You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANNE’S CONVENT

JALAN BUKIT AWI,


09000 KULIM, KEDAH.

KERTAS KERJA

PENUBUHAN PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANNES CONVENT

DISEDIAKAN OLEH:
KETUA PANITIA SAINS
SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANNE’S CONVENT

1.0 Pengenalan

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon persetujuan daripada pihak
tuan untuk merealisasikan pelaksanaan penubuhan Persatuan Sains dan Matematik di
Sekolah Menengah ST Anne’s Convent, Kulim. Pelaksanaan penubuhan persatuan yang
dirancang ini diharapkan dapat menarik minat murid terhadap matapelajaran Sains dan
Matematik serta melahirkan murid yang berketerampilan, dan juga melatih mereka untuk
berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif yang mampu bersaing dalam pendidikan masa
kini.

2.0 Matlamat Penubuhan

Pelaksanaan extra kokurikulum bagi Persatuan Sains dan Matematik ini bertujuan untuk
mendedahkan murid-murid untuk berfikir secara krtis and kreatif. Selain itu,
pelaksanaan persatuan ini mendedahkan murid untuk menambahkan pengetahun yang
berlebihan tentang Sains. Murid juga boleh belajar tentang pelbagai corak soalan
Matematik di samping belajar di dalam kelas.

3.0 Rasional

Penubuhan Persatuan Sains dan Matematik ini adalah penting kerana:

3.1 Persatuan ini akan berperanan sebagai salah satu plaform kepada murid SK ST
Anne’s Convent untuk mempelajaru tentang info-info Sains yang berlebihan.

3.2 Persatuan ini dapat memberi pendedahan kepada para murid tentang Sains dan
Matematik yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

3.3 Persatuan ini dapat melatih para murid mematuhi disiplin sama ada secara fizikal,
mental dan emosi yang berkesan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar
pada masa akan datang.

3.4 Penubuhan persatuan ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman
para murid terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam
kokurikulum.

4.0 Nama, logo, dan motto persatuan

Nama : Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan St Anne’s


Convent

Logo : Lampiran 1
Motto : ‘Bersama mencetus nilai estetik Sains dan Matematik’

5.0 Objektif

Objektif penubuhan Persatuan Sains dan Matemati SK ST Anne’s Convent adalah


untuk :

5.1. Memupuk semangat cinta tentang penggunaan pendidikan tentang Sains


dan Matematik.
5.2. Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam Sains dan Matematik
dalam pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi.
5.3. Membina sahsiah, keterampilan, personaliti dan jati diri serta pengalaman
murid sebagai bekalan mereka untuk berfikir dan bertindak secara positif
dan matang.
5.4. Menyediakan murid dengan pengetahuan dan pengalaman tentang Sains
dan Matematik.
5.5. Mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian
5.6. Menghargai usaha saintis dalam kehidupan manusia.
5.7. Mengeratkan hubungan antara ahli persatuan, Ahli Jawatankuasa dan
murid yang lain di sekolah.
5.8. Memupuk sifat kepimpinan seorang pelajar sekiranya dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa.

6.0 Keahlian

Keahlian Persatuan Sains dan Matematik ini terbuka kepada 30 orang murid SK ST
Anne’s Convent terutamanya dari tahun 4, 5 dan 6 yang berminat untuk mempelajari
dan menguasai dalam bidang Sains dan Matematik yang merangkumi semua aspek
seperti pengetahuan am, penyelesaian masalah dan sebagainya. Ahli-ahli mestilah
menerima sert bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil
bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

7.0 Kejurulatihan

Persatuan Sains dan Matematik SK ST Anne’s Convent akan dibimbing oleh Puan
Salmiah binti Drahman, guru cemerlang yang berpengalaman luas dalam bidang
Sains, dan Encik Najib Bin Shadin, guru subjek Matematik. Kedua-dua guru
tersebut akan membantu untuk meningkatkan prestasi Persatuan Sains dan
Matematik.

8.0 Lokasi

Lokasi yang dicadangkan bagi Persatuan Sains dan Matematik adalah di


Makmal Sains SK ST Anne’s Convent, Kulim

9.0 Ahli Jawatankuasa

9.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Rodzian Binti Kamirul Hamzan


Guru Besar SK ST Anne’s Convent

Naib Pengerusi : Mohammad Nazri Bin Basirun


Penolong Kanan Kokurikulum SK ST Anne’s Convent

Setiausaha : Puan Sathiakala a/p Rangasamy


Bendahari : En. Khairul bin Izham

Guru Penasihat 1 : Puan Siti Syahidah binti Yazid


Guru Penasihat 2 : Puan Fikrah Diana binti Hairun
Jurulatih 1 : Puan Salmiah binti Drahman
Guru Cemerlang subjek Sains SK ST Anne’s Convent

Jurulatih 2 : Encik Najib Bin Shadin


Guru subjek Matematik SK ST Anne’s Convent

9.2 Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Ahli Jawatankuasa Pelaksana akan dipilih di kalangan murid SK ST Anne’s Convent,
Kulim selepas penubuhan persatuan. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa Pelaksana manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat
tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana.

