You are on page 1of 6

Isu-isu dalam pbs

www.moe.gov.my 1 mac 2015

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
18 March 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik)
terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran
iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-
mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS
mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah
menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk
menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan
kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer
berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti
bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort
pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran
daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu
dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan
mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan
guru serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan
membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS


Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru,
didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.
Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan
guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang
banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan
tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru
seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan
penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan
Pembelajaran Murid tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan
kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada
ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data
dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak
sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN LAMPIRAN 2


Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid
(FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan
Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut
kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3
Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara
atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara
otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan
penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru
tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti
sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3
akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan
berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan
dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala
mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa
Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan
Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis
(assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian
kes (case study).
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap
pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang
setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan
pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum
pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang
pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui
bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan
dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah
antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh
murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4
PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid
ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-
sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan
penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5
Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara
terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan
pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami
konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi
meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1

Isu PBS: Makin kelam kabut, makin berserabut


RAZIATUL HANUM A. RAJAK
27 FEBRUARI 2014
HTTP://WWW.SINARHARIAN.COM.MY/
1 MAC 2016
SPPBS

ISU sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ternyata meletakkan Kementerian Pendidikan yang diterajui
sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kontroversi sejak beberapa minggu
kebelakangan ini.

Kerana PBS, kerajaan, kementerian, Muhyiddin; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, timbalan-
timbalan menteri dan Ketua Pengarah Pendidikan diserang siang malam, termasuk warga pendidik sendiri.

Meskipun rungutan dan keluh kesah sudah biasa kedengaran sejak sistem itu mula dilaksanakan pada 1 Januari
2011, namun keadaannya tidaklah seteruk sekarang.

PBS dilaksanakan untuk menggantikan sistem peperiksaan yang sudah sekian lama diamalkan yang disifatkan
membebankan pelajar.

Sehubungan itu, PBS yang mempraktikkan pentaksiran secara holistik dalam menilai kemampuan pelajar
dianggap jalan terbaik untuk keluar daripada masalah itu kepada suatu corak pembelajaran yang lebih baik dan
sesuai dengan keperluan semasa.

Hampir dua tahun dilaksanakan, rungutan terhadap PBS mula disuarakan terutama daripada barisan pendidik dan
ibu bapa. Mana tidaknya, apabila guru-guru mula merasa terbeban dengan kerja yang semakin banyak hingga
terpaksa berjaga sampai ke subuh semata-mata untuk memasukkan markah pelajar-pelajar dalam sistem yang
didakwa terlalu lembab.

Menerusi sistem ini, prestasi pelajar tidak lagi dinilai melalui peperiksaan mahupun ujian sebaliknya dinilai
setiap hari oleh guru dan markah perlu dimasukkan dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS).

Ibu bapa pula merungut kerana tidak tahu prestasi anak-anak mereka di sekolah. Jika A, B, C, D, E dan F
menjadi tanda aras pencapaian anak-anak mereka sebelum ini, kini tidak lagi.
Akibatnya, wujud kumpulan pendesak guru yang menentang pelaksanaan sistem pendidikan itu dan merancang
himpunan membantah PBS dan mendesak agar PBS dimansuhkan.

Sejak isu PBS menjadi topik hangat, pelbagai respons berbeza kedengaran daripada pihak kementerian. Pada
mulanya, yang banyak disebut hanya perkataan ‘bersabar’, ‘akan dikaji semula’ dan ‘tambah baik’. Namun
akhirnya keluar juga perkataan ‘tangguh’.

Tahun lalu, Idris mengakui kelemahan sistem tersebut namun meminta kementerian diberikan masa untuk
mengatasi kelemahan itu. Malah beliau juga memberi jaminan bahawa pelaksanaan PBS akan ditambah baik dari
semasa ke semasa.

Awal bulan ini, Idris mengulangi kenyataan yang hampir sama, meminta guru-guru bersabar serta memberikan
masa kepada kementerian untuk melaksanakan sistem yang telah ditambah baik itu.

“Di kementerian sekarang, kita sedang naik taraf sistem dengan penambahan server, integrasi sistem,
penggunaan platform yang baru dan migrasi data. Kita harap apabila sistem ini dibuka pada 1 April nanti, kita
tidak lagi mempunyai masalah sistem.

“Kita harap (guru-guru) bersabar kerana ada yang mula marah pada pelaksanaan sistem ini. Kita buat perubahan,
dalam membuat perubahan itu memang ada perkara yang tidak difahami oleh guru. Mungkin kerana komunikasi,
masalah sistem yang ‘jammed’,” katanya yang dilihat kerap menuding SPPBS sebagai punca permasalahan
sedangkan yang ditentang kumpulan pendesak adalah sistem PBS itu sendiri.

Tiga hari kemudian, Muhyiddin sendiri menyatakan bahawa kementerian telah memutuskan untuk mengkaji
semula PBS secara menyeluruh.

“Sebelum ini, guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem
berkomputer PBS. Sehubungan itu kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April tahun ini.

“Hari ini (11 Februari) kita buat keputusan untuk kaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh,” katanya
selepas mengadakan perbincangan dan mendengar sendiri permasalahan guru di Putrajaya.

Susulan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu pekeliling menyatakan
guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat kementerian dalam
masa terdekat.

Idris bagaimanapun kemudian membuat kenyataan yang ternyata menambahkan lagi kekeliruan apabila
mengatakan PBS tidak akan dimansuh. Sebaliknya kata beliau, kementerian akan mengumumkan bentuk dan
pelaksanaan sistem baharu PBS pada 1 April ini.

Jika diperhatikan, perjalanan pelaksanaan PBS yang pelbagai versi disampaikan kepada warga pendidik dan
pelajar malah kenyataan daripada orang atasan kementerian juga tidak konsisten hingga menyebabkan keadaan
semakin kelam kabut, mana satu yang mahu diterima antara kenyataan menteri yang juga timbalan perdana
menteri atau menteri II?

Tinjauan di laman mikro Twitter pula mendapati, rata-rata pelajar dan ibu bapa keliru mengenai status PBS itu
sendiri terutama buat pelajar yang berada di tingkatan tiga. Persoalan mengenai peperiksaan PMR masih menjadi
persoalan hingga hari ini.

Tidak kurang juga yang mengkritik tentang tindakan kementerian seolah-olah memperjudikan masa depan anak
bangsa dengan pelaksanaan PBS yang tidak dikaji secara menyeluruh sebelum dilaksanakan.

Memandangkan tarikh 1 April sudah diberi, marilah kita menghitung hari itu tiba dan nantikan apa pula kata
menteri ketika itu.

Mungkin tarikh 1 April akan dilanjutkan lagi sehingga Mei ataupun Jun seperti yang berlaku sebelum ini.

Namun, kita mengharapkan yang terbaik dalam sistem pendidikan negara kerana kelangsungan sistem itu adalah
bakal pencorak masa depan bangsa sekali gus pewaris negara.

You might also like