You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PEMIMPIN

MUDA

TEMA : KEPENTINGAN KEPIMPINAN

Yang berusaha Pn. Salina bt Othman


Guru Besar SK Convent Jalan Peel

Yang dihormati En. Mohd Norizam bt Hj. Mokhtar


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
SK Convent Jalan Peel

Yang dihormati Pn. Marlia bt Mohamed Nizar


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merangkap Pengerusi majlis pada
hari ini

Yang dihormati Pn. Dewi Morni bt Samion


Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum

Yang dihormati Pn. Linha bt Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan jawatankuasa PIBG

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Wilayahku Ceria dan


Salam Negaraku.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Salina dan pihak sekolah kerana
menjemput saya untuk merasmikan majlis pada pagi ini.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada barisan pentadbir SK


Convent Jalan Peel dan jawatankuasa majlis kerana berjaya
mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda 2018 pada
hari ini.

Kepimpinan merupakan satu elemen yang penting dalam sesebuah


organisasi sama ada organisasi yang besar mahupun sekecil-kecil
organisasi. Keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi itu
bergantung kepada barisan pemimpin yang berwibawa dan mampu
membawa organisasi ke arah kecemerlangan. Dalam konteks hari
ini, kepimpinan jawatankuasa tertinggi di sekolah merupakan kunci
kepada kelangsungan kejayaan sesebuah sekolah tersebut.

Pemimpin muda merupakan tonggak kejayaan pengurusan sekolah


sama ada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah,
ketua kelas, penolong ketua kelas , Little Delegates sdan
sebagainya. Maka dengan ini, wujudlah pepatah “Kepimpinan
melalui Teladan” di mana pepatah ini sangat sinonim dengan
keberkesanan barisan pemimpin perlulah memberi contoh teladan
yang baik dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain. Namun begitu,
pengawas sekolah merupakan duta kecil sekolah merangkap mata-
mata di peringkat sekolah yang perlu kita hormati dan diberi
pengikhtirafan sewajarnya. Pengawas sekolah yang terpilih
merupakan murid-murid yang terpilih dalam kalangan murid-murid
yang terbaik sama ada dalam bidang akademik mahupun
sahsiahnya. Mereka yang terpilih ini juga merupakan kumpulan
murid yang mempunyai hierarki jawatan tertinggi di sekolah dalam
merealisasikan misi dan visi sekolah.

Sehubungan itu, sekolah memerlukan pemimpin yang hebat,


berkarisma, berketrampilan, inovatif malah berdedikasi bagi
membawa hala tuju sejajar dengan objektif dan matlamat sekolah.
Kajian menunjukkan kepimpinan yang lemah dan tidak mantap
menyebabkan organisasi berada dalam keadaan berisiko.

Kepimpinan adalah suatu proses di mana seorang pemimpin


berusaha mempengaruhi pemikiran, sikap dan perlakuan orang
bawahannya. Kepimpinan yang baik boleh mengukuhkan
perpaduan, mengelakkan konflik dan bergerak ke arah matlamat
yang sama. Kejayaan sesebuah organisasi itu juga bergantung
kepada prestasi barisan kepimpinannya.

Justeru, pemimpin memerlukan beberapa ciri yang membolehkan


seorang pemimpin layak digelar pemimpin. Seorang pemimpin
perlulah berdisiplin, tegas, bijak membuat keputusan serta perlu
mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal dalam memikul
tanggungjawab yang besar sekaligus memegang amanah yang
dipertanggungjawabkan oleh orang bawahannya agar mereka
dapat memimpin dan membimbing organisasi itu menjadi
organisasi yang berjaya.

Oleh yang demikian, sebagai seorang pemimpin, kita wajarlah


mematuhi peraturan dan etika terlebih dahulu sebelum kita ingin
membuat teguran terhadap rakan-rakan atau orang bawahan. Kita
juga perlulah menjadi teladan kepada murid-murid lain kerana
contoh yang baik akan membuahkan hasil atau output yang
sempurna.

Selain itu, pemimpin juga mestilah mempunyai kualiti dalam


pelbagai aspek. Contohnya, pemimpin seharusnya adil dan
mempunyai komunikasi yang baik dengan rakan-rakan lain.
Pemimpin juga perlu rajin dan berfikiran positif. Kepimpinan
bukanlah hanya bergantung sepenuhnya kepada jawatan atau
status yang disandang tetapi kebolehan interaksi bersama rakan
membolehkan keberkesanan kepimpinannya.

Kesimpulannya, kepimpinan yang berkesan adalah pemimpin yang


seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu,
kepimpinan amatlah penting dalam mencorak sesebuah organisasi
agar matlamat dapat dicapai secara holistik.

Maka dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya merasmikan Majlis


Penyerahan Watikah Pemimpin Muda SK Convent Jalan Peel.

Sekian, terima kasih.

You might also like