You are on page 1of 4

PEMINDAHAN WANG KE LUAR NEGARA DARI MALAYSIA

1. MoneyGram
MoneyGram menyediakan salah satu daripada perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa yang
terpantas – dengan penghantaran wang ke seluruh dunia dalam masa 10 minit sahaja di samping
mengenakan caj perkhidmatan yang paling rendah. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan, tempoh
maksimum untuk pemindahan wang ialah selama 3 hari bekerja.

Penyedia perkhidmatan kiriman wang ini merangkumi kira-kira 350,000 lokasi ejen di 200 buah
negara. Proses kiriman wang dipermudahkan lagi tanpa memerlukan akaun bank bagi penerima dan
pengirim wang. Anda boleh memindahkan wang dengan jumlah maksimum sehingga US$10,000
(RM40,149) pada satu masa melalui MoneyGram.

Penghantaran wang melalui MoneyGram terdiri daripada 5 langkah mudah berikut:

Periksa anggaran kos pemindahan wang melalui


Langkah 1
penganggar kos dalam talian MoneyGram.

Pergi ke mana-mana ejen MoneyGram. Anda boleh mencari ejen MoneyGram


Langkah 2
dengan menggunakan pengesan ejen MoneyGram.

Isi Borang Pemindahan Wang untuk diserahkan kepada MoneyGram dengan


melampirkan sekali dokumen sokongan, contohnya salinan pasport anda, lesen
Langkah 3
memandu atau MyKad. Serahkan juga wang yang ingin anda kirimkan berserta
dengan bayaran caj yang dikenakan.

Langkah 4 Ambil resit dan catatkan Nombor Rujukan.

Langkah 5 Maklumkan kepada penerima wang dan berikan mereka Nombor Rujukan itu.

Setelah itu, penerima wang hendaklah pergi ke mana-mana ejen MoneyGram, isikan Borang
Penerimaan dan lampirkan bersama salinan pasport, lesen memandu atau mana-mana dokumen
pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan di lokasi tersebut. Setelah selesai proses
pengesahan identiti diri, penerima boleh menerima wang mereka dalam bentuk tunai – lazimnya
dalam matawang tempatan mereka.

Anda boleh mengirimkan pesanan ringkas tidak melebihi 10 patah perkataan dan membuat pilihan
matawang bagi wang yang ingin anda kirimkan dan matawang bagi wang yang akan diterima oleh
penerima.

Anda juga boleh melakukan pemindahan wang ini melalui CIMB dan Maybank memandangkan
kedua-duanya menawarkan perkhidmatan MoneyGram. Ini bermaksud anda boleh mengirimkan
wang ke luar negara dengan menggunakan MoneyGram melalui akaun dalam talian CIMB atau
Maybank.

|1
Caj pemindahan yang dikenakan kepada pengirim dikira berdasarkan jumlah wang yang
dipindahkan. Jadual di bawah menunjukkan caj kiriman yang akan dikenakan bagi pemindahan wang
dengan MoneyGram berjumlah RM1,000 ke beberapa lokasi kiriman yang terpilih:

Lokasi Caj* Lokasi Caj*

India RM10 Russia RM70

China RM35 Australia RM70

United
Thailand RM45.50 RM70
Kingdom

United
Indonesia RM10 RM70
States

Philippines RM15
*Maklumat ini diperoleh berdasarkan pengganggar kos dalam talian MoneyGram.

2. Western Union
Penyedia perkhidmatan kiriman wang yang mungkin lebih dikenali ramai ialah Western Union –
merangkumi kira-kira 515,000 lokasi ejen di 200 buah negara. Western Union juga turut
menyediakan perkhidmatannya melalui 100,000 mesin ATM and kios di seluruh dunia. Ia juga
menjalankan transaksi dengan lebih daripada 150 jenis matawang.

Dengan Western Union, anda boleh memindahkan wang anda melalui tiga cara:

Pergi ke ejen Western Union atau log masuk ke dalam akaun dalam talian
Langkah 1
Western Union.

(a) Pemindahan wang tunai:


Lengkapkan dan hantar borang Penghantaran Wang, berserta dengan wang
yang ingin dikirimkan dan caj transaksi.

(b) Pemindahan wang ke akaun bank:


Lengkapkan dan hantar borang Penghantaran Wang terutamanya maklumat
Langkah 2 tentang bank dan akaun penerima, berserta dengan wang yang ingin dikirimkan
dan caj transaksi.

(c) Pemindahan ke telefon mudah alih alih:


Lengkapkan dan hantar borang Penghantaran Wang terutamanya nombor
telefon mudah alih penerima, berserta dengan wang yang ingin dikirimkan
dan caj transaksi.

Langkah 3 Ambil resit dan periksa nombor pengesan MTCN.

