You are on page 1of 22

KURSUS:

GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

TUGASAN:

RUMUSAN ARTIKEL JURNAL

DISEDIAKAN UNTUK:

Prof. Madya Dr. TAJUL ARIFIN BIN MUHAMAD

DISEDIAKAN OLEH:

JOHNICHOL ANAK NYALONG

NOMBOR MATRIK:

GP 05345

FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan”


GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Tajuk Jurnal 1:

Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap
Aktiviti Pendidikan Luar-Satu Kajian Kes

Penulis:

Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad


Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia

Objektif Kajian
1. Meninjau faktor motivasi intrinsik mempengaruhi penglibatan pelajar-pelajar Tahun 1
Program Sains Sukan terhadap aktiviti kegiatan luar.

2. Meninjau faktor motivasi ekstrinsik mempengaruhi penglibatan pelajar-pelajar Tahun 1


Program Sains Sukan terhadap aktiviti kegiatan luar.

3. Mengenalpasti faktor diantara motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi


penglibatan Pelajar-Pelajar Tahun 1 Program Sains Sukan terhadap aktiviti kegiatan luar.

Tujuan Kajian
1. Kepada Pelajar : Kajian ini bertujuan untuk mempengaruhi faktor-faktor penyertaan
pelajar-pelajar Tahun 1 SPS yang bakal menjadi guru dalam menyertai aktiviti
pendidikan luar.

2. Pihak Pengurusan Fakulti Pendidikan : Diharapkan hasil kajian ini dapat menjadi
panduan kepada pihak pengurusan Fakulti Pendidikan dan pensyarah-pensyarah untuk
mencari dan membentuk guru-guru yang berminat dan layak untuk menjadi jurulatih-
jurulatih aktiviti pendidikan luar. Hasil kajian juga diharap dapat digunakan oleh pihak
pengurusan Fakulti Pendidikan untuk memantapkan lagi ciri-ciri yang perlu ada pada
semua jurulatih-jurulatih aktiviti pendidikan luar. Di samping itu pihak-pihak yang
terlibat juga seharusnya tahu untuk merancang program yang lebih sesuai dan menarik
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

agar dapat menambahkan lagi penyertaan guru-guru untuk menjadi jurulatih-jurulatih


aktiviti pendidikan luar.

3. Pihak Kementerian Pendidikan : Hasil kajian ini juga dapat membantu kementerian untuk
menghasilkan guru yang berkualiti tinggi dalam mengendalikan pendidikan luar apabila
berada di sekolah.

Instrumen Kajian
Menurut Majid Konting (1998), alat ukur boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang
sesuatu konsep yang dikehendaki dalam sesuatu penyelidikan. Selain itu, sesuatu alat ukur yang
digunakan mestilah dapat mengukur apa yang sepatutnya. Instrumen kajian yang akan digunakan
oleh penyelidik dalam kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi faktor-faktor motivasi yang
berdasarkan kajian oleh Gill, et. Al. (1983) dan kajian oleh Longhurst dan Spink (1987). Soal
selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan biodata responden.


2. Bahagian B mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan motivasi Intrinsik.
3. Bahagian C mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan motivasi Ekstrinsik

Setiap item soalan akan diubahsuai dengan diberikan skor mengikut Skala Pemeringkatan Likert
dalam Majid Konting (1998). Terdapat kebaikan menggunakan model ini di dalam pengukuran
tinjauan. Kebaikannya ialah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi disebabkan ia
mengandungi skala jawapan yang meluas seperti yang terdapat di dalam soal selidik yang
dijawab oleh responden. Dengan menggunakan skala likert, penyelidik dapat mengukur tahap
penglibatan jurulatih-jurulatih di dalam aktiviti pendidikan luar.

Dapatan Kajian
Motivasi ekstrinsik Terdapat Lima faktor yang dikaji dalam motivasi ekstrinsik iaitu faktor
popular, faktor mobiliti sosial, faktor dorongan, faktor ganjaran dan faktor pujian. Hasil kajian
mendapati responden mempunyai pandangan bahawa hubungan motivasi ekstrinsik memberi
pengaruh yang sederhana kepada mereka terhadap aktiviti pendidikan luar. Tahap hubungan
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

motivasi ekstrinsik kurang mempengaruhi responden terhadap aktiviti pendidikan luar


