You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


KALI PERTAMA SESI 2014/2015

Tarikh : 17 JULAI 2014


Masa : 9.30 am
Tempat: : Bilik Mesyuarat SKCB2

Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Laporan Kewangan
4. Penetapan Aktiviti Tahunan
5. Kutipan PIBG
6. Hal hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

Kehadiran :
1. En Bahari bin Abdullah ( Naib Yang Dipertua )
2. En. Zakaria bin Sulong ( AJK )
3. Pn Syarifah binti Husain ( AJK )
4. En Baharuddin bin Mohamad Daud (AJK)
5. En. Abdullah bin Isa (AJK)
6. Pn. Che Hasnah binti Khalid (AJK)
7. Pn. Azlina binti Mat Jusoh (AJK)
8. Pn Rohafaridah binti Ibrahim ( Bendahari )
9. En Mahadzir bin Mohammed Yassin ( Setiausaha )

Turut hadir

1. Pn. Zabidah binti Sulaiman (Guru Besar- Penasihat )


2. Pn Rohaiti binti Ismail ( GPK Pentadbiran)
3. En. Kauziran bin Mamat ( GPK Kokurikulum )

Tidak Hadir
1. Pn Noraini binti Othman ( Naib Yang Dipertua ) - bersebab
2. Pn Safiah binti Idris (AJK ) - bersebab
3. Pn Zaini binti Muda (AJK) - bersebab

1.0 Ucapan Pengerusi (Yang Dipertua)


1.1 Yang Dipertua mempengerusikan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang sudi hadir pada mesyuarat
kali pertama ini
1.3 Mempengerusikan mesyuarat mengikut kemampuannya disebabkan kurang arif namun akan
berusaha mengikut agenda yang telah diberikan
1.4 Sangat berpuashati dengan perubahan yang dibawa oleh Pn Zabidah Sulaiman selaku Guru
Besar SK Cheneh Baru 2 dan ucapan tahniah kerana program bersama INTAN Wilayah Timur
(Majlis Bdruka Puasa)
1.5 Pohon maaf berhubung dengan program pendidikan anjuran FELDA yang tegas dalam
meluluskan peruntukan pendidikan yang disediakan dan turut membangkitkan masalah
pengurusan FELDA yang tidak dimaklumkan dan dijemput turut serta dalam program
pendidikan di sekolah.
1.6 Ucapan tahniah kerana Progran STF SKCB 2 adalah yang terbaik di kawasan Ceneh.
1.7 Aduan ibu bapa tentang sekolah sehingga kini adalah terkawal dan berjaya diselesaikan
dengan baik oleh YDP PIBG.

2.0 Ucapan Penasihat (Guru Besar)


2.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi dan semua AJK yang sudi hadir
2.2 Pohon maaf kerana merasakan agak laju dalam memperkenalkan pembaharuan di SKCB 2
dan berkemungkinan akan ditarik ke bandar atas keperluan jabatan.
2.3 Memaklumkan bahasa SKCB 2 telah mempunyai hubungan yang baik dengan Ladang
Rakyat Terengganu dan pihak Kilang Sawit Rakyat Ketengah Perwira dan berharap
hubungan dengan FELDA Neram 2 juga begitu. Akan membuktikan kemampuan pihak
sekolah dalam pencapaian UPSR kepada semua pihak.
2.4 Berpuas hati dengan kerja berpasukan yang ditunjukkan leh guru-guru dan memaklmkan
bahawa peperiksaan percubaan UPSR telah menghasilkan sejumlah 4 orang (5A) dan 11
orang (4A). Mesasarkan 100% LSMP bagi 2014.
2.5 Kelas malam akan dijalankan selepas Ramadan dan pohon kerjasama ibu bapa menjada
keselamatan anak-anak
2.6 5/8/2014 seramai 11 orang akan menyertai Kem UPSR peringkat PKG Cheneh Baru.
Sekolah turut mengambil bahagian dalam pertandingan 3K dan dinilai dalam bulan Ogos
nanti.
2.7 Memaklumkan beberapa program telah dirancang dan akan dilaksanakan seperti Jamuan
Hari Raya, Pelancaran Minggu Pra Kemerdekaan 2014 dan sebagainya.

