You are on page 1of 13

MESYUARAT PENGURUSAN KALI PERTAMA 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS TAIPING


27 DISEMBER 2017

TARIKH : 27 DISEMBER 2017


MASA : 11.00 pagi – 1.10 petang
TEMPAT : PSS SKPKT
PENGERUSI : ENCIK MOHAMAD RIZAL BIN HASHIM
Guru Besar, SKPK Taiping
________________________________________________________________
KEHADIRAN: 29/31
BIL NAMA JAWATAN
1. Encik Mohamad Rizal Bin Hashim Guru Besar
2. Encik Abdul Rahman Bin Awang Pen Kanan Kurikulum
3. Encik Mazlan Bin Omar Pen.Kanan Kokurikulum
4. Puan Junaida Binti Abd Hamid Pen. Kanan HEM
5. Encik Khaidir Bin Mansor Guru Akademik
6. Encik Mohammad Nidza Bin Mohamed Guru Akademik
7. Encik Nordin Bin Nagormira Kamal Guru Akademik
8. Encik Muhammad 'Atif Bin Jaafar Guru Akademik
9. Puan Nornabilah Binti Mansor Guru Akademik
10. Cik Normazihah Binti Abd Hamid Guru Prasekolah
11. Puan Noorhidayah@Robi'aah Binti Harun Guru Bimbingan
12. Puan Marniyati Binti Mamat Noor Guru Data
13. Puan Syahida Binti Suffian Guru Akademik
14. Cik Norhafizah Binti Abd Rahim Guru Agama
15. Cik Veronica Ann A/P R Sukumaran Guru Akademik
16. Puan Zanariah Binti Mohd Roli Guru Akademik

1
17. Encik Adi Mukhris Bin Adenan Guru Agama
18. Puan Norhayati Binti Zakaria Guru Akademik
19. Cik Kanaga A/P Bathumalai Guru Akademik
20. Encik Zunaidi Bin Ramli Pembantu Tadbir Perkhidmatan
21. Puan Khairul Bariiyah Binti Che Roos Pembantu Tadbir Kewangan
22. Puan Fauziatun Binti Othman PPM
23. Puan Maisarah Binti Mohamad PPM
24. Puan Intan Syazwani Binti Ya’Afar PPM
25. Puan Faizah Binti Mohamed PPM
26. Puan Fadzlina Binti Ariffin PPM
27. Encik Ishak Bin Abd Hamid Pembantu Operasi
28. Encik Amin Bin Mohamad Nain Pemandu
29. Encik Azman Bin Azali Pemandu

Guru dan staf tidak hadir (bersebab):


30. Tn Hj Rahim Bin Yusoff Rawatan di IJN
31. Puan Siti Surina Binti Khairuddin Cuti Bersalin

No.Keluaran Tarikh Keluaran No.Pindaan Tarikh Pindaan Tarikh Berkuatkuasa

01 02 Januari 2018 02 Januari 2018

2
1.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 6/2017

1.1 Mengesahkan : Encik Muhammad 'Atif Bin Jaafar


1.2 Menyokong : Puan Noorhidayah@Robi'aah Binti Harun

2.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi


2.1 Pengerusi mengucapkan selamat kembali kepada semua guru.
2.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Puan Junaida Binti Abd Hamid
atas pelantikan beliau sebagai Penolong Kanan Hem berkuatkuasa pada 4
Disember 2017.

3.0 Visi Dan Misi SKPK Taiping


3.1 Pengerusi berharap semua guru dan staf dapat menjayakan misi dan visi
untuk memartabatkan maruah murid supaya kaya dengan ilmu.
3.2 Semua guru juga diharapkan dapat memberi ilmu untuk sepanjang hayat
dan sentiasa memberi maklumat kepada murid.
3.3 Semua guru perlu menggilap bakat dan peluang untuk memperbaiki kualiti
diri dan menaikkan taraf akademik masing-masing.
3.4 Semua guru dan staf perlu meletakkan profesion sebagai keutamaan dan

keluarga adalah yang kedua.

