You are on page 1of 1

Oreo Cheese Cake

coconutice@myresipi.com
Cheesecake dengan biskut oreo

Created on : 14-11-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

419Share

Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

 :: BASE ::
120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)

 120 g mentega cair

 :: FILLING ::
(A)
2 biji kuning telur

 120 g gula

 160 ml susu

 (B)
250 g cream cheese

 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih

 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]

 1/2 sudu besar jus limau (lemon)

 Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE

 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)
Cara-cara

1.
BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya
mengeras.

2.
Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang
diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]

3.
Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
5. :: Variasi Satu ::
kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
6. :: Variasi Dua ::
kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak
selebihnya di atas

You might also like