Pendidikan Islam Dalam Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia

You might also like

You are on page 1of 32

Pendidikan Islam dalam Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Malaysia.

1.0 Pendahuluan

Pendidikan adalah lambang masyarakat yang bertamadun. Beberapa tamadun


dunia yang muncul dan hilang meletakkan pendidikan di tempat teratas bersama
industri perdagangan, ketenteraan dan pengangkutan. Dalam Rancangan Malaysia
Kelapan dan Kesembilan (2001-2010), kerajaan Malaysia memperuntukkan
sejumlah RM87,522.00 juta khusus untuk perbelanjaan dan peruntukan
pembangunan bagi pendidikan dan latihan. Institusi pendidikan memainkan peranan
yang sangat penting sebagai agenda pembangunan negara. Keupayaan rakyat
sesebuah negara terletak pada sejauh mana tahap celik huruf dan kadar
penembusan terhadap informasi teknologi maklumat. Negara-negara maju
mempunyai kadar buta huruf yang sangat rendah malahan sifar dan penguasaan
teknologi maklumat yang tinggi. Jepun umpamanya mempunyai kadar celik huruf 99
peratus daripada keseluruhan penduduknya. Tidak hairanlah Jepun pada hari ini
menjadi salah satu daripada kuasa besar dalam ekonomi dan perdagangan dunia.

Pendidikan individu merangkumi pendidikan di rumah, sekolah, pasca


persekolahan, institusi pengajian tinggi dan tempat kerja (Berita Harian, 10 Disember
2006). Melalui pendidikan bertahap inilah nilai dan budaya yang kukuh diterapkan
supaya akan lahir modal insan yang mantap dan berkualiti. Di Malaysia, sistem
pendidikan yang dilalui oleh setiap pelajar merangkumi sekolah rendah dan
menengah yang mengambil masa selama 11 tahun. Pelajar-pelajar ini diberi
pelbagai pendedahan untuk melengkapkan diri dengan keperluan dunia dan akhirat.
Bagi pelajar muslim, mereka diberi pendidikan Islam bagi melengkapkan diri dengan
kemahiran membaca al-quran dan ilmu feqah bagi memantapkan iman dan amal.

Walaupun pendidikan Islam dilaksanakan dalam sistem pendidikan perdana


negara, gejala sosial yang berlaku turut meresahkan umat Islam. Setiap hari
dipaparkan pelbagai kes yang melibatkan salah laku sosial dalam masyarakat
seperti pecah amanah, delikuensi remaja dan penipuan serta pembunuhan. Statistik
Agensi Anti Dadah Kebangsaan menyatakan secara purata 2,334 rakyat Malaysia
terlibat dengan penagihan dadah setiap bulan dan bagi setiap 29 minit akan muncul

1
seorang penagih baru. Penghuni belia di pusat serenti adalah 71.7 peratus. Dari
tahun 1988 hinga Jun 2006, jumlah penagih dadah adalah 295,593 orang.

Gejala sosial ini semakin membimbangkan (Ahmad Rezuwan Mohd Yunus,


2003). Apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada sistem pendidikan negara
khususnya sistem pendidikan Islam yang dilalui oleh pelajar dan remaja sekarang?

Gejala sosial seperti bohsia, buli di sekolah, lari dari rumah, buang bayi, rogol
dan penganiayaan kanak-kanak adalah simptom yang muncul kerana kegagalan
sistem pendidikan, institusi kekeluargaan dan penguatkuasaan. Azizah Othman
(2003) melihat empat pendekatan untuk mengatasi masalah sosial ini iaitu peranan
ibu bapa, peranan diri sendiri, peranan rakan sebaya dan peranan masyarakat.
Namun begitu beliau tidak memasukkan aspek pendidikan yang berperanan lebih
besar kerana dalam masyarakat moden hari ini, elemen nilai banyak diterapkan
melalui pendidikan formal seperti sekolah.

Pengaruh media massa yang memaparkan budaya yang berbeza dengan


masyarakat tempatan telah memecahkan dominasi nilai-nilai tradisi sama ada nilai
bangsa atau agama. Nilai-nilai yang terbentuk melalui budaya dan agama semakin
terhakis kerana desakan kuat elemen-elemen yang sangat asing dibawa bersama
oleh media massa yang turut mempengaruhi sosiobudaya masyarakat.

Etika pendidikan moden hari ini berhadapan dengan masalah untuk melahirkan
pelajar yang beriman dan berakhlak, pendidikan yang dilalui oleh ulama dan umat
Islam pada zaman kegemilangan Islam amat luar biasa pengaruhnya. Beberapa
persoalan untuk kita fikirkan ialah: Bagaimana umat Islam dahulu merangkak dan
membina tamadun ilmu yang gilang gemilang beratus-ratus tahun? Apakah rahsia
yang menggerakkan mereka untuk mencari dan mengembangkan ilmu kepada
seluruh dunia hingga mencipta trend budaya ilmu kepada masyarakat Barat?

Pendidikan Islam di Malaysia secara umum dibicarakan dari dua sudut pandang
iaitu sebagai sistem dan kurikulum. Setiap sudut pandang memiliki kandungan
(content) dan metodologi (methodology) yang tersendiri. Sewajarnya kefahaman
tentang perkara ini diperjelaskan secara menyeluruh agar individu dan masyarakat
di Malaysia dapat memahami letak duduk pendidikan Islam dengan lebih tepat lalu

2
meningkatkan peranan dan impaknya kepada kehidupan mereka. Antara aspek
yang perlu dibicarakan ialah berkenaan cabaran dan realiti yang berlaku serta
solusi dan penyelesaian yang boleh dilaksanakan. Falsafah pendidikan negara
merangkumi Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Islam
pula adalah Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah SWT yang
mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan
negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Maka sebagai salah satu usaha ke arah memperkasa pendidikan Islam di Malaysia,
pihak Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
dengan kerjasama Lajnah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam
2011 (KO-PIM ’11).