Makluman : semua guru dan staf

4.0 Akademik dan Sahsiah murid, guru dan staf


4.1 Pengerusi memberi peluang kepada semua guru dan staf untuk
menyambung pelajaran.
4.2 Profesion keguruan adalah terikat. Profesion didahulukan, keluarga nombor
dua kecuali kecemasan.

3
4.3 Justeru, pengerusi berharap semua guru dan staf memberikan kepentingan
kepada profesion terlebih dahulu sebelum keluarga.

Makluman : semua guru dan staf

5.0 Dasar MMI (Melindungi Masa Instruksional)


5.1 Pdpc tidak semestinya berlaku dalam bilik darjah sahaja. Guru boleh
menjalankan pdpc di luar bilik darjah.
5.2 Namun, jika guru keluar berkursus, guru perlu menggantikan semula masa
pdpc semasa di dalam kelas.
Makluman : semua guru

6.0 Waktu Bertugas


6.1 Waktu bertugas bagi guru dan staf adalah seperti berikut:

Jawatan Masa Bertugas


Guru 7.30 pagi – 1.30 petang (kecuali kokurikulum sehingga petang)
PPM 7.30 pagi – 4.30 petang (kecuali kokurikulum sehingga
petang)
Staf pejabat 8.00 pagi – 5.00 petang
Pemandu 8.00 pagi – 5.00 petang (kecuali jika perlu bermalam)

6.2 Waktu rehat bagi guru dan staf adalah seperti berikut:

Jawatan Waktu Rehat


Guru Besar 12.30 tengahari

4
Guru 9.30 pagi – 10.00 pagi
PPM 9.30 pagi – 10.00 pagi ( 9.00 pagi PPM sedia
makanan RMT murid)
Staf pejabat 1.00 petang – 2.00 petang

6.3 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru dan staf perlu mengikut
waktu rehat dengan betul. Hal ini kerana ada aduan daripada ibu bapa
menyatakan bahawa murid-murid tidak terkawal kerana ketiadaan guru
bertugas dan PPM. Justeru, semua guru dan PPM perlu bersama murid
setiap masa.
Makluman : semua guru dan staf

7.0 Dasar Pemisah (Exit Policy), Dasar Kualiti Kerja


7.1 Semua guru, staf dan kakitangan sekolah terikat dengan peraturan.
7.2 Mana-mana guru, staf dan kakitangan yang memperoleh pencapaian
prestasi kurang daripada 75% akan dimasukkan ke dalam ‘pool’ iaitu kursus
khas untuk menjaga dan menaikkan kembali profesion masing-masing.
7.3 Jika masalah ini masih berlarutan, individu tersebut akan diberhentikan dan
dilaksanakan Dasar Pemisah.
7.4 Pengerusi berharap semua guru, staf dan kakitangan sekolah dapat
menjaga dan meningkatkan profesion dan kualiti kerja serta bekerja secara
sepasukan.
7.5 Tidak dibenarkan untuk berkongsi rahsia peribadi dengan orang lain.
Makluman : semua guru dan staf

8.0 SKPMG2

5
8.1 Puan Maryati selaku setiausaha SKPMG2 memberikan penerangan ringkas
tentang SKPMG2 iaitu:
8.1.1 SKPMG2 ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang
Kedua.
8.1.2 SKPMG2 merangkumi 5 standard iaitu :
a) Standard 1 : Kepimpinan
b) Standard 2: Pengurusan Organisasi
c) Standard 3 : Pengurusan Kurikulum/Kokurikulum/HEM
d) Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan
e) Standard 5 : Kemenjadian murid

