You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Institut Pertanian Serdang (IPS) merupakan perintis kepada Institut Pertanian yang
lain di mana ianya telah beroperasi sejak tahun 1957. Institut ini mempunyai keluasan seluas
28.53 hektar. Pelbagai kemudahan telah disediakan di Institut ini termasuklah dewan besar,
makmal komputer, bilik kuliah, pusat sumber, asrama pelajar dan dewan makan asrama. Bagi
meningkatkan fasiliti pembelajaran untuk Kursus Pengkhususan Teknologi Memproses
Makanan Hasil Pertanian (TMHP), sebuah Makmal Pemprosesan Makanan telah siap dibina
pada bulan November tahun 2008.

Selain daripada mengendalikan Kursus Sijil Pertanian, IPS turut mengendalikan


Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) yang dijalankan selama lapan (8) bulan bagi
setiap sesi serta turut menjalankan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bermula tahun
2012. Sehingga kini, program SKM ini telah memasuki Tahap Kedua bagi pengambilan
pertama Sesi 2012/2013.

Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf standing dengan Sijil Politeknik
(Teknikal) dan politeknik –Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Visi adalah untuk menjadi peneraju latihan kemahiran
pertanian yang terunggul di Malaysia manakala misi adalah untuk membangunkan modal
insan pertanian yang kompeten melalui pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.
2.0 CARTA ORGANISASI

PENGURUS PUSAT BERTAULIAH

MUSTAPHA BIN MUDA (G54)

PEGAWAI PENGESAH DALAMAN PEGAWAI PENGESAH DALAMAN PEGAWAI PENGESAH DALAMAN

HO TEN LOCK (G48) FAKHRURAZI ABD SHATTAR (G44) MOHD SAMSI SUMAIRI (G44)

PEGAWAI PENILAI PEGAWAI PENILAI TENAGA PENGAJAR

ZULIA ZAINUDDIN HASSIN MOHD MUHAMMAD HAFIZ


RUBAN SAJON NURZAHIRAH ZULKIFLI
KAMANUSI RUSSALI AZHAR MOHD SAH
AMIRUDDIN IDRIS MOAD AZRI KAMARUDIN
NURZAILI JUSOH MOHAD MUSTAQIEM
SUZIYANA MOHAMAD
MOHD HAIKAL GANI
3.0 PERANAN KETUA JABATAN/ UNIT KHUSUS

JAWATAN PERANAN
Pengurus Pusat Bertauliah  Merupakan seorang yang berkelayakan dalam bidang kemahiran
SKM yang berkaitan
 Boleh melaksanakan penyeliaan dan pemantauan dalaman secara
berterusan terhadap Intern.
 Bertanggungjawab sebagai Mentor kepada Intern.
Pegawai Pengesah Dalaman  Mengurus, memantau dan mengawalselia pelaksanaan latihan
Panduan Permohonan Personel Pusat Bertauliah,Pusat Latihan
Dan Syarikat SLDN kemahiran di dalam kelompok sektor
kemahirannya

 Merangka prosedur dan dokumen pelaksanaan latihan


kemahiran di Pusat Bertauliah

 Mengawal dan memantau sistem jaminan mutu latihan dan


penilaian dalaman mengikut kehendak NOSS terkini

Pegawai Penilai  Tugas utama ialah menilai, memerhati dan menganalisis bagi
tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia
dan melatih kakitangan bawahan.

Tenaga Pengajar  Merupakan seorang yang berpengetahuan luas dan sentiasa


optimis dalam mendidik anak bangsa
 Bertanggungjawab sebagai pendidik, pengajar yang memberi
tunjuk ajar kepada anak didik mengikut sukatan pelajaran yang
telah ditetapkan
 Mengajar kelas teori dan praktikal (amali) di ladang
4.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PENTAKSIRAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pertanian Serdang sangat menarik dan
sistematik. Tempoh pengajian Program Sijil Pertanian Malaysia adalah selama 2 tahun (4
semester) dengan beban pengajaran dan pembelajaran 61 jam kredit. Nisbah pengajaran dan
pembelajaran kurikulum Sijil Pertanian adalah 70% kemahiran dan 30% teori. Penilaian
dilakukan berdasarkan tugasan yang telah diberi samada secara individu atau berkumpulan.

