You are on page 1of 4

LAPORAN KEJOHANAN MINI BOLA TAMPAR PDPLI DINI KELAS 1.

02

Permainan bola tampar merupakan salah satu aktiviti bagi modul Kursus Kokurikulum Sukan
(MPU2011) Program Diploma Lepasan Ijazah (DPLI) DINI. Bagi memenuhi keperluan kursus
tersebut, Kuliah DINI 1.02 telah menganjurkan Kejohanan Mini Bola Tampar bertempat di
Gimnasium Saidina Hamzah , Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi.
Penyertaan bagi kejohanan tersebut adalah seramai 16 orang. Kejohanan ini dilaksanakan
antara lain bertujuan memupuk gaya hidup sihat di samping mengintai kemahiran bermain
sukan bola tampar dalam kalangan guru pelatih.

Sebelum kejohanan berlangsung, mesyuarat telah diadakan pada 21 Disember 2017


jam 5.30 petang bertempat di Bilik Unit Kokurikulum yang dipengerusikan oleh saudara
Muhammad Salam bin Azhari selaku pengarah program bagi membentuk jawatankuasa gerak
kerja seterusnya merancang perjalanan program. Puan Hjh. Kamaliah binti Ismail sebagai
guru penasihat turut hadir ketika mesyuarat dijalankan. Ahli jawatankuasa terdiri daripada
setiausaha, bendahari, jawatankuasa bahagian peralatan, persiapan tempat, dokumentasi,
bahagian pertandingan, bahagian hadiah dan bahagian tugas-tugas khas telah dilantik.
Pengarah program kemudiannya menerangkan peranan ahli jawatankuasa setiap bahagian
serta mengenal pasti segala kekangan yang berlaku seterusnya berbincang mengenai
perjalanan program yang akan berlangsung. Mesyuarat selesai pada jam 6.30 petang.

Pada hari Jumaat bersamaan 22 Disember 2017, program Kejohanan Mini Bola
Tampar yang telah dirancang bermula seawal jam 7.15 pagi. Semua peserta yang mengambil
bahagian mendaftar untuk masuk ke gelanggang. Para peserta kemudiannya dibahagikan
kepada 5 kumpulan, 2 kumpulan perempuan dan 3 kumpulan lelaki. Setiap perlawanan
berlangsung sebanyak 2 set permainan. Juri perlawanan menetapkan 11 mata bagi setiap
set. Para peserta melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum perlawanan bermula. Ketika
perlawanan berlangsung, terdapat seorang peserta tercedera namun keadaan peserta
tersebut stabil setelah diberi rawatan.

Perlawanan sengit antara kumpulan berakhir pada jam 9.30 pagi. Bagi kumpulan
lelaki, kumpulan 3 muncul sebagai juara apabila berjaya mengumpul 6 mata. Naib johan
disandang oleh kumpulan 1 dengan memperolehi 3 mata, manakala kumpulan 2 menduduki
tempat ketiga memandangkan tiada jumlah mata yang terkumpul. Manakala bagi kumpulan
perempuan, kumpulan 1 muncul juara apabila memperolehi 9 mata dan naib johan disandang
oleh kumpulan 2 dengan memperolehi 3 mata. Malis penutupan dan penyampaian hadiah
telah dirasmikan oleh Ketua Unit Kokurikulum, En Mohd Nazri bin Omar.
Setelah penilaian dibuat, terdapat beberapa kekuatan juga kelemahan yang perlu
diatasi demi memastikan perancangan kejohanan seperti ini ditambahbaik. Menyentuh aspek
kekuatan, kejohanan tersebut mampu membina insan yang cergas tubuh badan di samping
merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara guru pelatih. Selain itu, guru pelatih boleh
meluaskan lagi pengetahuan mengenai kemahiran sukan bola tampar yang betul melalui
pendedahan teknik oleh guru penasihat Puan Hjh. Kamaliah bt Ismail ketika latihan sebelum
kejohanan dijalankan. Kelemahan yang perlu diambil perhatian pula ialah tiada peraturan
khusus yang ditetapkan ketika perlawanan berlangsung. Hal ini menyebabkan perlawanan
sedikit kucar-kacir. Cadangan penambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut ialah
mengadakan taklimat berkaitan peraturan permainan bola tampar yang lebih spesifik seperti
pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi, memijak garis
servis semasa membuat servis merupakan satu kesalahan serta pemain yang tidak bermain
harus duduk di atas bangku atau berada di kawasan memanaskan badan. Peraturan tersebut
penting demi memastikan tiada permasalahan berlaku semasa perlawanan berlangsung
Secara keseluruhannya, program Kejohanan Mini Bola Tampar yang dirancang berjalan
dengan baik dan lancar. Terima kasih kepada guru penasihat serta semua jawatankuasa yang
terlibat menjayakan program ini. Adalah diharapkan program kejohanan seperti ini dapat
diteruskan lagi pada kursus akan datang.
LAPORAN KEWANGAN

MINI KEJOHANAN BOLA TAMPAR

BAGI KELAS DPLI DINI 1.02

1. PENDAPATAN

Pendapatan yang diterima Jumlah (RM) Jumlah (RM)


Sumbangan IPG 30.00
Sumbangan Individu 130.00
Jumlah Pendapatan RM 160.00

2. PERBELANJAAN

Pekara Jumlah (RM) Jumlah (RM)


Cenderamata Perasmi RM 50 x 1 RM 50.00
Hadiah Peserta Rm 5 x 6 RM 30.00
Makanan Sarapan Pagi Nasi Lemak: RM 2 x 19 RM 38.00
The Tarik : RM 1.90 x 14 RM 26.60
JUMLAH PEMBELANJAAN RM 144.60
LEBIHAN PENDAPATAN RM 15.40
KURANGAN PENDAPATAN 0000

You might also like