9.0 Pengurusan cuti guru dan staf


9.1 Pembantu Tadbir Perkhidmatan, Encik Zunaidi memaklumkan bahawa
bermula tahun 2018, semua urusan permohonan cuti perlu dibuat melalui
HRMIS.
9.2 Oleh itu, semua guru dan staf tidak perlu mengisi borang cuti sebaliknya
mengisi secara langsung ke dalam talian HRMIS.
9.3 Cara untuk mengisi permohonan cuti boleh dibuat menggunakan telefon
bimbit dan komputer riba.
9.4 Pengisian menggunakan telefon bimbit adalah dengan cara memuatnaik
aplikasi HRMIS di Google Store dan memasukkan id dan password.
9.5 Manakala, pengisian melalui komputer riba pula adalah dengan melayari
laman web HRMIS dan memasukkan id dan password.
9.6 Tatacara pengisian permohonan cuti adalah seperti berikut:
9.6.1 Meminta kebenaran Guru Besar terlebih dahulu
9.6.2 Mengisi permohonan cuti dalam HRMIS
9.6.3 Guru Besar akan menyemak permohonan

6
9.6.4 Pengesah dan Pelulus akan membuat pengesahan dan meluluskan.
9.7 Permohonan Cuti Bersalin juga perlu diisi melalui HRMIS tetapi perlu
menulis dalam kad di pejabat sebagai backup.
9.8 Permohonan cuti untuk ke luar negara pula perlu memohon kebenaran
daripada kementerian dahulu.
9.9 Guru Besar tidak membenarkan kakitangan sekolah untuk menelefon
pejabat dan bercakap dengan staf untuk memohon cuti.
9.10 Semua guru, staf dan kakitangan sekolah perlu berhubung dengan Guru
Besar dan penolong-penolong kanan sahaja untuk memaklumkan
permohonan cuti.
9.11 Time slip boleh digunakan sekiranya guru berada tidak lebih daripada 3
jam di hospital atau klinik. Sekiranya lebih daripada 3 jam, guru perlu
memohon cuti.
9.12 Cuti palsu tidak dibenarkan dan dilarang sama sekali.
9.13 Sekiranya memerlukan cuti tambahan, guru dan staf boleh memohon MC
daripada hospital swasta iaitu sebanyak 15 hari.
9.14 Cuti tanpa gaji selama 1 hari akan menjejaskan pembayaran pencen selama
1 bulan.
9.15 Guru dan staf boleh memohon pelbagai jenis cuti lain selain cuti rehat jika
perlu.
9.16 Encik Zunaidi memaklumkan bahawa pemberian CRK selama 10 hari
berdasarkan pembentangan budget 2018 belum dikuatkuasakan lagi
kerana pekeliling belum keluar.
9.17 Jika guru dan staf mengalami sakit yang berpanjangan dan kronik,
diharapkan dapat memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar
segera.
9.18 Kakitangan pejabat terikat dengan cuti tahunan.

7
9.19 Semua guru, staf dan kakitangan sekolah boleh merujuk Pekeliling Bab C
untuk permohonan cuti untuk maklumat lanjut.
Makluman : semua guru dan staf

10.0 Pengurusan Kewangan


10.1 Kerani kewangan, Puan Khairul Bariiyah mengucapkan tahniah dan terima
kasih kepada semua guru kerana audit kewangan bagi 2017 adalah baik.
10.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa panjar wang runcit tidak boleh
melebihi RM100 dalam satu resit.
10.3 Jika guru-guru mahu membuat pembelian melebihi RM100, kerani
kewangan akan mengeluarkan cek menggunakan pesanan tempatan.
10.4 Tuntutan perjalanan mesti dikemukakan sebelum 5hb setiap bulan.
Pembayaran akan dibuat jika ada duit sahaja.
10.5 Pemandu boleh mendapat 1 hari cuti sebagai ganti bayaran jika bekerja
melebihi 9 jam.
10.6 Pengerusi mencadangkan cara untuk mengelakkan daripada berlaku
sebarang masalah dalam audit kewangan ialah dengan membuat resit
pembayaran yang pelbagai jika pembelian melebihi RM100 tetapi jumlah
pembayaran atas resit tidak melebihi jumlah tersebut.
10.7 Pengerusi tidak menggalakkan pembayaran secara langsung dan mesti
menggunakan LO tetapi belian boleh dibuat sedikit demi sedikit.
10.8 Jika aktiviti yang dirancang memperuntukkan sebanyak RM100 sebagai
contoh, guru perlu menyediakan kertas kerja mengikut peruntukan
tersebut.
Makluman : Semua guru
11.0 Pengurusan Pentadbiran
11.1 Peraturan guru