Langkah 4 Maklumkan kepada penerima dan berikan nombor pengesan MTCN kepada mereka.

|2
Bagi transaksi tunai, penerima perlu pergi ke ejen Western Union dan tunjukkan bukti pengenalan
diri untuk menerima wang tunai yang dikirimkan. Bagi pemindahan wang ke akaun bank atau ke
telefon mudah alih, wang tersebut akan dimasukkan terus ke dalam perantara yang telah dipilih.

Sebelum melakukan pemindahan wang kepada telefon mudah alih penerima, pastikan anda
memeriksa dulu destinasi dan operator perkhidmatan telefon mudah alih yang boleh menerima
transaksi sedemikian. Anda juga perlu sedia maklum bahawa anda mungkin perlu menanggung caj
tambahan pihak ketiga bagi pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada Western Union tentang
pemindahan wang yang dilakukan.

Buat masa sekarang, pemindahan wang melalui telefon mudah alih hanya sedia untuk destinasi dan
operator telekomunikasi berikut:

Penyedia
Destinasi Destinasi Penyedia Perkhidmatan
Perkhidmatan

Afghanistan Roshan Philippines Globe GCash / SMART Money

Bangladesh Banglalink Tanzania Vodacom

Burkina Faso Inova El Savador Tigo

Kenya Safaricom M-PESO Guatemala Tigo

Madagascar Telma M-VOLA Vietnam Military Bank

Paraguay Tigo Uganda MTN

Perkhidmatan Western Union juga terdapat di kebanyakan bank di Malaysia, seperti Public Bank,
RHB, Bank Rakyat, UOB, Agrobank, Hong Leong, Ambank, Bank Muamalat dan Pos Malaysia. Oleh
itu, anda boleh juga mengirimkan wang ke luar negara melalui Western Union dengan menggunakan
perkhidmatan salah satu daripada bank tempatan ini.

Di samping itu, anda juga boleh memantau status kiriman wang anda dengan menggunakan
kemudahan Pengesan Status Transaksi Wang (Track Money Transaction Progress) melalui laman
sesawang Western Union. Tempoh penerimaan bagi transaksi tunai dan mudah alih adalah hampir
serta-merta – sementara tempoh untuk transaksi bank pula ialah dalam 1 hingga 5 hari bekerja,
bergantung kepada bank dan lokasi yang berbeza-beza.

|3
3. PayPal
PayPal lebih kerap digunakan untuk membuat pembayaran transaksi apabila membuat pembelian
dengan penjual dari luar negara. Ia mungkin cara yang paling mudah dan selamat untuk membuat
pembayaran ke luar negara untuk pembelian anda. Anda boleh membuat pembayaran kepada
sesiapa sahaja di seluruh dunia. Anda hanya memerlukan alamat e-mel atau nombor telefon mudah
alih penerima.

Untuk menerima pembayaran tersebut, penerima harus juga mempunyai akaun PayPal. Jika mereka
tidak mempunyai akaun PayPal, mereka boleh mendaftar untuk membuka akaun – dan ini adalah
percuma sepenuhnya.

Transaksi melalui PayPal terdiri daripada 3 langkah mudah:

Log masuk ke dalam akaun PayPal anda dan masukkan alamat e-mel atau
Langkah 1
nombor telefon mudah alih penerima.

Langkah 2 Masukkan jumlah wang yang ingin dipindahkan.

Hampir serta-merta, penerima akan menerima makluman daripada PayPal


tentang pemindahan wang tersebut. Dengan menggunakan akaun PayPal anda,
anda boleh mengesan status transaksi tersebut.
Langkah 3
Penerima juga boleh memilih sama ada untuk menyimpan duit yang diterima
di dalam akaun PayPal mereka atau memindahkan wang tersebut ke dalam
akaun bank, kad kredit atau memohon pengeluaran cek oleh PayPal.

PayPal membolehkan anda menggabungkan kesemua pembayaran luar negara (dan juga tempatan)
anda di bawah satu akaun, untuk membolehkan anda menguruskan pembayaran-pembayaran anda
dengan lebih baik. Untuk memudahkannya lagi, anda boleh juga memautkan kad kredit atau kad
debit anda dengan akaun PayPal anda.

Jika anda membeli daripada seorang penjual, pembayaran yang anda lakukan melalui PayPal tidak
akan dikenakan caj transaksi, tetapi penerima (iaitu penjual) akan dikenakan caj yang kecil untuk
setiap penjualan yang dilakukan. Anda hanya perlu menanggung caj yang kecil bagi pertukaran
matawang jika pembelian dilakukan dengan penjual luar negara.
Penghantaran wang melalui PayPal merupakan salah satu daripada pilihan yang paling selamat,
kerana setiap transaksi dilindungi dengan penyulitan yang canggih dan pengawasan penipuan 24-
jam.

Di samping itu, sekiranya barangan atau perkhidmatan yang anda beli tidak sampai ke tangan anda
atau tidak menepati gambaran yang diberikan oleh penjual, PayPal akan membayar balik wang anda
sepenuhnya termasuk kos penghantaran. PayPal berurusan dalam 26 matawang yang berbeza.

|4

You might also like