You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, arena pendidikan di Malaysia mengalami banyak


perubahan berikutan daripada globalisasi dan modenisasi dalam segenap aspek
kehidupan kita. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan
paradigma dalam kalangan guru telah membawa kepada tekanan emosi guru. Hal ini
kerana, guru perlu berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan
selain perlu menunaikan tugas harian mereka yang utama di dalam bilik darjah.
Mereka menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa,
masayarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti
pendidikan. Kesannya, guru mengalami tekanan emosi seperti stress dan burn out.

Istilah ‘teacher burn out’ ini pertama kali digunakan oleh ahli psikologi,
Freudenberger (Wood,2000). Menurut Schawd et al. (1986), burn out guru
didefinisikan oleh ahli akademik sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh
depersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun.
Maka burn out adalah suatu keadaan keletihan dari segi emosi, mental dan fizikal
disebabkan oleh stress melampau dan berpanjangan. Burn out amat berkait rapat
dengan helping professions atau human professions. Profesion seumpama ini perlu
berdepan dengan pelanggan atau klien sebagai tugas utama mereka. Cherniss
(1980) telah menyenaraikan kriteria profesion yang mengalami burn out iaitu :

Terlibat
interaksi
dengan
orang ramai

Mempunyai Perlu sikap


kebolehan dan
selesaikan KRITERIA personaliti
masalah PROFESION positif
YANG
MENGALAMI
BURN OUT

Perlu
Perlu tahap kemahiran
kesabaran sosial
yang tinggi tersendiri

Rajah 1 : Kriteria profesion yang mengalami burn out menurut Cherniss

1
Berdasarkan rajah di atas, profesion keguruan dilihat memenuhi kriteria
tersebut kerana berorientasikan perkhidmatan pelanggan yang tugasnya sentiasa
melibatkan pihak ketiga iaitu klien atau murid-murid. Segelintir guru yang tidak dapat
menangani tekanan kerja dan bebanan tugas ini akan cenderung kepada burn out.
Antara tanda dan simptom burn out adalah seperti berikut :

i. Rasa keletihan sepanjang masa. Imuniti rendah, perubahan masa tidur dan
pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.
ii. Rasa kegagalan dan keraguan kendiri. Kurang bermotivasi. Tidak bermaya,
kurang berpuas hati. Bersikap mengasingkan diri serta imej diri semakin
negatif dan sinis.
iii. Mengundur diri daripada tanggungjawab, menangguh tugas dan mengambil
masa panjang untuk menyempurnakannya. Menggunakan ubat atau alkohol
untuk menangani masalah. Mengasingkan diri daripada orang lain dan
mengabaikan tugas . Datang bertugas lewat tetaoi balik awal.

Konsep burn out guru amat berkait rapat dengan tekanan yang wujud secara
berterusan. Ia bermula dengan perasaan gembira apabila setiap cabaran berjaya
diharungi dengan cemerlang. Lalu pada fasa berikutnya seseorang guru merasakan
tuntutan kerja dan kemampuannya tidak lagi seimbang dan situasi ini mewujudkan
tekanan. Guru tersebut akan cuba menangani tekanan yang timbul namun pada
peringkat akhir, percubaan itu tidak efektif dan kini guru tersebut mula mengalami
burn out. Kesan negatif burn out akan mempengaruhi aspek lain dalam kehidupan
seseorang termasuklah keluarga dan kehidupan sosial. Justeru penilaian terhadap
implikasi yang menyebabkan guru mengalami burn out perlu dilakukan bagi
mengenalpasti langkah-langkah yang berkesan untuk menanganinya.

2
2.0 FAKTOR-FAKTOR DAN IMPLIKASI BURN OUT

Sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah sunyi daripada perubahan.


Perubahan demi perubahan yang terpaksa di alami, berpotensi menyumbang
kepada gangguan emosi guru yang secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan
warga sekolah.

Gambar 1 : Situasi seorang guru yang mengalami burn out

Berdasarkan gambar di atas, didapati bahawa guru tersebut kelihatan cemas,


gelisah, serabut, tertekan dan mengalami burn out. Punca yang membawa kepada
tekanan emosi beliau boleh dibahagikan kepada dua iaitu daripada kids iaitu kanak-
kanak yang merupakan murid dan kliennya. Yang kedua daripada education experts
atau pakar pendidikan yang terdiri daripada guru pentadbir (the top Gurus), guru
pakar (school Ph.Ds), penggubal atau pemikir sesuatu sistem (think tank thinkers),
penganalisis data (foundation analyst) dan yang terakhir adalah golongan advokasi
dan penyokong (advocacy advocates).

