You are on page 1of 15

KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM

1. Kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau
satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang
dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)
2. Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan unutk memandu guru
mengajar kumpulan murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)
3. Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan P&P yang
mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi satu subjek.
4. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang
mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan
daripada generasi ke generasi yang lain.
5. Contohnya : KBSM(Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)
6. Konsep kurikulum dapat dikategorikan kepada 5 iaitu:-
a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri
daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-ciri
pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan
dan cara penilaian.
b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih
menarik. Ini membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan
dengan berkesan.
c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada subjek yang
diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan.
d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan
sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan
mendapat pengalaman.
e) Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui
pembelajaran terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan.
CTHNYA: interaksi dan komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi
lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan
masyarakat.

1
KURIKULUM (MATLAMAT DAN OBJEKTIF)

1. Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak
disampaikan.
2. Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu.
3. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat
perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari
semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut
keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini.
4. Kurikulum pendidikan (KP) yg dibina baig melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir.
Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur
nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum
telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum.
5. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk
menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia.
6. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyrakat yang bersatu padu dan
menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.
7. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah
air.

2
HALA TUJU KURIKULUM

1. Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari


segi sahsiah dan akademik.
2. Kurikulum yang dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani,
rohani dan emosi.
3. Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran belajar
dan genetik. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran.
Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung secara berterusan ke
arah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan
yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan
komunikasi
4. Aspek pembangunan intelek tidak mencukupi, kurikulum perlu menekankan aspek
jasmani, rohani dan emosi, pengajaran Pendidikan Jasmani, pelaksanaan
kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral kepada semua peringkat perlu
diperkukuhkan.
5. Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada
penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang terampil tetapi aspek melahirkan
usaha yang berwibawa, terancang dan ketahanan diri yang tinggi juga diberi
perhatian.
6. Kurikulum perlu besifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan
corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

3
PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM (PPK)

1. Pembangun kurikulum perlu mengkaji


a) Teori-teori berkaitan dengan kurikulum
b) Falsafah pembentukan kurikulum
c) Kriteria pembentukan kurikulum

2. Teori berkaitan dengan kurikulum :


Terdapat 3 kategori utama dalam merekabentuk kurikulum:-
 Teori tradisional
- Didukung oleh ahli-ahli akademik seperti Dewey, Bobbit, Tyler,Taba, Dull
dan lain-lain.
- Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali kurikulum
tersurat. Ini kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan
sama ada tercapai atau tidak.
- Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan
- Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan dan
dikawal.
- Kurikulum dibina dgn mengambil proses pemecahan tingkah laku. Pengajar
bertindak sbg penyampai maklumat dan ditatih dlm melaksanakan kurikulum
dgn berkesan.
 Teori konseptual
- Didukung oleh kebanyakan ahli akademik yang berfahaman psikologi
kognitif seperti Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain.
- Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut
konsep utama. Konsep utama diorganisasikan untuk mendedahkan
hubungan penting dan seterusnya menghasilkan kurikulum tersusun
sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan
mudah.
- Member fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan
pada kandungan kurikulum.
- Teori ini menggunakan kaedah penelitian dlm sains bagi menghasilkan
generalisasi yang membolehkan pendidik meramal dan mengendalikan apa-
apa yang berlaku di sekolah.

4
 Teori rekonseptual
- Didukung oleh kebanyakan yg berfahaman Marxism dan Neo-Marxism
seperti James Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg, Robert Yoong dan
lain-lain.
- Merupakan bidang yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan
ketika membuat keputusan.
- Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-lumus
mencari maklumat dari bukti bertulis berbanding menggunakan
kebijaksanaan sendiri.
- Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang
membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum
bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran dan
berupaya mengubah masyarakat.
- Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa ke
semasa serta mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yang
mempengaruhi kehidupan.

5
FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

1. Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara


keseluruhan, mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara
2. Kandungan falsafah membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai
secara dalaman dan luaran hala tuju pendidikan
3. Oleh itu, falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum
4. Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi reka bentuk kurikulum.
Antaranya:
a) Idealisme
- Menganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir
- Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran
b) Realisme
- Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran apa-apa
yang dapat dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan dan
lengkap.
- Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran
manusia.
c) Paramatism
- Sekiranya satu idea dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Iaitu idea
yang sah adalah idea yang dapat dibuktikan.
- Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yang
berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai
bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
- Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu
tetapi pengetahuan ialah mengaplikasikan ilmu sebagai panduan dan
pedoman hidup.
- Iaitu bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi
menggunakan ilmu.
- Aliran ini dapat dilihat dalam sistem peperiksaan awam di Malaysia
yang berubah diri soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan
pemikiran.