berbanding dengan motivasi intrinsik. Hal ini kerana, sekiranya faktor–faktor motivasi ekstrinsik
menguasai diri ia akan menjadi barah bagi yang menjadikannya sebagai pegangan terhadap
setiap individu. Teori ini telah dipersetujui oleh oleh Lepper dan rakan-rakannya dalam
kajiannya yang bertajuk “Turning Play Into work” pada pertengahan tahun 1975. Menurut
mereka, motivasi ekstrinsik boleh menjejaskan motivasi intrinsik. Ganjaran-ganjaran yang
diperolehi oleh seseorang individu tidak boleh dijadikan sebagai perkara pokok di dalam
penyertaan aktiviti pendidikan luar.
Setiap ganjaran mahupun faktor luaran lain yang diperolehi hendaklah dianggap sebagai
bonus tambahan yang mempercepatkan lagi peningkatan kemahiran atau prestasi. Hal ini amat
dibimbangi jikalau perkara ini dijadikan matlamat utama, ianya akan merosakkan prestasi atau
kemahiran individu itu sendiri dalam penglibatannya terhadap aktiviti pendidikan luar. Perkara
ini bertepatan dengan hasil kajian apabila mendapati responden memberi tindak balas yang
kurang menggalakkan bagi pengaruh hubungan faktor luaran terhadap aktiviti pendidikan luar.

Komen
Jurnal ini telah mengkaji tentang faktor di antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik ke atas
penglibatan para pelajar terhadap aktiviti pendidikan luar. Subjek bagi kajian ini merupakan
Pelajar Tahun 1 Program Sains Sukan. Untuk tujuan kajian seramai 24 orang pelajar 1 SPS, UTM
yang juga merupakan bakal guru merangkap sebagai jurulatih telah dipilih untuk dijadikan
responden. Kajian ini berbentuk deskriptif secara tinjauan yang menggunakan borang soal selidik
untuk mengumpulkan maklumat. Data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dan
inferensi. Rekabentuk kajian deskriptif adalah melihat gambaran beberapa situasi antaranya untuk
melihat dapatan secara kekerapan dan peratusan dan taburan min bagi pembolehubah bebas dan
melihat dapatan secara terperinci. Kajian kolerasi pula adalah Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik
dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Pelajar-Pelajar Tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains Sukan) (SPS) Dalam Menjalankan Aktiviti Kegiatan Luar Di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Skudai, Johor - satu kajian kes. Mereka dikehendaki menjawab soal selidik jenis
Likert. Hasil kajian mendapati responden mempunyai pandangan bahawa hubungan motivasi
ekstrinsik memberi pengaruh yang sederhana kepada mereka terhadap aktiviti pendidikan luar.
Setiap ganjaran yang diberikan dianggap sebagai pemangkin kepada peningkatan prestasi
seseorang individu. Perkara ini sejajar dengan hasil kajian yang telah dilakukan apabila
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

responden memberikan tindak balas yang kurang memberangsangkan bagi pengaruh hubungan
faktor luaran terhadap aktiviti pendidikan luar. Berdasarkan data yang telah diperolehi,
responden menunjukkan bahawa aktiviti pendidikan luar mempunyai banyak kelebihan yang
boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian mereka.

Walau bagaimanapun, jurnal ini tidak memaparkan berapa jumlah sampel lelaki dan wanita. Di
samping itu, pengkaji juga tidak menyatakan dengan jelas jenis soal selidik yang telah digunakan
sebagai instrumen dalam kajian ini. Data-data hasil kajian sekiranya lebih banyak dipamerkan
dalam bentuk grafik jadual akan lebih menyebabkan kajian ini menarik.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Tajuk Jurnal 2:

Intrinsik dan ekstrinsik: Tinjauan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama.
International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17 – 18
November 2014

Penulis:

Mohd Zaki Bin Ahmad, Mohd Zaki Bin Abd. Rahman (Dr.)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

Objektif Kajian:
Antara objektif khas bagi kajian ini ialah:
1. Untuk mengetahui sejauh mana faktor-faktor yang menjana motivasi sedia ada pada
pelajar mendorong pembelajaran Bahasa Arab.

2. Untuk meninjau sejauh mana terdapat perkaitan antara jenis-jenis pendekatan motivasi
dengan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar.

