You are on page 1of 2

5.

0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Wabak demam denggi kian menular saban hari di Malaysia khususnya Selangor . Kota
Warisan juga merupkan “hotspot” atau “titikpanas” bagi bagi penularan wabak denggi .

Demografi Responden

Jadual 2 : Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Jantina

Jantina Kekerapan ( orang ) Peratusan ( % )

Lelaki 7 23.33

Perempuan 23 76.66

( Sumber : Kajian Lapangan 2018 )

Jadual 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina . Hasil analisis


mendapati bahawa daripada 30 orang responden , seramai 7 orang terdiri daripada kaum lelaki
bersamaan dengan 23.33% dan seramai 23 orang responden terdiri daripada kaum perempuan
bersamaan dengan 76.66% seperti mana yang ditunjukkan dalam carta pie di bawah .

Lelaki
23%

Perempuan
77%

Rajah 1 : Demografi Responden Mengikut Jantina

( Sumber : Kajian Lapangan 2018 )


5.2 Faktor-faktor Pembiakan Nyamuk Aedes

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes di


Megah Villa Apartment , Kota Warisan .

Hasil penelitian bagi penyataan 1 iaitu membuang sampah di merata tempat mendapati
3 orang responden iaitu 10% sangat tidak setuju manakala 7 orang responden iaitu 23.33%
setuju dan 20 orang responden iaitu 66.66% sangat setuju dengan penyataan tersebut . Min
purata ialah 4.36 iaitu kebanyakan responden bersetuju dengan penyataan ini kerana
penduduk Megah Villa Apartment , Kota Warisan sedar bahawa pembiakan nyamuk aedes
berpunca dari pembuangan sampah di merata tempat yang menyebabkan air bertakung .
Sampah yang bertakung air itulah yang akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes . Hasil
pemerhatian dan tinjauan pengkaji mendapati longkang di sekitar kawasan Megah Villa
Apartment , Kota Warisan bersih . Hal ini membuktikan bahawa masyarakat peka akan
kebersihan longkang yang menjadi punca pembiakan nyamuk aedes . Perkara ini disokong
oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya melalui
laman web rasmi Udabayas iaitu pembuangan sampah-sarap di merata tempat mengakibatkan
longkang tersumbat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes . ( Azimee A. , Udabayas :
2018 )

You might also like