You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

HAL EHWAL MURID 1 / 2018

Tarikh : 27 Disember 2017

Masa : 9.00 pg – 11.30 pg

Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran(Bilangan) : 11 / 11

Nama Yang Hadir :


Nama Yang Tidak Hadir : -

Turut Hadir (Jika ada) : -

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan lagu Negaraku dan diikuti dengan bacaan doa
oleh Pn.M.Sivakami.
1.2 GPK HEM mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua
guru untuk mesyuarat HEM kali pertama.

Tindakan : Semua guru

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat untuk pengesahan.
Dicadangkan oleh : Pn.V.Kayal Vily
Disokong oleh : Pn.P.Sarala

Tindakan : Semua guru

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada
4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pengurusan Dan Pentadbiran Kelas

4.1.1 GPK HEM telah memaklumkan guru kelas seperti berikut :

a) Tahun 1 - Pn.P.Sarala
b) Tahun 2 - Pn.L.Theyvanay
c) Tahun 3 - Pn.M.Logambal
d) Tahun 4 - Pn.M.Sivakami
e) Tahun 5 - Pn.L.Reeta
f) Tahun 6 - Pn.M.Garabagavalli

4.1.2 Meminta semua guru menghias kelas mengikut pembelajaran alaf 21.

Tindakan: Semua guru

4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

4.2.1 GPK HEM memaklumkan bil murid RMT 2018 adalah seramai 33 pelajar.
4.2.2 Beliau memaklumkan bahawa murid-murid Tahun 1 tidak diberi RMT
sepanjang bulan Januari. Mereka akan menerima RMT bermula bulan
Februari.
4.2.3 Diminta guru bertugas mencatat laporan RMT dalam buku laporan yang
disediakan.
4.2.4 Guru kelas perlu memmastikan tanda kehadiran murid RMT dalam buku
kehadiran pelajar RMT dalam buku kehadiran yang disediakan.
4.2.5 Guru bertugas perlu menyelia dan menjaga kebersihan.
Tindakan: Semua guru RMT

4.3 Susu Sekolah


4.3.1 Guru yang terlibat diminta untuk mengadakan pemilihan murid yang
layak.
4.3.2 Pemberian masa susu ditetapkan pada pukul 12.00ptg. Guru yang terlibat
diminta untuk mengedarkan susu kepada murid yang layak dam
memantau murid ketika minum susu.
4.3.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa susu ke rumah.
Tindakan: Unit program susu

4.4 KWAMP
4.4.1 GPK HEM memaklumkan bahawa seramai 30 murid mendapat bantuan
KWAMP bagi tahun 2018.
4.4.2 Beliau menyatakan jika terdapat pelajar tercicir boleh membuat
permohanan pada bulan Februari.
Tindakan: Unit berkenaan

4.5 SPBT / Bilik BOSS


4.5.1 Buku teks telah diedarkan kepada semua murid tahun 2 – 6.
4.5.2 Guru SPBT Pn.Theyvanay memaklumkan bahawa terdapat kekurangan
buku bagi tahun 2 dan beliau telah meminta daripada sekolah lain.
4.5.3 Beliau juga menyatakan bahawa murid-murid dari rumah kebajikan
merosak buku teks yang diberi.
4.5.4 Guru besar telah meminta kepada guru SPBT supaya membuat
pemeriksaan buku teks sebulan sekali.
4.5.5 Guru kelas perlu memberitahu murid untuk membalut buku teks dan
menjaga buku teks dengan baik.
Tindakan: Semua guru

4.6 Bantuan Awal


4.6.1 Akan dimaklum kemudian setelah mendapat maklumat daripada PPD.
Tindakan: Unit berkenaan

4.7 Pengurusan Kantin


4.7.1 GPK HEM meminta semua guru supaya memastikan kebersihan kantin
sekolah.
4.7.2 Telah maklum kepada pengusaha kantin supaya memakai apron, topi
dan sarung tangan semasa menyediakan dan menghidangkan makanan.
4.7.3 Guru besar meminta guru kantin supaya semua maklumat yang berkaitan
dengan kantin perlu dipapar pada papan kenyataan.
4.7.4 AJK unit kantin diminta menyiapkan bahan-bahan maklumat sebelum
sesi persekolahan bermula pada 1 Januari 2018.
Tindakan: Semua guru

4.8 Pengurusan Pendaftaran Murid Tahun 1


4.8.1 GPK HEM telah memaklumkan bahawa seramai 5 murid telah mendaftar
untuk tahun 1 2018.
4.8.2 Dimaklumkan guru kelas tahun 1 perlu mendapatkan semua dokumen
murid daripada ibu bapa seperti yang diberikan oleh GPK HEM.
4.8.3 Guru besar meminta supaya menyediakan kelas 1 tahun dengan ceria.
Tindakan: Guru kelas tahun 1