3. Untuk mengenal pasti motivasi jenis apa yang berkaitan dengan pembelajaran Bahasa
Arab dalam kalangan pelajar.

Tujuan Kajian:
Kajian ini bertujuan meninjau perkaitan dan penggunaan motivasi mana yang berkesan dalam
pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar pada peringkat sekolah menengah yang
mempunyai mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi (BAT) serta sejauh mana mereka memahami dan
menyedari bahawa mereka sedang didorong oleh motivasi dalam pembelajaran Bahasa Arab
berdasarkan pengetahuan dan persekitaran serta implimentasinya dalam kehidupan seharian
sebagai seorang pelajar. Ini kerana, darjat atau aras sifat motivasi ini akan mempengaruhi budaya
hidup pelajar tersebut dan cita-citanya pada masa hadapan.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Instrument Kajian:
Dalam kajian ini penulis mengguna pakai instrumen kajian seperti berikut:
Soal Selidik Pelajar
Subjek kajian berpandukan borang soal selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

i- Bahagian A : Demografi Responden


Bahagian A mengandungi soalan nombor 1 hingga nombor 10 yang merangkumi item-item
demografi pelajar dari aspek jantina, umur, keturunan, tingkatan, aliran akademik pelajar, lokasi
kediaman, negeri tempat tinggal, peringkat pendidikan ibu bapa atau waris, dan pendorong
terhadap pencapaian mata pelajaran BAK dalam peperiksaan PMR.

ii- Bahagian B : Latarbelakang dan Persepsi Responden Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab.
Bahagian B mengandungi saolan 11 hingga 13 yang menyentuh item-item pendorong utama
responden memilih sekolah aliran agama, minat dalam mata pelajaran Bahasa Arab, dan
semangat belajar bahasa Arab dalam bilik darjah.

iii- Bahagian C : Faktor Pengaruh Motivasi dan Pendorong Terhadap Pencapaian BAK
Responden
Bahagian ini mengemukakan soalan 14 hingga 15 yang merangkumi item-item mengenai faktor-
faktor yang mendorong motivasi responden dalam pembelajaran Bahasa Arab, dan pendorong
kepada prestasi yang baik dalam mata pelajaran BAK di peringkat PMR.

iv- Bahagian D : Pendekatan Motivasi.


Bahagian D pula meliputi item-item yang berkaitan dengan pendekatan motivasi; motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Bagi setiap pendekatan motivasi pula mengandungi 8 item.
Jumlah keseluruhan penyataan bahagian ini adalah sebanyak 16 item. Kesemua item
menggunakan Skala Likert Lima Peringkat bagi mengukur pengaruh pendekatan motivasi yang
dikaji.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian


Penulisan item pada bahagian A dalam borang soal selidik adalah dibentuk sendiri oleh penulis,
sementara Bahagian B dan Bahagian C berpandukan kepada kajian lampau. Untuk menentukan
alat kajian ini lebih signifikan, penulis telah mengadaptasi item-item tersebut daripada beberapa
buah disertasi lampau. Namun begitu, pembentukan semua item tersebut terlebih dahulu
mendapat nasihat dan panduan daripada penyelia sebelum diedarkan kepada responen. Berikut
adalah disertasi-disertasi yang diadaptasi oleh penulis bagi pembinaan item soal selidik dan temu
bual:
1. Sharifah Fatimah Binti Wan Jamal (2002), Pengaruh Guru Terhadap Pembelajaran
Bahasa Arab: Satu Kajian Kes. Disertasi Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik,
Universiti Malaya.
2. Gazilah Binti Mohd. Isa (2005), Gaya Pembelajaran Pelajar dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi. Disertasi Sarjana Fakulti Bahasa dan Linguistik,
Universiti Malaya.
3. Abdullah Bin Othman (2002), Persepsi Pelajar Terhadap Faktor yang Mempengaruhi
Mata Pelajaran Sains. Disertasi Sarjana Universiti Utara Malaysia.

Dapatan Kajian:
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa motivasi intrinsik memainkan peranan penting dalam
meningkatkan daya usaha dan desakan dalaman dalam proses pembelajaran Bahasa Arab.
Seseorang individu pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik yang tinggi akan berusaha sedaya
upaya untuk mencapai kejayaan yang terbaik dalam pembelajarannya. Jadi, para pelajar Bahasa
Arab perlulah meningkatkan motivasi intrinsiknya dengan berazam dan mengubah sikap ke arah
kecemerlangan. Ini kerana seorang pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik tinggi akan
berjuang ke arah kejayaan, sanggup menerima cabaran untuk berhadapan dengan kehidupan
yang berbagai-bagai ragam dan akan sentiasa mencapai impian.

Keputusan kajian juga mendapati faktor ekstrinsik atau faktor desakan luaran iaitu
sokongan daripada ibu bapa dan guru terbukti merangsang motivasi pelajar terhadap
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

pembelajaran Bahasa Arab. Ini bermakna ibu bapa dan guru yang prihatin kepada anak didiknya
akan mendorong sikap positif pelajar terhadap pembelajaran. Ini kerana sikap ibu bapa dan guru
yang penyayang, suka berjenaka, mesra pelajar dan suka membantu, bersifat keibuan atau
kebapaan didapati sangat mempengaruhi dan mendominasi motivasi pelajar terhadap memupuk
minat mereka dalam pembelajaran Bahasa Arab.