3.0 Laporan Kewangan


3.1 Baki terkini pada 31 Mei 2014 adalah sebanyak RM
3.2 Kutipan yuran PIBG sedang dikutip setelah menerima kelulusan JPNT
3.3 Memohon kelulusan daripada semua ahli majlis untk menukar tandatangan bagi
pengeluaran wang di Bank Islam. Tandantangan lama adalah Pn Cik Rugayah Abdullah,
En. Hayazi dan En Bahari Abdullah. Majlis bersetuju dan bendahari diminta menguruskan
hal ini
Tindakan : Bendahari – 3.3

4.0 Penetapan Aktiviti Tahunan


4.1 AJK bersetuju sebulat suara dengan aktiviti yang dicadangkan antaranya :

BIL PROGRAM & AKTIVITI VOLUME JADUAL TINDAKAN


KERJA PELAKSANAA
N
1 Mesyuarat –mesyuarat 4x setahun Jan hingga Jawatankuasa
November
2 Mesyuarat AGUNG PIBG 1 setahun Februari/ Mac, Semua J/Kuasa
3 Program Solat Hajat 2 x setahun Januari - Jawatankuasa
november Ahli PIBG
4 Program gotong royong 1x setahun September Jawatankuasa
Ahli PIBG
5 Program bersamamu 1x setahun Peperiksaan Jawatankuasa
UPSR Ahli PIBG
6 Program kolaborasi PIBG SEPANJANG Jawatankuasa
TAHUN Ahli PIBG

4.1.1 Solat Hajat


4.1.1.1 Bersetuju mengadakan program ini sebanyak 2 kali iaitu pada 26 Jun 2013 (Rabu)
dan kali yang kedua pada 4 September 2014
4.1.1.2 Imam solat hajat akan diputuskan kemudian
4.1.1.3 Sumbangan bagi solat hajat adalah daripada ibu bapa seperti yang dipersetujui
dalam mesyuarat agung serta perjumpaan ibu bapa murid Tahun 6 yang lepas iaitu
RM10.00 minima
4.1.1.4 Surat sumbangan perlu diberikan awal bagi mendapatkan sumbangan yang
dinyatakan

TINDAKAN : Setiausaha – 4.1.1.4

4.1.2 Program Gotong Royong


4.1.2.1 Dilaksanakan bersama ibu bapa bagi program ini dengan cadangan antaranya :
4.1.2.1.1 Membaiki pagar yang rosak

4.1.2.2 Surat siaran berkenaan program perlu diberikan lebih awal bagi ibu bapa membuat
persediaan berkenaan projek yang dirancangkan ini.

TINDAKAN : Setiausaha – 4.1.2.3

4.1.3 Program Bersamamu


4.1.3.1 AJK dan ibu bapa murid yang mempunyai kelapangan sentiasa bersama murid bagi
memberi semangat, kata-kata perangsang dan motivasi semasa rehat pada hari
peperiksaan UPSR berlangsung

4.1.4 Program Kolaborasi


4.1.4.1 AJK menyertai program yang dianjurkan oleh SKCB2 seperti Maulidul Rasul, Sukan
sekolah dan sebagainya

4.1.5 Program Cakna Ibu bapa


4.1.5.1 AJK PIBG akan bekerjasama dengan guru untuk membuat lawatan ke rumah
mereka berjumpa dengan ibu bapa yang bermasalah seperti kehadiran ke sekolah,
disiplin dan sebagainya
4.1.5.2 Surat akan dikeluarkan oleh sekolah bagi tujuan tersebut

TINDAKAN : Pentadbir – 4.1.5.2

5.0 Hal-hal lain


5.1 Guru besar pohon jasa YDP PIBG agar memaklumkan kepada pihak sekolah jika ada
program di peringkat kampung dan menjemput sekolah menyertainya.
5.2 Guru Besar mencadangkan agar dilantik individu yang dihormati di kalangan penduduk
setempat sebagai AJK PIBG dengan harapan boleh memberikan sumbangan kepada
sekolah. Majlis bersetuju.

TINDAKAN : Setiausaha – 5.2

6.3 En. Abdullah bin Isa memohon sumbangan PIBG atau individu yang boleh menyumbang
tiang lampu untuk menerangkan kawasan sekolah terutama sekali apabila kelas malam
bermula
6.4 Guru besar memohon JKKK untuk menyediakan papan tanda sekolah dan dipersetujui oleh
YDP PIBG
6.5 En. Zakaria bin Sulong memohon pihak sekolah memastikan keselamatan murid yang
masuk di pintu pagar utama kerana bimnang dengan kenderaan penjaga yang menghantar
anak-anak ke sekolah. Mencadangkan agar karnival yang dicadangkan itu menjemput
agensi kerajaan yang lain seperti JPJ, Bomba, Kesihatan dan sebagainya.

7.0 Ucapan Penangguhan


7.1 Yang Dipertua juga berjanji akan membantu dan menyokong segala program yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah.
7.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas masa dan komitmen yang diberikan oleh semua
jawatankuasa yang hadir
7.3 Mesyuarat ditangguh pada pukul 12:00 pm dengan bacaan surah Al-Asr

Disediakan oleh,

( MAHADZIR MOHAMMED YASSIN )


Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Cheneh Baru 2,
24000 Kemaman,
Terengganu.

Sk. 1. Fail Induk


2. Fail Mesyuarat/ AJK
3. Guru besar

You might also like