You are on page 1of 15

TUGASAN 1

1
1.0 Pengenalan
Perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik terapan
yang memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus
(Kridalaksana, 1984;144). Leksikografi merupakan cabang linguistik terapan yang terdiri
daripada pemerhatian, pengumpulan, pemilihan, dan keterangan unit-unit dalam
kumpulan perkataan dan ungkapan dalam satu atau lebih bahasa. Leksikografi
memerlukan bantuan leksikologi. Leksikologi ialah ilmu bahasa interdisiplin yang
menyelidiki leksikon, leksis, dan leksem. Oleh itu, bidang ini bersifat teoritis, manakala
leksikografi merupakan kaedah dan teknik menyusun kamus. Leksikografi dan leksikologi
mempunyai kaitan yang rapat dalam perkembangan perbendaharaan kata sesuatu
bahasa. Ini kerana perakaman perbendaharaan kata dilakukan melalui penghasilan
kamus. Tugas ahli leksikografi adalah untuk menghasilkan sebuah kamus dan antara
perkara yang ditangani ialah makna perkataan yang sentiasa berubah. Tegasnya fungsi
asas sebuah kamus ialah memberikan makna kepada perkataan-perkataan atau item
leksikal.

2.0 Sejarah Perkamusan Bahasa Melayu

2.1 Asal Usul dan Tokoh Perkamusan


Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang
pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata
entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh
C.O.Blagden dalam karangannya yang bertajuk “A Chinese Vocabulary of Malacca
Malay Words dan Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511”, dalam
“Bulletin of the School of Oriental and African Studies”, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-
749). Pada tahun 1560, Yang Pin seorang panitera dalam arkib di negara Cina
mengumpulkan, menyunting dan menyatukan beberapa senarai kata bahasa
Cina-Melayu yang tersimpan dalam arkib tersebut oleh pelaut, pegawai dan
pedagang Cina sewaktu dinasti Ming yang pernah belayar ke alam Melayu. Pada
abad ke-16, selain usaha Pigafetta dan Yang Pin, hanya sebuah senarai kata kata
Melayu yang agak penting, iaitu senarai dwibahasa Belanda-Melayu yang
dihasilkan pada tahun 1598 yang dikumpulkan sebagai salah satu daripada hasil
pelayaran Belanda yang pertama di Nusantara dan disebarkan di Eropah.

Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang
dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata
Orang Islam. Dalam buku ini terdapat sejumlah 426 kata atau frasa bahasa Itali

2
yang mempunyai 450 padanan kata dalam bahasa Melayu. Inilah kamus bahasa
Melayu yang pertama dapat dikesan. Kamus Pigafetta merupakan salah satu
dokumen penting pada abad ke-16 kerana bahasa Melayu mulai diperkenalkan di
Eropah dan dikenali pada zaman tersebut berdasarkan penulisan beliau. Pada
tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih baik, iaitu kamus Belanda-Melayu
yang berjudul “Vacabularian ofte Woord-boek naer ordre vanden Alphabet in’t
Duytsch-Maleysch ende Maleysch-Duytsch”. Kamus ini disusun oleh Casper
Wiltens dan Sebastianus Dankaerts. Kamus Dictionarium Malaico-Latinum et
Latinum Maicum yang diusahakan oleh Paderi David Haex pada tahun 1631
mengandungi entri Melayu-Latin. Kamus ini diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris dan Perancis.

