You are on page 1of 5

TUGASAN 2 : PENGHASILAN KAJIAN KES

TEMA : Pengurusan Masalah Disiplin Bilik Darjah


Tajuk Kajian Kes : Kathir

“Siapakah budak lelaki yang berbaju warna biru itu?” tanya Encik Deenath kepada
sekumpulan murid yang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan pada waktu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di padang sekolah. Mereka mengatakan bahawa
namanya ialah Kathir dan dia merupakan pemain yang sangat handal di sekolah ini.
Encik Deenath yang sangat suka akan permainan bola sepak telah senyum dan masuk
ke dalam bilik guru. Itulah hari kedua Encik Deenath bertugas di sekolah tersebut.

Pada keesokan harinya, Encik Deenath diberitahu untuk masuk ke kelas 5


Bahagia sebagai guru ganti. Beliau dengan penuh rasa gembira dan ghairah menerima
tugas tersebut kerana beliau tidak pernah mengajar kelas tersebut. Semasa beliau
hendak masuk bilik darjah tersebut, kawasan kelas itu sungguh riuh-rendah. Kesemua
murid bersembang dan bermain kecuali seorang budak yang duduk berseorangan di
meja akhir sekali. Beliau mendapati bahawa dialah budak lelaki yang beliau melihat di
padang.

Sebaik sahaja beliau memasuki bilik darjah tersebut semua murid bangun dan
mengucap “Selamat pagi, cikgu”. Encik Deenath tanpa melengahkan masa membalas
salam dan memperkenalkan diri beliau. Beliau juga telah meminta setiap murid untuk
memperkenalkan diri. Apabila giliran budak lelaki yang Encik Deenath melihat di padang
tiba, rakan sekelasnya telah memanggilnya dengan menggunakan nama ‘Kathir’.
Namun, Kathir tidak memberi respon kepada mereka. Dia tidak mempedulikan guru ganti
yang berdiri di hadapan kelas. Encik Deenath telah mendekatinya untuk bertanya
bahawa adakah dia berada dalam keadaan yang sihat. Dia tidak juga memberi respon
kepada beliau. Tanpa menghiraukan soalan Encik Deenath, dia telah baring atas meja
dan tidur. Beliau telah menyebut nama Kathir dengan kuat dan menyuruhnya berdiri di
luar bilik darjah. Kathir yang telah menunjukkan mimik muka yang kurang sopan telah
pun keluar dari bilik darjah. Tetapi, dia telah mengambil kesempatan untuk menggunakan
masa tersebut untuk bermain bola di padang. Perbuatan Kathir tidak disenangi oleh Encik
Deenath. Jadi, beliau terus meninggalkan bilik darjah.

1
Walaupun Encik Deenath marah, beliau telah berfikir tentang Kathir sepanjang
hari itu. Jadi, beliau telah membuat keputusan untuk memasuki kelas 5 Bahagia pada
waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pada suatu hari, tibalah masa untuk
memasuki kelas 5 Bahagia. Pada hari tersebut, komitmen yang telah diberi oleh Kathir
agak memeranjatkan Encik Deenath. Segala apa yang diarahkan oleh Encik Deenath
telah diikuti oleh Kathir. Suatu perkara yang sangat mengejutkan Encik Deenath ialah
Kathir telah menerima denda dengan hati yang terbuka daripada beliau apabila Kathir
melakukan suatu kesalahan semasa bermain bola sepak. Selepas kelas tersebut, beliau
terus pergi ke bilik guru untuk memeriksa latarbelakang dan keputusan peperiksaan yang
diperolehi oleh Kathir dengan kebenaran guru kelasnya.

Kesemua pelajar telah memperoleh keputusan yang memberangsangkan, selain


Kathir yang hanya sekadar lulus dalam semua matapelajaran. Keputusan yang telah
diperiksa oleh Encik Deenath adalah keputusan bagi peperiksaan tahun lima. Selepas
beberapa kali memerhati Kathir, Encik Deenath mendapat tahu bahawa Kathir tidak
bergaul dengan rakan sekelasnya dan mempunyai rekod disiplin yang teruk. Contohnya,
dia sering kali ponteng sekolah, tidur dalam kelas, tidak menyiapkan tugasan yang diberi
dan banyak lagi.

