You are on page 1of 12

PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

TAJUK 6 Bahan Bantu Mengajar Matematik

SINOPSIS

Topik ini membincangkan kepentingan bahan bantu mengajar, jenis-jenis


bahan bantu mengajar, kegunaan bahan bantu mengajar dan kategori bahan
bantu mengajar.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti jenis-jenis bahan bantu mengajar

2. Mengenalpasti kegunaan bahan bantu mengajar

3. Membincangkan kepentingan bahan bantu mengajar

4. Mengkategorikan bahan bantu mengajar

76
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

KERANGKA TAJUK

Bahan Bantu Mengajar


Bahan Bantu Mengajar

Kategori BBM
Kategori BBM
Bahan yang menggunakan Media Bahan yang menggunakan Media bukan
Bahan yang menggunakan Media Bahan yang menggunakan
Elektronik Media bukan
Elektronik Elektronik
Elektronik

Bahan bercorak Pengalaman


Bahan bercorak Pengalaman

Ciri-ciri BBM berkesan


Ciri-ciri BBM berkesan

Kepentingan BBM dalam


Kepentingan BBM dalam
P&P
P&P

Permainan Matematik
Permainan Matematik

6.0 PENGENALAN

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan


kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan
pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan
pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM)
bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981:2 )
dalam “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu
mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses
tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara
guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu
atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini
disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk

77
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

“cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan


proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak.
Penggunaan BBM juga merupakan sebahagian daripada kaedah dan
idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya.

6.1 Bahan Bantu Mengajar/ Peralatan Mengajar

BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk
membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.
Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam,
kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda
yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera
melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja
yang dapat dialami oleh murid-murid.

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada


tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-
dengar. Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua
iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah
Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya
kepada dua iaitu “sof tware” dan “ hardware” Ngui Kuen Sang (1981: 35 )“
mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada
keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM
dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”

Atan Long ( 1982: 174 ) “ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan
sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam
bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin.
Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”

78
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) “ …hanya alat bantu


mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu
pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi
mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan
daya penghargaan.”

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa


BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

6.1.1 Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik - seperti


filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video,
radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen,
internet dan sebagainya.

6.1.2 Bahan yang menggunakan media bukan elektronik – seperti


suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih,
papan flanel, papan magnet, kad- kad imbasan, buku dan sebagainya.

6.1.3 Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek,


pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

6.2 Mengapa BBM merupakan satu elemen yang berkesan?

Menurut teori konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari


pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran
terbina hasil dari percantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.

79
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara


dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar
akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang
diberi.

Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif


pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang
aktiviti pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar
membina pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan megubah
maklumat,membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada
struktur kognitif untuk berbuat demikian.

6.3 Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

Kurikulum KBSR memberi penekanan kepada kaedah pengajaran


berpusatkan pelajar, bahan dan aktiviti. Sehubungan itu bahan bantu
mengajar amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu
dan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik. Penggunaan
bahan bantu mengajar adalah amat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, rajah dibawah menunjukkan kepentingan
bahan bantu mengajar.

Menimbulkan
keseronokan

Memudahkan Kepentingan Menimbulkan


penyampaian bahan bantu keseronokan
pengajaran mengajar kepada murid

Mengukuhkan daya Meningkatkan rasa


ingatan murid ingin tahu murid
80
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 )


kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

2. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

3. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

4. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti

sendiri dalam kalangan pelajar

5. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem

bergerak.

6. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan

kata pelajar.

7. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran

lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti


berikut:
1. memberi rangsangan dan minat murid-muird.
2. menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan
corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak
diperlukan daripada murid-murid.
3. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan
pembelajaran mereka lebih kekal.

81
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

4. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan


mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid
lebih mendalam dan beragam.
5. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan
perkembangan perbendaharaan kata.
6. ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian
dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:


 menjimatkan masa
 dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
 menyeronokkan murid-murid

6.4 Ciri-ciri BBM yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran


Matematik

` 6.4.1 Kepelbagaian bahan bantu mengajar

Berbagai BBM akan dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman


murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada
mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak,
pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran,
gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya. Guru juga
boleh menggunakan model-model dan bahan-bahan maujud seperti
kuboid, kubus, prisma dan sfera untuk mengajar geometri dan bentuk
benda. Murid juga digalakkan untuk membina bentuk-bentuk seperti sfera,
kubus, kuboid dari plastesin atau tanah liat.