2.0LATAR BELAKANG KAJIAN

Keagungan kepimpinan Rasulullah s.a.w. jelas terbukti melalui kegemilangan


usaha Baginda sebagai pendidik dan pemimpin yang berjaya membawa umatnya
dari kegelapan kepada kesejahteraan ummah. Walaupun usaha ini memakan masa
selama 23 tahun, namun matlamat untuk membina, mendidik dan melahirkan
generasi rabbani akhirnya terhasil. Dengan ini didapati matlamat pendidikan dan ciri-
ciri kepimpinan pendidik Muslim perlulah menepati dengan ciri kepimpinan
Rasulullah s.a.w. dalam proses mendidik dan memimpin ummah ke arah ummah
yang berilmu dan sejahtera. Melalui paparan para ilmuan yang lalu didapati bahawa
kejayaan kepimpinan Rasulullah s.a.w. adalah dengan melaksanakan pelbagai
kaedah dan amalan seperti bersifat penyabar, penyayang, prihatin, bersikap adil,
3
tulus serta memimpin secara praktikal iaitu elalui contoh teladan. Ciri-ciri inilah
seharusnya dicontohi oleh setiap pendidik hari ini dalam melaksanakan proses
mendidik untuk melahirkan insan yang mulia. Sehubungan dengan itu, kewibawaan
pendidik Muslim adalah sangat penting untuk melaksanakan usaha mendidik dan
memimpin pelajar secara lebih berkesan. Keunggulan dan keluhuran peribadi
Rasulullah s.a.w. jika diterapkan dalam diri setiap pendidik, maka mereka akan
dapat menjadi role model kepada para pelajar seterusnya berusaha menjadi pelajar
yang terpuji. Melalui kaedah ini, bagi pandangan penulis penghayatan nilai akan
terlaksana dengan lebih berkesan. Di sinilah perlunya kebijaksanaan pendidik untuk
menampilkan kehebatan diri sebagai pendidik yang dihormati, disegani dan sanjungi
oleh pelajar. Sebagai pendidik, mereka seharusnya mempraktikkan amalan yang
baik sama ada dari tutur kata, perilaku, akhlak dan personaliti sebagaimana yang
telah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap umatnya bukan sekadar teori,
bahkan menjadikan diri Baginda sebagai sumber ikutan yang terbaik untuk umatnya.
Ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w. yang unggul dan berkualiti ini seharusnya
dijadikan teras dalam kepimpinan pendidik dalam Islam hari ini. Dalam hal ini,
didapati masih ramai pendidik termasuk guru Pendidikan Islam hari ini tidak mampu
menjadikan dirinya sebagai role model terbaik terhadap pelajar, malah ada masih
tidak dapat menerapkan nilai-nilai mulia ke dalam diri pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Ab. Halim Tamuri 2000, 2004). Kesannya,Pendidikan
Islam gagal untuk dihayati dan diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan pelajar.
Kegagalan pendidik dalam memperkasa nilai murni dan sifat mahmudah ke dalam
diri pelajar menjadi faktor krisis akhlak dan disiplin pelajar hari ini yang semakin
meruncing.

3.0Teori dan Konsep

Kajian oleh Universal McCann Malaysia yang bertajuk "Nilai-nilai moral kian
terhakis?" menyatakan pencapaian dunia seperti pembangunan fizikal dan ekonomi
yang rancak dicacati oleh senario gaya hidup moden yang membelakangkan
kemurniaan akhlak dan keluhuran budi. Demi mengecapi kejayaan, ada yang
sanggup berbuat apa sahaja termasuklah mengenepikan nilai-nilai moral yang
sepatutnya menjadi pegangan hidup setiap individu (The Star, 9 Disember 2006).

4
4.0Perbincangan Dan Hasil Kajian

4.1Tujuan Pendidikan Islam

Al-Syaibani (1991), dengan memetik beberapa tujuan pendidikan Islam


seperti yang dijelaskan oleh beberapa orang pemikir Islam, merumuskan bahawa
antara tujuan Pendidikan Islam ialah untuk membantu pembentukan akhlak yang
mulia. Keduanya ialah persiapan untuk kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.
Ketiga ialah persiapan untuk mencari rezeki dan pemeliharaan dari segi
kemanfaatan. Keempat, menumbuhkan roh ilmiah (scientific spirit) pada pelajar dan
memuaskan keinginan erti untuk mengetahui (curiosity). Kelima ialah menyiapkan
pelajar dari segi profesional, teknik dan perusahaan supaya ia dapat menguasai
profession tertentu, supaya ia dapat mencari rezeki dalam hidup dan hidup dengan
mulia di samping memelihara dari segi kerohanian dan keagamaan.

4.2Peranan Guru

Saedah Hj. Siraj et al., (1993), menyatakan bahawa guru bukan sahaja
berperanan sebagai penyalur ilmu pengetahuan, bahkan juga berfungsi sebagai
pengembang dan pengukuh kemahiran para pelajarnya. Azizah Lebai Nordin (1999)
menekankan bahawa, seorang guru yang berkesan seharusnya mengetahui segala
aspek yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Beliau bukan
sahaja harus meniliti pelbagai tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran, malah
perlu mengetahui falsafah dan objektif Pendidikan Islam. Hanya dengan mengetahui
falsafah dan matlamat sukatan pelajaran tersebut, guru dapat membawa anak
didiknya ke arah matlamat yang hendak dicapai. Selain daripada menguasai ilmu
yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran, para guru juga perlu menguasai
pedagogi kerana dapat mendedahkan mereka kepada cara membuat perancangan
yang berkesan yang merangkumi aspek persediaan pengajaran, penyampaian
pengajaran, strategi pengajaran, penilaian pengajaran dan hubungan guru dengan
murid. Seorang guru yang menguasai isi kandungan mata pelajaran yang hendak
diajar, tetapi tidak dapat menguasai strategi dan kaedah pengajaran, tidak dapat
menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Umpamanya seorang guru yang
hendak mengajar ibadah yang berkaitan dengan cara berwudu’, cara bertayammum
5
dan cara mengerjakan solat tetapi menggunakan kaedah syarahan sahaja tanpa
menggunakan tunjuk cara, sudah tentu pengajarannya tidak berkesan.

4.3Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Sidi Gazala (1970), pengajaran ialah memberikan pengetahuan


kepada manusia yang ditampung dan disimpan di dalam otak. Konsep pengajaran
ialah suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan betul.
Pembelajaran pula ialah suatu proses bagaimana murid-murid memperoleh,
menyusun, menyimpan dan menggunakan sesuatu ilmu pengetahuan atau
kemahiran yang diajarkan. Tajul Ariffin Noordin (1988) menjelaskan kejayaan
manusia adalah bergantung kepada keupayaan memilih proses pembelajaran yang
paling sesuai dalam kehidupannya. Menurut beliau lagi, hanya menerusi
pembelajaran yang baik dan sihat, manusia akan terus maju dan membangun dari
satu tamadun ke tamadun yang lain. Perhubungan pengajaran dan pembelajaran
begitu rapat kerana kedua-duanya berjalan serentak pada satu masa. Tanpa murid,
guru tidak dapat mengajar; tanpa guru, murid tidak mengetahui bagaimana belajar.
Connell (1981) menjelaskan bahawa proses mengajar belajar merupakan satu
interaksi dinamik antara guru dan murid, malahan guru dan murid masing-masing
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Malah, keberkesanan pengajaran
bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya
memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri
telah menggunakan pelbagai teknik antaranya teknik tunjuk cara/demonstrasi untuk
mengajar ibadah solat kepada para sahabat baginda sepertimana yang tersebut
dalam hadis yang bermaksud: “Sembahyanglah kamu semua seperti mana kamu
melihat aku sembahyang”. Kemudian Rasulullah SAW mendirikan solat di
hadapan mereka agar mereka dapat melihat, memerhati dan kemudian meniru
perbuatan baginda (Ariffin, 1991). Sebagai seorang pendidik, maka sudah tentulah
guru Pendidikan Islam boleh menggunakan teknik yang telah dianjurkan oleh
Baginda SAW.

6
4.4Pendekatan Pendidikan Islam

Al-Qardawi (1980), seorang tokoh pemikir Islam kontemporari, menyatakan


bahawa aspek amali dan penghayatan merupakan antara asas utama dalam
pendidikan Islam. Menurut beliau, pendidikan atau pembelajaran yang dilakukan
melalui latihan dan aplikasi secara langsung mempunyai hubungan atau memberi
kesan yang baik kepada pelajar dan seterusnya dapat memantapkan lagi ilmu dan
kemahiran yang dipelajari. Hasan Langgulung (1991) menjelaskan bahawa fungsi
utama pendidikan untuk memindahkan nilai-nilai, ilmu dan kemahiran dari satu
generasi ke satu generasi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah
satu perkara yang mudah. Menurut beliau lagi proses pengajaran dan pembelajaran
memerlukan pelbagai kaedah dan teknik yang betul dan berkesan.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil
untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga
diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk
melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan
teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh


gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan
Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat
makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan
adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan
nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat
berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai
prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan


seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan
profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa.
Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-
prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal,

7
kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal
serta dengan pemerhatian.