Selain itu, peranan ibu bapa di rumah turut memberi implikasi terhadap motivasi pelajar
dalam pembelajaran Bahasa Arab. Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang mengambil. berat
tentang pendidikan anak-anak di luar sekolah seperti pendidikan pengajian al-Quran didapati
menunjukkan motivasi yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Arab. Dengan itu kesedaran ibu
bapa terhadap segala peranan dan tanggungjawab mereka akan mendatangkan kesan positif
terhadap perkembangan pendidikan bahasa Arab dan pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab
pelajar khasnya.

Sementara itu, ibu bapa juga dapat membantu memupuk afektif positif mengatasi afektif
negatif terutama yang berkaitan dengan pembelajaran Bahasa Arab anak-anak mereka di rumah.
Hal ini boleh dilakukan dengan menanamkan sikap daya tahan untuk menangani kesukaran
belajar serta menanamkan tanggapan bahawa pelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan, hari
demi hari ke dalam fikiran dan minda anak-anak mereka. Yang jelas dapatan kajian ini
mengukuhkan lagi dapatan bahawa ibu bapa sepatutnya menggalakkan anak-anak mereka
mempelajari dan menguasai bahasa Arab terlebih dahulu, sebelum menekankan aspek
pencapaian dalam pembelajaran Bahasa Arab, agar pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan
anak-anak mereka tidak tertumpu kepada pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan
semata-mata.

Komen:
Kajian ini berfokuskan kepada tinjauan motivasi dalam kalangan pelajar sekolah agama. Kajian
ini menggunakan tinjauan deskripif yang bertujuan untuk meninjau rangsangan motivasi dalam
kalangan pelajar. Pemboleh ubah bebas utama dalam kajian ini ialah pendekatan motivasi yang
merangkumi motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik,. Manakala pemboleh ubah bebas
pengaruh non-motivasi pelajar pula ialah domain domografi dari segi jantina responden.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Pemboleh ubah ini dikategorikan sebagai independent. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian
ini ialah pembelajaran bahasa Arab di kalangan pelajar. Pemboleh ubah ini pula berfungsi
sebagai dependent. Tumpuan utama kajian ini ialah untuk meninjau sejauh mana motivasi
instrinsik dan motivasi ekstrinsik yang diamalkan di bilik darjah merangsang pelajar dalam
pembelajaran bahasa Arab. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi instrinsik memainkan
peranan dominan dalam meningkatkan daya usaha dan desakan dalaman dalam proses
pembelajaran bahasa Arab. Seseorang pelajar yang mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi
akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan yang terbaik dalam
pembelajarannya. Di samping itu, keputusan kajian juga mendapati faktor ekstrinsik atau faktor
desakan luaran iaitu sokongan daripada ibu bapa dan guru terbukti merangsang motivasi pelajar
terhadap pembelajaran bahasa Arab.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Tajuk Jurnal 3:

Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and
Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) 408 – 415

Penulis:

Zaliza Mohamad Nasira dan Zaitul Azma Zainon Hamzah

Objektif Kajian:

Berdasarkan perbincangan di atas, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap pelajar
asing terhadap pembelajaran bahasa melayu dan sejauh manakah tahap motivasi mereka terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Tujuan Kajian:

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi pelajar asing yang
mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Instrumen Kajian:

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif. Dalam kajian ini, penyelidik ingin
mendapatkan maklumat tentang sikap dan motivasi pelajar asing terhadap pembelajaran bahasa
Melayu di UTM Skudai, Johor. Kajian ini melibatkan pengedaran borang soal selidik kerana
kaedah ini adalah lebih mudah ditadbir oleh pihak berkenaan dan data yang diperolehi senang
untuk dianalisis. Justeru, pengedaran borang soal selidik dalam kajian ini adalah bertujuan untuk
mendapatkan maklum balas terhadap persoalan-persoalan kajian serta maklumat yang
diperlukan.daripada responden iaitu maklumat yang berkaitan dengan sikap dan motivasi pelajar
asing terhadap pembelajaran bahasa. Soal selidik yang digunakan mengandungi tiga bahagian.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Bahagian A adalah berkaitan dengan demografi pelajar, bahagian B berkaitan dengan sikap
pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu yang mengandungi 22 soalan dan bahagian C soal
selidik adalah berkaitan motivasi pelajar terhadap subjek bahasa Melayu yang mengandungi 11
soalan. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar asing yang mengikuti subjek Bahasa Malaysia
Komunikasi di Akademi Bahasa UTM Skudai, Johor. Responden seramai 16 orang merupakan
pelajar yang datang dari pelbagai Negara seperti Iran. Arab Saudi, Yemen,dan China yang
mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Manakala skop kajian ini hanya tertumpu
kepada aspek mengenalpasti sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu di
UTM.