6
d) Perialisme
- Adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel.
- Menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap.
- Perbezaan manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia
berfikir, pendidikan adalah keperluan untuk hidup.
- Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui
pengujian berstruktur.
- Kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat.
- Di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima dan
kurikulum terbina adalah muktamad.
e) Essentialisme
- Menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam
pembelajaran.
- Ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yang diperlukan dan
tidak perlu dalam pendidikan.
- Kurikulum yg dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa
dan mengutamakan tamadun masa lampau serta merangsang
kebijaksanaan masa hadapan.
f) Progressivesme
- Menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan
dan bukan ketekalan.
- Memfokuskan kepada pendekatan p&p berpusat pelajar dan
pengajaran melalui alat bantuan belajar.
- Memberi penekanan kepada demokrasi. Sekolah perlu membina
suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar dan bukan
persaingan. Guru berperanan fasilitator dan bukan guru tradisional
- Menganggap perubahan yang dihasilkan bergantung kepada
kecenderungan dan minat pelajar.
- Pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman langsung
menjadi pengetahuan.
- Pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana
manusia terus hidup dan berfikir.

7
g) Rekonstrutionalisme
- Menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab
sosial serta melahirkan masyarakat berilmu.
- Percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan yang
berkesan dalam pendidikan dan masyarakat.
h) Eksistensialisme
- Mementingkan pendidikan melalui persekitaran.
- Guru membantu murid dalam proses penerokaan.
- Persekitaran memainkan peranan penting dalam membina
pendidikan.
- Dunia sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara
individu.

8
KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

1. Dikategorikan kepada tiga kaedah :


a) Berpusatkan subjek
b) Berpusatkan pelajar
c) Berpusatkan masalah

2. Reka bentuk berpusatkan subjek


- Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran yang terdiri daripada:-
 reka bentuk mata pelajaran
 reka bentuk disiplin
 reka bentuk bersepadu
 reka bentuk korelasi
a) Reka bentuk mata pelajaran
- Ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum.
- Merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran
yang terdapat dalam buku teks.
- Ilmu disusun menjadi teratur dan berperanan sebagai subjek.
- Bagi memudahkan pembelajaran, konsep disusun daripada ringkas ke
kompleks.
- Tumpuan pelajaran tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.
b) Reka bentuk disiplin
- Setiap subjek mempunyai disiplin ilmu tersendiri iaitu cara dan proses.
- Ia menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu.
c) Reka bentuk bersepadu
- Menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu mata pelajaran
yang bersepadu.
- Membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing
- Menghilangkan sempadan matapelajran dan disiplin
- Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih
bermakna.
d) Reka bentuk korelasi
- Mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan untuk
mengurangkan pemisahan antara subjek.

9
3. Reka bentuk berpusatkan pelajar
- Menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalm bidang
pendidikan.
- Berdasarkan kepada falsafah progressivesme.
- Terbahagi kepada 3 kategori
 Reka bentuk berpusatkan pelajar
 Reka bentuk berpusatkan pengalaman
 Reka bentuk berpusatkan humanistik
a) Reka bentuk berpusatkan pelajar
- Pembinaan kurikulum berdasarkan kepada pendekatan semulajadi
pelajar ketika belajar.
- Menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi
peluang utk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajaran.
b) Reka bentuk berpusatkan pengalaman
- Sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar.
- Penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina
kurikulum.
- Ianya berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan
pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh dijangka, oleh itu
kurikulum tidak akan dirancang dengan awal.
- Kurikulum ini dibina setelah pendidik mengenali pelajar.

c) Reka bentuk berpusatkan humanistik

- Mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan


membina tugasan atas kesedaran diri sendiri.
- Menyatupadukan unsur kognitif dan afektif(sikap).
- Memberi penekanan kepada isi kandungan, kognitif pengalaman dan
perasaan.
- Menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan
amalan.
- Menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara
keseluruhan.