4.9 Program Sekolah Penyayang


4.9.1 Guru besar meminta supaya semua guru bersedia untuk mengalukan
murid tahun 1 dan juga semua murid pada hari pertama hari
persekolahan 2018.
4.9.2 Setelah berbincang aktiviti tahunan semua guru bersetuju untuk
menyambut hari jadi murid 3 bulan sekali.
Tindakan: Semua guru

4.10 Disiplin dan Peraturan Sekolah


4.10.1 Semua guru adalah guru disiplin.
4.10.2 GPK HEM meminta guru bertugas pada hari pertama perlu memberi
penerangan tentang peraturan sekolah.
4.10.3 Pasukan pengawas sekolah telah dibentuk dan ketua pengawas dan
penolong pengawas akan dipilih dari tahun 6 setelah melakukan
pemantauan selama 3 minggu.
4.10.4 Diminta guru disiplin supaya menyediakan buku salah saku pelajar di
setiap kelas.
Tindakan: Semua guru

4.11 Bimbingan & Kaunseling


4.11.1 Guru besar meminta guru bimbingan & kaunseling supaya mewujudkan
sebuah sudut dan memaparkan maklumat yang berkaitan.
4.11.2 AJK bimbingan & kaunseling diminta untuk merancang aktiviti tahunan
bagi sesi 2018.
Tindakan: Guru bimbingan & kaunseling

4.12 Buku Jadual Kedatangan Pelajar


4.12.1 Buku jadual kedatangan pelajar diedarkan kepada guru kelas.
4.12.2 GPK HEM telah menerangkan cara penulisan nama pelajar.
4.12.3 Guru besar meminta semua guru kelas supaya menulis buku ini dengan
kemas, mengelakkan berlaku kesalahan dan tidak menggunakan ’liquid
paper’.
4.12.4 Semua maklumat di dalam perlu dilengkapkan sebelum bulan Januari
2018.
Tindakan: Guru kelas

4.13 Buku Daftar Sekolah


4.13.1 Pelajar baru perlu didaftar dalam buku daftar sekolah.
Tindakan: Semua guru

4.14 SSDM
4.14.1 Semua guru diminta untuk memasukkan nilai murni pelajar dalam sistem
online.
Tindakan: Semua guru

4.15 APDM
4.15.1 Maklumat murid dalam APDM harus dikemaskini.
Tindakan: Guru kelas
4.16 PPDa

4.16.1 Unit PPDA diminta untuk menyediakan sudut dan merancang aktiviti
tahunan bagi sesi 2018.
Tindakan: Unit PPDA

4.17 Pengurusan 3K
4.17.1 Guru kelas perlu memberitahu murid untuk menjaga kebersihan kelas
dan kawasan sekolah.
4.17.2 Jadual tugas harian telah diedarkan.
4.17.3 Latihan kebakaran akan dibuat dan tarikh akan ditetapkan.
4.17.4 Jika terdapat sebarang kerosakkan kemudahan dalam kelas, tolong
catatkan dan memberitahu kepada unit HEM.
Tindakan: Unit 3K

4.18 Rawatan Kesihatan


4.18.1 Rawatan kesihatan tahun 1 dan tahun 6 akan dibuat pada bulan March
2018.
4.18.2 Guru kelas memastikan buku kesihatan pelajar disediakan.
Tindakan: Semua guru

4.19 Perhimpunan
4.19.1 Protokol perhimpunan telah dibincang.
4.19.2 Bacaan doa baru telah ditetapkan iaitu ’Ayiram Karanggal Niti’.
4.19.3 Lagu Aku Negaraku perlu dinyanyikan.
4.19.4 Guru disiplin diminta untuk menyediakan semua lagu dalam audio dan
dipasang setiap kali perhimpunaan.
4.19.5 Guru bertugas perlu berucap mengikut tajuk yang diberikan.
4.19.6 Guru bertugas perlu mencatit maklumat dalam buku laporan harian dan
hantar pada hari Khamis.
Tindakan: Semua guru

4.20 Lawatan
4.20.1 Guru lawatan adalah Pn.Sarala.
4.20.2 Setelah dibincang Lost World Tambun adalah tempat lawatan bagi tahun
2018.
Tindakan: Unit lawatan
4.21 Program Peningkatan Sahsiah
4.21.1 Diminta unit berkenaan untuk membuat sebuah program motivasi.
4.21.2 Pegawai Polis akan dipanggil untuk membuat ceramah.
Tindakan: Unit berkenaan

5.0 Hal-Hal Lain


5.1 GPK HEM mengedarkan senarai buku 2018.
5.2 Guru besar meminta guru kelas memastikan semua murid mempunyai meja, kerusi
dan buku teks pada hari pertama persekolah 2018.
5.3 Pdpc perlu berjalan seperti biasa pada 1.1.2018.
5.4 Beliau juga memaklumkan bahawa sebuah email sekolah akan diwujudkan untuk
menghantar sebarang urusan sekolah sesama guru.

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

You might also like