Dapatan Kajian:

1. Dalam kajian ini sikap pelajar asing terhadap pembelajaran bahasa Melayu boleh
dibahagi kepada dua bahagian iaitu sikap positif dan negatif. Berdasarkan jadual di atas
jelas menunjukkan sikap positif yang paling tinggi adalah dengan mempelajari bahasa
Melayu ianya dapat membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan mereka yang mana
sebanyak 78% bersetuju dengan pernyataan tersebut.
2. Selain itu dengan mempelajari bahasa Melayu juga pelajar beranggapan bahawa mereka
dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan dengan lebih selesa serta dapat
mengumpul ramai rakan dalam kalangan masyarakat tempatan. Data menunjukkan 57%
pelajar sangat bersetuju dengan kedua-dua situasi ini.
3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor yang mendorong serta memotivasikan
pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu adalah dengan menguasai bahasa Melayu ianya
dapat membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat tempatan. Sebanyak
57% pelajar bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian
oleh Jerie dan Zamri (2010) yang mendapati murid-murid Iban berminat untuk belajar
bahasa Melayu kerana mereka ingin berkawan dan berkomunikasi dengan murid-murid
Melayu di sekolah.
4. Walau bagaimanapun, pengaruh persekitaran turut memberi kesan kepada motivasi
pelajar ketika mempelajari bahasa Melayu. Sebagaimana yang diketahui masyarakat
tempatan kurang selesa bertutur menggunakan bahasa Melayu apabila bertemu dengan
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

masyarakat asing. Secara automatik mereka akan bertutur dengan menggunakan bahasa
Inggeris apabila bertemu dengan orang asing.
5. Faktor yang memotivasikan pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu adalah peranan
yang dimainkan oleh tenaga pengajar. Data menunjukkan 43% pelajar berminat untuk
belajar bahasa Melayu disebabkan oleh guru yang mengajar. Teknik penyampaian dan
strategi yang digunakan oleh tenaga pengajar mampu menarik minat mereka untuk terus
mengikuti pembelajaran.

Komen/ Ulasan:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajar asing terhadap pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua di UTM Skudai, Johor. Borang soal selidik digunakan sebagai
bahan kajian bagi mendapatkan data dan dianalisis berasaskan deskriptif asas dengan melihat
kepada peratusan sahaja. Responden seramai 16 orang merupakan pelajar yang datang dari
pelbagai Negara seperti Iran. Arab Saudi, Yemen,dan China yang mempunyai latar belakang
pendidikan yang berbeza. Soal selidik telah diedarkan bagi menjalankan kajian ini. Dalam kajian
ini, pengkaji mendapati bahawa sikap pelajar asing terhadap pembelajaran bahasa Melayu
dikategorikan kepada sikap positif dan sikap negatif. Hasil daripada dapatan kajian juga
mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu adalah
dengan menguasai bahasa Melayu ianya dapat membantu pelajar berkomunikasi dengan
masyarakat tempatan. Namun demikian, pengaruh luaran seperti pengaruh persekitaran juga turut
mempengaruhi motivasi pelajar ketika mempelajari bahasa Melayu seperti masyarakat tempatan
kurang selesa bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu ketika bertemu dengan masyarakat
luar.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Tajuk Jurnal 4:

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab Dalam


Kalangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) Naim Lilbanat, Kota Baharu Kelantan. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran
Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.
Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa &
Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza
• ISBN 978-967-5478-78-9

Penulis:

Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman, Wan Ismail Wan Abdullah, dan Hafisah Zakaria,

abaziz@unisza.edu.my Universiti Sultan Zainal Abidin

Objektif Kajian:

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk motivasi pembelajaran
bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Bagi mencapai tujuan ini,
tiga objektif kajian telah ditetapkan iaitu:

1. Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim


Lilbanat dalam mata pelajaran Bahasa Arab
2. Mengenalpasti tahap minat pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat
terhadap mata pelajaran Bahasa Arab.
3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar peringkat menengah
rendah di SMKA Naim Lilbanatterhadap mata pelajaran Bahasa Arab.
4. Menguji pengaruh tahap motivasi terhadap pencapaian Bahasa Arab pelajar peringkat
menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Tujuan Kajian:

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk motivasi terhadap
pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Bagi mencapai
tujuan tersebut, empat objektif telah digariskan iaitumengenalpasti tahap pencapaian pelajar bagi
mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti tahap minat pelajarterhadap mata pelajaran Bahasa
Arab, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasipelajar terhadap mata pelajaran
Bahasa Arab dan menguji pengaruh tahap motivasi terhadap pencapaian Bahasa Arab pelajar.