10
4. Reka bentuk berpusatkan masalah
- Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan.
- Meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan
kemasyarakatan iaitu terbahagi kepada tiga :
 reka bentuk situasi – kehidupan
 reka bentuk semula masyarakat
i. Reka bentuk situasi – kehidupan
b. lebih mirip kepada teori konseptual.
c. berpendapat pembelajaran lebih bermakna jika pembelajaran itu boleh
di aplikasikan dalam kehidupan secara terus.
d. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah
juga menjadi dasar dalam reka bentuk diri.
b) Reka bentuk semula masyarakat
- berorientasikan masyarakat.
- mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat
daripada aspek sosial, politik dan ekonomi.
- dilihat berupaya menjadi ejen perubahan dalam masyarakat.
- menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang
berkualiti

11
KURIKULUM TEKNOLOGI PEMBINAAN

1. Selaras dengan kehendak FPK. Tujuan penggubalan adalah untuk :

 memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan. Latihan yang

diberikan merangkumi kerja-kerja asas pembinaan bangunan bermula dari kerja-kerja

merancang dan menyediakan pelan, anggaran bahan, penyediaan tapak binaan, kerja-kerja

pembinaan termasuk kerja-kerja arkitek, mekanikal dan elektrikal sehinggalah kerja-kerja

penyudahan dan penyerahan bangunan. Lulusan kursus ini akan menerima Diploma Teknologi

Binaan.

 menyediakan pelajar semester 8 untuk menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training)

selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat

kerja yang sebenar.

 memastikan pelajar yang tamat dengan jayanya mempunyai peluang yang cerah untuk bekerja

di sektor pembinaan sebagai Juruteknik Teknologi Binaan atau Pembantu Teknik Teknologi
Binaan. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UteM,

UTHM, UTM dan lain-lain IPT Kemahiran yang berkaitan.

2. Kurikulum Teknologi Pembinaan

 Modul Vokasional
CCCT101 Introduction to Construction Technology

CCCT102 Safety Practices in Construction Industry

CCCT103 Construction Tools and Equipments

CCCT104 Technical and Building Drawing

CCCT105 Shallow and Deep Foundation

CCCT106 Reinforcement and Concrete Works

CCCT207 Frame Structures

CCCT208 Brick Works

CCCT209 Plastering Works

CCCT210 Finishing Works

CCCT211 Sanitation, Drainage and Sewerage Material

CCCT312 Fencing Works

CCCT313 Building Drawing

CCCT314 Formwork and Concrete Works 2

CCCT315 Masonry Works

CCCT316 Scaffolding System

CCCT417 Plastering and Works 2


CCCT418 Finishing Works 2

CCCT419 Sanitation, Drainage and Sewerage System

12
CCCT420 Building Maintenance

CCCT521 Cost and Estimating Works

CCCT522 Site Preparation 2

CCCT523 Roofing Works

CCCT524 Decorative Retaining Walls

CCCT625 Demolishing and Renovation Works

CCCT626 Construction Management

CCCT627 Construction Community Project

DCCT728 Manage Pre Construction Activities

DCCT729 Manage Civil Engineering Works

DCCT730 Civil and Structural Works

DCCT731 Add Diploma Module

DCCT832 Civil Engineering and Structural Site Management

DCCT833 Manage Site Personnel

DCCT834 Add Diploma Module

DCCT835 Add Diploma Module 2

 Modul Umum
AMT Bahasa Melayu I – VI

AMT Pendidikan Islam I – IV

AMT Pendidikan Moral I – IV

AMT English I – II

AMT Sejarah

AMT Mathematics

AMT Mathematics for Technology

AMT Sciences

AMT Science For Technology

SUK Sukan I – V
PJK PJ & PK

KKU Kokurikulum I – V

PLKN Kokurikulum (PLKN)

1. Penilaian Teknologi Pembinaan

a) Penilaian Formatif
 Menilai program utk perbaiki kurikulum dan p&p
 Membentuk maklumat dan objektif program.

13
b) Penilaian Sumatif
 Akhir pelajaran PK – samada setiap akhir unit atau akhir semester
 Ujian yang standard
 Menentukan tahap pancapaian murid
 Menentukan keberkesanan kurikulum, pengajaran guru dan
pembelajaran murid.

c) Penilaian berterusan dan tidak formal


 Penilaian tentang apa yang telah dilaksanakan
 Maklumbalas semasa terhadap tindakan/ kerja murid.
 Maklumbalas secara spontan melalui pemerhatian.

14
15

You might also like