Usaha seterusnya dilakukan oleh orang Belanda, iaitu Werndly pada tahun
1736 yang merupakan daftar kata Belanda-Melayu. Pengkaji berbangsa Inggeris
yang terlibat dalam perkamusan ialah J.Howison, iaitu “Dictionary of the Malay
Tounge As Spoken in the Peninsular of Malcca, the Island of Sumatera, Java,
Borneo, Pulo Pinang etc”. Kajian ini merupakan entri kata Inggeris-Melayu
dihasilkan pada tahun 1801. Karya oleh Marsden pada tahun 1812 yang berjudul
“A Dictionary of the Malayan Language” merupakan perkembangan baru dalam
dunia perkamusan Melayu. Usaha ini kemudiannya diteruskan dengan
menghasilkan “The Grammar of the Malayan Language” pada tahun 1824. Kamus
lain yang diusahakan oleh P.P. Roorda van Eysinga, iaitu Kamus Belanda-Melayu
(1824) dan Kamus Melayu-Belanda (1825). Di Perancis juga terdapat seorang
pakar bahasa Melayu, iaitu LÊB Abbe P. Favre yang menyusun kamus dwibahasa
Melayu-Perancis pada tahun 1875 dan kamus Perancis-Melayu 1880 yang
berjudul “Dictionaire Malaise Francaise”.

R.J. Wilkinson menghasilkan A Malay-English Dictionary Jilid 1, II, dan III pada
tahun-tahun 1901-1903. Kamus Melayu yang menghuraikan makna perkataan
pula dihasilkan oleh Haji Shamsudin Muhamad Yunus pada tahun 1920. Di
samping itu, Mahmud bin Sayid Abdul Kadir menyusun sebuah kamus berjudul
Kamus Mahmudiyyah yang diterbitkan pada tahun 1894, kemudian sekali lagi pada
tahun 1925. Muhamad Idris Abdul Raof Al-Marbawai telah menghasilkan Kamus
Idris alMarbawi: Arab-Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi
keperluan masyarakat Melayu dalam bidang agama. Kamus ini telah mendapat
sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali.

3
Pada 1977, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta oleh Australian National
University, Canberra, Australia, untuk mengambil alih dan menyiapkan kamus
bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang sedang disusunnya ketika itu apabila
kerajaan Australia menarik balik pembiayaannya sebagai sebahagian langkah
penjimatan negara. Projek itu diserahkan kepada DBP pada 1 November 1978.

Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan yang disusun oleh Zainal Abidin kemudian
diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd pada 1995. Kamus itu
pada hakikatnya merupakan edisi baharu Kamus Sinonim yang disusun oleh
Zainal Abidin pada 1984. Ia merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama untuk
mencecah 100,000 perkataan entri dan setakat itu, paling banyak menyenaraikan
ungkapan.

2.2 Teori Dan Prinsip


Menurut salah seorang ahli bahasa iaitu Arbak Othman (2000), tidak ada teori
yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus. Tugas kamus adalah untuk
memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan
kata-kata. Kata yang ada dalam setiap bahasa mempunyai makna yang tersendiri.
Jadi tugas kamus adalah untuk menterjemahkan makna sesuatu kata tersebut.
Dalam perkamusan kita memberi makna kepada sesuatu lambang dengan
menggunakan lambang itu sendiri. Menurut Arbak Othman lagi, penyusun kamus
hendaklah memastikan bahan makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-baiknya
berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan yang
digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada
kerana gayanya yang berbeza yang berbeza, situasi penggunaannya atau sifat-
sifat pragmatiknya yang berbeza.

Menurut Ainon Muhammad pula (1985), terjemahan yang baik adalah


terjemahan yang tidak berbau @ terjemahan apabila dibaca, terasa seolah-olah
telah ditulis terus ke dalam bahasa penerima. Dengan itu, penterjemah hendaklah
membuat terjemahan dengan menggunakan ciri-ciri asli yang dimiliki oleh bahasa
penerima.
Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara
yang berikut:
i. Perancangan iaitu pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan,
penentuan individu, dan penentuan prasarana.

4
ii. Siapakah yang terlibat? Individu yang terlibat bersangkutan dengan
persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program
perkamusan.
iii. Aspek linguistik. Aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik
yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz,
pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya.
iv. Pemasaran iaitu aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus
secara meluas sebagai satu produk.
v. Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus dalam
penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan
menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu
bahasa. Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang
konsisten, ketelitian dan kecermatan.
vi. Bagaimanakah penelitian dilakukan? Penelitian leksikologi
termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam
penyusunan pangkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti
tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang
disajikan.

Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan


kamus, iaitu:
i. Keaslian. Sebuah kamus haruslah memuatkan bahasa
yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar
digunakan oleh penutur jati.
ii. Keperwakilan iaitu kebergantungan kepada format
kamus yang ditentukan oleh pengguna iaitu khalayak,
kamus perlu memuatkan bahan yang benarbenar
mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk
kanakkanak.
iii. Kelayakan merangkumi penyusun harus pasti bahawa
hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya.
Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan
kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial
juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan
adat istiadat pengguna kamus.
iv. Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber
yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian

5
lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder
berdasarkan rujukan kepustakaan.

2.3 Jenis-Jenis Kamus Bahasa Melayu


i. Kamus Ekabahasa
Kamus ekabahasa dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan
bahannya dalam satu bahasa sahaja. Entri disusun menurut abjad dan
bentuk dasar kata dijadikan entri kamus manakala bentuk peluasannya
dicatat sebagai subentri, yang dalam kamus dicetak dalam huraian satu
entri dasar yang sama. Makna yang dihuraikan berbentuk pemerian yang
panjang dan mungkin kompleks untuk mencapai maksud sejelas-jelasnya.
Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.

ii. Kamus Dwibahasa


Kamus dwibahasa dikenali juga dengan nama kamus bilingual yang
menggunakan dua bahasa dan bertujuan untuk mendapatkan bentuk
terjemahan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Contoh
bagi kamus bilingual ialah Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-
Melayu, Melayu-Inggeris).

iii. Kamus Aneka Bahasa


Kamus aneka bahasa dikenali juga dengan nama kamus multibahasa
yang menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa atau lebih. Contoh
bagi kamus multilingual ialah Kamus Melayu-Cina-Inggeris susunan Yuen
Boon Chan pada tahun 2004.

iv. Kamus Ensiklopedia


Kamus besar yang memuatkan leksikal, keterangan atau maklumat
ekstralinguistik disusun mengikut urutan kata-kata atau satuan leksikal
sebagai acuan bahagian daripada dunia ekstralinguistik.

v. Kamus Etimologi
Kamus yang menumpukan perhatian kepada asal-usul kata dalam
tradisi tekstual. Kamus ini menerangkan asal usul perkataan dan makna
asalnya. Kamus etimologi yang besar cenderung menjadi kamus
komparatif.

6
vi. Kamus Diakronik
Kamus ini menumpukan kepada aspek pensejarahan. Dalam huraian
entri, satuan leksikal diperlihatkan aspek perkembangannya sama ada
bentuk atau makna diberikan perhatian dalam huraian kata.

vii. Kamus Sinkronik


Kamus ini disusun bertujuan untuk menggarap penyediaan leksikal
pada sesuatu bahasa pada masa tertentu atau pada satu tahap
perkembangan yang singkat atau sezaman.

viii. Kamus Umum


Kamus umum memuatkan segala kata dalam sesuatu bahasa
disertakan dengan maknannya. Ia merangkumi semua kata dengan segala
kemungkinan dari segi makna yang digunakan dalam sesuatu bahasa.

ix. Kamus Istilah


Kamus ini memuatkan istilah khusus mengikut bidang ilmu
pengetahuan tertentu sahaja. Fungsinya adalah untuk kegunaan ilmiah.
Kamus ini memuatkan entri istilah khusus diikuti dengan pemerian makna
atau definisi dan keterangan tambahan termasuk ilustrasi dan gambar
rajah.

x. Kamus Sinonim
Kamus yang memuatkan bentuk padanan yang mempunyai makna
yang hampirhampir sama, atau pada istilah yang mempunyai hubungan
semantik. Kadangkala padanan antonim dimasukkan sebagai unsur
bantuan untuk makna sinonim yang pertentangannya perlu untuk
mendapatkan makna yang jelas dan nyata serta jelas sebagaimana yang
digunakan dalam bahasa.

xi. Kamus Tesaurus


Kamus yang menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan
memberikan kata-kata seerti sahaja. Kamus adalah untuk membantu
penulis mempelbagaikan penggunaan diksi.