82
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan


pengajaran menggunakan powerpoint, excell ataupun mengakses laman
web dalam pencarian maklumat. Contohnya jika guru menggunakan
powerpoint, guru boleh memasukkan illustrasi dan grafik , bunyi, yang
dapat menarik perhatian perhatian murid untuk mempelajari matematik.
Guru juga boleh menggunakan laman web untuk mengakses permainan-
permainan matematik secara online. Hasil beberapa kajian yang telah
dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman, 1992;
Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapatii bahawa:

1. Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai


sikap yang lebih positif terhadap dirinya serta berkeyakinan
sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan yang
lebih komplek.

2. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan


dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik
dengan mudah serta berkesan.

3. Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir


didapati ada menunjukkan peningkatan yang positif.

4. Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai


kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan
dapat mengintegrasikannya dalam bidang-bidang lain.

Bahan atau peralatan lain yang boleh digunakan oleh guru termasuk
overhead projektor, kamera digital, carta, CDRI yang dibekalkan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan, CD PPSMI yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia atau CD yang dibeli oleh pihak sekolah

83
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

sendiri. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar akan dapat


meningkatkan minat murid yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran matematik untuk mempelajari matematik dengan lebih gigih
lagi.

6.4.2 Mutu bahan bantu mengajar

Mutu bahan bantu mengajar bergantung kepada pembinaan berdasar


kreativiti guru dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus
dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan sesuai dengan
murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas
yang tertentu seperti tidak merbahaya, berkesan, sesuai untuk semua
pelajar dan subjek, mudah dikendali, jelas, keharmonian warna,
kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan tahan lama.

6.4.3 Kecekapan Menggunakan BBM

Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana


kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau
merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Ia perlu melibatkan berbagai
pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976
“seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada
pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat
penyampaian pengajaran, suasana pembelajaran ini pula adalah
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan
pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk
pembelajaran.”

84
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan


apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam
keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya. Guru harus
pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang,
kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid
dan masa yang diperuntukkan. Kesesuaian BBM seharusnya bersabit
dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya
tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.

6.5 Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan

Pembelajaran berpusatkan murid amat sesuai untuk dijalankan kepada


murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran matematik. Menurut
(D’Agustine, 1973), permainan adalah satu kaedah yang dapat
mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat murid terhadap
matematik. Ianya dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa
menyelesaikan masalah matematik.

Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan


pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip
bermain sambil belajar. Contohnya permainan dan simulasi boleh
dilakukan ketika menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang
melibatkan kehidupan seharian. Dengan permainan atau rekreasi
matematik, minat murid boleh dipupuk. Semasa bermain murid secara
sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui serta
memperoleh ilmu baru dalam matematik. Matematik berbentuk rekreasi
secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yang
mudah diingati oleh murid. Lazimnya pengetahuan atau pembelajaran

85
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati berbanding


pembelajaran secara formal.

Kebanyakan pakar pendidikan menyatakan bahawa penggunaan


pengalaman sedia ada murid untuk memulakan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran akan menghasilkan satu impak yang positif dalam
pengajaran. Kesimpulannya guru boleh membimbing murid mempelajari
sesuatu konsep matematik dengan lebih baik dan berkesan berdasarkan
pengalaman sedia ada murid itu sendiri.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa


penggunaan alat bantu Mengajar (ABM) adalah penting kerana
penggunaannya bukan sahaja pembelajaran pelajar menjadi menarik,
malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat diperkembangkan
lagi; ia juga dapat menjimatkan masa guru mengajar serta dapat
menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Apabila pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi berkesan, bererti
objektif kurikulum telah tercapai dan juga hasrat Kementerian Pendidikan
untuk memenuhi matlamat SPN -21

Latihan 1

Pengkaji berpendapat fizikal manipulatif amat bekesan kerana ia


bersifat konkrit. Bincangkan kepentingan fizikal manipulatif
dalam pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas.

Layari lamat web untuk mendapatkan maklumat tambahan


http://www.geocities.com/fmurni

86
PKB3083 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS MATEMATIK

Latihan 2

Huraikan kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran


pelajar berkeperluan khas

Itu saja yang perlu anda lakukan.... SELAMAT BERJAYA.

87

You might also like