You are on page 1of 2

Peranan interaksi antara tamadun sangat mustahak di dalam menghadapi cabaran global.

Berikan pendapat anda.

Setiap tamadun mempunyai sifat ,pencapaian serta keunikan yang tersendiri dan sesebuah
tamadun menerima pengaruh luar melalui interaksi dengan tamadun lain. Hal ini
menyebabkan interaksi berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan di sepanjang
sejarah dan interaksi ini melahirkan kesan positif dan negatif. Interaksi yang berlaku ini
wujud kerana sifat menghormati dan toleransi yang tinggi. Sifat terbuka ini memberi peluang
kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun
tersebut dalam pelbagai aspek. Ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun daripada menjadi
beku dan jumud.
Contoh kesan positif interaksi antara tamadun ini adalah dalam perlembagaan Madinah
( Salifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi Muhammad S.A.W , hak-hak orang Kristian dan
yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan , diberi kebebasan
mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa gangguan.Di Andalusia( Sepanyol ) ,muncul
ramai penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu-individu yahudi dan Kristian.
Dalam interaksi antara tamadun India dan Cina,. Agama buddha disebarkan kenegara China ,
yang memberi kesan yang positif iaitu terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada
tebu dari india telah diperkembangkan kepada orang-orang China seteruslah menyebabkan
astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi
India.Dalam interaksi antara Tamadun Islam dan China pula memperlihatkan kesan positif
melalui perdagangan dan berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang dengan
wanita-wanita tempatan. Seterusnya menyebabkan wujud penyebaran agama Islam di Negara
China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan cina.
Dalam interaksi antara tamadun islam dan tamadun melayu pula menyebabkan agama Islam
tersebar di kepulauan Melayu dan tamadun melayu mengubah pandangan hidup orang-orang
Melayu.Dalam interaksi ini, menyebabkan tulisan jawi yang berperanan dalam
perkembangan ilmu pengetahuan di kepulauan Melayu. Manakala dalam interaksi antara
tamadun Cina dan Tamadun Melayu pula menyebabkan tamadun cina membawa teknologi
membuat gula daripada tebu ke pulauan melayu , perusahaan sutera, membuat tembikar serta
pertukangan logam. Interaksi berlaku secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi
secara aman melalui aktiviti perdagangan,emigran ,dan hubungan diplomatik.Dalam interaksi
antara Tamadun Cina dan Jepun pula, agama Buddha dari Negara China dikembangkan
dalam tamadun Jepun dantulisan cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun.
Kesan Negatif pula boleh dilihat di Eropah dan India. Di Eropah, hubungan antara orang-
orang Kristian dan Yahudi telah mengalami kemerosotan dan kesannya pembunuhan orang
Yahudi secara beramai-ramai yang berpunca daripada perbezaan agama, ketidakseimbangan
ekonomi dan sosial. Zaman pertengahan di Eropah , hubungan orang-orang Kristian dan
islam juga merosot. Di eropah juga berlaku perang salib iaitu pemerintah Kristian
melancarkan perang keatas orang islam. Manakala di India, hubungan antara penganut Islam
dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang dan terdapat peristiwa orang Islam dibunuh
dan masjid dimusnahkan oleh raja India yang beragama Hindu. Contohnya, raja Islam dalam
kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil dan mengharamkan beberapa upacara
keagamaan Hindu.
Dalam tamadun India dan tamadun China pula, kemasukan agama mendapat tentangan dari
cendikiawan konfusianisme. Sami Buddha telah dikurung dan kuil Buddha dimusnahkan
untuk menghalang perkembangan agama itu. Seterusnya dalam tamadun Islam dengan
Tamadun China pula permusuhan tercetus kerana rasa tidak puas hati terhadap pencapaian
ekonomi pihak bertentangan dan kesannya ramai orang Islam dan China berhijrah ke Asia
Tenggara.
Kesimpulannya ,interaksi antara tamadun dapat memperkayakan tamadun dan mengelaknya
daripada menjadi jumud, beku dan statik . Hasilnya sesuatu tamadun yang bersifat terbuka,
dan dapat mengasimilasikan pengaruh luar akan semakin berkembang serta melahirkan
perubahan-perubahan penting yang masih kita boleh lihat di zaman moden hari ini.

You might also like