You are on page 1of 11

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)


SEM 2 2017/2018

__________________________________________________________________________
PANDUAN TUGASAN BERKUMPULAN
_____________________________________________________________________________

ARAHAN UMUM

1. Tugasan ini akan dibuat secara berkumpulan. Jumlah ahli adalah seramai 8 sehingga 10 orang
sahaja.

2. Wajaran markah:

a) Laporan Tugasan Kumpulan : 40%


b) Pembentangan : 20%.

3. Pelajar dikehendaki memilih dan membuat laporan berdasarkan tajuk-tajuk yang telah
disenaraikan oleh pensyarah.

4. Format tugasan.

a. Panjang laporan : 35 hingga 50 halaman bercetak tidak termasuk kulit muka, isi
kandungan, bibliografi dan lampiran.
b. Kertas ukuran A4.
c. Bertaip dengan menggunakan langkau 1.5 baris.
d. Aksara Times New Roman (Saiz 12).
e. Berpandukan kepada buku ‘Panduan Menulis Tesis’.
f. Penggunaan gambar, gambar rajah, jadual dan graf bagi menyokong fakta adalah
digalakkan.
g. Pada bahagian rujukan, pelajar perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 rujukan
yang terdiri daripada adalah buku, jurnal, artikel dan laman sesawang yang berautoriti
sahaja.
h. Semua rujukan hendaklah berasaskan format American Psychology Association (APA)
(Rujuk Panduan Menulis Tesis UTHM).

5. Format muka depan.

a) Pastikan muka hadapan tugasan dinyatakan dengan jelas perkara seperti:


 Nama universiti/ Logo
 Tajuk tugasan
 Nama pensyarah
 Nama pelajar (disusun mengikut abjad)
 Nombor matrik
 Tahun pengajian
 Seksyen

1|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

* rujuk lampiran 1

b) Pada helaian kedua tugasan, pelajar hendaklah menyertakan gambar berwarna berserta
biodata pelajar setiap ahli kumpulan yang mempunyai maklumat seperti berikut :
 Nama penuh dan Nombor matrik
 No. telefon pelajar
 No. Telefon sahabat karib
 Fakulti
 Nama dan No. Telefon PA

6. Sebarang plagiatrisme adalah dilarang.

7. Kaedah pengumpulan maklumat:

Kajian Lapangan Temubual


 Tinjauan (survey)  minimum 5 responden
 minimum 50 responden
 Soal selidik mestilah mempunyai 20 –
30 soalan
 mengandungi 2 bahagian:
a) Bahagian A: Demografi (latar belakang
responden)
b) Bahagian B : menggunakan skala likert

8. Semua tugasan hendaklah dihantar seminggu selepas pembentangan dibuat dalam bentuk
hardcopy dan softcopy (disimpan di dalam cd). Penghantaran lewat akan ditolak markah
mengikut bilangan hari.

9. Pelajar digalakkan berjumpa dengan pensyarah untuk sesi rundingan mengikut masa yang telah
ditetapkan dengan membawa draf tugasan.

ISI KANDUNGAN

Penghargaan
Kandungan
Abstrak

2|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

Pendahuluan, Permasalahan Kajian, Metodologi, Dapatan, Cadangan Kajian


Lanjut

Kandungan
Bab 1 : Pengenalan
Pendahuluan, permasalahan kajian (apa masalah dan kenapa tajuk ini
perlu dibicarakan?). Kajian terdahulu, objektif kajian, skop kajian,
metodologi kajian, signifikan kajian

Bab 2 : Sorotan Kajian (Kajian Literatur)


2.1 Sub Topik
2.1.1 Sub – sub topik
2.2 Sub Topik
Bab 3 : Metodologi

Bab 4 : Analisis Data

Bab 5 : Cadangan

Bab 6 : Kesimpulan

Rujukan Buku
Nama pengarang. (Tahun). Judul buku. Tempat. Penerbit.
Bab dalam buku
Nama pengarang. (Tahun). Judul artikel dalam Judul buku, halaman.
Tempat. Penerbit.
Jurnal
Nama pengarang. (Tahun). Judul artikel dalam judul jurnal, Bilangan
keluaran/tarikh, halaman.
Majalah/ Akhbar
Nama pengarang. (Tahun). Judul artikel dalam majalah/Akhbar, tarikh,
halaman.
Internet
Kementerian Luar Negeri (2004). Malaysia Foreign policy (atas talian)
(alamat laman sesawang) (tarikh).

Lampiran

TEMA TUGASAN

1. Pelajar dikehendaki membina tajuk berdasarkan tema yang ditetapkan.

2. Tugasan berasaskan kerja lapangan

3|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

BAB TEMA
1 Malaysia : Kesepaduan dalam Kepelbagaian

2 Potret Hubungan Etnik

3 Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik

4 Perlembagaan Persekutuan : Tiang Seri Hubungan Etnik

5 Permuafakatan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

6 Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan

7 Dari Segregasi ke Integrasi

8 Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial

9 Pengalaman Harian : Manjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian

3. Contoh tajuk tugasan kumpulan berasaskan MPU Edisi 2:

a) Interaksi di antara Masyarakat Orang Asli dan Masyarakat Sekitar: Memacu Kesepaduan Sosial.