Sebagai contoh dalam kurikulum Islam untuk pendidikan Islam. Pendidikan


Islam adalah satu kegiatan yang berfaedah yang ditujukan untuk perkembangan
individu yang sempurna. Sebab itulah, nilai perlu dalam sesuatu perancangan
pendidikan sama ada norma itu bersifat sekular atau kemanusiaan atau agama.
Seseorang pelajar yang menerima pendidikan Islam membesar menjadi pencinta
damai, berharmoni, tidak berubah-ubah pada keimanan dan percaya pada belas
kasihan Allah akan kekal dan keadilan Allah yang tak nampak, dan hidup dalam
harmoni dan tidak bertentangan dengan alam. Manusia bukan sahaja makhluk di
bumi ini tetapi makhluk rohaniah yang dianugerahkan dengan kuasa yang tidak
terbatas dan tidak terkira bagi mengawal dan mengawas bumi dengan izin Allah.
Demikianlah ia dapat kebahagiaan berbuat baik dan dia tidak suka atau benci akan
perbuatan jahat oleh sebab dia menyedari kesan tindakannya ke atas kesedarannya
sendiri.
Konsep nilai dalam Islam ini mempunyai sifat yang sejagat dan sifat
keobjektifan. Ia bukanlah kesedaran subjektif terhadap seoarang individu atau satu
kelompok. Islam menekankan tradisi sejagat yang amat lama dan memperkuatkan
skema nilai yang dipegang oleh semua agama dunia. Ia menekankan bahawa dasar
yang akhir dan matlamat asas yang akhir bagi nilai ialah konsep hubungan manusia
dengan tuhan, dan manusia dengan alam. Dalam hubungan ini manusia hendaklah
mengusai ilmu. Ini dapat dilakukan melalui pemahaman sifatnya sendiri, sifat Allah
dan ciri dunia yang universal. (Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam, DBP 1992)

4.5Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar


bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses
pembelajaran. Pengajaran juga ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara
sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil
8
inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran yang diperlukan.

Dalam proses pengajaran juga, ia mempunya beberapa ciri-ciri tertentu.


Antaranya ialah merancang. Ini bermaksud, dalam proses pengajaran itu kita
mestilah mempunyai perancangan. Kenapa perlunya ada perancangan? Ia bertujuan
bagi melancarkan proses pengajaran itu. Selain merancang, kita perlulah
mempunyai objektif pengajaran. Selain itu, perkara penting yang perlu ada dalam
proses pengajaran adalah guru dan murid iaitu tenaga pengajar dan pelajar.

Selain itu, konsep penting yang perlu ada dalam proses pengajaran ialah kita
kena menilai apa yang mahu kita ajarkan sama ada perkara itu baik ataupun buruk.
Adakah kita mahu ajar sesuatu yang memudaratkan kepada orang lain? Nescaya
perkara itu kita tidak mahu ianya berlaku. Oleh sebab itu, pentingnya penilaian
dalam proses pengajaran.

Pengajaran juga kita boleh tafsirkan sebagai satu proses penyampaian ilmu
pengetahuan. Hal ini kerana, tenaga mesti mempunyai ilmu untuk diajar kepada
pelajar. Dengan penyampaian ilmu itulah dinamakan pengajaran. Jika kita jahil dan
tidak mempunyai ilmu pengetahuan, bagaimana kita hendak mengajar. Adakah jika
kita hanya duduk diam kemudian termenung itu dinamakan pengajaran? Semestinya
tidak jawapannya.

Di mana proses pengajaran itu berlaku? Ia dilakukan di mana-mana sahaja.


Di mana kita boleh sampaikan ilmu pengetahuan di situlah adanya proses
pengajaran. Masyarakat kita pada masa kini hanya menganggap pengajaran itu
hanya berlaku ketika kita berada di sekolah, IPT dan lain-lain tempat khas untuk
belajar walhal pengajaran itu boleh juga berlaku di rumah, di warung atau di mana-
mana sahaja. Di sini kita boleh lihat tempat di mana proses pengajaran itu berlaku
tidak terhad.

Bilakah proses pengajaran itu boleh dilakukan? Kita jangan cetekkan


pemikiran kita. Proses pengajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tidak
kira pagi, petang mahupun malam. Sebagai contoh, jika kita terjaga pada waktu awal
9
pagi dan kita lihat seseorang itu tidak dapat melakukan sesuatu perkara kemudian
kita mengajarnya untuk melakukan perkara itu. Di situ kita dapat lihat proses
pengajaran telah berlaku walaupun pada awal pagi.

Proses pengajaran terbahagi kepada dua iaitu pengajaran secara formal


ataupun tidak formal. Pengajaran secara formal berlaku di institusi pendidikan
seperti di sekolah, Ipt dan lain-lain lagi. Pengajaran secara tidak formal
kebiasaannya berlaku di rumah iaitu ibu bapa mengajar kita sesuatu secara tidak
langsung.

Di dalam hadith, nabi pernah bersabda sampaikanlah walaupun sepotong


ayat. Di situ kita boleh lihat bahawa pengajaran itu harus.

Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak


kekal akibat pengalaman atau latihan. Pembelajaran juga boleh ditakrifkan sebagai
satu proses untuk kita mendapatkan ilmu. Ilmu tidak datang bergolek. Oleh itu, kita
seharusnya berusaha untuk mendapatkannya. Itu dinamakan pembelajaran.

Dalam pembelajaran perkara yang perlu ada adalah pelajar. Dalam


pembelajaran kita tidak memerlukan guru. Kita boleh belajar menggunakan sumber
sebagai contoh buku. Kita boleh belajar sendirian menggunakan buku. Tetapi dalam
sesetengah proses pembelajaran, kita tidak boleh belajar sendirian melainkan ada
tenaga pengajar.

Bilakah pembelajaran itu berlaku? Pembelajaran itu berlaku pada bila-bila


masa sahaja tidak kira masa, tempat dan sebagainya. Ia tidak terhad pada masa
tertentu seperti di sekolah. Pembelajaran juga boleh berlaku secara formal dan tidak
formal. Sebagai contoh, pembelajaran formal berlaku di sekolah seperti menulis,
mengira dan sebagainya. Pembelajaran tidak formal berlaku kebiasaannya di rumah
di mana kita belajar dari ibu bapa kita.

10
4.6KAEDAH DAN TEKNIK

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan


yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala
aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal
dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah
seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan
masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik
dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus


yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat
menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar
matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk


mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah
kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan
minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid
semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang


tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar
percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang
disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain
lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin
mengajar dengan kaedah soalan maka kita perlu menggunakan teknik-teknik
menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat,
pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa
dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas
daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya
dan sebagainya.

11
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih
kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah
tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.
Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti
menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya


teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai
teknik-teknik yang tertentu.

