You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


KALI KEDUA SESI 2014/2015

Tarikh : 13 JANUARI 2015 (Selasa)


Masa : 2.00 pm
Tempat: : Bilik Mesyuarat SKCB2

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Pengesahan Minit Mesyuarat kali Pertama
4. Laporan Kewangan
5. Penetapan Aktiviti Tahunan
6. Kutipan PIBG
7. Hal hal Lain
8. Ucapan Penangguhan

Kehadiran :
1. En Bahari bin Abdullah ( Yang Dipertua )
2. En. Zakaria bin Sulong ( AJK )
3. Pn Faridah Akmal binti Hamzah ( AJK )
4. Pn. Zaini binti Muda (AJK)
5. Pn.Noraini binti Othman ( Naib YDP)
6. En Baharuddin bin Mohamad Daud (AJK)
7. Pn. Che Hasnah binti Khalid (AJK)
8. Pn. Azlina binti Mat Jusoh (AJK)
9. Pn Rohafaridah binti Ibrahim ( Bendahari )
10. En Mahadzir bin Mohammed Yassin ( Setiausaha )

Turut hadir

1. Pn. Zabidah binti Sulaiman (Guru Besar- Penasihat )


2. Pn Rohaiti binti Ismail ( GPK Pentadbiran)
3. En. Kauziran bin Mamat ( GPK Kokurikulum )

Tidak Hadir
1. En. Abdullah bin Isa – bersebab
2. En. Othman bin Mamat - bersebab
1.0 Ucapan Pengerusi (Yang Dipertua)
1.1 Yang Dipertua mempengerusikan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang sudi hadir pada mesyuarat
kali kedua ini.
1.3 Sangat berpuashati dengan perubahan yang dibawa oleh Pn Zabidah Sulaiman selaku Guru
Besar SK Cheneh Baru 2 dan ucapan tahniah kerana program bersama INTAN Wilayah Timur
(Majlis Bdruka Puasa)
1.4 Ucapan tahniah kerana Progran STF SKCB 2 adalah yang terbaik di kawasan Ceneh dan
pencapaian UPSR turut meningkat dari segi GPS sekolah
1.5 Memaklumkan tentang bencana alam – banjir yang turut dirasai oleh penduduk sekitar sekolah
dan murid SKCB 2 merupakan mangsa keadaan banjir. Namun bersyukur sekolah tidak
tenggelam dengan banjir yang berlaku.
1.6 Berharap agar semua pihak berganding bahu untuk memantapkan lagi pendidikan anak-anak di
SKCB 2.

2.0 Ucapan Penasihat (Guru Besar)


2.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi dan semua AJK yang sudi hadir
2.2 Memaklumkan kehadiran guru yang bermula lebih awal pada akhir tahun 2014 dalam
usaha membuat persiapan persekolahan sesi 2015.
2.3 Memaklumkan bahasa SKCB 2 telah melaksanakan program ‘cakna belajar’ di masa cuti
namun kehadiran murid amat sedikit. Turut maklumkan bahawa bekalan kerusi dan meja
untuk murid dan guru telah diperolehi untuk memastikan P&P berjalan dengan lancar.
2.4 Berpuas hati dengan kerja berpasukan yang ditunjukkan leh guru-guru dan memaklumkan
bahawa peperiksaan awam UPSR telah menghasilkan sejumlah6 orang (5A) dan 6
orang (4A). Mesasarkan 100% LSMP bagi 2014. Pencapaian GPS sekolah turut meningkat
kepada 2.01 berbanding yang lepas.
2.5 Calon yang mendapat keputusan 5A dan 4 A1B medapat tempat di sekolah berasrama
penuh.
2.6 Makluman kepada ahli mesyuarat, pada 15 Januari 2015, pihak sekolah akan mengadakan
majlis kesyukuran pencapaian sekolah dalam UPSR dan menjalankan program motivasi
untuk ibu bapa tahun 6. Semua AJK dijemput hadir untuk menyiang daging pada malam
khamis.