 Melalui tugasan ini pelajar boleh memilih atau mengetahui sama ada berlaku atau tidak interaksi
di antara masyarakat Orang Asli dengan masyarakat lain. Pelajar juga boleh menjadikan
keinginan untuk mengetahui gaya hidup masyarakat Orang Asli dari aspek ekonomi, sosial,
agama, pendidikan dan infrastruktur yang ada di kampung Orang Asli tersebut sebagai objektif
kajian.

b) Pengisian Kemerdekaan dan Gelandangan


 Objektif kajian ini ialah supaya pelajar dapat memahami dan menghayati dengan sebenar-
benarnya apa yang dimaksudkan dengan pengisian kemerdekaan.
 Tugasan ini memerlukan pelajar menyertai program kesukarelaan pertubuhan bukan kerajaan
yang ingin membantu masyarakat yang kurang upaya dari aspek ekonomi sehinggalah keperluan
asas.
 Para pelajar akan dapat memahami bagaimana segelintir masyarakat di negara ini yang merdeka
tidak mampu menguruskan keperluan asas ekoran tekanan ekonomi.

__________________________________________________________________________
RUBRIK PENILAIAN TUGASAN BERKUMPULAN (25%)
RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN KUMPULAN
_____________________________________________________________________________
Ketua Kumpulan dan No Matrik:
Tajuk Tugasan :

4|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

Jumlah Markah
Pengetahuan - Kandungan 60% _____/60
Ulasan:
Tiada unsur plagiat
Mengandungi elemen-elemen berikut:
 Komprehensif dan tepat
 Berwawasan
 Membangunkan tema atau idea yang utama
 Menunjukkan keupayaan untuk menganalisis dengan
baik
Jumlah Markah
Persembahan – Gaya Penulisan 25% _____/60
Nada penulisan yang sesuai dengan kandungan tugasan Ulasan:
Penulisan yang jelas dan tepat
Kandungan:
 Penulisan yang teratur
 Isi utama dinyatakan dengan jelas
 Komprehensif dan tepat (tiada kesilapan fakta)
 Penulisan yang berwawasan
 Penggunaan butiran, contoh dan analisis yang tepat
Tatabahasa:
 Tatabahasa, struktur, ejaan dan tanda baca adalah
betul
 Struktur ayat lengkap, jelas dan ringkas
 Setiap topik disusun secara teratur
Jumlah Markah
Pengurusan 15% _____/15
Selesai dalam tempoh masa yang ditetapkan Ulasan:
Mematuhi segala arahan tambahan yang disediakan
Penulisan rujukan yang betul dan mengikut garis panduan
Setiap petikan yang digunakan diletakkan sumber rujukan
Jumlah Markah
Jumlah 100% _____/100
Ringkasan/ Ulasan Keseluruhan

____________________________________________________________________________
PANDUAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (20%)
GUIDELINES FOR GROUP PRESENTATION
_____________________________________________________________________________

ARAHAN UMUM

5|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

1. Pembentangan laporan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk penyampaian yang kreatif (contoh:
dokumentari, sketsa). Paling minima penyampaian adalah dalam bentuk ‘slide show’ (power
point).

2. Tempoh pembentangan adalah di antara 20 - 30 minit (termasuk sesi soal jawab).

3. Pembentangan ‘aktif’ iaitu pembentangan yang banyak menerima pertanyaan, pendapat dan
cadangan dari pendengar lain amat digalakkan. Ini menunjukkan penyampaian yang dibuat
mampu diterima dan difahami oleh pendengar lain.

____________________________________________________________________________
RUBRIK PENILAIAN PEMBENTANGAN BERKUMPULAN (20%)
_____________________________________________________________________________

Item Penilaian Markah

Isi 40
Kreativiti 15
Pengurusan 15
Kerjasama dalam 15
kumpulan
Ketrampilan 15
Jumlah 100
Keseluruhan

________________________________________________________________________
PANDUAN TUGASAN INDIVIDU
_____________________________________________________________________________
ARAHAN UMUM

1. Tugasan ini akan dibuat secara individu.

2. Wajaran markah bagi tugasan individu adalah 10%.

3. Setiap pelajar DIWAJIBKAN masuk ke pelantar openlearning.com dan perlu mendaftar sebagai
pelajar dalam talian (online). Pelajar digalakkan menggunakan Google Chrome kerana lain-lain
pelayar web / "browser" adalah tidak serasi / "incompatible" buat masa ini.
6|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

4. Pelajar yang telah berjaya mendaftar masuk ke “openlearning” dikehendaki menyertai kursus
Kesepaduan dan Hubungan Etnik secara dalam talian dengan pergi ke ruangan “Search” dan tulis
HUBUNGAN ETNIK kemudian “enter”.

5. Pelajar diwajibkan menghabiskan keseluruhan topik (4 topik) dalam ”openlearning” bagi


menambah pengetahuan dan menggunakannya dalam kuliah masing-masing.