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita


memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan
bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu,
sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah
kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-
kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang
atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak
bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering,
sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.
Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-
kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang,
memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah
tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan
kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik.
Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-
teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng
ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke
dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah
memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga
12
harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah
disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan
secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil
contoh memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah
memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran
memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki
serta tindakan menarik nafas.

Dalam zaman atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan
kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-
betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus,
maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu
yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih
mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa
menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan
menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

4.7STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan


dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan
tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus
memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang
kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan


Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk
menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya.
Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera
13
laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu
sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut.
Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah
disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin
memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan
strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak
dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita
perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh
digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng
kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya
dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat
terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak?
Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah


membincangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau.
Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut
seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan
yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu.
Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita
menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian
membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan


sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada
lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi
permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk
meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang
kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2
pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole
tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan

14
ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah
permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya


menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan
kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran


harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang
perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan
kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah
kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah
kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah
demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?
Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang
mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar
pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta
minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang
digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya,
dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan
serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran
yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua
kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-
rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai,
norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan
sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting
lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk
membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana


kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar
15
mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana
proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak
menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah
interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

4.8Pencapaian Objektif dan Hasil Pembelajaran

Pertamanya ia perlu menggunakan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan


model-model pengajaran yang sesuai. Keduanya pula harus mengetahui konsep
tersebut agar pengajaran yang dijalankan berkesan dan objektif yang disasarkan
tercapai.

Terdapat perkaitan antara pengajaran dan pembelajaran ialah pengajaran


yang berkesan berlaku jika pelajar menguasai dengan sepenuhnya pengetahuan
dan kemahiran yang diajar oleh guru. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak
boleh dipisahkan.

Jika adanya proses pengajaran, proses pembelajaran secara automatiknya


akan berlaku secara tidak langsung. Proses pengajaran pula, tidak semestinya
memerlukan tenaga pengajar.

5.0Perbincangan

Maju mundur sesebuah bangsa itu bergantung kepada ilmu. Bangsa yang
mendaulatkan ilmu sebagai makanan kerohanian setiap masa yakni pagi, petang
dan malam, nescaya akan menjadi bangsa yang disegani dan ditakuti oleh kawan
dan lawan. Tetapi kejayaan di dunia itu, sehingga banyak melahirkan tamadun-
tamadun lahir yang hebat-hebat, belum tentu selamat untuk beroleh kebahagian di
akhirat. Sebab tamadun-tamadun lahir itu adalah hasil ibadah, dan ibadah-ibadah itu
bersumberkan iman.

16
Tanpa iman, manusia tidak akan mengerjakan ibadah. Dan tanpa ibadah, manusia
tidak faham erti ‘kehambaan’ kepada ALLAH SWT, Tuhan penciptanya. Lantas,
manusia berbuat ikut hawa nafsu dan syaitan semata.

Manusia cenderung menghasilkan tamadun mereka sendiri, iaitu tamadun yang


rosak dan tidak kekal. Tamadun yang terbit dari perasaan tamak dan haloba
semata-mata.

Demikianlah produk yang dihasilkan oleh Sistem Pendidikan kita pada hari ini.
Sistem yang bertanggungjawab dalam mencorak tamadun yang dibuat dengan
perasaan ‘gah’ di mata dunia. Pastinya kita tidak mendapat imbuhan pahala akhirat
sebab bercanggah dengan ‘Lima(5) Syarat-Syarat Ibadah’. Dalilnya, kita boleh bina
dan kita boleh runtuhkan ia dengan sekelip mata.

Jelasnya, kita telah gagal membina peribadi-peribadi soleh dan solehah dalam
masyarakat kita hari ini. Kita harus mengakui hakikat ini.

Apa kesilapan dasar pendidikan hari ini sehingga tidak menghasilkan produk yang
sama sepertimana Sistem Pendidikan Rasulullah. Kerana telah jelas dan nyata,
Rasulullah SAW berjaya mengeluarkan produk yang dikatakan, “Menjadi Abid
(hamba Allah) di malam hari, dan menjadi Singa (khalifah Allah) di siang hari”.

Apa kelebihan cara Rasulullah itu?. Apa matlamat, dasar dan kaedah pendidikan
yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW sehingga menghasilkan masyarakat contoh
yang terbaik di kalangan semua umat manusia. Apa kelemahan dan kekurangan
yang terdapat pada Sistem Pendidikan Negara?

Untuk itu mari kita melakukan bedah siasat, di mana kekurangan dan kesilapan
Sistem Pendidikan Negara agar kita tidak disoal siasat sekali lagi di Hari Pengadilan,
dan berakhir dengan bertekak sesama sendiri di dalam Neraka Allah SWT.

Perbandingan ini melalui cara Rasulullah SAW dan cara kita zaman moden ini
dengan melihat kepada tujuan atau matlamat, dasar, kaedah ataupun method,
kesan pendidikan Rasulullah SAW, dan lain-lain. Untuk itu, pertama sekali kita harus
memahami terlebih dahulu apa itu dikatakan ‘Rasul’.

17
A)PENGERTIAN RASUL

Rasul itu utusan ALLAH, yang bertanggungjawab membawa syariat ALLAH kepada
manusia.

Hakikat tugas Rasul adalah ‘Mengajar, Mendidik dan Memimpin”. Mengajar sekadar
menyemat ilmu di akal fikiran murid, tetapi ‘Mendidik’ melibatkan hubungan, jalinan,
kotak hati antara murid dengan gurunya dan ‘Memimpin’ adalah natijah dari itu, iaitu
tidak dinamakan ‘Memimpin’ kalau murid(rakyat) tidak boleh diatur dan diarah-arah.
Semuanya atas kebijaksanaan mendidik.

Perkara 3M ini mestilah dibuat serentak. Sebab ketiga-tiga itu saling kait mengait
dan bantu membantu dalam menjayakan perjuangan menegakkan syariat ALLAH di
muka bumi.

Dalam 3 perkara itu, ‘Mendidik’ (Didik & Asuh) adalah yang terpenting dan teramat
sulit sekali. Sebab, tiada ertinya mengajar kalau yang mendengar itu tidak boleh
‘follow-up’ dan berbuat dengan apa yang kita syarah.

Berjayanya sebuah kepimpinan itu bergantung kepada ketaatan, dan ketaatan


adalah hasil dari didikan yang konsisten dan istiqamah.

Orang tidak akan mengasuh kalau bukan bertujuan untuk menjadi seorang manusia.
Ia oleh dipimpin dan memimpin dan tidak dinamakan ‘memimpin’ kalau rakyat tidak
boleh disuruh atau dilarang melaksanakan sesuatu tindakan. Bagaimana dikatakan
‘mendidik atau mengasuh’ itu dalam erti kata yang sebenar?.

Untuk mengetahui bagaimana sikap guru seharusnya mendidik, ada terdapat dalam
buku ‘Perpaduan Ummah Bermula Di Sekolah’.

Maksud mengajar itu memrlukan lebih dari itu. Seseorang perlu korbankan masa,
tenaga dan wangnya untuk anak didiknya. Sanggup makan sedulang, tidur sebantal
selain menunjukkan sikap dan akhlak yang baik kepada anak buah.