TAHAP 1

Menjalankan kerja-kerja penyediaan kawasan, tapak semaian serta melaksanakan kerja-kerja


penanaman, penjagaan, penuaian hasil, pasca-lepas tuai tanaman dan pemasaran hasil
tanaman

TAHAP 2

Melaksanakan operasi pengeluaran tanaman meliputi aspek penyediaan kawasan tanaman,


tapak semaian serta melaksanakan kerja penjagaan tanaman dan pasca tuai. Mengitar semula
sisa tanaman, kerja-kerja pelupusan serta menyelenggara prasaranan ladang dan jentera
pertanian

TAHAP 3

Menjalankan kerja-kerja penyeliaan penjagaan tanaman serta menyelenggara jentera, alat dan
input pertanian. Merancang, menyedia dan mengatur jadual kerja serta membuat kerja
pengesanan dan pelaporan

TAHAP 4

Menjalankan kerja-kerja pengurusan yang meliputi aspek kesuburan dan pemuliharaan tanah,
mekanisasi pertanian, penjagaan tanaman serta pengurusan perosak dan penyakit.
Menguruskan operasi logistik, kewangan dan sumber manusia
5.0 REFLEKSI

Lawatan sambil belajar ke Institusi Pertanian Serdang telah berlangsung pada 5


Disember 2017 dengan tempoh masanya adalah lebih kurang jam 8 pagi hingga 2.00 petang.
Lawatan ini sangat menarik kerana ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di
Institusi Pertanian Serdang.

Sepanjang lawatan disana, terdapat banyak perkara baru yang telah saya pelajari.
Apabila tiba disana kami diarahkan masuk ke bilik seminar untuk mendengar taklimat
daripada wakil pegawai IPS tentang latar belakang, sejarah, program pengajian yang
ditawarkan dan banyak lagi yang bekaitan IPS itu sendiri.

Kemudian kami dibawa ke tempat-tempat pelajar disana melakukan kerja secara


praktikal dan hands-on iaitu di tapak semaian, reban ayam pedaging dan puyuh serta makmal
pemprosesan makanan. Saya berasa sangat bertuah kerana disana saya berpeluang
mempelajari benda baru memandangkan di tempat saya belajar tiada kemudahan lengkap
seperti disediakan disana.

Antara pengalaman baru yang telah saya pelajari disana adalah saya berpeluang
mempelajari cara membuat karipap pusing di dalam bengkel pemprosesan makanan. Untuk
membuat karipap, kita memerlukan kemahiran yang khusus dimana tidak semua orang
mampu membuat kelim yang cantik pada karipap tersebut. Saya juga berpeluang melihat
pokok dan buah dari negara Brazil iaitu pokok Brazilnut. Pokok ini sangat jarang dijumpai
kerana ianya diimport khas daripada negara tersebut dan harganya juga sangat mahal.

Disana pelajar mereka mampu mengasah bakat kerana kaedah pembelajaran disana
adalah 70% praktikal dan 30% adalah teori. Mereka bukan sahaja didedahkan pembelajaran
secara teori malah berpeluang mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa kelas
praktikal. Ini sangat penting kerana ia mampu melahirkan modal insan yang berpengetahuan
dan berkemahiran pertanian serta berkemahiran insaniah. Pelajar/graduan mampu
menyesuaikan diri dengan pantas terhadap perubahan kemjuan dan teknologi sebagai seorang
penyelia dan usahawan di samping mempunyai laluan untuk menyambung pengajian ke tahap
yang lebih tinggi.
6.0 RANCANGAN INSTITUSI PADA MASA HADAPAN

Institusi Pertanian Serdang mempunyai targetnya yang tersendiri. Pada masa kini,
ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan Institusi Pertanian itu sendiri di Malaysia.
Sekarang, terdapat 7 insitusi pertanian di seluruh Malaysia iaitu 5 buah institusi di semenjung
dan 2 buah institusi di Sabah dan Sarawak. Perancangan pada jangka masa panjang ialah
mereka ingin menambahkan lagi jumlah institusi tersebut sekurang-kurangnya terdapat
sebuah institusi pertanian di setiap negeri. Berdasarkan Unjuran Pelan Strategik Halatuju
Latihan Agromakanan negara dianggarkan seramai 83,600 orang pekerja mahir diperlukan
dalam bidang pertanian. Purata bilangan kelulusan Sijil Pertanian adalah seramai 570 orang
graduan setahun. Ini menunjukkan bahawa prospek kerjaya bagi lulusan Sijil Pertanian
adalah sangat baik dan pelajar akan mempunyai masa depan yang sangat cerah.
7.0 LAMPIRAN

TAPAK SEMAIAN

REBAN AYAM PEDAGING DAN PUYUH

BILIK PEMPROSESAN MAKANAN WARGA DIDIK PROF AHMAD

You might also like