Instrumen Kajian:

Kajian ini berbentuk kuantitatif. Alat kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ialah
soalselidik. Kajian ini melibatkan 93 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah. Kesemua
responden adalah perempuan.Soal selidik mengandungi tiga bahagian yang terdiri daripada:
maklumat diri responden (4 item), tahap motivasi terhadap mata pelajaran Bahasa Arab (14 item)
dan faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab (8 item).
Ujian “Realibility Analysis-Scale Alpha” telah dijalankan menerusi perisian SPSS versi 7.5 dan
hasilnya didapati kebolehpercayaan semua item dalam soal selidik tersebut ialah 0.86. Oleh itu
adalah diyakini bahawa semua item dalam soal selidik tersebut mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi. Analisis diskriptif dilakukan bagi mengenal pasti tahap minat dan faktor-faktor yang
mempengaruhi motivasi para pelajar. Analisis korelasi Pearson dilakukan bagi menilai pengaruh
tahap motivasi terhadap pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab pelajar peringkat menengah
rendah di SMKA Naim Lilbanat.

Dapatan Kajian:

Kesemua responden(N=93 orang) adalah perempuan yang terdiri daripada 25 orang pelajar dari
tingkatan 1, 40 orang dari tingkatan 2 dan 28 orang dari tingkatan 3 di SMKA Naim
Lilbanat,Kota Bharu, Kelantan. Dari aspek pencapaian dalam peperiksaan Bahasa Arab, kajian
mendapati 67 (72%) orang pelajar memperoleh gred A, 21 orang memperoleh gred B (22.6%), 5
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

orang (5.4%) memperoleh gred C manakala tiada seorang pun responden memperoleh gred D
dalam Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah (PKBS) 2 bagi matapelajaran Bahasa Arab
sebagaimana yang diperlihatkan seperti di bawah:

1. Kajian menunjukkan bahawa rata-rata pelajar berminat terhadap mata pelajaran Bahasa
Arab. Seramai 29 orang (31.2%) menyatakan mereka sangat berminat dan 49 orang
(52.7%) menyatakan berminat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Manakala sejumlah
9 orang (9.7%) sahaja memilih tidak pasti, 5 orang (5.4%) kurang berminat.
2. Kajian mendapati, lima faktor yang paling mempengaruhi motivasi pelajar secara turutan
ialah:mata pelajaran Bahasa Arab adalah penting (79 orang/ 84.9%), persekitaran bahasa
Arab yang kondusif (68 orang/ 73.1%), mata pelajaran ini mudah dipelajari dan difahami
(65 orang/ 69.9%), kesedaran diri (64 orang/ 68.8%) dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah (63 orang/ 67.7%). Manakala tiga faktor yang kurang
mendapat persetujuan secara turutan ialah dorongan keluarga (54 orang/ 58%), pengaruh
rakan sebaya (56 orang/ 60.2%) dan usaha yang saya sendiri lakukan (57 orang/ 61.3%).
3. Ujian korelasi Pearson memperlihatkan wujud hubungan positif yang signifikan pada
tahap sederhana antara motivasi dan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab.
Analisis kajian mendapati nilai pekali Pearson, r = .421 dan nilai sig. = 0.00. Oleh kerana
nilai sig. lebih kecil daripada 0.01 maka kajian merumuskan bahawa terdapat hubungan
yang signifikan dan pada tahap keyakinan 99 peratus. Hasil ujian ini turut
memperlihatkan wujud hubungan positif yang sederhana antara tahap motivasi dan
pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab berkenaan memandangkan nilai
indeks korelasinya adalah pada tahap 0.43.