Apabila didikan tidak masuk ke dalam benak hati dan akal fikiran pelajar, bagaimana
kita hendak memimpin mereka kepada kebaikan. Kalau usaha kita untuk mengatur

18
dan mengarah-mengarah mereka demi kebaikan bangsa dan negara, dipandang
sepi dan curiga sentiasa. Lantas usaha pembangunan negara tidak berjalan dengan
sewajarnya.

Itulah produk yang kita peroleh hari ini, anak watan yang bersikap kurang ajar dan
tidak tahu berterima kasih kepada usaha-usaha kerajaan dan generasi terdahulu
membangunkan negara tercinta.

B)APA MATLAMAT ATAU TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM?

Ada dua matlamat pendidikan dalam Islam. Iaitu untuk melahirkan insan yang
berjiwa taqwa dan untuk melahirkan insan-insan yang sanggup bekerja sebagai
khalifah ALLAH. Ini dapat dikesan menerusi 2 firman ALLAH TAALA yang
bermaksud;

i) Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.
(Az Zariat: 56)

ii) Sesungguhnya Aku akan menjadikan di muka bumi seorang khalifah.


(Al Baqarah: 30).

Ayat pertama menegaskan iaitu tujuan ALLAH menjadikan manusia ialah untuk
menjadi seorang hamba ALLAH yang hidupnya hanya untuk menyembah dan
mengabdikan seluruh hidup kepada ALLAH semata. Melaksanakan seluruh perintah
(hukum-hakam) ALLAH dalam semua aspek kehidupan manusia, dan menghindari
diri dari semua larangan-Nya.

Manakala ayat kedua sebagai khalifah ALLAH bermaksud, untuk melahirkan insan-
insan yang sanggup bekerja sepenuh masa dengan kerajaan ALLAH untuk
membangunkan syariat ALLAH dan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh
ALLAH.

Kombinasi antara dua maksud tersebut maka lahirlah ungkapan yang masyhur iaitu,
“Menjadi Abid di malam hari, dan menjadi singa ALLAH di siang hari”.

19
Abid berperanan sebagai hamba ALLAH yang sebaik-baiknya. Singa berperanan
sebagai khalifah ALLAH yang sebaik-baiknya.

Maka, dalam usaha memproses manusia menjadi hamba dan khalifah ALLAH
sekaligus, maka dapat tidak Sistem Pendidikan hendaklah menjurus ke arah itu.

Adakah kita mencorakkan kurikulum pendidikan kita mengikut sepertimana


kehendak ALLAH itu?. Menjadi Abid dan Singa Allah? Tidak sesekali. Kalau adapun
sedikit sahaja.

Justeru itu, tidak hairanlah Pendidikan Islam tidak dipantau dengan baik. Demi
menghasilkan pelajar yang bertaqwa tinggi.

Kerana apa? Kerana matlamat kita ialah hidup senang di dunia, bukan menjamin
untuk mendapatkan kehidupan yang kekal abadi di alam akhirat.

Dalilnya, produk yang lahir bukannya jenis hamba yang hidup mati untuk ALLAH.
Tetapi untuk menyembah hawa nafsu dan syaitan semata. Hidup di dunia ini semata
untuk keseronokan wang, kuasa dan wanita. Melaksanakan hukum hakam Allah
dalam setiap aspek kehidupan jauh sekali. Malah sesiapa yang berkehidupan Islam
dianggap kolot, jumud dan beku.

Tidakkah ini suatu petanda bahawa sistem pendidikan kita tidak menjurus kepada
pembentukan diri sebagai ‘hamba dan khalifah ALLAH’. Tidakkah ini dikatakan
perjuangan yang tersasar dari landasan pembinaan insan yang sebenar?.

C)BAGAIMANA PROSES PENDIDIKAN YANG DIGUNAKAN OLEH


RASULULLAH SAW?

Proses Pendidikan yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk melahirkan


manusia-manusia berwatak ‘Abid di malam hari dan Singa di siang hari’ adalah
melalui dua peringkat pendidikan, iaitu peringkat pembangunan insan di Makkah.
Kedua ialah peringkat pembangunan material di Madinah.

Peringkat pertama mengambil masa lebih kurang 13 tahun, dan peringkat kedua
pula 10 tahun. Sepanjang berlakunya pembangunan material itu, proses

20
pembangunan insan tetap berjalan. Sebab, insan memang perlu dibangunkan selalu
kerana ia mudah lupa apabila berhadapan dengan nikmat dunia atau pembangunan
material yang mencabar.

Untuk mendidik insan, Al Quran mempunyai ayat-ayat khusus yang disebut ayat-
ayat Makkiyah. Yakni ayat-ayat mengenai keimanan kepada ALLAH, kepada Hari
Qiamat, dan lain-lain.

Dengan ayat-ayat yang demikian itu fikiran dan jiwa insan akan menjadi yakin
dengan ALLAH, serta cinta dan takut kepada-Nya. Juga yakin dengan Hari Qiamat,
bahkan sangat membesarkan dan mengutamakan kehidupan di Alam Akhirat dan
cinta dengan Syurga.

Dalam pada itu, ayat-ayat Makkiyah akan menjadikan insan takut dengan azab
kubur, azab neraka dan kedahsyatan Padang Mahsyar.

Itulah iman yakni rasa hati yang cintakan ALLAH, gerun dengan Neraka, dan rindu
dengan Syurga di Akhirat.

Bila fikiran dan jiwa terisi dengan keyakinan begitu, maka manusia akan takut
dengan dosa dan berlumba-lumba untuk beramal soleh dan berakhlak mulia.

Peringkat pembangunan seterusnya ialah Pembangunan Material sudah tidak jadi


masalah. Jiwa-jiwa yang telah dibangunkan dengan Iman dan Islam, rela berkorban
untuk menjayakan Tamadun dan Kebudayaan Islam di atas tauhid yang sejati.

Tidak ada lagi curi tulang, tuang kerja, rasuah, tidak amanah, tidak jujur, dan lain-lain
serta yang lebih berat ialah mengkhianati agama, bangsa dan negara.

Adakah kita melaksanakan peringkat-peringkat pendidikan yang sedemikian cara,


iaitu bermula dengan Pendidikan Insan?. Tidak sekali-kali.

Pendidikan Insan (di sini ialah Fardhu Ain sekolah) menjadi pelajaran sampingan
yang dibuat pada hari-hari cuti umum atau sebelah petang sahaja. Kita (termasuk
sikap ibu bapa) tidak memberi tumpuan penuh kepada pencapaian subjek ini

21
berbanding pendidikan yang menjurus kepada kebendaan (sains, matematik, dan
lain-lain). Sebab apa?.

Sebab di situ terletaknya jaminan hidup di masa depan. Gara-gara sikap tawakal
dan tauhid kepada ALLAH sudah tiada.

Sekiranya keyakinan kepada azab neraka ALLAH sudah tiada, apa ‘faktor pengawal’
yang boleh menjaga ia dari melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri dan
negaranya di hari muka kalau bukannya iman.

Tidak hairanlah, tahun demi tahun, akta dan undang-undang jenayah digubal untuk
mengawal mereka-mereka yang abnormal ini. Sehinggalah Malaysia hari ini dikenali
dunia sebagai negara yang paling banyak menyekat orang ramai dengan undang-
undang.

D)APA DASAR PENDIDIKAN YANG DIAMBIL OLEH RASULULLAH SAW?