3.0 Laporan Kewangan


3.1 Penyatakan di sahkan oleh En Zakaria bin Sulong dan di sokong oleh En. Baharuddin
Mohamad Daud
Baki terkini pada13 Januari 2015 adalah sebanyak RM
3.2 Tiada perkara berbangkit
Tindakan : Bendahari PIBG

4.0. Pengesahan Minit Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 2014/2015


4.1 En. Zakaria bin Sulong mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan
En. Mohd. Suhardi bin Mamat menyokong

5.0 Perkara Berbangkit


5.1 En. Mohd Nazri bin Nasir membangkitkan isu lampu ‘spot light, sama ada sudah dipasang
atau belum.
YDP memaklumkan belum menerima apa-apa maklum balas daripada Pn. Kasman Azati
binti Othman (AJK) yang bersetuju untuk melihat perkara tersebut. Meohon SU membuat
tindakan susulan
Tindakan : SU PIBG
5.2 En Zakaria bin Sulong membangkitkan program karnival pendidikan yang dicadangkan
dalam mesyuarat pertama dahulu
Pn. Zabidah binti Sulaiman memaklumkan program tersebut tidak dapat dijalankan pada
tahun lepas dan akan cuba laksanakan pada tahun 2015.
6.0 Penetapan Mesyuarat Agong PIBG 2015
5.1 AJK bersetuju sebulat suara untuk melangsungkan mesyuarat tersebut pada 1 Mac 2015
dan Perasminya adalah Adun DUN Air Puteh.
SU akan mendapatkan pengesahan daripada pejabat Adun mengenai hal ini.
Tindakan : Setiausaha
5.2 YDP mencadangkan agar dilantik daripada individu yang dapat memberikan sumbangan
kepada PIBG dan dipersetujui oleh majlis.
SU cadangkan agar perkara ini dibawa ke dalam mesyuarat agong untuk dipersetujui.

7.0 Hal-hal Lain


7.1 En Zakaria bin Sulong bertanyakan tentang program menambah dana PIBG dengan
penanaman sawit. Turut membangkitkan sumbangan RM 15 sepokok dari setiap AJK
PIBG.
Pn. Zabidah memaklumkan bahawa pihak LRT Sdn. Bhd bersetuju untuk menyumbang
anak pokok kelapa sawit tetapi ingin meneliti dahulu tapak penanaman dan sehingga
sekarang masih tergantung program tersebut.
YDP pohon pihak sekolah berhubung kembali dengan pihak LRT Sdn. Bhd
7.2 En. Zakaria bin Sulong mencadangkan agar dipasang lampu di luar pagar sekolah kerana
suasana gelap dan merbahaya kepada murid yang belajar di kelas malam.
YDP pohon SU PIBG berhubung dengan SU JKKK Pkt. 3B untuk menyelaraskan usaha
ini.
Tindakan : SU PIBG
7.3 YDP pohon agar mesyuarat AJK PIBG diadakan lebih kerap dan turut membangkitkan
cabaran YB Wan Abdul Hakim mengenai RM per RM menambah dana PIBG. Aktiviti perlu
dirancang untuk menambah dana tersebut dan dana terkumpul sehingga kini berjumlah RM
800.
7.4 En. Zakaria bin Sulong mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana pencapaian sekolah
meningkat dan pohon maaf kerana ada aktiviti yang tidak dapat dihadiri lantaran keuzuran.
Turut membangkitkan sumbangan anak yang memasuki SBP dan Yayasan Terengganu
dan pohon pihak sekolah membantu ibu bapa yang layak.
7.5. Pn Noraini Othman mencadangkan agar dibuat kutipan dari ibu bapa yang menghadiri
program pihak sekolah dari masa ke semasa.
7.6 Pn. Rohaiti binti Ismail memaklumkan program motivasi dan Kesyukuran pada 15 Januari
2015 dan mengalukan kehadiran ahli dan ibu bapa pada hari tersebut.
7.7 Pn Zabidah binti Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang
memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian
murid terutama UPSR. Berharap agar kerjasama akan berterusan.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 12:00 pm dengan bacaan surah Al-Asr

Disediakan oleh,

( MAHADZIR MOHAMMED YASSIN )


Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Cheneh Baru 2,
24000 Kemaman,
Terengganu.

Sk. 1. Fail Induk


2. Fail Mesyuarat/ AJK
3. Guru besar

You might also like