6. Tugasan individu dalam topik 1 – Topik Senario Kepelbagaian Etnik di Malaysia meliputi:
 Aktiviti 1 – Refleksi Pengalaman Diri
 Aktiviti 2 - Kuiz
 Aktiviti 4 - Perbincangan

7. Pensyarah meminta para pelajar mencetak printscreen jawapan bagi aktiviti 2 kuiz (sebagai
pembuktian) untuk dinilai oleh pensyarah.

8. Bagi aktiviti 1 (refleksi pengalaman diri), aktiviti 2 (kuiz) dan aktiviti 4 (perbincangan) penilaian
mengikut kriteria atau rubrik yang ditentukan.

9. Tugasan hendaklah dihantar pada minggu berikutnya. Penghantaran lewat akan ditolak markah.

10. Pelajar digalakkan berjumpa dengan pensyarah untuk sesi rundingan mengikut masa yang telah
ditetapkan.

__________________________________________________________________________
RUBRIK PENILAIAN TUGASAN INDIVIDU (10%)
_____________________________________________________________________________

Rubrik Item dan Keterangan


(%)

9-10 - Panjang esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi aktiviti Refleksi
Pengalaman Diri
- Empat (4) jawapan betul dalam aktiviti kuiz
- tiga (3) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang
baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.

7|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

- penggunaan tatabahasa yang betul dan baik (ejaan, kata ganti nama am, kata
kerja dan sebagainya).
- Kemasan (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan dan
bersih).
- menulis di antara dua setengah hingga tiga halaman bercetak tidak termasuk
biodata dan muka hadapan.

7-8 - Panjang esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi aktiviti Refleksi
Pengalaman Diri
- Empat (4) jawapan betul dalam aktiviti kuiz
- tiga (3) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan /kembangan /hujahan
yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa yang betul dan baik (ejaan, kata ganti nama am, kata
kerja dan sebagainya).
- Kemasan yang baik (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya
penulisan dan bersih).
- menulis di antara dua setengah hingga tiga halaman bercetak tidak termasuk
biodata dan muka hadapan.

5-6 - Panjang esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi aktiviti Refleksi
Pengalaman Diri
- Tiga (3) jawapan betul dalam aktiviti kuiz
- dua (2) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang
baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa yang betul (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan
sebagainya).
- Kemasan sederhana (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya
penulisan dan bersih).
- menulis di antara dua hingga dua setengah halaman bercetak tidak termasuk
biodata dan muka hadapan.

4-5 - Panjang esei lebih 100 patah perkataan bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri
- dua (2) jawapan betul dalam aktiviti kuiz
- dua (2) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan /kembangan /hujahan
yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa yang betul (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan
sebagainya).

8|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

- Kemasan sederhana (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya


penulisan dan bersih).
- menulis di antara dua hingga dua setengah halaman bercetak tidak termasuk
biodata dan muka hadapan.

3-4 - Panjang esei lebih 100 patah perkataan bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri
- satu (1) jawapan betul dalam aktiviti kuiz
- satu (1) isi utama dan disokong dengan olahan /kembangan /hujahan yang
baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa sederhana (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan
sebagainya).
- Kemasan rendah (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan
dan bersih).
- menulis di antara satu hingga satu setengah halaman bercetak tidak
termasuk biodata dan muka hadapan.

1-2 - Panjang esei lebih 100 patah perkataan bagi aktiviti Refleksi Pengalaman Diri
- satu (1) jawapan betul dalam aktiviti kuiz
- satu (1) isi utama tetapi tidak disokong dengan olahan /kembangan /hujahan
yang baik untuk menyokong setiap isi utama dalam aktiviti perbincangan.
- mempunyai pengenalan dan kesimpulan.
- penggunaan tatabahasa sederhana (ejaan, kata ganti nama am, kata kerja dan
sebagainya).
- Kemasan rendah (pemerangganan, margin, mengikut format, gaya penulisan
dan bersih).
- menulis di antara satu hingga satu setengah halaman bercetak tidak
termasuk biodata dan muka hadapan.

** Penulisan aktiviti perbincangan yang melebihi tiga (3) halaman bercetak akan diberi
separuh markah dari rubrik yang diperolehi (contoh; markah yang diperolehi dari
rubrik pemarkahan adalah 5, sekiranya pelajar menulis melebihi tiga (3) halaman
maka pelajar hanya layak mendapat 2.5 markah sahaja.

** Pelajar yang didapati meniru / plagiat hanya akan diberi markah komitmen iaitu
satu (1).

9|
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

10 |
PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM
HUBUNGAN ETNIK (UQU10202/ UWS10202)
SEM 2 2017/2018

TUGASAN BERKUMPULAN / INDIVIDU

TAJUK :

KOD KURSUS UWS 10202 / UQU 10202

NAMA KURSUS HUBUNGAN ETNIK

FAKULTI

1. AHMAD BIN MUHAMMAD (CE 10103)

2.

NAMA PELAJAR 3.

SEKSYEN

NAMA PENSYARAH

LAMPIRAN 1: MUKA HADAPAN

TARIKH HANTAR

MARKAH
TUGASAN

11 |

You might also like