Pihak-pihak di atas telah menuntut perhatian guru untuk memberikan


komitmen dan fokus terbaik terhadap amanah yang diberikan tanpa melihat kepada
kemampuan guru dan kebolehtadbiran sesuatu sistem tersebut di dalam realiti
sebenar dunia pendidikan.

3
Perubahan yang dilakukan telah menjadikan guru dan murid-murid sebagai
bahan uji kaji dan eksperimen bagi sesuatu kurikulum atau sistem baharu yang
kadang-kala sekadar memenuhi kepentingan mereka sendiri tanpa melihat kepada
realiti pendidikan yang sebenar. Implikasi yang timbul adalah rasa tidak puas hati
dalam kalangan guru berikutan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan.

Selain itu, burn out berpunca daripada kurangnya budaya mentor di mana
guru baharu memerlukan bimbingan daripada guru berpengalaman. Mereka perlu
diberi sokongan padu oleh pihak sekolah dan guru-guru pakar yang berpengalaman
dalam melaksanakan tugas-tugas sehingga boleh berdikari. Aspek ini bertepatan
dengan pandangan French dan Caplan (1972) yang menyatakan kualiti hubungan
dengan penyelia sebagai kunci kejayaan organisasi. Hubungan yang tidak baik akan
mengakibatkan stress psikologi dan menjurus kepada tahap kepuasan kerja yang
rendah lalu menyebabkan mereka mengalami burn out.

Faktor burn out juga banyak disumbangkan oleh suasana pekerjaan itu
sendiri menurut Maslach dan Leiter (1997). Punca utamanya adalah berkaitan
persekitaran sosial seperti beban kerja dan tugas yang berlebihan, kekurangan
kawalan, ganjaran yang tidak setimpal, ketidakadilan, keruntuhan komuniti dan
konflik nilai. Guru-guru kini bukan sahaja disibukkan dengan bebanan tugas
pengkeranian dan pengurusan, bahkan guru perlu berdepan dengan masalah disiplin
dan tingkah laku pelajar yang cukup menguji kekentalan emosi guru. Murid-murid
merupakan klien yang terdiri daripada kanak-kanak. Jadi mereka mempunyai hak-
hak asasi yang perlu dipenuhi iaitu hak kehidupan, hak perlindungan, hak
perkembangan dan hak penyertaan.

Aspek ini tidaklah begitu sukar direalisasikan namun ia menjadi suatu


cabaran besar apabila murid-murid sendiri yang tidak mahu memberi kerjasama,
menunjukkan penolakan kepada bimbingan guru, tidak menghadirkan diri dengan
sukarela dan tidak mahu meningkatkan kemajuan diri. Gurulah yang perlu melayani
pelbagai karenah dan ragam yang timbul dalam kalangan murid. Begitu juga
kemungkinan berlakunya masalah interaksi dengan ibu bapa, pentadbir, kaunselor
dan rakan sekerja. Implikasinya, keseimbangan guru terjejas teruk dan
menyebabkan keletihan dari segi emosi, mental dan fizikal.

4
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja
kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua,
kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada
risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit
mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kesan-kesan fizikal lain yang dikenal pasti mungkin berlaku kepada mereka yang
burn out termasuklah keletihan kronik, insomnia, pening, mabuk, muntah-muntah,
alahan masalah menstruasi bagi guru wanita, masalah penghadaman, sakit
belakang dan tekanan darah tinggi.

Seterusnya, burn out memberi implikasi kepada peningkatan ketidakhadiran,


perletakan jawatan serta pengurangan prestasi kerja dan menunjukkan sikap
mengasingkan diri daripada orang lain. Pendidik yang mengalami burn out tidak lagi
bermotivasi untuk mengajar, menunjukkan sikap tidak dapat menahan kekecewaan
di dalam bilik darjah, menjadikan murid-murid sebagai sasaran kepada
ketidakpuashatian dan ketidakadilan, mempamerkan komitmen yang rendah
terhadap pengajaran dan perkara yang berkaitan dengan murid-murid.