7
3.0 Peranan DBP dan Institusi lain
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan
teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk
membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya
dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah
berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa
kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa
Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang seperti bidang sains
dan teknologi

Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-
buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Pihak
DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri percetakan dan
penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah
kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang terbesar di Malaysia. Ini
menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing.
Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan
perbendaharaannya.

Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsaan. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat
institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh
DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk
dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan.

Peranan institusi lain dalam bidang terjemahan antaranya ialah Jabatan Karang
Mengarang MPSI (1924). Za’ba juga bertanggungjawab mengembangkan fungsi Pejabat
Karang Mengarang dalam bidang penulisan, penterjemahan dan penerbitan. Antara hasil
terjemahan Pejabat karang Mengarang ialah RobinsonCrusoe, Mengembara ke Pusat
Bumi dan sebagainya. Selain itu, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PSM) berperanan
antaranya mengeluarkan kamus Melayu. Menyelaras satu sistem ejaan yang tetap untuk
ahli-ahli dan mencipta beberapa istilah baharu dalam bahasa Melayu yang diambil
daripada bahasa Inggeris.

8
Penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 memulakan
era baru dalam kerjasama kebahasaan di rantau ini.Kerjasama ini telah menghasilkan
penyeragaman pedoman ejaan dan transliterasi, penyeragaman pedoman pembentukan
istilah, di samping penyeragaman istilah-istilah ilmu pengajian tinggi dan profesional.
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah
Bahasa Melayu merupakan hasil yang penting daripada kerjasama tersebut yang telah
banyak membentuk kerja-kerja peristilahan. Setelah hampir 25 tahun penubuhannya,
MBIM/MABBIM berjaya memperlihatkan hasil kebahasaan yang semakin mantap
dimasyarakatkan di ketiga-tiga buah negara. Sejumlah 164049 istilah dalam pelbagai
bidang/subbidang ilmu telah berhasil disepakati. Selain itu, sebanyak 40 buah kamus
istilah dapat diterbitkan dalam tempoh dari tahun 1986-2002 dan beberapa buah kamus
yang lain sedang diusahakan.

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menempuh beberapa


zaman yang mencabar dengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu misalnya
kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris. Evolusi bahasa Melayu turut berlaku secara
perlahan-lahan. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
telah mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan sengit dalam
pasaran antarabangsa. Kewujudan bahasa amat penting dalam konteks ini kerana bahasa
merupakan sumber komunikasi yang penting. Bahasa Melayu perlu kukuh dan mantap
untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja bidang yang begitu cepat muncul
dan berkembang dalam kehidupan manusia. Masyarakat berbahasa Melayu perlu
mencari kaedah untuk membolehkan bahasa Melayu mempunyai nilai tambah dalam
masyarakat yang kelihatannya jelas sekali mementingkan bahasa Inggeris.

9
TUGASAN 2

10
4.0 Terjemahan Teks
Penterjemahan merupakan satu aktiviti menggantikan bahan teks asli (bahan sumber)
ke dalam teks bahasa sasaran (pengguna) dalam bentuk bahasa persamaan yang paling
hampir, atau difahami oleh bahasa sasaran (pengguna). Dengan perkataan lain,
penterjemahan merupakan penyalinan semula bentuk bahasa penerima mesej
(pengguna) daripada bahasa sumber dengan beberapa penyesesuaian. Oleh itu
penterjemahan melbatkan dua sistem bahasa yang – satu bahasa sumber dan satu lagi
bahasa sasaran.