Komen/ Ulasan:

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang membentuk motivasi pembelajaran
bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Kesemua responden(N=93
orang) adalah perempuan yang terdiri daripada 25 orang pelajar dari tingkatan 1, 40 orang dari
tingkatan 2 dan 28 orang dari tingkatan 3 di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan soalselidik sebagai alat pengumpulan data.
Analisis diskriptif dilakukan bagi mengenalpasti tahap minat dan faktor-faktor yang
mempengaruhi motivasi para pelajar. Analisis korelasi Pearson dilakukan bagi menilai pengaruh
tahap motivasi terhadap pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab pelajar peringkat menengah
rendah di SMKA Naim Lilbanat. Kajian ini mendapati bahawa lima faktor yang paling
mempengaruhi motivasi pelajar secara turutan ialah:mata pelajaran Bahasa Arab adalah penting,
persekitaran bahasa Arab yang kondusif, mata pelajaran ini mudah dipelajari dan difahami,
kesedaran diri dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Manakala tiga
faktor yang kurang mendapat persetujuan secara turutan ialah dorongan keluarga, pengaruh
rakan sebaya dan usaha yang saya sendiri lakukan. Pengkaji mencadangkan agar para penggubal
dan pelaksana Kurikulum bahasa Arab memberikan tumpuan utama terhadap mewujudkan rasa
bersemangat menerusi pemupukan sikap-sikap positif terhadap bahasa Arab bagi
mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai bahasa Arab.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Tajuk Jurnal 5:

Tahap Motivasi Pelajar Kolej Vokasional dalam Melaksanakan Kerja-Kerja Kemahiran


Teknikal. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 1, 2016
eISSN 0128-2875

Penulis:

Muhamad Azmi Makhtar, Mohd Nur Hafiz Fauzi, Azman Hasan, Hasyamuddin Othman dan
Mohd Jalil Ahmad.

Fakulti PendidikanTeknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Objektif Kajian:

Objektif kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor motivasi intrinsik dan eksrtinsik dalam
kalangan pelajar Kolej Vokasional Kluang dalam melakukan kerja kemahiran teknikal. Faktor-
faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah faktor motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik di
mana motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti faktor sikap, kemahiran, minat,
kecergasan dan keseronokkan. Motivasi ekstrinsik pula merangkumi faktor-faktor seperti faktor
popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan faktor ganjaran (Mohad Anizu, 2009).

Tujuan Kajian:

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur tahap motivasi dan mengenalpasti perbezaaan
yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar Kolej Vokasional Kluang dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Seramai 148 orang pelajar Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) Tahap 1 Semester 2 Kolej Vokasional Kluang yang mengambil jurusan teknikal
merangkumi 7 kursus pengajian dipilih sebagai responden.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

Instrumen Kajian:

Penyelidik menggunakan instumen kajian berupa set borang soal selidik untuk mengukur tahap
motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar kolej vokasional Kluang dalam melaksanakan kerja-
kerja kemahiran teknikal. Set borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian A
merupakan demografi pelajar, Bahagian B merupakan soal selidik berkaitan dengan motivasi
intrinsik, manakala bahagian C merupakan soal selidik berkaitan dengan motivasi ekstrinsik.

Untuk melaksanakan kajian ini, penyelidik menggunakan rekabentuk kajian jenis kajian kes
melalui pendekatan secara kuantitatif yang disokong data kualitatif. Kajian ini melibatkan
analisis statistik secara deskriptif dan inferensi. Rekabentuk kajian ini dipilih bertujuan
mengukur dan mengenalpasti tahap motivasi terhadap pelajar kolej vokasional kluang dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Pembolehubah bebas adalah motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik. Elemen-elemen yang diwakili oleh motivasi intrinsik merangkumi faktor-
faktor seperti keperluan, minat, ingin tahu, dan keseronokan. Motivasi ekstrinsik pula
merangkumi faktor-faktor seperti faktor ganjaran, tekanan sosial dan hukuman (Woolfolk, 2008).
Pembolehubah bersandar pula adalah penglibatan pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja
kemahiran teknikal. Kajian kes dipilih bagi kajian ini untuk menjawab dan menghuraikan
fenomena yang menjadi kes.

