You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,KUALA LUMPUR

Bilangan jurnal : Ke-1


Minggu Praktikum : Pertama
Tarikh/peristiwa : 25-29 Januari 2016
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Cochrane

Pada hari pertama , saya bersama rakan-rakan praktikum melapor diri kepada Puan
Tay Mee Yong selaku Guru Besar SK Cochrane . Kami telah melaporkan diri kepada
beliau. Guru Besar turut memberi sedikit taklimat ringkas kepada kami tentang pelbagai
perkara berkaitan sekolah, termasuklah:
 Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah
 Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru
penolong kanan, guru disiplin, guru panitia dan guru-guru
 Memperkenalkan guru pembimbing,guru ict dan guru yang bertanggungjawab
terhadap jadual waktu mengajar
 Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Puan Tay juga telah mengagihkan Jadual Waktu Mengajar kepada kami. Kami telah
diberi taklimat ringkas oleh Guru Besar mengenai jadual waktu kami dan kami telah diberi
sama banyak waktu mengajar iaitu sebanyak 8 waktu dalam seminggu. Puan Tay juga
turut membawa dan membantu kami dalam orientasi dan mobiliti keseluruhan sekolah.
Kami telah diperkenalkan kepada semua guru dan staff di sekolah ini. Semasa taklimat
ringkas bersama Guru Besar juga, kami telah diperkenalkan dengan guru pembimbing
kami. Setiap guru pembimbing telah diberi setiap dua orang guru pelatih dan guru
pembimbing saya adalah Cik Nurul Hafizah . Beliau juga merupakan salah seorang guru
yang mengajar subjek Dunia Seni Visual dan saya sungguh bertuah kerana telah diberi
seorang guru yang cukup berpengalaman dalam bidang pendidikan.

Selain itu, kami turut menghadiri perhimpunan pagi dan diperkenalkan kepada guru-
guru, staf sokongan dan murid-murid di sekolah ini. Selepas perhimpunan pagi, kami
telah dibawa ke bilik guru untuk ditempatkan di meja kami. Kedudukan meja kami juga
berdekatan antara satu sama lain dan ini memudahkan kerja kami untuk bekerjasama
jika terdapat sebarang permasalahan. Terdapat beberapa masalah yang berlaku,
antaranya adalah ruang kerja yang begitu sempit dan kami terpaksa berkongsi meja
antara satu sama lain.
Saya mengambil kesempatan yang diberi ini sebelum masuk ke kelas, saya telah
berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Cik Nurul untuk berbincang dengan lebih
mendalam mengenai kelas yang bakal saya ajar. Banyak perkara yang telah
dibincangkan bersama beliau terutama dari aspek kawalan kelas. Saya juga bertuah
kerana Cik Nurul juga merupakan salah seorang guru Panatia Pendidikan Seni Visual.
Oleh itu, segala maklumat yang berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual mudah didapati
kerana beliau begitu arif dalam bidang seni.
Pada hari pertama ini juga, kami masih belum lagi mendapat jadual waktu yang
tetap kerana guru penolong kanan tiada di sekolah bagi menghadiri kursus. Kami juga
masih belum diperkenalkan dengan guru pembimbing bagi subjek Pendidikan Moral
kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Pada hari kedua pula, saya telah menerima Rancangan Pengajaran Tahunan bagi
subjek Seni daripada guru panatia seni iaitu dari Cik Nurul. Saya telah menggunakan
masa yang ada untuk membuat rancangan pengajaran semester dan rancangan
pengajaran mingguan. Saya mempunyai sedikit masalah dalam membuat perancangan
tersebut, namun masalah itu berjaya diselesaikan apabila di bantu oleh pensyarah
pembimbing saya iaitu Puan Nor Azizah. Selain itu juga, saya juga telah menggunakan
kesempatan yang ada untuk melengkapkan dan mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan sekolah bagi tujuan menyempurnakan maklumat yang berkaitan dengan sekolah
seperti takwim sekolah, dan juga cuti sekolah.
Saya juga telah masuk ke kelas pada hari kedua ini. Saya telah membuat
rancangan pengajaran harian namun ianya ringkas sahaja kerana saya ingin
menggunakan masa yang ada untuk mengenali latar belakang murid supaya ia dapat
memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan mereka apabila saya memulakan
pengajaran kelak. Masalah yang saya hadapi juga adalah masalah yang sama iaitu dari
aspek kawalan kelas. Murid-murid dilihat begitu teruja dengan guru baru kerana mereka
banyak menanyakan soalan kepada saya. Oleh itu, saya telah menggunakan teori asertif
iaitu secara peneguhan bagi mengawal kelas yang sukar dikawal ini.
Pada hari ketiga, saya bersama dengan rakan praktikum telah dipanggil ke
pejabat pentadbiran untuk berjumpa dengan penolong kanan kokurikulum iaitu Cikgu
Ismail. Beliau berjumpa saya untuk memberi saya pilihan dalam memilih persatuan,
permainan, dan kelab untuk diisi sebagai salah satu daripada aktiviti kokurikulum kami.
Saya telah diberi kelab Pencegah Jenayah, persatuan Kadet Remaja Sekolah, dan juga
permainan Sepak Takraw. Selepas saya dan rakan makan di kantin, kami telah pergi ke
pejabat pentadbiran untuk menetapkan sekali lagi tentang penglibatan kami dalam unit
kokurikulum, dan kami bernasib baik kerana apabila kami di pejabat, kami telah berjumpa
dengan guru penolong kanan sebelum diberikan jadual waktu untuk mengajar.
Semasa aktiviti kokurikulum, saya telah pergi ke kelab persatuan Takraw pada jam
1.30 hingga 2.30. Kemudian, saya telah tukar baju kerana pada jam 2.30 hingga 3.30,
saya perlu mengajar murid untuk unit beruniform pula iaitu Kadet Remaja Sekolah. Saya
telah diberi tugasan untuk membimbing satu kumpulan murid kerana pada minggu
hadapan kami perlu mengadakan aktiviti masakan rimba. Saya telah berbincang
mengenai jenis masakan dan bahan yang perlu dibawa serta menggagihkan tugasan
membawa makanan kepada murid-murid.
Pada hari keempat pula, kami telah terlibat dalam projek mencari pemain bagi
mewakili sekolah bagi pertandingan sukan yang akan diadakan dalam masa yang
terdekat. Oleh itu, kami telah berpakaian sukan dan telah membantu guru di padang
untuk mencari murid yang sesuai untuk mewakili sekolah agar sekolah mendapat nama
yang baik pada peringkat yang tinggi.
Pada hari kelima, kami terlibat dengan program bacaan surah Yassin pada waktu
pagi iaitu 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi.Selepas itu, kami telah terlibat dengan Sambutan
Maulidurasul peringkat sekolah. Penceramah jemputan juga dijemput untuk memberikan
ceramah di sekolah kami, manakala bagi murid yang bukan beragama islam pula, sesi
moral telah diadakan, namun pengisian yang dibuat adalah dengan tunjuk ajar berkaitan
dengan batik yang telah disampaikan oleh Cikgu Ismail yang popular dengan panggilan
Cikgu Batik.
Di semak oleh Guru Pembimbing Di semak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like