Daripada dua proses Pembangunan Insan dan Pembangunan Material di atas, yang
lebih ditekankan ialah Pembangunan Insan. Malah, ia menjadi dasar pendidikan
yang pertama dan utama sekali diambil perhatian oleh Rasulullah SAW sebelum
Pembangunan Material.

Ringkasnya, individu-individu yang hidup dalam sistem jahiliah perlu diubah terlebih
dahulu kepada peribadi-peribadi soleh dan solehah, sebelum digerakkan untuk
menjalani sistem hidup Islam sepenuhnya.

Matlamat Pembangunan Insan ini ialah untuk melahirkan orang-orang yang


membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek kehidupan tanpa
mengharapkan apa-apa upah. Mereka berjuang menegakkan tamadun dan empayar
Islam dengan tujuan untuk menyelamatkan manusia dan dunia amnya daripada
sebarang kekejaman dan pemusnahan.

Keuntungan yang diharapkan bukan kekayaan dan kekuasaan, tetapi keredhaan


ALLAH dan keampunan-Nya. Itu barulah bertepatan dengan gelaran hamba dan
khalifah ALLAH yang bersifat sejagat.

22
Dengan kata lain, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah berjaya
mengubah fikiran, jiwa dan fizikal manusia sehingga berjaya mencetuskan zaman
kegemilangan tamadun manusia.

Itulah rahsia kejayaan Rasulullah dalam melahirkan generasi contoh, dan membina
sebuah negara yang cukup indah sehingga mendapat pujian ALLAH dengan firman-
Nya; Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH. (As Saba’:
15)

Berbeza dengan sistem pendidikan Negara, kita lebih menumpukan usaha kepada
Pembangunan Fizikal. Membangunkan Al Quran dan Sunnah dalam setiap aspek
kehidupan itu perkara kedua. Maka berlakulah pencapaian tamadun lahir kita
menongkat langit, tetapi tamadun batin kita (akhlak dan sifat kehambaan) merudum
jatuh.

Jelasnya, sistem pendidikan kita hanya mampu mengubah dasar, matlamat dan
teknik pentadbiran lahir sahaja. Kita tidak dapat mengubah jiwa manusia sehingga
membuat mereka merasakan diri mereka sebagai hamba ALLAH sebenar-benarnya.

Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Sebab belum tentu negara boleh terbangun,
kalau kita mencuaikan Al Quran dan Sunnah. Tetapi kalau kita mengutamakan Al
Quran dan Sunnah dalam kehidupan, Pembangunan Material akan sendirinya akan
terbangun dan terbela. Dan, tidak akan ada orang akan merempuh bangunan
pencakar langit KLCC dengan kapal terbang sebagai ‘copyright’ kepada peristiwa 11
September di WTC, New York. Kerana apa? Sebab insan sudah terdidik. Orang
tidak akan buat kerja gila seperti itu lagi kerana takutkan dosa.

E)APA KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI OLEH RASULULLAH SAW?

Kaedah atau method yang digunakan oleh Rasulullah SAW mudah sahaja.
Semudah A, B dan C. Tidak perlu pembaris, kompas, alat tulis, bangunan air-cond
dan lain-lain. Hanya pakai batu dan pelepah tamar sahaja.

23
Rasulullah SAW menggunakan pendekatan Pendidikan Informal, iaitu suatu bentok
pendidikan tidak resmi. Ia berlaku pada sebarang tempat, pada sebarang waktu dan
pada sebarang orang, tidak kira kecil atau besar, tua atau muda.

Rasulullah memberi priority kepada pendidikan informal daripada pendidikan formal


(resmi) kerana kaedah informal lebih berkesan, praktikal dan memberi hasil yang
cepat dan konkrit. Manakala pendidikan formal hanya menambahkan teori-teori yang
jarang dipraktikkan.

Sistem Pendidikan Rasulullah ini kelihatan mempunyai maksud untuk melahirkan


manusia yang mengamalkan ilmu. Baginda tidak menekankan ilmu yang tinggi atau
ilmu yang banyak, sebaliknya memberi keutamaan kepada pengamalan ilmu.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda, “Barangsiapa beramal dengan ilmu
yang ia tahu, ALLAH akan pusakakan kepadanya ilmu yang dia tidak tahu.”
(dikeluarkan oleh Abu Nuaim).

Sehubungan dengan itu, guru mesti menjadi contoh yang baik terhadap anak-anak
muridnya. Sikap dan percakapan guru sepanjang masa di dalam pergaulannya
dengan murid-murid mesti bersifat mengajar dan mendidik. Kiranya berlaku hal yang
sebaliknya, ertinya guru itu sudah menggagalkan matlamat pendidikannya supaya
anak-anak muridnya beramal dengan ilmu yang mereka peroleh.

Oleh kerana sistem pendidikan Rasulullah tidak memberi penekanan kepada


menghafal, mengingat dan menulis kembali ilmu tetapi ialah pada pengamalan.
Maka, sudah tentu tidak ada apa-apa sijil kelulusan yang hendak dikeluarkan. Sebab
produk akhir yang dikehendaki ialah TAKWA, dan ukuran takwa ialah pada akhlak
dan amal soleh. Takwa itulah nilai tertinggi bagi seseorang yang menuntut ilmu
kerana ALLAH. Seperti kata pepatah, “Jadilah seumpama padi, semakin berisi
semakin tunduk. Jangan jadi seperti lalang, semakin tinggi semakin mencucuk!”.

Dengan kaedah-kaedah di atas, pelajar yang lahir dari sistem pendidikan Rasulullah
ialah orang yang terus beramal, bekerja dengan ilmu yang ia dapat, bukan kerana
gaji tetapi kerana ALLAH. Ertinya mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab,

24
bersih daripada dosa dan maksiat, dan selamat daripada mengharapkan sebarang
kepentingan duniawi atau peribadi.

Berlainan sikap dengan kita sebagai guru di zaman moden ini. Kita memberi segala-
galanya kepada pelajar-pelajar kita. Dengan projektor, slaid, komputer, bilik air-cond,
dan lain-lain. Apa yang kita peroleh?.

Memanglah ilmu yang mereka dapat itu tinggi, tetapi adakah mereka beramal
dengan ilmu yang mereka dapat itu?.

Maka, cara yang sebaik-baik untuk memproses taqwa ialah melalui pendidikan
informal. Sebab ilmu yang diajar secara informal itu (di bawah pokok dan sambil
jalan-jalan itu) lebih berkesan dan meresap ke dalam benak hati mereka.

(Seperti kisah apabila Nabi SAW melihat bangkai anjing semasa berjalan-jalan
dengan sahabat-sahabatnya, baginda berkata, ‘Inilah Dunia!’. Tersentak jiwa
sahabat.. begitu hina sekali dunia ini, sekadar 1 ½ hari penghidupan
berbanding akhirat yang kekal abadi!. Lantas mereka terus sujud akur kepada
kebenaran Illahi. Tidak ada keinginan untuk curi tulang, dan sebagainya).

Dan insyaallah, jika kaedah informal ini ditukar stailnya kepada musafir sufi
berteknologi, dan belajar dari Universiti Kehidupan, nescaya mereka akan terus
mantap, ghairah beramal dengan ilmunya berserta panduan dan tauladan dari guru.
Dan, ganjaran dari kaedah ‘mujahadah’ ini ialah TAQWA. Dengan taqwa sahaja kita
akan beroleh bantuan ‘Rijalul Ghaib’, iaitu tentera-tentera ALLAH sebagaimana
firman-Nya, “ALLAH menolong orang-orang yang bertaqwa”.