Jurnal yang dipilih bertajuk “RETHINKING MACROECONOMICS: AN


INTRODUCTION” yang ditulis oleh John F. McDonald, Routledge, 2016. Terdapat
beberapa kaedah yang digunakan dalam terjemahan jurnal ini antaranya ialah kaedah
tradisional. Mengikut kaedah ini, penterjemahan ditumpukan pada persamaan bentuk teks
terjemahan dengan teks asal. Aspek seperti format, rima rentak, bunga bahasa dan ciri-
ciri kebahasaan dalam teks asal cuba dikekalkan supaya terjemahan yang dihasilkan
menyamai bentuk teks awal. Terjemahan tradisional melibatkan tiga kelompok
terjemahan, iaitu terjemahan relevan, harfiah dan literal. Mengikut terjemahan literal,
terjemahan ini amat setia pada teks sumber dengan menekankan kepada salah satu
struktur atau bentuk nahu bahasa teks asal sahaja. Terjemahan inu diklafikasikan sebagai
terjemahan langsung kerana masih mengekalkan bentuk dan struktur nahu bahasa
sumber walaupun tidak semuanya. Terjemahan ini hampir sama dengan keaslian dan
ketulinan teks asalnya malah turut mengekalkan salah satu bentuk teks asal seperti
morfem dan fonetik. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik terjemahan secara terus. Abdul
Hamid Mahmod et al. (2011) mengklasifikasikan terjemahan kaedah harfiah atau secara
langsung sebagai kaedah tradisional. Teknik ini meminta penterjemah untuk
menterjemahkan perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber satu persatu dengan
perkataan yang sepadan dalam bahasa penerima. Perkataan bahasa penerima yang
sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan
atau teks bahasa sumber. Semua tanda bacaan dalam bahasa sumber dikekalkan.
Kesannya, akan menyalahi struktur ayat bahasa penerima kesamaran makna dan
kesilapan makna.

“Like most, McDonald defines macroeconomics as a study of the aggregate behavior of


the whole economy and regards the main objective of macroeconomics as understanding
the determinants of aggregate economic activity. Therefore, teaching introductory
macroeconomics is about imparting students with the basic knowledge required for
identifying policies to improve economic performance. According to Taylor (2000),

11
macroeconomics taught at principles level should be easily understandable, memorable
and consistent with both the modern economy and relevant with macroeconomic models
used in practice.”

 Seperti kebanyakan, McDonald mendefinisikan makroekonomi sebagai satu kajian


kelakuan agregat keseluruhan ekonomi dan menganggap utama objektif
makroekonomi sebagai pemahaman penentu aktiviti ekonomi agregat.
 Oleh itu, mengajar pengantar Macroekonomi adalah mengenai menyebarkan
pelajar dengan pengetahuan asas diperlukan untuk mengenal pasti dasar untuk
meningkatkan prestasi ekonomi.
 Menurut Taylor (2000), makroekonomi diajarkan berdasarkan prinsip tahap harus
mudah difahami, diingati dan konsisten dengan kedua-dua ekonomi moden dan
relevan dengan model makroekonomi digunakan dalam amalan.

Seterusnya, penggunaan kaedah transposisi dalam penterjemahan. Kaedah transposisi


bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya terjemahan. Dalam kaedah
ini, kita perlu mengubah atau menukarkan kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa
sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Hal ini penting kerana dalam
penterjemahan, maksud karya asal perlu dipertahankan walaupun kita melakukan
pembaharuan dalam kaedah. Ada beberapa sebab kaedah transposisi perlu digunakan,
iaitu untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara yang paling bersahaja dan
untuk menjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan. Terdapat
dua jenis transposisi iaitu pertama transposisi wajib - cara terjemahannya merupakan
yang lazim dan paling bersahaja dalam bahasa sasaran. Contohnya,

i. “…urban economics and, real estate economics…”


- “…ekonomi bandar dan, ekonomi harta tanah…”
ii. “This vast teaching and working experience…”
- “Pengalaman pengajaran dan pengalaman yang luas…”

Kedua, transposisi pilihan - terdapat beberapa cara menterjemahnya dan tetap diterima

i. “…he joined shortly after earning his PhD…”


- “...beliau bergabung sejurus selepas memperoleh PhD…”
ii. “He has widely published…”
- “Beliau telah banyak diterbitkan…”

12
John F. McDonald is Emeritus Professor of Economics and Finance at the University of
Illinois at Chicago where he joined shortly after earning his PhD in economics from Yale
University in 1971. He has widely published in macroeconomics, urban economics and,
real estate economics besides serving as editor of the Journal of Real Estate Literature.
This vast teaching and working experience under macroeconomics provides him with
sufficient knowledge to criticize the content and teaching of macroeconomics.