Akhir sekali, burn out mendatangkan kesan dari segi perhubungan peribadi
antara mangsa burn out dengan pihak yang signifikan dengan mereka. Kemungkinan
besar mereka akan membawa masalah kepada orang lain sehingga menyebabkan
rasa kurang senang di kalangan ahli keluarga dan lain-lain. Akibat yang lebih teruk
boleh melibatkan perceraian, kehilangan kawan-kawan dan masalah dengan anak.
Bahkan kita dengan kes guru Putrajaya yang cuba terjun dari tingkat empat sekolah
bagi menamatkan riwayat hidupnya disebabkan tekanan dan ditambah pula dengan
masalah kesihatan yang dihadapinya. Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa burn
out bukan sahaja menjejaskan individu burn out tersebut malah memberi impak yang
negatif kepada pihak sekeliling seperti murid-murid, warga sekolah, ahli keluarga dan
masyarakat.

5
3.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI BURN OUT

Setelah meneliti pelbagai faktor dan implikasi yang disebabkan oleh burn out,
terdapat beberapa cadangan langkah yang boleh diambil bagi menangani gangguan
emosi guru yang burn out ini. Antaranya mengadakan intervensi di sekolah melalui
program-program perkembangan dan pengurusan. Menurut Cherniss, latihan dalam
perkhidmatan bagi bakal guru dalam bidang masing-masing. Hal ini berikutan
daripada tekanan yang timbul akibat kurang bersedia dan tidak menjangkakan
tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Seterusnya mengadakan latihan dan kursus kepimpinan bagi pemimpin sedia


ada dan bakal pemimpin atau pentadbir supaya mereka dapat mengubah sikap
kepimpinan yang menyumbang kepada burn out dan mendatangkan kesan negatif
kepada organisasi sekolah mahupun organisasi yang lebih tinggi dalam sistem
pendidikan. Pengurusan organisasi juga boleh menyediakan perkhidmatan
kaunseling bagi guru dan kakitangan yang memerlukan agar dapat mempelajari
kemahiran pengurusan diri dan masa yang lebih berkesan. Sepertimana yang telah
dipelajari melalui Kursus Bimbingan dan Kaunseling sebelum ini, terdapat beberapa
jenis perkhidmatan kaunseling seperti kaunseling individu, kelompok dan kerjaya.

Melalui perkhidmatan kaunseling seperti ini, guru berpeluang meluahkan


perasaan dan ketidakpuasan terhadap tugasnya sambil berusaha mencari alternatif
yang terbaik bagi mengatasi masalah burn out yang dialami. Mereka juga
mempunyai ruang untuk bercerita dan berkongsi masalah yang dihadapi dengan
lebih selesa tanpa perlu khuatir masalah atau hal-hal peribadi yang sensitif itu
dibocorkan. Hal ini kerana setiap kaunselor sudah tentu arif dan cakna dengan etika
kaunseling yang perlu dipatuhinya.

Program pementoran untuk guru novis, pengurusan stress serta aktiviti


peningkatan profesional juga wajar diadakan untuk membantu guru mencegah burn
out. Bengkel pengurusan stress bererti latihan untuk membolehkan guru mengawal
pemikiran diri,jadual, persekitaran, emosi dan cara menangani masalah. Ia
bermatlamat membentuk kehidupan yang seimbang,mempunyai masa untuk bekerja,
berhubungan, rekreasi serta ketahanan untuk berdepan cabaran dan tekanan.

6
Selain itu, burn out boleh diatasi dengan mengenal pasti dan menangani
tanda-tanda awal stres dan burn out. Hal ini demikian kerana mencegah itu lebih baik
daripada mengubati. Malah, ramai penyelidik berpendapat bahawa mencegah burn
out adalah lebih mudah jika dikesan lebih awal. Jika langkah-langkah diambil segera,
individu tersebut akan balik kepada imbangan semula. Contohnya dalam situasi
seorang guru, sekiranya berdepan dengan situasi yang sukar dikawal atau tidak
dapat mencapai piawaian yang diharapkan oleh pihak tertentu sehingga boleh
mengganggu emosi dan menjejaskan kualiti kerja, beliau perlulah mencari jalan
penyelesaian segera dengan merujuk mereka yang lebih arif dan boleh membantu.
Jika tidak, masalah tersebut akan berlanjutan tanpa penyelesaian dan membelenggu
diri beliau sehingga menjejaskan emosinya lalu burn out.