Dapatan Kajian:

1. Analisis yang dilakukan dalam Bahagian A pada borang soal selidik kajian ini memberi
gambaran secara menyeluruh berkaitan dengan latar belakang responden yang terlibat
dengan kajian penyelidik. Majoriti responden iaitu 105 orang (10.9%) adalah lelaki dan
selebihnya 43 orang adalah perempuan. Responden mengikuti 7 kursus pengajian yang
berbeza dengan majoriti responden mengikuti kursus Teknologi Pembinaan (27 orang)
dan Teknologi Elektrik (26 orang).
2. Keputusan analisis deskriptif digunakan untuk melihat skor min dan sisihan piawai bagi
setiap kategori motivasi, skor min bagi motivasi intrinsik menunjukkan berada pada tahap
yang tinggi. Oleh itu, secara keseluruhan pelajar yang mengikut pengajian kolej
vokasional adalah berlandaskan keinginan sendiri di mana mereka sememangnya
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

berminat dengan bidang teknikal dan mempunyai kesedaran kendiri terhadap kepentingan
menceburkan diri dalam bidang teknikal. Mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang
tinggi dalam diri.
3. Motivasi ekstrinsik pula menunjukkan secara keseluruhannya pada tahap yang sederhana.
Ini menunjukkan bahawa motivasi ekstrinsik kurang memberi kesan kepada pelajar
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal.

4. Selain itu, keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi motivasi
intrinsik dan ekstrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal
mengikut jantina dan kursus pengajian. Walaupun berbeza jantina, pelajar Kolej
Vokasional Kluang mempunyai tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik yang sama. Faktor
jantina tidak mempengaruhi minat, keinginan, kemahuan dan hasrat seseorang untuk
memilih dan menceburi sesuatu bidang untuk penyempurnaan kendiri.

Komen/ Ulasan:

Kajian ini mengkaji Tahap Motivasi Pelajar Kolej Vokasional dalam Melaksanakan Kerja-Kerja
Kemahiran Teknikal. Responden yang terlibat adalah seramai 148 orang pelajar sebagai sampel
kajian daripada populasi seramai 161 orang. Statistik deskriptif digunakan untuk meneliti taburan
demografi sukarelawan sukan yang terlibat. Analisis deskriptif telah dijalankan bagi
menerangkan hasil dapatan tahap motivasi (data interval) pelajar Kolej Vokasional dalam
melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal (data ordinal) melalui penggunaan instrumen soal
selidik (skala Likert). Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah faktor motivasi intrinsik
dan motivasi ekstrinsik di mana motivasi intrinsik merangkumi faktor-faktor seperti faktor sikap,
kemahiran, minat, kecergasan dan keseronokkan manakala motivasi ekstrinsik pula merangkumi
faktor-faktor luaran seperti faktor popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan faktor
ganjaran (Mohad Anizu, 2009). Keputusan mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
bagi motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal
mengikut jantina (intrinsik, =0.97, ekstrinsik, =0.23) dan kursus pengajian (intrinsik, =0.98,
ekstrinsik, =0.50) yang mana (>0.05). Motivasi intrinsik lebih berpengaruh berbanding
motivasi ekstrinsik kerana pelajar lebih didorong oleh faktor dalaman berbanding faktor luaran
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

sebagai penggerak untuk melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal. Kajian mendapati


bahawa pelajar yang mengikut pengajian kolej vokasional adalah berlandaskan keinginan sendiri
di mana mereka sememangnya berminat dengan bidang teknikal dan mempunyai kesedaran
kendiri terhadap kepentingan menceburkan diri dalam bidang teknikal. Di samping itu, motivasi
ekstrinsik kurang memberi kesan kepada pelajar dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran
teknikal. Namun demikian, motivasi ekstrinsik tetap menyumbang kepada kecenderungan pelajar
dalam melaksanakan kerja-kerja kemahiran teknikal di Kolej Vokasional Kluang.
GGGF 6223 PSIKOLOGI SUKAN

RUJUKAN

Mohad Anizu Mohd Noor & Siti Salwa Mohamad . 2010. Faktor Di Antara Motivasi Intrinsik
Dan Ekstrinsik Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar-Satu
Kajian Kes. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Zaki Bin Ahmad, Mohd Zaki Bin Abd. Rahman. 2014. Intrinsik Dan Ekstrinsik:
Tinjauan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Agama. International Research
Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17 – 18 November
2014.

Zaliza Mohamad Nasir, Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ;
408 – 415

Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman, Wan Ismail Wan Abdullah & Hafisah Zakaria.
2014. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab
Dalam Kalangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah Di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (Smka) Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan. Prosiding Seminar Pengajaran &
Pembelajaran Bahasa Arab 2014.

Muhamad Azmi Makhtar, Mohd Nur Hafiz Fauzi, Azman Hasan, Hasyamuddin Othman dan
Mohd Jalil Ahmad. 2016. Tahap Motivasi Pelajar Kolej Vokasional dalam
Melaksanakan Kerja-Kerja Kemahiran Teknikal. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of
Social Sciences and Humanities, Vol. 1, 2016 eISSN 0128-2875.

You might also like