Encik Deenath pun telah memikirkan sesuatu untuk mengenali tentang Kathir.
Beliau telah menubuhkan suatu kelab bola sepak di sekolah sebagai cara untuk
mendekati Kathir. Nama pertama yang telah didaftarkan ialah Kathir. Hubungan antara
Encik Deenath dan Kathir telah mula dijalinkan. Kathir telah mula menunjukkan
perwatakan yang sangat positif kepada Encik Deenath. Pada masa yang sama, Encik
Deenath mendapat banyak aduan tentangnya daripada guru kelasnya, seperti tidak
menghantar buku kepada guru, mengutuk rakan-rakan dan memukul rakan sekelas dia.
Kebanyakan guru tidak tahan dengan perangainya dan mahu dia diberhentikan sekolah
serta telah banyak kali menghantar surat kepada ibu bapanya tetapi tiada apa-apa
respon maklum balas daripada mereka.

Daripada kesemua anak buah, Kathir telah menarik perhatian Encik Deenath
sebab dia berada dalam masalah kritikal yang boleh memberi kesan kepada masa
depannya. Sebagai guru yang bertanggungjawab, beliau hendak membendung masalah
yang dihadapi Kathir. Selepas bertanya kepada beberapa bekas guru kelas Kathir, beliau
telah mendapati beberapa jawapan yang memeranjatkan. Encik Deenath mendapat tahu
bahawa Kathir merupakan antara pelajar yang paling cerdik dalam kelas sehingga dia

2
darjah tiga. Pada setiap peperiksaan akhir tahun, dia biasa mendapat kedudukan dalam
lingkungan pertama hingga yang ke sepuluh. Tetapi selepas dia melangkaui darjah
empat, segala prestasinya merosot.

Perasaan kekecewaan dan kemarahan beliau dengan serta-merta bertukar


menjadi simpati terhadap Kathir. Segala perkara ini menimbulkan perasaan ingin tahu
Encik Deenath tentang apa yang sebenarnya terjadi kepadanya dan beliau mula untuk
menyiasat. Langkah pertamanya, beliau memanggil Kathir secara peribadi dan menyoal
sebab dia berkelakuan begini. Kathir menceritakan segala dukacita yang dilaluinya.
Beliau telah memahami bahawa dia tidak rasa selesa belajar di sekolah ini dan berasa
rendah diri untuk bergaul dengan rakan sekelasnya kerana dia datang dari keluarga yang
miskin manakala rakan-rakan sekelasnya datang dari keluarga yang kaya. Tambahan
pula, dia suka bola sepak sangat. Oleh itu, dia telah meminta ibu bapanya untuk
menghantarnya ke sekolah yang berhampiran dengan rumahnya supaya dapat bermain
bola sepak sebaik sahaja balik ke rumah. Permainan bola sepak telah menjadi azam
kepadanya. Dia juga telah memberitahu bahawa jika dia belajar di sekolah ini, dia tidak
dapat bermain bola sepak selepas sekolah kerana masa selama sejam akan diambil
untuk sampai di rumah. Biasanya, dia akan balik ke rumah pada pukul lapan malam.
Selepas itu, dia akan dilarang oleh ibu bapanya untuk keluar dari rumah. Ini amat
mengecewakannya. Di sekolah ini pula, dia hanya akan bermain bola sepak pada hari
Selasa.

Selain itu, dia sering kali diejek dalam kelas kerana berpakaian sekolah yang
luntur warnanya dan baju serta seluar yang koyak. Perbualan mereka berlanjut sehingga
Kathir hampir menangis kerana dia tidak dijaga dengan ibu bapanya dan sering dijadikan
mangsa apabila kedua orang tuanya bergaduh. Selepas itu Kathir memberitahu
kesilapan yang telah dilakukan oleh ibu bapanya iaitu mereka berdua telah berjanji
kepada Kathir bahawa mereka akan memohon dan menukar sekolah yang berhampiran
dengan rumah untuk dia belajar sekiranya Kathir mendapat tempat pertama dalam
peperiksaan akhir darjah tiga.

Kathir yang percaya sepenuhnya kata-kata mereka, telah bermula untuk belajar
bersungguh-sungguh tanpa mengira masa. Kehadiran dia ke sekolah adalah tahap
cemerlang dan tiada apa-apa kes disiplin yang direkodkan atas nama dia. Selain itu, dia
juga menghadiri kelas-kelas yang diadakan di sekolah dan di pusat tuisyen. Keputusan
dalam ujian bulanan yang ditunjukkan Kathir adalah amat cemerlang dan sering

3
menakluki tempat pertama di kalangan pelajar. Semua guru berasa senang hati dengan
Kathir dan dia juga dijadikan teladan kepada murid-murid yang lebih muda. Kathir juga
telah mengorbankan masa bermain bola untuk membuat ulang kaji.