8
11.1.1 Penjawat awam tertakluk kepada Perintah Am.
11.1.2 Justeru, semua penjawat awam perlu mematuhi etika pemakaian
contohnya pemakaian tanda nama perlu hitam dan putih sahaja dan
tanpa logo atau jata. Tanda nama perlu mengikut saiz dan
menggunakan satu nama sahaja.
11.1.3 Selain itu, guru juga perlu memakai kasut bertutup. Bagi guru lelaki,
kasut perlu bertali ,baju berlengan panjang dan berwarna cerah.
Guru lelaki juga perlu mengemaskan janggut dan misai serta
berambut pendek.
11.1.4 Guru perempuan muslimah perlu bertudung menutup aurat dan
bagi guru non muslim, perlu memakai pakaian yang bersesuaian.
11.2 Peraturan staf dan pejabat
11.2.1 Setiap peralatan yang dibawa keluar dari pejabat perlulah
dimaklumkan terlebih dahulu kepada staf pejabat.
11.2.2 Tidak boleh membawa keluar peralatan pejabat tanpa kebenaran
kecuali jika ada surat arahan.
11.2.3 Aset-aset pejabat yang dikeluarkan perlulah dipulangkan semula.

Makluman : semua guru dan staf


12.0 Hal-hal lain
12.1 Penolong Kanan Hem, Puan Junaida memohon kerjasama semua
kakitangan sekolah untuk menjaga kebersihan sekolah. Jangan membuang
puntung rokok dalam kawasan sekolah. Buang sisa makanan seperti air
supaya tidak ada pembiakan nyamuk.
12.2 Cikgu Junaida juga meminta PPM dan guru kelas untuk memantau
keselamatan kelas pada hari pertama persekolahan.

9
12.3 Pengawal keselamatan sekolah akan meletakkan kon di tangah jalan
bermula pada pukul 7.30 pagi.
12.4 Minimakan kelajuan kenderaan dan parking di tempat yang bersesuaian.
12.5 Penolong Kanan Kurikulum, Encik Abdul Rahman berharap semua
kakitangan sekolah mengikut seperti apa yang Penolong Kanan Hem
minta. Hari Selasa semua akan masuk ke kelas dan memulakan sesi pdpc.
Jika guru-guru tidak dapat hadir, tolong beritahu lebih awal untuk
memudahkan guru penolong kanan kurikulum untuk menyediakan jadual
ganti kelas.
12.6 Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mazlan memaklumkan bahawa aktiviti
kokurikulum akan bermula pada 9 Januari 2018. Tiga orang PPM akan
mewakili setiap unit kokurikulum.
12.7 Cik Mazihah mencadangkan supaya RM 1.00 dikutip daripada semua
kakitangan sekolah pada setiap bulan untuk kegunaan menyelenggaraan
tandas sekolah.
12.8 Puan Faizah memaklumkan bahawa kerusi murid untuk tahun 6A tidak
mencukupi dan memerlukan tindakan lanjut.
12.9 Puan Marniyati meminta semua guru dan staf untuk membuka e-operasi
dan menyemak maklumat masing-masing. Kemaskini alamat semasa dan
nombor kad pengenalan pastikan betul. Guru dan staf tidak perlu
membuat pengesahan. Jika ada pembetulan yang perlu dibuat, guru dan
staf boleh berjumpa dengan Encik Zunaidi dan Puan Marniyati.
12.10 Pengerusi kelab guru dan staf, Encik Nordin menyatakan bahawa beliau
akan update aktiviti bagi kelab dalam masa terdekat.
12.11 Puan Syahida meminta semua guru supaya tidak mengubah barang yang
sedia ada kerana tidak mahu mengganggu proses mengemas kini aset.

