You are on page 1of 3

TUGASAN 1: LAPORAN TEMU BUAL

1.0 Pengenalan
Pada 20 Februari yang lalu, seramai 43 orang pelatih guru telah pergi ke Sekolah
Kebangsaan Kompleks KLIA untuk melaksanakan temu bual berkenaan dengan
sosiobudaya khusus tentang pelajar-pelajar Pendidikan Khas di sekolah tersebut.
Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan bergerak secara
berkumpulan untuk melaksanakan temu bual serta pemerhatian terhadap kelas-kelas
Pendidikan Khas yang terdapat di sekolah tersebut. Kami juga berpeluang untuk
melakukan sedikit aktiviti riadah bersama dengan pelajar tersebut supaya pelatih-
pelatih guru yang hadir dapat memperoleh pengalaman serta pengetahuan yang baru
apabila berhadapan dengan pelajar pendidikan khas. Saya dan beberapa orang rakan
telah menemu bual beberapa orang guru serta staf sekolah tersebut bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan aspek, kesan dan implikasi sosiobudaya
yang wujud.

2.0 Objektif
Temu bual tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia terhadap
pengurusan bilik darjah mesra budaya.

3.0 Biodata yang ditemubual (peserta)


Nama : Puan Ahedia
Umur : 32 Tahun
Jawatan : Guru Pendidikan Khas
Kaum : Melayu
Agama : Islam

4.0 Transkrip temubual


Rujuk lampiran 1

5.0 Hasil dapatan temubual


5.1 Aspek kepelbagaian sosiobudaya
Melalui temubual yang telah saya jalankan, saya telah mengealpasti beberapa
aspek sosiobudaya yang telah mempengaruhi murid-murid yang berkeperluan
khas. Antaranya ialah kelas sosial murid tersebut. Terdapat beberapa orang

1
murid yang datang daripada keluarga yang mempunyai sosioekonomi serta
taraf pendidikan yang tinggi. Ada sebahagian murid pula adalah daripada
golongan sosioekonomi yang sederhana dan rendah. Selain itu, setiap murid
berkeperluan khas juga mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza
antara satu sama lain. Hal ini kerana mereka mempunyai pelbagai jenis
masalah murid bekeperluan khas seperti slow learner, disleksia, autisme dan
hyperaktif. Setiap daripada mereka ini mempunyai cara yang tersendiri untuk
mempelajari sesuatu ilmu serta kemahiran yang baru. Kemahiran dan
penguasaan bahasa murid juga merupakan salah satu aspek sosiobudaya.
Guru yang telah saya temu bual menyatakan bahawa salah seorang muridnya
mahir berbahasa Inggeris kerana murid tersebut pernah tinggal di luar negara
sebelum berpindah balik ke Malaysia.

5.2 Kesan kepelbagaian sosiobudaya


Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam kalangan murid
berkeperluan khas telah mempengaruhi tahap perkembangan mereka.
Perbezaan kelas sosial yang wujud dalam kalangan murid berkeperluan khas
menyebabkan ada sebahagian daripada mereka mampu berkembang dengan
lebih baik berbanding yang lain. Hal ini kerana ibu bapa yang berpendidikan
mempunyai kesedaran yang lebih tinggi berkenaan dengan anak-anak yang
bekerperluan khas. Mereka akan dihantar ke sekolah-sekolah pendidikan khas
pada peringkat yang lebih awal berbanding dengan murid yang berasal
daripada keluarga yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi. Jika murid-
murid bekeperluan khas ini dihantar awal ke sekolah Pendidikan Khas, mereka
akan lebih mudah dibentuk dan dapat berkembang dengan lebih baik.
Kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza dalam kalangan
murid seperti contoh murid yang mahir dalam berbahasa Inggeris, cikgu
terpaksa dalam dua bahasa supaya murid tersebut memahami perkara yang
igin disampaikan oleh guru. Guru ini juga mempunyai masalah untuk
berinteraksi dengan rakan lainnya kerana dia kurang mahir berbahasa Melayu.
Selain itu, hasil daripada perbezaan yang wujud terhadap gaya
pembelajaran murid, guru terpaksa mengenalpasti cara yang terbaik untuk
mengajar setiap daripada muridnya. Hal ini demikian kerana strategi
pengajaran yang guru gunakan tidak semestinya berkesan untuk semua
kumpulan murid.

2
6.0 Kesimpulan
Sosiobudaya mampu mempengaruhi taraf perkembangan anak-anak. Menurut
Brofenbrenner, konteks sosial merupakan fasa seseorang kanak-kanak membesar
dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak
tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza (Noriati, Boon,
P.Y., Sharifah & Zuraidah, 2017). Melalui teori ini kita dapat melihat aspek latar
belakang dan persekitaran murid menyumbang kepada perbezaan dalam taraf
perkembangan mereka. Terdapat murid yang dapat berkembang dengan lebih baik
kerana sosioekonomi keluarga yang lebih tinggi sehingga mampu menyediakan
pelbagai kemudahan di rumah yang dapat membantu perkembangan anak-anak.
Menurut Vygotsky, pemikiran bahasa dan proses penaakulan berkembang melalui
interaksi sosial. Biasanya murid-murid membina pengetahuan secara individu serta
sosial (Ahmad, S.M. & Syed Ismail, S.M., 2013). Setiap murid mempunyai latar
belakang yang berbeza budaya, kebolehan, minat dan sebagainya pasti akan memiliki
pengalaman yang berbeza. Contohnya, murid bekeperluan khas yang pernah tinggal
di luar negara mempunyai penguasaan bahasa yang berbeza dengan rakan-rakan
yang lain kerana dia mempunyai pengalaman serta persekitaran yang menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner dan
Teori Perkembangan Sosiobudaya Lev Vygotsky jelas menunjukkan bahawa
sosiobudaya sememangnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi taraf
perkembangan kanak-kanak.

You might also like