Menurut perspektif Islam, tekanan stres dan burn out merupakan salah satu
cabaran dan ujian yang diberikan untuk meninggikan darjat seseorang individu dan
menilai bagaimana cara individu tersebut berdepan dengan masalah yang diberikan.
Allah telah berfirman dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 35 :

    


 
   
 
Maksud : Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan;dan kepada Kamilah kamu
dikembalikan. (Al-Anbiya’ : 35)

Oleh itu, seseorang yang mengalami tekanan seharusnya bersabar dan


berusaha menenangkan diri supaya boleh berfikiran dengan lebih waras dan wajar.
Sesuatu ujian yang diberikan sebenarnya bersesesuaian dengan kemampuan dan
kredibiliti kita. Namun, jika kita tidak mampu lagi memikul tanggungjawab tersebut
seperti yang diharapkan, mintalah pertolongan dengan berdoa kepada tuhan supaya
diringankan beban tersebut. Sebagai insan yang beragama, kita digalakkan
beribadah dan setiasa berusaha mendekatkan diri dengan tuhan. Dengan cara itu
kita akan menemui ketenangan jiwa dan dihilangkan dari belenggu yang
menyelubungi diri. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 :

7
    
    
   
   
   
   
   
    
     
 
Maksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan
kami ! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana
yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.
(Al-Baqarah : 286)

Cadangan berikutnya adalah pihak atasan perlu bertimbang rasa dalam


menurunkan sesuatu tugas kepada guru-guru untuk dilaksanakan. Hal ini demikian
kerana, tahap tekanan dan burn out yang dialami oleh guru-guru turut berpunca
daripada pihak kementerian, jabatan, pakar pendidikan dan pentadbir sekolah yang
bertanggungjawab memberi arahan pelaksanaan sesuatu perkara. Oleh itu, pihak
berkenaan perlu mengambil serius terhadap perkara ini. Sebarang pelaksanaan
program pendidikan yang diperturunkan daripada kementerian kepada jabatan dan
seterusnya pihak sekolah bagi memenuhi tuntutan pendidikan masa kini, perlulah
mengambil kira beban tugas guru yang amat berat dan juga pelbagai.

Akhir sekali, para guru perlu mempunyai kesedaran diri untuk mengenal pasti
emosi diri dan impaknya jika menggunakan rasa hati dalam membuat keputusan.
Guru yang mempunyai kawalan emosi yang baik tentu dapat menyesuaikanya pada
situasi tertentu lalu tidak cepat panik dan melatah. Seterusnya berupaya mengelak
diri daripada terjerumus kepada tekanan emosi, fizikal dan mental atau burn out.

8
4.0 PENUTUP

Pada masa ini, guru kian terdedah dengan keadaan di mana beban tugas
guru semakin meningkat dengan karenah murid yang pelbagai. Bagi guru cekap dan
berpengalaman, mereka dapat menghadapi situasi yang mencabar ini. Akan tetapi
bagi mereka yang baru masuk ke alam perguruan serta mempunyai tahap kesediaan
dan toleransi yang rendah, akan menghadapi stres. Kegagalan menangani stres
itulah yang akan membawa kepada burn out.

Burn out boleh mendatangkan implikasi negatif terhadap organisasi


pendidikan seperti ketidakhadiran, ketidakpuasan dan perletakan jawatan dalam
kalangan guru. Pendidik yang mengalami burn out akan kehilangan motivasi diri dan
mengurangkan produktiviti dan keberkesanan pengajaran terhadap klien iaitu murid-
murid. Terdapat beberapa langkah yang telah dicadangkan untuk menangani
tekanan emosi ini seperti melalui intervensi, mengikuti bengkel dan kursus yang
berkaitan dengan bidang atau pengurusan diri dan sebagainya.

Sebagai kesimpulan, guru-guru harus sentiasa bersikap positif dalam


menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan
mereka terus berada dalam keadaan stres lalu menjejaskan karier mereka sebagai
seorang guru. Di samping itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan
membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini. Pengurusan
tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam
organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatangkan kesan
yang buruk bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Oleh
itu, bakal guru perlulah melengkapkan diri sebaiknya sebelum melangkah ke alam
perguruan dan bersedia secara jasmani, emosi dan rohani untuk berdepan segala
kemungkinan yang mendatang dengan tenang.

You might also like