F)APA PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMAHAMKAN ORANG


TENTANG ISLAM?

Lain orang lain kekuatan akalnya. Tentunya lain pulalah pendekatan yang digunakan
untuk memahamkan orang tentang Islam. Seperti contoh, kalau ia seorang budak
kecil, kita sebagai guru hendaklah melakukan sebagai budak kecil juga, supaya dia
mudah faham.

25
Demikianlah pendekatan pendidikan Rasulullah apabila berhadapan dengan umat-
umatnya. Hal ini selaras dengan firman ALLAH SWT, “Serulah kepada Tuhanmu
secara hikmah dan pengajaran yang baik, dan berhujah dengan mererka
secara yang baik”. (An Nahl: 125).

Dalam menunaikan tuntutan hikmah dan bijaksana itu, Rasulullah membahagikan


golongan yang menjadi sasaran dakwah dan pendidikan kepada 3 kategori, iaitu
yang pertama ialah Golongan Khawas (istimewa), kedua, Golongan Awam, dan
ketiga, Golongan Degil.

a) Golongan Khawas (istimewa) ialah orang-orang yang menerima


kebenaran hanya apabila ia disampaikan dengan hujah yang tepat, jelas dan benar.
Mereka adalah golongan bijak pandai, cerdik dan berilmu. Mereka hanya akan
menerima sesuatu kalau ada dalilnya.

Untuk menghadapi mereka, Rasulullah menggunakan susunan perkataan yang


mengandungi hukum yang sahih dan dalil yang terang serta hujah-hujah yang tepat.
Hingga dengan itu hilanglah keraguan mereka, bahkan mererka melihat Islam begitu
tinggi nilai kebenarannya yakni mengatasi pegangan-pegangan yang lain.

b) Golongan Awam pula tidak memerlukan hujah yang ilmiah dalam


menerima kebenaran, kerana fikiran mereka tidak diragukan oleh berbagai-bagai
persoalan. (Tidak seperti golongan khawas, golongan ini banyak sangat bertanya
dan hampir-hampir mereka tidak dapat berbuat dengan suruhan). Sebaliknya
golongan awam cukup dengan melihat kebaikan yang ada untuk dibuat pegangan
hidup.

Kerana itu Rasulullah mendekati mereka dengan nasihat yang baik. Iaitu dengan
mendatangkan iktibar yang memuaskan hati atau yang memberi pengajaran,
pendidikan serta ibarat-ibarat yang memberi manfaat.

c) Golongan Degil ialah golongan yang mempunyai rasa tidak senang


dengan sesuatu. Untuk mendekati mereka, Rasulullah mengajak mereka berdailog
tentang hal-hal yang tidak disenangi itu.

26
Dialog itu dibuat dengan sebaik-baiknya, mudah dan lemah lembut. Hujah-hujahnya
adalah hujah logik yang boleh diterima akal, demi memadamkan hujah yang
membuat hati mereka tidak senang dengan Islam. Hasil dialog membolehkan
mereka menerima perintah-perintah ALLAH. Kalaupun mereka tidak boleh terima,
mereka sudah tidak ada hujah lagi untuk menolaknya. Contoh hujah sepertimana
firman ALLAH, “Katakanlah, kemukakanlah 10 surat yang diada-adakan itu yang
menyamai Al Quran. Dan panggilah siapa-siapa yang kamu sanggup selain
ALLAH, kalau kamu memang orang-orang yang benar”. (Hud: 13)

Demikianlah 3 pendekatan yang digunakan oleh Sistem Pendidikan Rasulullah. Dan


ianya dibuat dengan cara penyampaian yang berbagai-bagai pula, samada dengan
menjawab soalan, mengaju sendiri soalan dan menjawabnya pula atau membuat
bandingan dan lain-lain. Segala-galanya dibuat untuk lebih menarik perhatian dan
kefahaman. Dan biasanya, percakapan Rasululah itu tepat, ringkas, padat dan tidak
menjemukan. Adakah kita menggunakan pendekatan seperti itu?. Iaitu
membahagikan manusia kepada beberapa golongan pencari kebenaran.

Rasulullah SAW membahagikan manusia kepada tahap penerimaan mereka kepada


kebenaran. Supaya setiap usaha dakwah yang melibatkan masa dan wang tidak sia-
sia begitu sahaja kerana tidak menepati golongan sasaran. Dalam erti kata lain,
perbelanjaan ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mendapat pulangan yang
setimpal, iaitu kelahiran anak soleh dengan kos yang minimum.

G)APA SUMBER AMBILAN PENDIDIKAN RASULULLAH SAW?

Seperti yang diketahui, pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah ialah


Pembinaan Insan. Sebab tanpa pembinaan insan (iman dan akhlak), pembinaan
material akan melahirkan masyarakat yang tempang dan pincang. Keadilan,
keamanan dan kebahagiaan hidup masyarakat akan hilang.

Justeru itu, sumber utama ambilan Rasulullah untuk mendidik jiwa dan rohani
manusia ialah dengan Al Quran dan Hadis. Sebab ALLAH yang mencipta manusia,
ALLAH jugalah yang tahu bagaimana untuk membaiki dan mendidik hati-hati
manusia. Kita lihat apa langkah-langkah pendidikan yang diambil Al Quran dan
Hadis untuk mendidik akhlak, jiwa dan fikiran manusia.

27
1) Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa kehambaan yang tinggi terhadap
ALLAH SWT. Ini dibuat dengan membawa manusia berfikir tentang kebesaran
ALLAH, kuasa ALLAH, kehebatan ALLAH, kebaikan ALLAH, rahmat ALLAH serta
nikmatnya.

2) Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga ALLAH, rahmat ALLAH,
keampunan ALLAH, bantuan ALLAH dan lain-lain. Ini dilakukan dengan menyebut
khabar-khabar gembira (tabsyir) tentang perkara-perkara tersebut.

3) Mendidik iman dan taqwa di hati agar manusia berasa gerun dengan Neraka
dan azab ALLAH, serta ugutan-ugutan dan kemurkaan ALLAH. Hal ini didapati
dengan menyebut perkara-perkara yang menakutkan manusia (tanzir).

4) Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia. Untuk itu,
Al Quran banyak menceritakan sejarah hidup para nabi, rasul dan orang-orang soleh
agar menjadi panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan sebenar.

5) Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat dan agar selamat daripada
api Neraka. Maka diceritakan perihal orang-orang jahat atau musuh ALLAH seperti
Firaun, Namrud, Qarun, Haman, dan lain-lain.

6) Mendidik manusia agar memiliki sikap hidup yang khusus sebagai seorang
Islam, agar selamat di dunia dan di Akhirat. Maka Al Quran mengajar tentang syariat
atau hukum-hakam ALLAH. Ada perkara haram dan makruh yang perlu dijauhi. Ada
perkara wajib dan harus yang perlu dibuat. Oleh kerana kita mementingkan
pendidikan material untuk membangunkan negara, maka kita kurang menumpukan
kepada pembinaan insan (jiwa).

Justeru itu, sumber rujukan kita ialah kitab dunia, iaitu Sains Encyclopedia, National
Geography, dan lain-lain. Kita hendak melahirkan saintis-saintis yang terhebat
dengan ciptaan-ciptaan yang anggun.