 John F. McDonald adalah Profesor Ekonomi dan Kewangan Emeritus di University


of Illinois di Chicago di mana beliau bergabung sejurus selepas memperoleh PhD
dalam bidang ekonomi dari Yale University pada tahun 1971.
 Beliau telah banyak diterbitkan dalam makroekonomi, ekonomi bandar dan,
ekonomi harta tanah selain berkhidmat sebagai editor Jurnal Kesusasteraan Harta
Tanah.
 Pengalaman pengajaran dan pengalaman yang luas di bawah makroekonomi ini
memberikan pengetahuan yang mencukupi untuk mengkritik kandungan dan
pengajaran makroekonomi.

Jelasnya, dalam kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan bahasa


sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat yang diterjemahkan. Kebolehan ini
memerlukan kemahiran bahasa sasaran yang cukup tinggi dan keupayaan memahami
maksud dalam bahasa sumber agar maksud teks asal tidak disalah terjemahkan. Unsur
dinamik ini membolehkan penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi menyampaikan
maksud penulis teks asal.

“In a nutshell, “Rethinking Macroeconomics” serves its objective. It offers a context non-
existent in traditional introductory macroeconomics textbooks. Thus, it is an ideal
accompaniment and suitable for undergraduate students who have done at least an
introductory course in macroeconomics. The flow of discussions in this book and the
uncomplicated analytical methods used guide the readers throughout and the background
discussions on topics, the macroeconomic data accompanied by graphical illustrations
make the book ideal for teaching undergraduate macroeconomics students.”

Secara ringkas, "Memikirkan semula Makroekonomi" berfungsi dengan objektifnya. Ia


menawarkan konteks yang tidak wujud dalam buku teks makroekonomi pengantar
tradisional. Oleh itu, ia merupakan iringan yang ideal dan sesuai untuk pelajar-pelajar
sarjana muda yang telah melakukan kursus pengantar dalam makroekonomi. Aliran
perbincangan dalam buku ini dan kaedah analisis yang tidak rumit digunakan untuk
membimbing para pembaca sepanjang dan perbincangan latar belakang mengenai topik,

13
data makroekonomi yang disertai dengan ilustrasi grafik menjadikan buku ideal untuk
mengajar pelajar makroekonomi siswazah.

Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan sejadi


(bersahaja). Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai
budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya, tidak ada dua
perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu,
kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan tepat. Kita menterjemah
dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.

i. In a nutshell
- Secara ringkas

ii. introductory course


- kursus pengantar

iii. accompanied
- disertai

iv. macroeconomics students


- makroekonomi siswazah

14
Rujukan
Arbak Othman. (2000). Teori perkamusan. Seri Kembangan: Weng Seng Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. A Descriptive and Critical Account of the Development of Malay
Lexicography dlm. Essays on Malaysian Linguistics. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur. Hlm. 339-350.

Asmah Haji Omar. (1969). Perkamusan Melayu. Bahasa, Oktober 1969: 78-87.
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

Hartmann R.R.K. (1993). Leksikografi: Prinsip dan amalan (Penterjamah:

Zainab Ahmad) (Teks asal: Lexicography: Principles and Practice (1983)

Malkiel,Y. Lexicography dlm. Reed, C.E. (1971). The learning of language.Appleton:


Century Crafts. Hlm. 363-387.

Yusuf Hitam. Kamus Melayu Sejak Tahun 1511 dlm. Jurnal Dewan Bahasa No. 4 dan No.
5. Vol. 1961. hlm. 151-161. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zgusta, Ladislav. (1971). Manual of lexicography. The Hague: Mouton.

15

You might also like