang JKM PDK-8)
b. Pembayaran hendaklah direkod dan slip pembayaran dikeluarkan kepada
penyelia dan petugas PDK.
c. Penyelia dan Petugas PDK hendaklah membuat Akuan Penerimaan
Saguhati yang telah diterima (Rujuk Borang JKM PDK-9)

UTILITI DI PDK

Peruntukan utiliti bertujuan membayar bil elektrik/ air/ telefon/ internet di PDK.

ELAUN KHAS OKU

Semua pelatih OKU yang menghadiri program PDK layak menerima Elaun Khas
OKU RM150 dengan syarat hadir sekurang-kurangnya 8 hari dalam sebulan.
(Rujuk Carta JKM PDK-5)
Pelatih OKU yang mengikuti program PDK di rumah layak menerima RM50
sebulan.
Pembayaran Elaun Khas OKU hendaklah dibuat terus ke akaun bank pelatih oleh
Jawatankuasa PDK pada setiap bulan. (Rujuk Borang JKM PDK-10)
Pelatih boleh menerima elaun ini daripada satu sumber sahaja.
Jawatankuasa PDK boleh membuat pemotongan ke atas Elaun Khas OKU
sebanyak 20% melalui Surat Persetujuan Ibu Bapa berkenaan pemotongan elaun
khas OKU PDK (Rujuk Surat JKM PDK-11 dan Borang JKM PDK -11) bagi
tujuan berikut:
 Bayaran Pengangkutan.
 Bayaran Makan Minum
 Keperluan Harian Lain.
Semua Perbelanjaan mesti diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PDK
dengan Kehadiran PKMD / wakil.

You might also like