10
12.12 Guru Besar meminta semua guru mematuhi kewangan dan memaklumkan
kepada Puan Khairul Bariiyah jika mengalami apa-apa kesulitan.
12.13 Guru besar menasihati semua guru supaya menggunakan VleFrog dalam
kelas.
12.14 Guru Besar memaklumkan saranan KPPM dan PPD seperti berikut:
12.14.1 Tuan Haji Aminuddin, Pegawai Pendidikan Larut Matang Selama
menyatakan bahawa semua guru perlu mengembeling tenaga
kepada penguasaan minima murid Prasekolah sehingga Tahun 6.
12.14.2 Setiap sekolah perlu fokus kepada kualiti sekolah dan kemenjadian
murid.
12.14.3 Setiap sekolah perlu mencapai KPI PPD iaitu 85% lulus penguasaan
minima murid selain mengurangkan peratus E sebanyak 5%.
12.14.4 Semua kakitangan awam perlu berusaha mencapai sasaran.
12.14.5 KPI KPPM ialah mendidik anak murid bagi meningkatkan harga diri
dan maruah supaya menjadi wargangera yang baik. Justeru,
penjawat awam perlu ikhlas membuat kerja masing-masing.
12.14.6 Semua penjawat awam perlu meningkatkan budaya kerja yang
cemerlang dan berpasukan dalam organisasi.
12.14.7 Setiap sekolah perlu ada kebitaraan. Mesyuarat mengambil maklum
bahawa kebitaraan SKPK Taiping adalah kebudayaan iaitu tarian dan
koir kod tangan.
12.14.8 SKPMG2 adalah rujukan standard sekolah. Pihak Nazir akan
membuat lawatan bermula pada April 2018. Diminta kepada semua
guru untuk bersiap sedia dengan fail. Guru Besar dan Penolong
Kanan akan menyemak dam memaklumkan kelemahan fail.
12.14.9 Semua sekolah perlu membudayakan Pdpc PAK21 dan menjalankan
PBS/PBD secara berterusan.

11
12.14.10 Semua guru perlu membudayakan PLC.
12.14.11 KPPM meminta semua guru untuk mengamalkan 3S
(Senyum,Sapa,Sayang).
12.14.12 Guru dan staf perlu berinovasi dalam kerja buat.
12.14.13 Guru-guru tidak boleh terlibat dalam sebarang aktiviti politik.
12.14.14 ‘Touchpoint’ murid iaitu 1 meja, 1 murid dan 1 set buku.
12.14.15 Pdpc berlaku pada hari pertama persekolahan.
12.14.16 Elakkan isu-isu yang boleh diviralkan.
12.15 PPM perlu menulis buku log dan menyerahkan kepada Penolong Kanan
Hem manakala guru perlu menyediakan buku rekod dan menyerahkan
kepada pentadbir.
12.16 PBS dijalankan mengikut tahap penguasaan murid.
12.17 Encik Nidza memaklumkan bahawa Headcount dalam SAPS telah selesai.
12.18 Semua guru dan staf boleh memaklumkan amalan terbaik murid untuk
dimasukkan dalam SSDM.
Makluman : semua guru dan staf

13.0 Ucapan penangguhan


13.1 Semua guru perlu ikhlas mengajar. Apa yang dapat pada murid akan dapat
kembali kepada kita. Biarkan ada peningkatan sedikit demi sedikit daripada
tiada langsung peningkatan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.10 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

12
………………………… .........................................
(NORNABILAH BINTI MANSOR) (MOHAMAD RIZAL BIN HASHIM)
Setiausaha, Guru Besar,
Sk Pend.Khas Taiping Sk Pend. Khas Taiping

13

You might also like