Maka, Al Quran dan Sunnah tinggal jadi bahan pameran dan harapan sahaja.
Konon-kononnya, kita sebagai pejuang agama ALLAH tidak mungkin dibiarkan
begitu sahaja oleh ALLAH SWT. Pasti akan ditolongnya memerangi tentera kafir.

28
Begitu sekali sangkaan kita, sehingga tidak sempat hendak mencermin diri samada
kita layak untuk menerima kurniaan ALLAH sebesar itu.

H)AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI CONTOH DAN ‘ROLE MODEL’

Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Apa yang baginda cakapkan,
baginda laksanakan.

Inilah rahsia pendidikan yang cukup penting, iaitu guru melaksanakan dahulu
sebelum diajar kepada murid-murid. Sebagaimana perintah ALLAH, “Wahai orang-
orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak
berbuat. Amat besar kebencian di sisi ALLAH bila kamu mengatakan apa yang
tidak kamu lakukan”. (As Saff: 2-3)

ALLAH marah dan benci pada seseorang yang pandai bercakap tapi tidak berbuat.
Kerana sikap itu akan mempersia-siakan ilmu. Dia akan membuat orang yang diajar
pun bersikap serupa. Sehingga ilmu hanya untuk dibanggakan tapi tidak
dilaksanakan.

Ini bertentangan dengan kehendak Al Quran dan Sunnah itu sendiri. Sebab
pendidikan Islam itu mengajarkan cara hidup yang mesti ditegakkan dalam realiti
kehidupan, kerana Islam itu ‘Cara Hidup’ (Dinulhayah). Bagaimana hendak
dikatakan cara hidup, kalau semua ilmu Islam setakat di akal fikiran (teori semata),
bukan dilaksanakan secara praktis dalam semua aspek kehidupan.

Rasulullah SAW telah membuktikan tentang praktikalnya Al Quran, sekaligus


memberi contoh tentang cara hidup Islam yang diperintahkan oleh ALLAH SWT.
Sikap dan akhlak baginda itu dicontohi dan dikuti oleh para sahabat. Mereka pelajari
dikala Rasulullah bersama-sama mereka. Sembahyang berjemaah, makan
sedulang, tidur sebantal. Duduk tidak pernah tinggi daripada sahabat, pakaian tidak
berbeza dengan sahabat. Baginda bercakap, berbincang dan bermesra bahkan
bergurau dengan sahabat.

Dengan kebenaran dan keindahan Islam yang begitu menarik hati, yang kelihatan
pada diri Rasulullah, sahabat-sahabat berlumba-lumba untuk mencontohi Rasulullah

29
dalam apa juga yang baginda lakukan. Rasulullah benar-benar satu teladan yang
dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya.

Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah itu, maka para sahabat rela
hidup semati bersama Rasulullah. Apa kata Rasulullah, ditaati sepenuh hati. Bahkan
mereka sanggup mati demi mempertahankan dan melindungi Rasulullah.

Dengan itu, setiap hukum-hakam ALLAH yang disampaikan pada mereka, bukan
saja mereka dengar dan patuh, bahkan mereka perjuangkan dengan rela hati
sebagai cita-cita hidup. Dan mereka berkorban apa saja hingga rela terkorban
segala-galanya demi untuk ALLAH dan Rasul.

Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak. Ia mampu membeli hati-hati manusia
dan menyatukan hati-hati itu dalam satu barisan yang teratur kukuh. Dan hati
manusia tidak boleh dibeli dengan wang, projek, dan sebagainya. Sebagaimana
firman ALLAH SWT, “Jika kamu belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk
menjinakkan hati manusia, nescaya kamu tidak dapat melakukannya. Tapi
ALLAH-lah yang menjinakkannya”. (Al Anfal: 63)

6.0Kesimpulan

Semua aspek sistem pendidikan bercanggah dengan cara yang Nabi SAW buat!.
Baik dari segi kaedah, tujuan, dasar, pendekatan dakwah, dan lain-lain. Sedangkan
itu semua adalah siasah yang wajib dalam Sistem Pendidikan Rasulullah. Satu-
satunya sistem pendidikan di dunia yang telah berjaya menegakkan Sistem Islam
(hukum hakam Islam) dalam kehidupan manusia sehingga meliputi 3/4 dunia.

Jelasnya, kita manusia bergelar umat moden abab ke 22 masih meraba-meraba


mencari suatu kaedah pendidikan yang boleh menjadikan menusia sebagai seorang
hamba dan khalifah ALLAH yang sebenar-benarnya. Apa rahsia kejayaan Rasulullah
SAW sehingga berjaya membentuk manusia menjadi ‘sebagai Abid di malam hari,
dan pejuang ALLAH di siang hari’ itu?.

30
Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Rasulullah mempunyai sahabat-sahabat
seperjuangan yang berhati ‘Zuhud’ dengan dunia. Hati mereka tidak terpaut dengan
dunia yang sementara. Kerana hati mereka terpaut dengan kehidupan Akhirat yang
kekal abadi. Justru itu, mereka bertindak memperalatkan dunia untuk tujuan
memburu Akhirat, kerana ‘Dunia itu tanam-tanaman untuk ke akhirat’. (hadis).

Dengan adanya sahabat-sahabat Rasulullah yang berjiwa sedemikian, maka dengan


mudah dan cepat Sistem Hidup Islam atau hukum ALLAH itu tertegak dalam
kehidupan masyarakat. Dengan iman dan taqwa mereka cukup berani untuk
memecah tradisi hidup jahiliah untuk digantikan dengan Islam.

Amalan Islam yang adil, berakhlak dan sesuai dengan fitrah manusia yang mereka
amalkan membuatkan orang ramai tertarik sehingga mendorong mereka masuk
Islam serta turut sama membangunkan cara hidup Islam.

Kejayaan sedemikian berpunca daripada pendidikan insan (jiwa) yang menjadi


‘priority’ dalam proses pendidikan Rasulullah SAW. Baginda mendidik hati agar
zuhud dengan dunia, dan sebagai gantinya baginda menanamkan rasa cinta kepada
kehidupan akhirat.

Dengan adanya sifat zuhud maka manusia tidak terhalang untuk melaksanakan dan
memperjuangkan hukum-hakam ALLAH dalam kehidupan manusia sejagat. Secara
otomatiknya, pembangunan fizikal turut berlaku yang memungkinkan lahirnya
Tamadun dan Kebudayaan Islam yang sebenar. Tamadun dan budaya yang suci
murni terbit dari hati hamba dan khalifah ALLAH yang bertaqwa. Inilah yang diberi
pujian oleh ALLAH SWT sebagai, “Negara yang aman makmur dan mendapat
keampunan ALLAH” dan sewajarlah mereka mendapat bantuan ALLAH terhadap
orang-orang kafir sebagaimana janji-Nya, “ALLAH menolong orang-orang yang
bertaqwa”.

31
Bibliografi

Syed Ali Ashraf. Horizon Baru dalam Pendidikan Islam. Penterjemah, Ismail Ahmad.
DBP 1994

Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

H.H Bilgrami dan S.A. Ashraf. The Concept of an Islamic University

Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad. Islamic Sociology: An Introduction

Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam, DBP 1992

Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi. Pendidikan Rasulullah.

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Islam 2011 (KO-PIM ’11)

The Star, 9 Disember 2006

Berita Harian, 10 Disember 2006

32

You might also like