Pada peperiksaan akhir tahun, segala usaha Kathir tidak sia-sia. Dia telah
mendapat gred A dalam semua matapelajaran dan menjadi pelajar cemerlang di darjah
tiga. Tetapi ibu bapa Kathir tidak mengambil serius perkara yang dijanjikan oleh mereka.
Apabila Kathir menunjukkan keputusan yang diambilnya kepada ibu-bapa dia, mereka
tidak menepati perjanjian yang telah dilakukan. Setelah Kathir habis meluahkan segala
kesusahan yang dihadapinya, dia menangis dan terus berlari keluar dari bilik guru.

Encik Deenath menyedari bahawa perangai Kathir selama ini disebabkan oleh
kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dia. Sekiranya masalah ini tidak
ditangani maka keadaan dia akan bertambah buruk dan kemungkinan besar masa depan
Kathir menjadi gelap. Tanpa membuang masa beliau berjumpa dengan guru besar
sekolah untuk membantu Kathir mengharungi masalah ini. Antara langkah yang
diungkitkan adalah dengan menghubungi dan berkonfrantasi dengan ibu bapa Kathir.
Sehubungan itu, guru besar telah memberi kebenaran kepada Encik Deenath untuk
berjumpa secara peribadi dengan ibu bapa Kathir.

Apabila beliau menghubungi ibu bapa Kathir, mereka seolah-olah tidak


mengendahkan panggilan kerana pernah menjalani proses ini banyak kali tetapi tiada
kemajuan. Tetapi selepas Encik Deenath menerangkan perkara yang perlu dibincang,
mereka berasa bahawa perbualan ini harus dijalankan. Pada keesokan harinya, ibu bapa
Kathir datang ke sekolah dan berjumpa dengan guru besar. Beliau menghubungi Encik
Deenath dan menyuruh Kathir untuk turut serta dalam perbincangan ini.

Tibanya mereka ke bilik guru, Kathir sudahpun menunggu kehadiran mereka.


Apabila Encik Deenath mengemukakan soalan bahawa mengapa mereka tidak menurut
seperti yang dijanjikan, jawapan yang diberi adalah tidak begitu relevan. Mereka
memberitahu bahawa sekolah ini merupakan sekolah yang paling bagus di sekitar
kawasan perumahan mereka dan sekolah inilah yang menyebabkan Kathir untuk
mendapat keputusan yang bagus di Peperiksaan Akhir Tahun. Walaupun sebagai ibu
bapa yang bertanggungjawab mereka ingin memberi yang terbaik kepada anak mereka,
ibu bapa Kathir tidak memahami bahawa segala usaha yang dipertaruhkannya hanya

4
kerana janji mereka. Segala saat-saat kesengsaraan dan keseksaan Kathir yang tidak
dipedilukan oleh ibu bapanya sangat mengecewakan Encik Deenath.

Perbuatan ibu bapa Kathir yang tidak menepati janji telah menyebabkan Kathir
untuk membalas dendam ibu bapanya dengan menjadikan dirinya tidak berguna.
Walaupun, Kathir mempunyai keupayaan untuk mengembangkan dirinya dari aspek
akademik, dia sengaja menunjukkan tingkah laku yang negatif di dalam kelas untuk
membalas dendam ibu bapanya. Kathir juga sudah lemah semangat untuk belajar kerana
segala yang dilakukannya tidak memberi hasil yang positif kepadanya. Keyakinan diri dia
pula telah hancur kerana sering dipersalahkan dan tidak diberi perhatian oleh ibu bapa,
guru-guru dan rakan-rakannya. Kathir dengan rasa penuh rendah diri dan sedih
meninggalkan bilik guru mengetahui bahawa apa-apa yang dicakapnya tidak akan
dipeduli. Pendirian ibu bapanya sangatlah tegas dan mereka telah membuat keputusan
sebulat suara untuk tidak menempatkan Kathir di sekolah lain.

Kathir telah berlari ke tandas dan menangis di situ. “Oh Tuhanku, mengapakah
kehendak dan keperluan saya sentiasa tidak dipedulikan?”

You might also like