You are on page 1of 3

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga


akhirnya kami menyiapkan tugasan bagi subjek Budaya dan Pembelajaran ini. Kami
telah menerima tugasan ini pada tarikh 20hb Mac yang lalu daripada pensyarah
pembimbing, Encik Marzuki bin Abd Rahman. Tugasan ini mengkehendaki kami untuk
membuat satu lakaran pelan kasar bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran, menghuraikan bagaimana susun atur bilik darjah yang dilakarkan dapat
menyumbang kepada persekitaran yang mesra budaya dan menjelaskan bagaimana
kepelbagaian budaya memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju
pendidikan di Malaysia.

Tugasan ini dilaksanakan dalam kumpulan yang terdiri daripada empat orang.
Setelah menerima tugasan ini, kami telah membahagikan tugas masing-masing
merujuk kepada soalan yang ditugaskan. Bagi soalan lakaran pelan kasar bilik darjah,
kami telah berbincang bersama-sama dalam melakar pelan bilik darjah yang kondusif
dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek fizikal. Dalam hal ini, kami dapat
berkongsi pendapat dan mencurahkan idea-idea yang bernas bagi menghasilkan pelan
bilik darjah yang kondusif.

Bagi penulisan ilmiah, kami telah mendapatkan beberapa maklumat


berkaitan bilik darjah mesra budaya daripada Perpustakaan Awam Majlis Perbandaran
Kluang. Kami telah meminjam beberapa buku berkaitan untuk memudahkan proses
rujukan. Selain itu, kami bersama rakan-rakan kumpulan lain banyak menukar
maklumat serta pendapat kami berkaitan pelaksanaan tugasan ini. Alhamdulillah,
proses mencari maklumat berjalan dengan lancar . Kami tidak menghadapi sebarang
kesulitan dalam mencari bahan rujukan kerana selain daripada bahan rujukan dalam
buku versi bahasa Melayu, kami juga boleh mendapatkan bahan rujukan dari buku versi
bahasa Inggeris. Kebanyakan buku versi bahasa Inggeris mempunyai maklumat yang
terperinci dari buku versi bahasa Melayu..

Selain daripada membuat rujukan daripada buku, kami juga telah melayari
internet untuk mendapatkan maklumat tambahan yang berkaitan. Maklumat daripada
internet sedikit sebanyak membantu kami dalam penulisan ilmiah yang dijalankan.
Walaubagaimanapun, bahan rujukan daripada buku lebih banyak berbanding bahan
yang didapati daripada internet.

Kami telah mendapat banyak maklumat dan manfaat sepanjang tempoh kami
menyiapkan tugasan ini. Antaranya kami telah mendapat pemahaman yang jelas
mengenai konsep bilik darjah mesra budaya serta maklumat keseluruhan tentang
kepelbagaian budaya dan peranannya dalam konteks pembangunan pendidikan
komprehensif di Malaysia. Jika sebelum ini kami berasa samar-samar dan kurang
memahaminya, tetapi sekarang kami berasa lebih jelas dan lebih memahami tentang
perkara tersebut.

Selain itu kami juga dapat meningkatkan kemahiran kami dalam bidang
penulisan. Ini kerana di dalam tugasan ini kami dikehendaki untuk
mempersembahkannya dalam bentuk penulisan ilmiah yang bermutu. Tugasan ini juga
telah memupuk sifat kerjasama di antara ahli kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan
menjalankan soalan yang ditugaskan dan sentiasa memberikan pendapat dalam
perbincangan yang dijalankan. Secara keseluruhannya, tugasan ini banyak membantu
kami dalam memahami subjek Budaya dan Pembelajaran dengan lebih mendalam.
Di sini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
bagi kelas kami iaitu Encik Marzuki bin Abd Rahman yang banyak membantu kami
dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kumpulan lain yang
membantu dan bersedia berkongsi pendapat dalam proses kami menyiapkan tugasan
ini.. Segala bantuan yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak memberI input yang berguna pada diri
kami. Kami telah membuat yang terbaik dalam tugasan ini. Segala yang baik itu datang
dari Allah, dan yang buruk datang dari kelemahan diri kami sendiri. Wassalam.

You might also like