AJK pelaksana adalah seperti berikut :

Pengerusi :
Naib Pengerusi :
Setiausaha :
Naib Setiausaha :
Bendahari :
Naib Bendahari :
Ketua Kumpulan Tarian Tradisional :
Ketua Kumpulan Muzik Tradisional :
Ketua Kumpulan Nyanyian Tradisional :
AJK Persembahan Pentas : i)
ii)
iii)

AJK Pemakaian : i)
ii)

AJK Peralatan : i)
ii)
Nota : Jika ahli Persatuan Seni Budaya melebihi 25 orang, maka bilangan AJK
Pemakaian dan AJK Peralatan akan bertambah mengikut keadaan.

9.3 Tugas dan Tanggungjawab Jawatan


BIL AHLI JAWATANKUASA TANGGUNGJAWAB
1. Pengerusi - Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
masyarakat.
- Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan
yang sewajarnya
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
2. Naib Pengerusi - Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggung jawab yang diberi.
- Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan
pengerusi.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
3. Setiausaha - Menguruskan hal-hal surat mesyuarat.
- Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/
laporan kegiatan kegiatan
- Mencatat kehadiran ahli
- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
4. Naib Setiausaha - Membantu setiausaha dalam menjalankan segala
tugas dan tanggungjawabnya.
- Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
5. Bendahari - Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan.
- Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan
erta menandatanganinya
- Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta
di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
6. Naib Bendahari - Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu
ketiadaan Bendahari.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.
7. Ahli Jawatankuasa - Membantu menjalankan tugas dalam segala program
dan aktiviti yang dilaksanakan
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Penasihat dari masa ke semasa.

10.0 Anggaran Perbelanjaan

10.1 Sumber Pendapatan:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Yuran keahlian bagi setahun 10.00
2. Sumbangan PIBG Akan dibincang jika ada persembahan
3. Sumbangan Unit Kokurikulum Akan dibincang jika ada persembahan
4. Sumbangan dari bukan kerajaan Akan dibincang jika ada persembahan
5. Aktiviti yang dijalankan(Hari Kantin) -

11.0 Keahlian/Penyertaaan

11.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun.

11.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki


menulis surat tunjuk sebab. Tindakan dibuang dari persatuan akan dilaksanakan
sekiranya gagal berbuat demikian

12.0 Cadangan dan aktiviti program


12.1 Jadual aktiviti Persatuan Sains dan Matematik SK ST Anne’s Covent akan
dijalankan seperti Lampiran 2.

12.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat akan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

13.0 Peraturan-peraturan

13.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

13.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

13.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

13.4 Peraturan perlu hadir ke persatuan pada tepat masa.

14.0 Tindakan Displin

14.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

14.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

 Amaran lisan
 Amaran bertulis

14.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad.

15.0 Hal-hal Lain

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

15.0 Penutup
Kesimpulannya, penubuhan Kelab Sains dan Matematik merupakan satu aset yang
bernilai kepada Sekolah Kebangsaaan St Anne’s Convent bagi meningkatkan prestasi
murid dari aspek kurikulum dan juga kokurikulum. Di samping itu, persatuan ini mampu
melahirkan kelompok murid yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Persatuan ini akan
menjadi platform kepada murid untuk berkomunikasi dengan murid-murid lain di sekolah.
Selain itu, Persatuan Sains dan Matematik membantu murid untuk melibatkan diri dalam
pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Sains Invension. Justeru, adalah diharapkan
kertas kerja diluluskan dan boleh melaksanakan persatuan di sekolah kita.

Disediakan oleh :

.............................................................................
(Puan Sathiakala a/p Rangasamy)
Setiausaha,
Persatuan Sains dan Matematik
SK ST Anne’s Convent.

Disemak oleh :

.............................................................................
(Puan Siti Syahidah binti Yazid)
Guru Penasihat,
Persatuan Sains dan Matematik
SK ST Anne’s Convent.

Disokong oleh :

.............................................................................
(Mohammad Nazri Bin Basirun)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK ST Anne’s Convent

Diluluskan / Tidak Diluluskan :

.............................................................................
(Puan Rodziah Binti Kamirul Hamzan)
Guru Besar,
SK ST Anne’s Convent
.

You might also like